Pular para o conteúdo
Publicidade

A fé vem pelo ouvir

Por Bíblia Online

A fé vem pelo ouvir, e o ouvir pela Palavra de Cristo. Quando a Palavra é proclamada, a fé nasce nos corações. Ouvir a Deus é o primeiro passo para crer e seguir.

A fé vem pelo ouvir

A fé vem pelo ouvir, e o ouvir pela Palavra de Cristo. Quem ouve a Palavra crê e obtém a salvação eterna.

Hal itu berlaku bagi semua orang, kerana tidak ada perbezaan antara orang Yahudi dengan orang bukan Yahudi. Allah yang satu itu Tuhan semua orang. Dia melimpahkan berkat-Nya kepada semua orang yang meminta pertolongan-Nya. Di dalam Alkitab juga tertulis, "Setiap orang yang berseru kepada Tuhan akan diselamatkan."

Tetapi bagaimanakah mereka dapat berseru kepada Tuhan jika mereka belum percaya kepada-Nya? Bagaimanakah mereka dapat percaya kepada-Nya jika mereka belum mendengar perkhabaran tentang Dia? Bagaimanakah mereka dapat mendengar perkhabaran itu, jika tidak ada yang mengisytiharkannya? Bagaimanakah perkhabaran itu dapat diisytiharkan jika tidak ada orang yang diutus untuk mengisytiharkannya? Di dalam Alkitab tertulis begini, "Alangkah baiknya ketibaan orang yang membawa Berita Baik daripada Allah!" Tetapi tidak semua orang menyambut Berita Baik itu. Nabi Yesaya berkata, "Ya Tuhan, siapakah yang percaya akan perkhabaran kami?" Oleh itu orang dapat percaya kerana mendengar perkhabaran itu, dan orang dapat mendengar perkhabaran itu kerana ada orang yang memberitakan Kristus.

Beritahulah aku satu hal ini: Adakah kamu menerima Roh Allah oleh sebab kamu mengikut Taurat, atau kerana kamu mendengar Berita Baik, lalu mempercayainya?

Kamu juga menjadi umat Allah, ketika kamu mendengar berita tentang ajaran benar, iaitu Berita Baik yang membawa penyelamatan kepada kamu. Kamu percaya kepada Kristus, dan untuk menunjukkan bahawa kamu milik Allah, Allah mengurniai kamu Roh-Nya yang telah dijanjikan-Nya itu. Roh itu jaminan bahawa kita akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada umat-Nya. Hal itu meyakinkan kita bahawa Allah akan membebaskan umat-Nya dengan sepenuhnya. Marilah kita memuji kemuliaan-Nya!

Sungguh benar kata-kata-Ku ini: Sesiapa yang mendengar kata-kata-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus Aku, beroleh hidup sejati dan kekal. Dia tidak akan dihukum, melainkan sudah terlepas daripada kematian dan mulai benar-benar hidup.

Percayalah: Akan tiba masanya, malah sudah tiba, apabila orang mati akan mendengar suara Anak Allah, dan orang yang mendengarkan apa yang dikatakan-Nya akan hidup.

Tidak seorang pun dapat datang kepada-Ku, kecuali Bapa yang mengutus Aku, memimpin dia datang kepada-Ku lalu Aku akan membangkitkan dia pada Hari Kiamat. Di dalam Kitab Nabi-Nabi tertulis, ‘Semua orang akan diajar oleh Allah.’ Oleh itu sesiapa yang mendengar Bapa dan belajar daripada-Nya, datang kepada-Ku. Hal ini tidak bererti bahawa orang sudah melihat Bapa. Hanya Dia yang datang daripada Allah sudah melihat Bapa.

Apa yang Aku katakan ini benar: Orang yang percaya kepada-Ku mempunyai hidup sejati dan kekal.

Ouvir e obedecer

Felizes os que ouvem a Palavra de Deus e a praticam. Quem tem ouvidos ouça o que o Espírito diz.

Tetapi Yesus menjawab, "Lebih bahagia lagi orang yang mendengar firman Allah dan melakukannya!"

Jika kamu bertelinga, dengarlah baik-baik."

Yesus berkata kepada mereka, "Pergilah ke seluruh dunia dan khabarkanlah Berita Baik daripada Allah kepada seluruh umat manusia.

Dengan perbuatan mereka itu berlakulah nubuat Nabi Yesaya,

‘Allah berfirman:

Mereka akan mendengar dan mendengar,

tetapi tidak faham;

mereka akan melihat dan melihat,

tetapi tidak nampak,

kerana seolah-olah fikiran mereka tumpul;

telinga pekak, dan mata buta.

Jika mereka tidak demikian,

tentu mata mereka akan melihat,

telinga akan mendengar, dan fikiran boleh mengerti,

sehingga mereka kembali kepada-Ku,

dan Aku pun akan menyembuhkan mereka.’

Tetapi kamu sangat bertuah! Mata kamu melihat dan telinga kamu mendengar.

Hal-Hal yang Menajiskan Orang

Kemudian Yesus memanggil orang ramai dan berkata kepada mereka, "Dengarlah dan fahamilah!

Sekarang dengarlah, hai umat-Ku;

datanglah kepada-Ku, lalu kamu akan hidup.

Aku akan mengadakan perjanjian yang kekal dengan kamu,

dan memberi kamu berkat yang Kujanjikan kepada Daud.

Lalu Dia menyuruh aku memberikan perkhabaran ini kepada umat, "Kamu akan terus mendengar, tetapi tidak mengerti. Kamu akan terus memperhatikan, tetapi tidak tahu apa yang berlaku." Kemudian Dia berfirman kepadaku, "Tumpulkanlah fikiran umat ini, tulikanlah telinga mereka dan butakanlah mata mereka supaya mereka tidak dapat melihat, atau mendengar, ataupun mengerti. Jika mereka tidak demikian, mungkin mereka kembali kepada-Ku lalu disembuhkan."

Berdoalah juga bagi kami, supaya Allah memberi kami peluang baik untuk mengisytiharkan berita tentang rahsia Kristus. Kerana hal itulah, sekarang aku dipenjarakan.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.