Ajuda
Deus é nosso auxílio e socorro em todo tempo. Ele não dorme nem cochila. O Senhor é nosso ajudador — não precisamos temer o que o homem possa nos fazer.
Pertolonganku datang daripada TUHAN,
yang menjadikan langit dan bumi.
Allah Menyertai Kita
Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir. Dengan lagu Alamot.
Dengarlah doaku, ya Allah;
endahkanlah kata-kataku.
Orang yang salih diselamatkan oleh TUHAN;
Dia melindungi mereka pada masa kesusahan.
Dia menolong dan menyelamatkan mereka;
serta membebaskan mereka daripada orang jahat,
kerana mereka minta perlindungan daripada-Nya.
Jangan tinggalkan aku, ya TUHAN,
jangan jauhi aku, ya Allahku!
Tolonglah kami, ya Allah, penyelamat kami;
demi kehormatan-Mu sendiri,
selamatkanlah kami dan ampunkanlah dosa kami.
Pujilah TUHAN;
Dia telah mendengar permohonanku.
TUHAN melindungi dan membela aku;
aku percaya kepada-Nya.
Dia menolong aku dan menggirangkan hatiku;
aku memuji Dia dengan lagu kesyukuran.
Jika TUHAN tidak menolong aku,
pasti aku sudah pun sampai ke dunia orang mati.
Akulah TUHAN, Allah kamu;
Aku menguatkan kamu dan berfirman,
‘Jangan takut, Aku akan menolong kamu.’ "
Ya TUHAN, Engkau melindungi dan menyelamatkan aku;
pertolongan-Mu telah menjadikan aku agung.
Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu.
Aku akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan memberi kamu Penolong lain, yang akan bersama-sama kamu selama-lamanya.
Begitu juga Roh Allah datang menolong kita yang lemah ini. Kita tidak tahu bagaimana kita patut berdoa; Roh itu sendiri bermohon kepada Allah dengan erangan yang tidak dapat diutarakan dengan kata-kata. Allah yang mengetahui isi hati manusia, mengerti apa yang dimaksudkan oleh Roh itu, kerana Roh itu bermohon kepada Allah bagi umat-Nya, sesuai dengan kehendak Allah.
Percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri. Ingatlah akan TUHAN dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.
Serahkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Allah, kerana Dia mengambil berat tentang kamu.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.