Agradecimento pela família
Agradecer pela família é reconhecer a bênção mais preciosa que Deus nos concede. Os filhos são herança do Senhor — cada membro da família é presente divino a ser celebrado.
Anak-anak adalah anugerah TUHAN;
mereka adalah berkat-Nya.
Anak-anak lelaki yang diperoleh seorang bapa pada waktu mudanya,
adalah seperti anak panah di tangan seorang askar.
Berbahagialah orang yang mempunyai banyak anak panah yang sedemikian.
Dia tidak sekali-kali akan dikalahkan
ketika menghadapi musuh di tempat pengadilan.
Kasih Allah
Mazmur Daud.
Pujilah TUHAN, hai jiwaku!
Pujilah nama-Nya yang suci, hai segenap batinku!
Pujilah TUHAN, hai jiwaku,
dan jangan lupa akan kebaikan-Nya.
Kita tidak akan merahsiakannya daripada anak-anak kita,
kita akan memberitahu keturunan yang akan datang
tentang kuasa TUHAN dan tindakan-Nya yang hebat,
serta perbuatan ajaib yang telah dilakukan-Nya.
Orang tua bangga akan cucu seperti anak bangga akan ibu bapa.
Saya minta anak ini daripada TUHAN, dan Dia sudah mengabulkan permintaan saya.
Doa Paulus untuk Jemaah di Filipi
Setiap kali aku teringat akan kamu, aku bersyukur kepada Allah.
Sekarang kami sangat bersyukur kepada Allah kerana kamu. Kami bersyukur kepada Allah bagi kegembiraan yang kami alami di hadirat-Nya kerana kamu.
Hai semua orang di bumi, pujilah TUHAN!
Pujilah keagungan dan keperkasaan-Nya.
Setiap pemberian yang baik dan sempurna datangnya dari syurga dan diturunkan oleh Allah, Pencipta semua cahaya di langit. Dia Allah yang tidak berubah, dan Dia tidak menyebabkan kegelapan apa pun.
Dia penuh kasih; Dia terus-menerus memberkati kita semua.
Kaum perempuan di tempat itu berkata kepada Naomi, "Pujilah TUHAN! Hari ini, Dia telah memberi kamu seorang cucu untuk memelihara kamu. Semoga anak ini terkenal di Israel kelak. Menantumu yang mengasihi kamu telah memperlakukan kamu lebih baik daripada tujuh orang anak lelaki. Sekarang dia telah memberi kamu seorang cucu yang akan memberikan hidup yang baru kepadamu, dan menjamin hari tuamu."
Hanya orang hidup yang memuji Engkau,
seperti sekarang aku memuji Engkau.
Bapa menceritakan kesetiaan-Mu kepada anak mereka.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.