Pular para o conteúdo
Publicidade

Agradecimento pela vida

Por Bíblia Online

Agradecer pela vida é reconhecer que cada respiração é dom de Deus. Toda criatura que tem fôlego louve ao Senhor — porque Ele nos formou e nos sustenta com amor.

Pujilah TUHAN, hai semua makhluk yang hidup!

Pujilah TUHAN!

Pujian bagi Allah Penyelamat Kita

Pujilah TUHAN!

Pujilah TUHAN, hai jiwaku!

Aku akan memuji Dia seumur hidupku;

aku akan menyanyi untuk Allahku sepanjang hayatku.

Engkau menciptakan segala bahagian badanku;

Engkau membentuk aku di dalam rahim ibuku.

Aku memuji Engkau kerana Engkau menciptakan aku dengan baik dan luar biasa.

Segala perbuatan-Mu ajaib dan mengagumkan.

Aku benar-benar menyedarinya.

Ketika tulang-tulangku dijadikan,

dan dirangkaikan dengan teliti di dalam rahim ibuku,

ketika aku tumbuh di sana secara rahsia,

Engkau tahu bahawa aku di sana.

Engkau melihat aku semasa aku dalam kandungan ibuku.

Jangka masa hidupku sudah ditetapkan

dan dicatat di dalam kitab-Mu,

bahkan sebelum satu hari pun bermula.

Aku akan menyanyi untuk TUHAN sepanjang umurku;

aku akan menyanyikan pujian bagi Allahku seumur hidupku.

Semoga nyanyianku menyenangkan hati-Nya,

kerana Dialah yang membuat hatiku gembira.

Akuilah bahawa TUHAN itu Allah.

Dia mencipta kita, dan kita kepunyaan-Nya;

kita umat-Nya, bangsa yang dipelihara-Nya.

Masuklah melalui pintu gerbang-Nya dengan ucapan syukur,

pergilah ke halaman Rumah-Nya dengan pujian.

Bersyukurlah kepada-Nya dan pujilah Dia.

Kebaikan-Mu teguh seperti gunung yang besar,

dan keadilan-Mu sedalam laut.

Engkau menjaga manusia dan haiwan.

Ya Allah, betapa berharganya kasih-Mu,

manusia mendapat perlindungan di bawah naungan sayap-Mu.

Mereka mengenyangkan diri dengan makanan berlimpah dari rumah-Mu;

Engkau memberi mereka minuman dari sungai kebaikan-Mu.

Doa Kesyukuran

Mazmur Daud. Lagu untuk pentahbisan Rumah TUHAN.

Aku memuji Engkau, ya TUHAN, kerana Engkau telah menyelamatkan aku

dan tidak membiarkan musuhku mentertawakan aku.

Aku berseru kepada-Mu meminta pertolongan, ya TUHAN, Allahku,

dan Engkau menyembuhkan aku.

Doa Kesyukuran kerana Allah Adil

Untuk pemimpin koir. Menurut lagu Mut-Laben. Mazmur Daud.

Aku akan memuji Engkau dengan segenap hatiku, TUHAN,

dan menceritakan segala keajaiban yang telah Engkau lakukan.

Hendaklah kamu sentiasa bersyukur kepada Allah Bapa bagi segala sesuatu, demi nama Yesus Kristus Tuhan kita.

Berkat Rohani melalui Kristus

Marilah kita bersyukur kepada Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana kita hidup bersatu dengan Kristus, Allah sudah memberkati kita dengan segala berkat rohani dari syurga.

Marilah kita bersyukur kepada Allah bagi pemberian-Nya yang tidak terhingga.

Semoga kamu dikuatkan oleh Allah dengan kuasa-Nya yang mulia, sehingga dapat menanggung derita dengan sabar. Dengan sukacita bersyukurlah kepada Bapa, yang telah menjadikan kamu layak menerima apa yang disediakan oleh Allah untuk umat-Nya dalam pemerintahan yang penuh dengan cahaya daripada Allah. Allah sudah menyelamatkan kita daripada kuasa kegelapan, dan memindahkan kita ke bawah pemerintahan Anak-Nya yang dikasihi-Nya. Melalui Anak-Nya, Allah membebaskan kita dan mengampunkan dosa kita.

Kristus dan Peranan-Nya

Kristus serupa dengan Allah, tetapi Kristus dapat dilihat, sedangkan Allah tidak. Kristus itu Anak sulung yang lebih utama daripada segala sesuatu yang diciptakan. Hal itu demikian kerana melalui Dialah Allah menciptakan segala sesuatu di syurga dan di atas bumi, segala sesuatu yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, termasuk juga roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah. Allah menciptakan alam semesta melalui Kristus dan untuk Kristus. Kristus sudah ada, sebelum segala sesuatu ada. Kerana Dia juga, segala sesuatu mempunyai tempat yang bersesuaian.

Kamu akan mendapat semua yang kamu ingin makan, dan kamu akan bersyukur kepada TUHAN, Allah kamu untuk tanah subur yang diberikan-Nya kepada kamu."

Engkau datang memperjuangkan perkaraku, ya Tuhan,

dan Engkau menyelamatkan nyawaku.

Aku turun sampai ke dasar pergunungan,

ke alam yang gerbangnya terkunci sehingga selama-lamanya.

Ketika nyawaku hampir pergi daripada diriku,

aku ingat akan TUHAN,

lalu aku berseru kepada-Mu.

Engkau, ya TUHAN, mendengarkan doaku,

di Rumah-Mu yang suci Engkau mendengarkan aku.

Dari laut yang dalam,

Engkau menyelamatkan aku,

ya TUHAN Allahku!

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.