Amor ao próximo
O amor ao próximo não é opcional — é mandamento. Amarás o teu próximo como a ti mesmo. A lei inteira se cumpre nesta palavra. O amor ao próximo é prova do amor a Deus.
Mengasihi Musuh
"Kamu sudah mendengar ajaran seperti berikut: ‘Kasihilah sahabatmu, dan bencilah musuhmu.’ Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi orang yang menganiaya kamu.
Inilah perintah-Ku: Hendaklah kamu saling mengasihi, seperti Aku mengasihi kamu.
Kewajipan terhadap Satu Sama Lain
Janganlah berhutang kepada sesiapa pun, kecuali berhutang kasih terhadap satu sama lain. Sesiapa yang mengasihi sesama manusia, mentaati Taurat.
Sebaliknya setiap orang daripada kita harus menyenangkan hati saudaranya bagi kebaikannya, supaya imannya menjadi semakin teguh.
Lakukanlah semua kerja kamu dengan kasih.
Semoga Tuhan menyebabkan kamu semakin saling mengasihi dan semakin mengasihi semua orang, sehingga kasih kamu kepada orang lain seperti kasih kami kepada kamu.
Cara Menyenangkan Hati Allah
Sebagai saudara-saudara Kristian, hendaklah kita sentiasa saling mengasihi. Janganlah segan menyambut orang yang belum kamu kenal ke rumah. Pernah orang berbuat demikian dan menyambut malaikat tanpa menyedarinya. Ingatlah akan orang yang di dalam penjara, seolah-olah kamu juga di dalam penjara bersama-sama mereka. Ingatlah akan orang yang menderita, seolah-olah kamu juga menderita seperti mereka.
Kamu melakukan apa yang benar jika kamu mengamalkan hukum Pemerintahan Allah yang tertulis di dalam Alkitab, "Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri."
Inilah perkara yang terpenting: Kamu harus saling mengasihi dengan sepenuh hati, kerana jika kamu saling mengasihi, kamu juga bersedia untuk saling mengampuni.
Kamu umat Allah. Allah mengasihi kamu dan memilih kamu supaya menjadi milik-Nya sendiri. Oleh itu, kamu harus berbelas kasihan, baik hati, rendah hati, lemah lembut, dan bersabar. Hendaklah kamu saling bersabar dan saling mengampuni apabila ada yang menaruh dendam terhadap orang lain. Kamu harus saling mengampuni sebagaimana Tuhan sudah mengampuni kamu. Di samping melakukan semua itu, kamu harus saling mengasihi, kerana kasih menyatupadukan kamu dengan sempurna. Hendaklah kedamaian yang diberikan oleh Kristus menolong kamu membuat keputusan tentang apa yang harus dilakukan, kerana Allah telah memanggil kamu supaya menjadi anggota satu tubuh, sehingga kamu dapat mengalami kedamaian itu. Bersyukurlah!
Saling Mengasihi
Inilah perkhabaran yang kamu dengar sejak permulaan: Kita harus saling mengasihi.
Sesiapa membenci saudaranya, dia pembunuh. Kamu tahu bahawa seorang pembunuh tidak mempunyai hidup sejati dan kekal. Dengan jalan ini kita mengetahui cara mengasihi orang lain: Kristus sudah menyerahkan hidup-Nya untuk kita. Oleh itu kita harus menyerahkan hidup kita untuk saudara-saudara kita!
Dengan jalan ini kita mengetahui cara mengasihi orang lain: Kristus sudah menyerahkan hidup-Nya untuk kita. Oleh itu kita harus menyerahkan hidup kita untuk saudara-saudara kita!
Allah itu Kasih
Sahabat-sahabat yang aku kasihi, marilah kita saling mengasihi kerana kasih berasal daripada Allah. Sesiapa yang saling mengasihi, mengenal Allah dan dia anak Allah. Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, tidak mengenal Allah kerana Allah itu kasih.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.