Pular para o conteúdo
Publicidade

Alegria e felicidade

Por Bíblia Online

A alegria é fruto do Espírito e marca do cristão. Alegrai-vos sempre no Senhor! A Bíblia ensina que a alegria de Deus é nossa fortaleza — não depende de circunstâncias, mas da presença de Deus.

Alegrai-vos no Senhor

Alegrai-vos sempre no Senhor! Outra vez digo: alegrai-vos! Na presença de Deus há plenitude de alegria eterna.

Semoga kamu sentiasa bersukacita kerana hidup bersatu dengan Tuhan. Sekali lagi aku berkata: bersukacitalah!

Semoga kamu sentiasa bersukacita kerana hidup bersatu dengan Tuhan. Sekali lagi aku berkata: bersukacitalah!

Jalan yang menuju kehidupan Engkau tunjukkan kepadaku;

hadirat-Mu menggembirakan aku,

dan sentiasa membahagiakan aku.

Jalan yang menuju kehidupan Engkau tunjukkan kepadaku;

hadirat-Mu menggembirakan aku,

dan sentiasa membahagiakan aku.

Aku sentiasa sedar akan hadirat TUHAN;

Engkau ada di sampingku, tiada suatu pun dapat menggoncang aku.

Demikianlah hatiku bersyukur dan gembira,

dan aku selamat,

Hukumlah mereka, ya Allah;

biarlah mereka celaka kerana rancangan mereka sendiri.

Usirlah mereka kerana dosa mereka yang banyak itu

serta pemberontakan mereka terhadap-Mu.

Engkaulah tempat persembunyianku,

Engkau akan menyelamatkan aku daripada kesusahanku.

Aku bersorak memuji-Mu,

kerana Engkau menyelamatkan dan melindungi aku.

Pemerintah yang Agung

Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir.

TUHAN berkenan kepada umat-Nya;

Dia memberikan kemenangan kepada orang yang bergantung kepada-Nya.

Fruto do Espírito

O fruto do Espírito é amor, alegria, paz. A alegria do Senhor é nossa fortaleza — não depende do mundo.

Sebaliknya, inilah hasilnya jika orang dipimpin oleh Roh Allah: Mereka saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia, rendah hati, dan dapat mengawal diri. Tidak ada hukum yang melarang perkara-perkara seperti itu.

Pulanglah dan adakanlah jamuan makan. Bahagikanlah makanan dan wain kamu kepada mereka yang kekurangan. Hari ini hari yang khas bagi Tuhan kita. Oleh itu janganlah berdukacita. Kesukaan yang diberikan oleh TUHAN kepada kamu akan menguatkan kamu."

Pulanglah dan adakanlah jamuan makan. Bahagikanlah makanan dan wain kamu kepada mereka yang kekurangan. Hari ini hari yang khas bagi Tuhan kita. Oleh itu janganlah berdukacita. Kesukaan yang diberikan oleh TUHAN kepada kamu akan menguatkan kamu."

Inilah hari kemenangan TUHAN;

marilah kita rayakannya dengan gembira.

Aku gemar menurut perintah-Mu,

lebih daripada memiliki segala kekayaan.

Perintah-Mu adalah pusakaku selama-lamanya;

perintah-Mu adalah kesukaan hatiku.

Berkat kerana Taat kepada TUHAN

Lagu ziarah.

Berbahagialah orang yang taat kepada TUHAN,

yang hidup menurut perintah-Nya.

Hasil jerih payahmu akan mencukupi keperluanmu;

engkau akan berbahagia dan makmur.

Alegria nas tribulações

Os que semeiam em lágrimas ceifarão com alegria. Tende por motivo de grande gozo quando caídes em diversas tentações.

Semoga orang yang menabur benih sambil menangis,

dapat menuai hasilnya sambil bergembira!

Nyanyikanlah pujian kepada TUHAN,

hai umat-Nya yang setia!

Ingatlah perkara yang telah dilakukan Yang Maha Suci

dan bersyukurlah kepada-Nya!

Nyanyikanlah pujian kepada TUHAN,

hai umat-Nya yang setia!

Ingatlah perkara yang telah dilakukan Yang Maha Suci

dan bersyukurlah kepada-Nya!

Iman dan Kebijaksanaan

Saudara-saudaraku! Anggaplah diri kamu berbahagia apabila mengalami bermacam-macam cubaan, kerana kamu tahu bahawa semasa kamu mengalami cubaan, dan masih tetap percaya kepada Kristus, kamu sudah membuktikan bahawa kamu tabah menanggung penderitaan.

Walaupun pokok ara tidak berbunga,

dan pokok anggur tidak berbuah,

walaupun hasil pokok zaitun menyedihkan,

dan ladang gandum mengecewakan,

walaupun domba mati semuanya,

dan kandang lembu kosong belaka,

aku akan bersukacita dan bergembira selalu,

kerana Engkau TUHAN Allah yang menyelamatkan aku.

Aku bersukacita ketika mengalami kelemahan, hinaan, kesukaran, penganiayaan, dan kesusahan, kerana Kristus. Aku bersukacita, kerana ketika aku lemah, pada masa itulah aku mendapat kekuatan daripada Kristus.

Kamu mengasihi Dia meskipun kamu belum pernah melihat Dia. Kamu percaya kepada-Nya meskipun sekarang kamu tidak melihat Dia. Oleh itu, kegembiraan yang kamu alami itu sungguh besar, mulia, dan tidak terkata. Hal itu demikian kerana kamu menerima penyelamatan jiwa kamu, iaitu tujuan kepercayaan kamu kepada Kristus.

Kamu mengasihi Dia meskipun kamu belum pernah melihat Dia. Kamu percaya kepada-Nya meskipun sekarang kamu tidak melihat Dia. Oleh itu, kegembiraan yang kamu alami itu sungguh besar, mulia, dan tidak terkata. Hal itu demikian kerana kamu menerima penyelamatan jiwa kamu, iaitu tujuan kepercayaan kamu kepada Kristus.

Alegria compartilhada

Alegrai-vos com os que se alegram. O Senhor fez coisas grandiosas por nós — alegrai-vos no Senhor e regozijai-vos.

Kerana kamu berharap kepada Tuhan, bersukacitalah. Bersabarlah semasa mengalami kesusahan dan berdoalah sentiasa.

Bersukacitalah dengan mereka yang bersukacita, dan menangislah dengan mereka yang menangis.

Hal itu demikian kerana Pemerintahan Allah bukanlah soal makanan atau minuman, tetapi kerelaan melakukan kehendak Allah, ketenangan hati, dan kegembiraan, yang semuanya dikurniakan oleh Roh Allah.

Hal itu demikian kerana Pemerintahan Allah bukanlah soal makanan atau minuman, tetapi kerelaan melakukan kehendak Allah, ketenangan hati, dan kegembiraan, yang semuanya dikurniakan oleh Roh Allah.

Semoga Allah yang memberi kamu harapan, memenuhkan hati kamu dengan kegembiraan dan kedamaian kerana kamu percaya kepada-Nya, supaya dengan kuasa Roh Allah kamu semakin berharap kepada Allah.

Kemudian jika diperkenankan Allah, aku akan datang kepada kamu dengan penuh kegembiraan, dan lawatan itu akan menggembirakan dan menyegarkan aku.

Masing-masing harus memberi sebanyak yang telah ditentukannya. Orang harus memberi dengan rela dan sukacita, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan senang hati.

Agama memang menyebabkan orang menjadi kaya, jika orang puas dengan apa yang dimiliki.

Nasihatilah orang yang kaya dengan harta dunia, supaya jangan sombong dan jangan bergantung kepada barang-barang yang tidak tetap, seperti kekayaan. Berharaplah kepada Allah yang mengurniai kita segala sesuatu dengan berlimpah-limpah untuk dinikmati.

Jesus e a alegria

A minha alegria esteja em vós e a vossa alegria seja completa. Pedi e recebereis para que a vossa alegria seja plena.

Semua ini Aku katakan kepada kamu supaya kegembiraan-Ku ada di dalam hati kamu dan kegembiraan kamu menjadi sempurna.

Semua ini Aku katakan kepada kamu supaya kegembiraan-Ku ada di dalam hati kamu dan kegembiraan kamu menjadi sempurna.

Demikianlah halnya dengan kamu: Sekarang kamu susah hati, tetapi Aku akan berjumpa lagi dengan kamu. Hati kamu akan dipenuhi kegembiraan yang tidak dapat diambil oleh sesiapa pun.

Hingga saat ini kamu belum pernah minta apa-apa demi nama-Ku. Mintalah, lalu kamu akan menerimanya, supaya kegembiraan kamu sempurna."

Hendaklah pandangan kita tertumpu kepada Yesus, kerana iman kita bergantung kepada-Nya dari permulaan sehingga akhir. Yesus tidak putus asa, walaupun Dia harus mati pada kayu salib. Sebaliknya, kerana kegembiraan yang menantikan-Nya, Yesus tidak peduli bahawa mati pada kayu salib adalah suatu hal yang memalukan. Sekarang Dia duduk di sebelah kanan takhta Allah.

Tanpa iman, tidak seorang pun dapat menyenangkan hati Allah. Orang yang datang kepada Allah mesti percaya bahawa Allah wujud, dan bahawa Allah menganugerahi orang yang mencari-Nya.

Alegria eterna

Alegria eterna terão sobre suas cabeças. O Senhor reinará com alegria sobre o seu povo para todo o sempre.

Engkau sudah mengambil beban mereka yang berat,

dan kayu pikulan dari bahu mereka.

Engkau telah mengalahkan bangsa yang menindas dan memperdaya umat-Mu,

sebagaimana Engkau mengalahkan tentera Midian dahulu kala.

Hendaklah setiap penduduk Sion bersorak dan bernyanyi.

Allah yang suci,

Allah Israel itu agung,

Dia tinggal di tengah-tengah kamu."

Orang yang dibebaskan oleh TUHAN akan pulang;

mereka akan sampai di Yerusalem dengan sukacita,

sambil bernyanyi dan bersorak-sorak.

Mereka akan bahagia selama-lamanya,

dan bebas daripada duka nestapa.

Yerusalem bersukacita kerana hal yang telah dilakukan TUHAN.

Keadaan Yerusalem seperti seorang pengantin

yang memakai perhiasan serba indah.

Begitulah Allah mengenakan

keselamatan dan kemenangan pada Yerusalem.

Yerusalem bersukacita kerana hal yang telah dilakukan TUHAN.

Keadaan Yerusalem seperti seorang pengantin

yang memakai perhiasan serba indah.

Begitulah Allah mengenakan

keselamatan dan kemenangan pada Yerusalem.

TUHAN, Allah kamu menyertai kamu;

kamu menang kerana kuasa-Nya.

TUHAN gembira dan bersukacita kerana kamu;

Dia memberi kamu hidup baru

kerana Dia mengasihi kamu.

Kamu menyukakan hati-Nya,

maka Dia akan menyanyi dengan gembira,

Makanlah, minumlah, dan bergembiralah! Minumlah wain dan bergembiralah; Allah tidak melarangnya.

Ya Allah, ciptalah hati yang murni bagiku,

baharuilah batinku agar menjadi teguh.

Kemuliaannya besar kerana pertolongan-Mu;

Engkau telah memberi raja kemasyhuran dan keagungan.

Ketika aku bimbang dan khuatir,

Engkau menghiburkan dan menggembirakan hatiku.

TUHAN melindungi dan membela aku;

aku percaya kepada-Nya.

Dia menolong aku dan menggirangkan hatiku;

aku memuji Dia dengan lagu kesyukuran.

Harapan orang baik menjadikan mereka bahagia, tetapi harapan orang jahat kosong belaka.

Kata-kata yang diucapkan tepat pada waktunya mendatangkan kegembiraan.

Kata-kata yang diucapkan tepat pada waktunya mendatangkan kegembiraan.

Seorang bapa akan gembira kalau anaknya berbudi pekerti. Dia berbangga kerana anaknya bijak.

Hendaklah kamu sentiasa bersukacita, dan berdoalah sentiasa. Hendaklah kamu bersyukur dalam segala keadaan, kerana hal inilah yang dikehendaki oleh Allah daripada kamu sebagai orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus.

Ketahuilah bahawa demikian juga di syurga ada kegembiraan yang lebih besar kerana seorang berdosa bertaubat, daripada kegembiraan kerana sembilan puluh sembilan orang berhormat yang berpendapat mereka tidak perlu bertaubat."

Perumpamaan tentang Harta yang Terpendam

"Apabila Allah memerintah, keadaannya seperti ini. Seseorang menjumpai harta yang terpendam di tanah, lalu dia memendamnya semula. Kemudian dengan penuh sukacita dia pergi menjual segala miliknya, lalu kembali dan membeli tanah itu."

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.