Adoração
A adoração é a resposta do coração humano à majestade de Deus. Deus é Espírito e importa que os que o adoram o adorem em espírito e em verdade — com todo o ser.
Adorar em espírito
Deus é Espírito e importa que os adoradores o adorem em espírito e em verdade. A adoração verdadeira brota do coração.
Allah itu Roh, dan hanya dengan kuasa Roh Allah orang dapat menyembah Bapa sebagai Allah yang benar."
Masanya akan tiba, malahan sudah tiba, apabila dengan kuasa Roh Allah orang akan menyembah Bapa sebagai Allah yang benar seperti yang dikehendaki oleh Bapa.Allah itu Roh, dan hanya dengan kuasa Roh Allah orang dapat menyembah Bapa sebagai Allah yang benar."
Yesus berkata kepadanya, "Percayalah, akan tiba masanya orang tidak lagi menyembah Bapa di gunung ini ataupun di Yerusalem. Kamu orang Samaria sebenarnya tidak mengenal yang kamu sembah; tetapi kami orang Yahudi mengenal yang kami sembah, kerana penyelamatan datang daripada orang Yahudi. Masanya akan tiba, malahan sudah tiba, apabila dengan kuasa Roh Allah orang akan menyembah Bapa sebagai Allah yang benar seperti yang dikehendaki oleh Bapa.
Orang itu menjawab, "Ya Tuhan, saya percaya." Lalu dia sujud di hadapan Yesus.
Yesus menjawab, "Pergilah, hai Iblis! Di dalam Alkitab tertulis, ‘Sembahlah Tuhan Allahmu dan abdikan diri kepada Dia sahaja!’ "
Yesus menjawab, "Di dalam Alkitab tertulis, ‘Sembahlah Tuhan Allahmu dan abdikan diri kepada Dia sahaja!’ "
Hidup untuk Allah
Saudara-saudaraku! Kerana Allah sangat baik kepada kita, aku menggesa kamu supaya mempersembahkan diri sebagai suatu korban yang hidup, yang khas untuk Allah, dan yang menyenangkan hati-Nya. Demikianlah seharusnya kamu beribadat kepada Allah.
Hidup untuk Allah
Saudara-saudaraku! Kerana Allah sangat baik kepada kita, aku menggesa kamu supaya mempersembahkan diri sebagai suatu korban yang hidup, yang khas untuk Allah, dan yang menyenangkan hati-Nya. Demikianlah seharusnya kamu beribadat kepada Allah. Janganlah ikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir, sehingga kamu dapat mengetahui kehendak Allah - iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya, serta yang sempurna.
Segala sesuatu diciptakan oleh Allah, dan segala sesuatu berasal daripada Dia, dan untuk Dia. Terpujilah Allah selama-lamanya! Amin.
Di dalam Alkitab tertulis,
"Sesungguhnya," firman Tuhan,
"tiap-tiap orang akan sujud di hadapan-Ku,
dan tiap-tiap orang akan mengaku bahawa Aku Allah."
Louvor e reverência
Vinde, adoremos e prostremo-nos. Louvai ao Senhor! Todo ser que respira louve o nome glorioso do Senhor.
Marilah kita bersujud dan menyembah Dia;
marilah kita berlutut di hadapan TUHAN, pencipta kita!
Marilah kita bersujud dan menyembah Dia;
marilah kita berlutut di hadapan TUHAN, pencipta kita!
Pujilah TUHAN!
Pujilah TUHAN!
Pujilah Allah di Rumah-Nya!
Pujilah kekuatan-Nya di angkasa-Nya!
Pujilah Dia kerana perbuatan-Nya yang perkasa!
Pujilah keagungan-Nya!
Pujilah Dia dengan trompet!
Pujilah Dia dengan gambus dan kecapi!
Pujilah Dia dengan tamburin dan tarian!
Pujilah Dia dengan kecapi dan seruling!
Pujilah Dia dengan simbal kecil yang berdenting!
Pujilah Dia dengan simbal besar yang berdentang!
Pujilah TUHAN, hai semua makhluk yang hidup!
Pujilah TUHAN!
Pujilah TUHAN, hai semua makhluk yang hidup!
Pujilah TUHAN!
Masuklah melalui pintu gerbang-Nya dengan ucapan syukur,
pergilah ke halaman Rumah-Nya dengan pujian.
Bersyukurlah kepada-Nya dan pujilah Dia.
Pujilah nama TUHAN yang mulia,
bersujudlah di hadapan Yang Maha Suci apabila Dia muncul.
Lagu Pujian dan Kesyukuran
Untuk pemimpin koir. Sebuah lagu.
Pujilah Allah dengan sorakan keriangan, hai umat manusia!
Bernyanyilah dan muliakanlah nama-Nya;
hormatilah dan pujilah Dia!
Berkatalah kepada Allah, "Sungguh menakjubkan segala perbuatan-Mu!
Kuasa-Mu begitu besar sehingga musuh tunduk ketakutan di hadapan-Mu.
Semua orang di bumi menyembah Engkau;
mereka bernyanyi untuk memuji nama-Mu."
Aku berseru minta tolong kepada-Nya;
aku menyanyi dan memuji Dia.
Semua bangsa yang telah Engkau cipta akan datang, ya Tuhan,
untuk menyembah-Mu dan memuji kebesaran-Mu.
Engkau berkuasa dan melakukan perkara yang ajaib;
hanya Engkaulah Allah.
Kasih Allah
Mazmur Daud.
Pujilah TUHAN, hai jiwaku!
Pujilah nama-Nya yang suci, hai segenap batinku!
Allah dan Umat-Nya
Bersyukurlah kepada TUHAN, isytiharkanlah keagungan-Nya;
ceritakanlah perbuatan-Nya kepada bangsa-bangsa.
Rindu akan Allah
Mazmur Daud, semasa dia di padang gurun Yehuda.
Izinkanlah aku melihat Engkau di Rumah-Mu,
serta melihat kuasa dan kemuliaan-Mu.
Kasih-Mu lebih berharga daripada hidup,
oleh itu aku memuji Engkau.
Declarações de adoração
Tu és digno, Senhor, de receber glória e honra! Ao Senhor pertence a grandeza, o poder, a glória e a majestade.
"Ya Tuhan dan Allah kami! Engkau sahaja yang layak menerima kemuliaan, penghormatan, dan kekuasaan,
kerana Engkaulah yang menciptakan segala sesuatu,
dan dengan kehendak-Mu juga segala sesuatu itu wujud dan hidup."
Malaikat itu berseru, "Hormatilah Allah dan pujilah kebesaran-Nya! Tibalah masanya Allah menghakimi manusia. Sembahlah Dia yang menjadikan langit, bumi, laut, dan semua mata air!"
Siapakah yang tidak takut kepada-Mu, ya Tuhan?
Siapakah yang tidak mahu mengisytiharkan keagungan-Mu?
Hanya Engkau yang suci.
Semua bangsa akan datang menyembah Engkau,
kerana tindakan-Mu yang adil
dilihat oleh semua orang."
Aku, Yohanes sudah mendengar dan melihat segala perkara ini. Setelah aku mendengar dan melihatnya, aku bersujud di hadapan malaikat yang menunjukkan segala perkara itu kepadaku. Aku hendak menyembah dia, tetapi dia berkata kepadaku, "Janganlah sembah aku, kerana aku pun hamba seperti engkau dan seperti saudara-saudaramu para nabi itu, dan seperti semua orang yang mentaati kata-kata di dalam kitab ini. Sembahlah Allah!"
Engkau sungguh besar dan berkuasa. Engkau mulia, semarak, dan agung! Segala sesuatu di langit dan di bumi adalah milik-Mu. Engkaulah raja agung, penguasa atas segalanya.
Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik;
kasih-Nya kekal abadi.
Katakanlah kepada-Nya, "Ya Allah, Penyelamat kami,
selamatkanlah kami daripada kekuasaan bangsa-bangsa.
Kumpulkanlah kami
supaya kami dapat bersyukur
dan memuji nama-Mu yang suci!"
Pujilah TUHAN, Allah Israel!
Pujilah Dia sekarang dan selama-lamanya!
Kemudian semua orang Israel berkata, "Amin", dan mereka memuji TUHAN.
Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik;
kasih-Nya kekal abadi.
Nyanyikanlah lagu pujian kepada TUHAN,
ceritakanlah segala perbuatan-Nya yang menakjubkan.
Itulah sebabnya Allah meninggikan Dia setinggi-tingginya,
dan mengurniai Dia kedudukan yang lebih tinggi daripada semua kedudukan yang lain.
Oleh itu, untuk menghormati Yesus, semua makhluk di syurga,
dan di bumi, dan di bawah bumi akan sujud menyembah Dia.
Mereka semua akan mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan;
dengan demikian Allah Bapa dimuliakan.
Sacrifício de louvor
Por meio de Jesus ofereçamos sempre sacrifício de louvor. Cantai ao Senhor, celebrai em salmos — enchei-vos do Espírito.
Oleh itu, marilah kita sentiasa persembahkan puji-pujian sebagai korban kepada Allah melalui Yesus. Kata-kata pujian itu persembahan kita, apabila kita mengaku Dia sebagai Tuhan kita.
Oleh itu, hendaklah kita bersyukur, kerana kita menerima suatu kerajaan yang tidak dapat digoncangkan. Hendaklah kita bersyukur dan menyembah Allah dengan hormat dan takut, menurut cara yang diperkenankan oleh-Nya, kerana Allah kita seperti api yang memusnahkan.
Gunakanlah kata-kata daripada mazmur, nyanyian puji-pujian, dan lagu rohani dalam percakapan kamu. Nyanyikanlah puji-pujian dan mazmur kepada Tuhan dengan hati yang gembira.
Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu. Hendaklah kamu saling mengajar dan menasihati dengan segala kebijaksanaan. Nyanyikanlah mazmur, nyanyian pujian, dan lagu rohani. Bernyanyilah untuk Allah dengan perasaan syukur di dalam hati.
Kira-kira tengah malam Paulus dan Silas berdoa dan menyanyikan puji-pujian kepada Allah. Orang tahanan yang lain mendengar mereka.
Paulus Bersyukur kepada Allah
Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus. Dia Bapa yang berbelas kasihan dan Dia Allah yang sentiasa menolong kita. Dia menolong kami semasa kami mengalami kesusahan, supaya dengan pertolongan yang kami terima daripada Allah, kami pun dapat menolong semua orang yang mengalami kesusahan.
Kami pun memberitahu kamu apa yang sudah kami lihat dan dengar, supaya kamu bersama-sama kami turut menghayati hidup bersatu dengan Bapa dan dengan Anak-Nya Yesus Kristus.
Adoração como vida
Exaltai ao Senhor, prostrai-vos ante o escabelo dos seus pés. A adoração genuína transforma o adorador e agrada o Criador.
Pujilah TUHAN, Allah kita;
sujudlah di hadapan takhta-Nya!
Sucilah Dia!
Sepanjang hari aku memuji-Mu
dan mengisytiharkan kemuliaan-Mu.
Tetapi umat Allah bergirang dan bersukacita di hadirat-Nya;
mereka bersorak-sorak dengan gembira.
Nyanyilah kepada Allah, pujilah nama-Nya;
sediakanlah jalan bagi Dia yang mengendarai awan.
Namanya TUHAN - bergiranglah di hadirat-Nya!
Demikianlah mereka terhukum oleh kejahatan sendiri,
dan tercedera oleh keganasan mereka sendiri.
Aku tidak berdaya,
lepaskanlah aku
dari tanduk kerbau dan dari mulut singa.
Aku akan memberitahu rakyatku tentang perbuatan-Mu;
dalam perhimpunan mereka aku akan memuji-Mu.
Aku berdoa dengan menghulurkan tangan kepada-Mu;
aku memerlukan Engkau seperti tanah kering memerlukan hujan.
Aku sangat sedih kerana hinaan mereka.
Mereka terus bertanya, "Di manakah Allahmu?"
Aku berkata kepada TUHAN, "Engkaulah Tuhanku;
tiada yang baik bagiku selain Engkau."
Berbaktilah kepada TUHAN dengan hormat;
Aku akan memuji Engkau dengan segenap hatiku, TUHAN,
dan menceritakan segala keajaiban yang telah Engkau lakukan.
Falsa adoração
Não terás outros deuses diante de mim. Não adorarás ídolos. A adoração exclusiva ao Senhor é mandamento inegociável.
Jangan sujud atau sembah kepada patung apa pun, kerana Akulah TUHAN, Allah kamu, dan Aku tidak mahu disamakan dengan apa-apa pun. Aku menghukum orang yang membenci Aku. Aku juga menghukum keturunan mereka sehingga generasi yang ketiga dan keempat.
Jangan sembah tuhan-tuhan lain, kerana Aku, TUHAN, tidak mahu disamakan dengan apa-apa pun.
Setelah Musa masuk, tiang awan turun dan berhenti di pintu Khemah itu, lalu TUHAN berfirman kepada Musa dari awan itu. Sebaik sahaja umat melihat tiang awan di pintu Khemah TUHAN, mereka bersujud.
TUHAN pembelaku yang kuat;
Dialah yang telah menyelamatkan aku.
Dialah Allahku, dan aku akan memuji Dia;
Dia Allah yang disembah bapaku,
dan aku akan menyanyikan kebesaran-Nya.
Ya TUHAN, siapakah antara tuhan-tuhan yang seperti Engkau?
Siapakah yang seperti Engkau, mulia dan suci?
Siapakah yang dapat melakukan mukjizat
dan perbuatan menakjubkan seperti yang Engkau lakukan?
Jika kamu menyembah Aku TUHAN, Allah kamu, Aku akan memberkati kamu dengan makanan serta minuman, dan menghapuskan segala penyakit kamu.
Pujilah Dia kerana Dia Allah kamu, dan dengan mata sendiri, kamu sudah menyaksikan perkara-perkara besar dan mengagumkan yang dilakukan-Nya untuk kamu.
Di sana, di hadapan TUHAN, Allah kamu, yang sudah memberkati kamu, kamu bersama dengan keluarga akan makan dan menikmati segala hasil usaha kamu.
Mereka menyembah berhala, dan menjadikan TUHAN cemburu,
mereka melakukan kejahatan, dan menjadikan-Nya murka.
Mereka mempersembahkan korban kepada roh-roh jahat, dan bukan kepada Allah,
tuhan-tuhan baru yang tidak dikenal oleh nenek moyang mereka,
dewa-dewa yang tidak pernah ditaati oleh Israel.
Mereka lupa akan Allah, Penyelamat yang perkasa,
Dia yang memberi mereka kehidupan.
Jangan biarkan diri kamu disesatkan sehingga berpaling daripada TUHAN, lalu menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan lain.
Tuhan berfirman, "Bangsa ini mengaku menyembah Aku, tetapi kata-kata mereka kosong, dan hati mereka jauh daripada-Ku. Agama mereka hanya peraturan dan adat manusia yang dihafazkan.
Lagu Pujian
TUHAN, Engkaulah Allahku;
aku akan menyanjung Engkau dan memuji nama-Mu.
Engkau telah melakukan hal-hal yang mengagumkan;
Engkau telah merancangkannya sejak dahulu,
dan melaksanakannya dengan setia.
Oleh itu Allah meninggalkan mereka, dan sengaja membiarkan mereka menyembah bintang-bintang di langit. Hal itu seperti yang tertulis di dalam Kitab Nabi-Nabi,
‘Hai orang Israel!
Bukannya untuk Aku
kamu menyembelih dan mengorbankan binatang
selama empat puluh tahun di padang gurun.
Khemah berhala Molokh itulah yang kamu usung,
dengan patung Refan, bintang berhala kamu;
itulah berhala yang kamu buat untuk disembah.
Oleh itu Aku akan membuang kamu jauh ke seberang Babel.’
Janganlah biarkan diri kamu ditipu oleh sesiapa yang pura-pura rendah hati dan yang menyembah malaikat. Orang seperti itu sombong kerana fikiran duniawi, dan mereka bangga kerana melihat penglihatan tertentu. Dia tidak lagi bergantung kepada Kristus yang menjadi kepala kepada jemaah, iaitu tubuh-Nya. Di bawah pimpinan Kristus seluruh tubuh itu dipelihara, dan juga disatukan oleh sendi dan urat, serta membesar menurut kehendak Allah.
Janganlah biarkan orang menipu kamu, kerana hari itu hanya akan tiba, apabila banyak orang memberontak terhadap Allah, dan Manusia Jahat yang ditetapkan masuk ke neraka, menampilkan diri. Dia akan melawan semua yang disebut tuhan. Dia menganggap dirinya lebih berkuasa daripada semua yang disembah oleh manusia. Bahkan dia akan masuk ke Rumah Allah dan duduk di situ serta mengisytiharkan dirinya sebagai Allah.
Exemplos de adoração
Jó adorou em meio ao sofrimento. Esdras adorou na restauração. Paulo e Silas adoraram na prisão — e Deus respondeu.
Kemudian Ayub berdiri dan mengoyakkan pakaiannya kerana kesedihan. Dia mencukur rambutnya dan bersujud. Dia berkata, "Aku dilahirkan tanpa apa-apa, dan aku akan mati tanpa apa-apa juga. TUHAN yang memberikan dan sekarang TUHAN pula yang mengambil semula. Terpujilah nama-Nya!"
Mereka menyanyikan puji-pujian bagi TUHAN, dan mengulang-ulangi bahagian nyanyian yang terakhir, yang berbunyi demikian:
"TUHAN itu baik, dan kasih-Nya kepada Israel kekal abadi."
Rakyat ikut bersorak dan memuji TUHAN kerana asas Rumah TUHAN telah diletakkan.
Sekarang beta, Nebukadnezar, memuji, menghormati, dan memuliakan Raja penguasa di syurga. Segala perbuatan-Nya benar dan adil. Dia sanggup merendahkan sesiapa yang berlaku sombong."
Engkau sungguh agung, ya TUHAN Raja! Engkau tiada tandingan; sejak dahulu kami telah tahu bahawa Engkaulah satu-satunya Allah.
Tiada sesiapa pun yang suci seperti TUHAN;
Dia tidak ada tandingan;
hanya Allah kita yang dapat memberikan perlindungan.
Ibadat pada hari itu dimulakan oleh orang Lewi yang berikut: Yesua, Kadmiel, Bani, Hasabneya, Serebya, Hodia, Sebanya, dan Petahya. Mereka berkata,
"Marilah berdiri dan memuji TUHAN, Allah kita;
pujilah Dia selama-lamanya!
Pujilah nama-Nya yang penuh kemuliaan,
nama yang lebih agung daripada segala pujian!"
Walaupun pokok ara tidak berbunga,
dan pokok anggur tidak berbuah,
walaupun hasil pokok zaitun menyedihkan,
dan ladang gandum mengecewakan,
walaupun domba mati semuanya,
dan kandang lembu kosong belaka,
aku akan bersukacita dan bergembira selalu,
kerana Engkau TUHAN Allah yang menyelamatkan aku.
Barulah kamu akan berseru kepada-Ku. Kamu akan datang untuk berdoa kepada-Ku, dan Aku akan menjawab doa kamu.
Hampirilah Allah, dan Allah pun akan menghampiri kamu. Basuhlah tangan kamu, hai kamu yang berdosa! Sucikanlah hati kamu, hai kamu yang munafik!
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.