Pular para o conteúdo
Publicidade

Aliança

Por Bíblia Online

A aliança é o modo como Deus se relaciona com seu povo. Da aliança com Noé à Nova Aliança em Cristo, Deus se compromete com amor e fidelidade irrevogáveis.

Alianças com Israel

Deus firmou aliança com Abraão, Moisés e Davi. No arco-íris, na lei, nas promessas — Ele é o Deus da aliança.

Allah berfirman kepada Nuh dan anak-anaknya, "Sekarang Aku membuat perjanjian dengan kamu dan keturunan kamu, dan juga dengan semua makhluk hidup, iaitu burung dan binatang; semua yang keluar dari bahtera bersama dengan kamu. Inilah perjanjian-Ku dengan kamu. Aku berjanji bahawa semua makhluk hidup tidak akan dibinasakan oleh banjir lagi. Banjir tidak akan memusnahkan bumi lagi. Sebagai tanda perjanjian abadi yang Aku buat dengan kamu dan semua makhluk hidup, Aku menempatkan pelangi-Ku di langit. Pelangi menjadi tanda perjanjian-Ku dengan dunia.

Inilah perjanjian-Ku dengan kamu. Aku berjanji bahawa semua makhluk hidup tidak akan dibinasakan oleh banjir lagi. Banjir tidak akan memusnahkan bumi lagi.

Aku menempatkan pelangi-Ku di langit. Pelangi menjadi tanda perjanjian-Ku dengan dunia.

Pada masa itu juga TUHAN membuat perjanjian dengan Abram. TUHAN berfirman, "Aku berjanji akan memberikan seluruh tanah ini kepada keturunanmu, mulai dari sempadan negeri Mesir hingga Sungai Efrat, termasuk juga tanah orang Keni, Kenas, Kadmon, Het, Feris, Refaim, Amori, Kanaan, Girgasi, dan Yebusi."

Abram bersujud, lalu Allah berfirman, "Inilah perjanjian yang Aku buat dengan engkau: Aku berjanji bahawa engkau akan menjadi nenek moyang banyak bangsa. Oleh itu namamu tidak lagi disebut Abram, melainkan Abraham, kerana Aku menjadikan engkau nenek moyang banyak bangsa. Aku akan memberikan banyak anak cucu kepadamu, dan ada antara mereka yang akan menjadi raja. Engkau akan mempunyai keturunan yang sangat banyak sehingga mereka menjadi bangsa-bangsa.

Aku akan menepati janji-Ku kepadamu serta keturunanmu turun-temurun, dan perjanjian itu abadi. Aku akan menjadi Allahmu dan Allah keturunanmu. Aku akan memberikan tanah ini kepadamu dan keturunanmu; tanah yang sekarang engkau diami sebagai orang asing. Seluruh tanah Kanaan akan menjadi kepunyaan keturunanmu selama-lamanya, dan Aku akan menjadi Allah mereka."

Allah berfirman lagi kepada Abraham, "Engkau juga mesti bersetuju untuk setia kepada perjanjian itu, engkau dan keturunanmu turun-temurun. Engkau dan semua keturunanmu yang lelaki mesti disunat. Mulai hari ini engkau mesti menyunatkan setiap bayi lelaki apabila dia berumur lapan hari. Ini termasuk hamba yang lahir di dalam rumahmu dan hamba yang dibeli daripada bangsa asing. Sunat itu akan menjadi tanda perjanjian antara engkau dengan Aku.

Pada tahun keempat belas, Raja Kedorlaomer dan sekutu-sekutunya datang dengan tentera mereka, lalu mengalahkan orang Refaim di Asyterot-Karnaim, orang Zuzim di Ham, orang Emim di dataran Kiryataim,

Sekarang, jika kamu taat kepada-Ku dan setia kepada perjanjian-Ku, kamu akan menjadi umat-Ku sendiri. Seluruh bumi ini kepunyaan-Ku, tetapi kamu akan menjadi umat pilihan-Ku.

Aku akan menetapkan sempadan negeri kamu dari Teluk Akaba ke Sungai Efrat, dan dari Laut Tengah hingga ke padang gurun. Aku akan memberi kamu kuasa terhadap penduduk negeri itu, dan kamu akan mengusir mereka apabila kamu mara. Jangan buat perjanjian dengan mereka ataupun dengan tuhan-tuhan mereka.

Perjanjian Dibaharui

TUHAN berfirman kepada Musa, "Sekarang Aku membuat suatu perjanjian dengan umat Israel. Di depan mata mereka, Aku akan melakukan perkara-perkara besar, yang belum pernah dilakukan antara bangsa-bangsa di seluruh bumi. Semua bangsa akan melihat apa yang dapat Aku, TUHAN lakukan, kerana Aku akan melakukan perkara yang hebat untuk kamu.

Musa tinggal di tempat itu bersama-sama TUHAN selama empat puluh hari dan empat puluh malam, tanpa makan dan minum. Musa menulis perkataan perjanjian itu, iaitu Sepuluh Hukum, pada batu-batu tulis itu.

Musa tinggal di tempat itu bersama-sama TUHAN selama empat puluh hari dan empat puluh malam, tanpa makan dan minum. Musa menulis perkataan perjanjian itu, iaitu Sepuluh Hukum, pada batu-batu tulis itu.

Dia memberitahu kamu apa yang harus kamu lakukan untuk menepati perjanjian yang sudah dibuat-Nya dengan kamu; kamu mesti mematuhi Sepuluh Hukum yang ditulis-Nya pada dua buah batu tulis.

Ingatlah bahawa TUHAN, Allah kamu satu-satunya Allah, dan Dia setia. Dia akan menepati perjanjian-Nya dan sentiasa menunjukkan kasih-Nya kepada seribu generasi orang yang mengasihi Dia, dan yang taat kepada hukum-Nya,

Alianças renovadas

O povo renovava a aliança diante do Senhor. A fidelidade de Deus permanece mesmo quando o povo falha.

Pada masa itu musim menuai dan seperti biasa, Sungai Yordan banjir.

Apabila umat Israel meninggalkan perkhemahan untuk menyeberangi Sungai Yordan, imam-imam yang menggotong Tabut Perjanjian berjalan di hadapan mereka. Sebaik sahaja imam-imam itu menginjakkan kaki ke dalam air, sungai itu berhenti mengalir. Jauh di bahagian hulu sungai, airnya terkumpul di Adam, sebuah kota dekat Sartan. Air yang mengalir ke Laut Mati terputus sama sekali. Oleh itu umat Israel dapat menyeberangi sungai dekat kota Yerikho. Selama umat Israel berjalan di atas dasar sungai yang kering, imam-imam yang menggotong Tabut Perjanjian berdiri di tengah-tengah dasar sungai yang kering itu, sehingga semua umat tiba di seberang.

Yoyada Mengadakan Pembaharuan

Imam Yoyada menyuruh Raja Yoas dan rakyat membuat satu perjanjian dengan TUHAN bahawa mereka akan menjadi umat TUHAN. Yoyada juga mengadakan perjanjian antara raja dengan rakyat.

Baginda berdiri di sisi tiang yang khas untuk raja, lalu membuat perjanjian dengan TUHAN, untuk taat kepada-Nya, dan menurut hukum serta perintah-Nya dengan segenap hati dan jiwanya, serta memenuhi segala syarat perjanjian yang tercatat di dalam kitab itu. Segenap penduduk negeri itu berjanji untuk berpegang kepada perjanjian itu.

Oleh itu Raja Yoram segera meninggalkan Samaria lalu mengumpulkan segenap tenteranya. Baginda mengirim berita berikut kepada Raja Yosafat di Yehuda, "Raja Moab telah memberontak terhadap beta. Mahukah tuanku berperang bersama dengan beta untuk melawan raja Moab?"

"Baiklah," jawab Raja Yosafat. "Beta bersedia menolong tuanku. Demikian juga anak buah dan pasukan berkuda beta.

semoga perjanjian antara kita berdua tetap kekal. Jika perjanjian itu dibatalkan, TUHAN akan menghukum engkau."

Itulah kali kedua Yonatan minta Daud berjanji untuk mengasihinya, kerana dia sendiri mengasihi Daud seperti dirinya sendiri.

TUHAN berfirman kepada Musa, "Pinehas anak Eleazar, cucu Imam Harun, sudah meredakan kemurkaan-Ku terhadap Israel. Dia tidak membiarkan Israel menyembah tuhan lain kecuali Aku, sehingga kemurkaan-Ku reda dan Aku tidak membinasakan umat itu. Maka beritahulah Pinehas bahawa Aku mengadakan perjanjian dengan dia yang akan berlaku selama-lamanya. Oleh sebab dia tidak membiarkan Israel menyembah tuhan lain, dan dia juga sudah mendatangkan pengampunan dosa bagi umat itu, dia dan keturunannya akan menjadi imam selama-lamanya."

Apabila Musa masuk ke dalam Khemah TUHAN untuk bercakap dengan TUHAN, dia mendengar TUHAN berfirman kepadanya dari atas penutup Tabut Perjanjian, di antara dua patung kerub.

Tongkat Harun

TUHAN berfirman kepada Musa, "Suruhlah umat Israel memberi engkau dua belas batang tongkat; tongkat itu harus diserahkan oleh setiap pemimpin suku. Tulislah nama setiap pemimpin pada tongkatnya, lalu tulislah nama Harun pada tongkat yang mewakili suku Lewi. Tiap-tiap pemimpin suku harus ada sebatang tongkat. Bawalah tongkat-tongkat itu ke dalam Khemah-Ku, dan letakkan semuanya di depan Tabut Perjanjian, tempat Aku bertemu dengan engkau. Tongkat orang yang Kupilih akan bertunas. Dengan demikian Aku akan menghentikan sungutan orang Israel yang tidak putus-putus terhadap engkau."

Oleh itu Musa memberitahu umat Israel tentang perkara itu. Kemudian tiap-tiap pemimpin mereka memberikan sebatang tongkat kepada Musa, iaitu satu batang daripada tiap-tiap suku. Kesemuanya dua belas batang, termasuk tongkat Harun. Setelah itu Musa meletakkan semua tongkat itu di dalam Khemah TUHAN, di depan Tabut Perjanjian.

Keesokan harinya, ketika Musa masuk ke dalam Khemah TUHAN, dia melihat bahawa tongkat Harun, tongkat yang mewakili suku Lewi, sudah bertunas. Tongkat itu sudah berkudup, berbunga, dan menghasilkan beberapa buah badam yang tua. Musa mengambil semua tongkat itu dan menunjukkannya kepada umat Israel. Mereka nampak apa yang sudah berlaku, lalu setiap pemimpin mengambil tongkat masing-masing. Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, "Letakkanlah semula tongkat Harun di depan Tabut Perjanjian. Tongkat itu harus disimpan sebagai amaran kepada orang Israel yang suka memberontak, bahawa mereka akan mati jika mereka tidak berhenti bersungut-sungut." Musa melakukan apa yang diperintahkan TUHAN.

Ehud

Umat Israel berdosa lagi terhadap TUHAN. Oleh sebab itu TUHAN menjadikan Raja Eglon dari Moab, lebih kuat daripada Israel. Raja Eglon bergabung dengan orang Amori dan orang Amalek lalu mengalahkan Israel, kemudian merebut Yerikho, kota pokok kurma.

Nova Aliança

Eis que dias vêm em que farei nova aliança. Jesus é mediador de uma aliança superior, fundamentada em melhores promessas.

TUHAN berfirman, "Akan tiba masanya Aku membuat perjanjian yang baru dengan umat Israel dan Yehuda. Perjanjian itu tidak seperti perjanjian yang Aku buat dengan nenek moyang mereka ketika Aku menuntun mereka keluar dari Mesir. Walaupun Aku seperti seorang suami kepada mereka, namun mereka mengingkari perjanjian-Ku dengan mereka. Inilah perjanjian baru yang akan Kubuat dengan umat Israel: Aku akan menyimpan hukum-Ku dalam batin mereka, dan menulisnya pada hati mereka. Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku. Tidak seorang pun antara mereka perlu mengajar sesamanya untuk mengenal TUHAN, kerana mereka semua, besar kecil, akan mengenal Aku. Aku akan melupakan kesalahan mereka dan mengampunkan dosa mereka. Aku, TUHAN, telah berfirman."

"Aku telah membuat perjanjian dengan siang dan malam, supaya siang dan malam selalu datang tepat pada waktunya. Perjanjian itu tidak dapat dibatalkan. Demikian juga Aku telah membuat perjanjian dengan hamba-Ku Daud, bahawa daripada keturunannya selalu akan ada seorang yang menjadi raja; dan Aku telah membuat perjanjian dengan para imam keturunan Lewi, bahawa mereka akan selalu mengabdi kepada-Ku. Perjanjian-perjanjian itu tidak sekali-kali akan dibatalkan.

Itulah sebabnya Kristus menjadi Pengantara bagi suatu perjanjian baru, supaya orang yang sudah dipanggil oleh Allah boleh menerima berkat kekal yang sudah dijanjikan oleh Allah. Hal itu dapat berlaku kerana Kristus telah mati untuk membebaskan orang daripada kesalahan yang dilakukan mereka pada masa perjanjian pertama masih berlaku.

Itulah sebabnya Kristus menjadi Pengantara bagi suatu perjanjian baru, supaya orang yang sudah dipanggil oleh Allah boleh menerima berkat kekal yang sudah dijanjikan oleh Allah. Hal itu dapat berlaku kerana Kristus telah mati untuk membebaskan orang daripada kesalahan yang dilakukan mereka pada masa perjanjian pertama masih berlaku.

Tetapi sekarang Yesus diberikan tugas imam yang jauh lebih mulia daripada yang dijalankan imam-imam itu, kerana perjanjian yang diadakan-Nya antara Allah dengan manusia adalah lebih baik. Perjanjian itu berdasarkan janji tentang perkara-perkara yang lebih baik.

Doa Penutup

Allah sudah membangkitkan Tuhan kita Yesus daripada kematian. Oleh sebab kematian-Nya itu, Dia sekarang menjadi Gembala Agung kita, domba-domba-Nya. Kematian-Nya juga mengesahkan perjanjian kekal yang dibuat oleh Allah dengan kita. Semoga Allah sumber kesejahteraan itu melengkapi kamu dengan segala perkara baik yang kamu perlukan untuk melakukan kehendak-Nya. Semoga dengan perantaraan Yesus Kristus, Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya dalam hidup kita. Hendaklah Kristus dimuliakan selama-lamanya! Amin.

Dialah yang menyebabkan kami sanggup mengabdikan diri kepada perjanjian yang baru. Perjanjian itu tidak terdiri daripada hukum yang tertulis, tetapi daripada Roh Allah. Hukum yang tertulis itu membawa kematian, tetapi Roh Allah memberikan hidup.

Peristiwa itu dapat digunakan sebagai kiasan. Kedua-dua orang wanita itu ibarat dua perjanjian. Hagar melambangkan perjanjian yang dibuat di Gunung Sinai, dan anak-anaknya dilahirkan sebagai abdi. Jika orang bercakap tentang Hagar, mereka bercakap tentang Gunung Sinai, di negeri Arab. Hagar juga melambangkan kota Yerusalem dengan semua penduduknya yang sekarang ini sudah menjadi abdi. Tetapi Yerusalem yang di syurga itu bebas. Yerusalem itu seperti ibu kita.

Fidelidade da aliança

A aliança de Deus é eterna. Ele não quebra seu pacto nem altera o que saiu dos seus lábios.

Tetapi TUHAN tetap mengasihi orang yang menghormati Dia,

dan kebaikan-Nya berlangsung selama-lamanya,

bagi mereka yang setia kepada perjanjian-Nya,

dan mentaati perintah-Nya.

Aku membuat perjanjian dengan kamu: Aku telah memberi kamu kuasa-Ku dan ajaran-Ku untuk menjadi milik kamu selama-lamanya. Mulai sekarang hendaklah kamu taat kepada-Ku, dan mengajar anak serta keturunan kamu supaya taat kepada-Ku selama-lamanya."

Aku akan membuat perjanjian dengan mereka yang menjamin keselamatan mereka. Aku akan mengusir semua binatang buas dari negeri itu, supaya domba-domba-Ku dapat hidup dengan aman di padang dan tidur di hutan.

TUHAN sendiri akan memimpin dan menyertai engkau. Dia tidak sekali-kali akan mengecewakan ataupun meninggalkan engkau. Oleh itu, jangan takut ataupun cemas."

Raja itu akan membuat perjanjian yang kukuh dengan banyak orang selama tujuh tahun. Pada pertengahan jangka masa itu, raja itu akan menghentikan segala korban dan persembahan. Kemudian sesuatu yang disebut ‘Bencana Yang Dahsyat’ akan diletakkan di Rumah TUHAN, dan tetap di situ sehingga orang yang meletakkannya menemui kebinasaan yang telah ditentukan oleh Allah baginya."

Raja Mesir akan menjadi kuat. Tetapi salah seorang panglimanya akan menjadi lebih kuat, dan akan memerintah kerajaan yang lebih besar. Selepas beberapa tahun, raja Mesir akan mengikat perjanjian untuk bersekutu dengan raja Siria, dan mengahwinkan puterinya dengan raja itu. Tetapi perjanjian untuk bersekutu itu tidak kekal. Puteri itu, suaminya, anaknya, dan hamba-hamba yang mengikutnya akan dibunuh semuanya.

Penguasa Siria akan memperlakukan mereka dengan sesuka hati tanpa tentangan. Dia akan menduduki tanah yang permai dan menguasai seluruhnya.

Raja Siria akan menggerakkan kesemua pasukan tenteranya untuk menyerang musuh. Untuk menguasai kerajaan musuhnya, raja itu akan membuat persetujuan dengan musuhnya itu dan mengahwinkan puterinya dengan musuh, tetapi rancangan itu tidak akan berjaya.

Dengan sumpah aku telah berjanji,

tidak memandang gadis muda dengan berahi.

Kamu akan dapat menolak godaan perempuan jalang yang berusaha untuk memikat kamu dengan kata-kata manis. Perempuan itu tidak setia kepada suaminya, dan telah melupakan janjinya kepada Allah.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.