A última palavra vem do Senhor
A última palavra pertence ao Senhor. Os planos do homem estão sujeitos à soberania de Deus. Ele rege toda a história e nenhum de seus propósitos pode ser frustrado.
Manusia membuat rancangan, tetapi Allah yang memberikan keputusan.
Segala yang dibuat TUHAN ada tujuannya, dan tujuan bagi orang jahat adalah kebinasaan.
Allah bukan manusia, Dia tidak berdusta;
Allah bukan insan, Dia tidak mengubah fikiran.
Apa yang dijanjikan-Nya akan dipenuhi-Nya;
apa yang difirmankan-Nya pasti dilakukan-Nya.
TUHAN berfirman, "Adakah kuasa-Ku terbatas? Engkau akan segera melihat sama ada firman-Ku itu berlaku atau tidak!"
Demikian jugalah firman yang Aku ucapkan
akan berjaya mencapai tujuan-Ku,
dan melakukan setiap perkara yang Aku tentukan.
"Akulah TUHAN, Allah segenap manusia. Tiada yang terlalu sukar bagi-Ku.
"Aku tahu, ya TUHAN, bahawa Engkau dapat melakukan segala sesuatu;
Engkau dapat melakukan apa sahaja.
Dia melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya,
di langit mahupun di bumi,
di laut mahupun di samudera.
Kristus sudah ada, sebelum segala sesuatu ada. Kerana Dia juga, segala sesuatu mempunyai tempat yang bersesuaian.
Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya."
TUHAN Raja berfirman, "Hari yang Aku sebut itu pasti akan tiba.
Tetapi apa yang akan berlaku dengan kehidupan kamu esok, kamu tidak tahu! Kamu seperti kepulan asap, yang kelihatan sebentar sahaja lalu lenyap. Kamu seharusnya berkata begini, "Jika diperkenankan Tuhan, kami akan hidup dan melakukan ini atau itu."
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.