Pular para o conteúdo
Publicidade

Amor de casal

Por Bíblia Online

O amor de casal é celebrado na Bíblia como dom sagrado. O Cântico dos Cânticos exalta a beleza do amor conjugal — íntimo, exclusivo e forte como a morte.

Jadikanlah aku buah hatimu;

jangan peluk sesiapa pun selain aku,

kerana cinta itu sekuat maut,

dan nafsu berkuasa seperti kematian.

Nyalanya seperti nyala api,

yang berkobar dengan dahsyat.

Air yang banyak tidak dapat memadamkan cinta,

air bah tidak dapat menenggelamkannya.

Jika seorang memberikan segala hartanya untuk membeli cinta,

pasti hanya hinaan yang didapatinya.

Saudara-Saudara Lelaki Wanita

Hai kekasih dan pengantinku,

engkau memikat hatiku dengan mata dan kalungmu.

Ciumlah aku dengan bibirmu;

cintamu lebih nikmat daripada wain.

Engkau harum semerbak,

namamu seperti minyak wangi yang dicurahkan.

Oleh itu, gadis-gadis cinta kepadamu.

Alangkah cantiknya engkau,

hai sayangku,

engkau sungguh cantik!

Matamu bagaikan mata merpati.

Wanita

Betapa kacaknya engkau,

hai sayangku,

engkau sungguh menarik!

Rumput hijau menjadi perbaringan kita;

Kemudian TUHAN Allah berfirman, "Tidak baik manusia hidup seorang diri. Aku akan menjadikan seorang teman yang sesuai untuk menolong dia."

Daripada tulang rusuk itu, Allah membentuk seorang perempuan, lalu membawanya kepada lelaki itu. Kemudian lelaki itu berkata,

"Inilah dia, orang yang sama dengan aku –

tulang daripada tulangku,

dan daging daripada dagingku.

Aku namakan dia perempuan,

kerana dia diambil daripada lelaki."

Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka menjadi satu.

Orang yang mendapat isteri, mendapat sesuatu yang baik. Hal ini bermakna TUHAN memperkenan orang itu.

Oleh itu hendaklah kamu berbahagia dengan isterimu dan bersukacitalah dengan gadis yang kamu kahwini, gadis yang manis dan jelita seperti rusa. Biarlah kecantikannya memikat kamu, dan cintanya menambat hati kamu. Mengapakah kamu tergila-gila kepada perempuan lain, hai anakku? Mengapakah kamu lebih suka meniduri isteri orang?

Dengan demikian mereka bukan lagi dua orang, tetapi satu. Oleh itu mereka yang telah disatukan oleh Allah, tidak boleh dipisahkan oleh manusia."

Sesiapa yang mengasihi orang lain, sabar dan baik hati; dia tidak iri hati, tidak bercakap besar, dan tidak sombong. Dia tidak berkasar, tidak mementingkan diri sendiri, tidak cepat tersinggung, dan tidak mendendam. Sesiapa yang mengasihi orang lain, tidak gembira dengan kejahatan. Tetapi dia gembira dengan kebaikan.Dia tahan menghadapi segala sesuatu; dia mempercayai orang lain, tidak hilang harapan, dan sentiasa bersabar.

Suami harus mengasihi isteri seperti mengasihi tubuh sendiri. Orang yang mengasihi isteri bererti mengasihi diri sendiri. ( Tidak seorang pun pernah membenci tubuhnya sendiri. Sebaliknya, dia memelihara dan menjaganya, seperti Kristus juga memelihara dan menjaga jemaah,

Tetapi ayat itu juga berkaitan dengan kamu: Setiap suami harus mengasihi isterinya seperti dia mengasihi dirinya sendiri, dan setiap isteri harus menghormati suaminya.

Di samping melakukan semua itu, kamu harus saling mengasihi, kerana kasih menyatupadukan kamu dengan sempurna.

Berdua lebih baik daripada seorang diri, kerana bersama-sama mereka dapat bekerja dan hasilnya lebih baik. Jika seorang jatuh, yang seorang lagi dapat menolongnya. Tetapi jika orang itu sendirian, lalu jatuh, malanglah dia kerana tiada sesiapa yang menolongnya. Jika dua orang tidur bersama-sama mereka dapat saling menghangatkan badan, tetapi bagaimanakah seorang menjadi hangat jika dia sendirian? Orang yang sendirian mudah dikalahkan, tetapi dua orang dapat menentang serangan. Tiga utas tali yang dipintal menjadi satu, susah diputuskan.

Bukankah Allah yang menjadikan kamu satu tubuh dan satu jiwa dengan wanita itu? Apakah maksud Allah dengan hal itu? Maksud-Nya adalah supaya kamu mendapat anak yang benar-benar umat Allah. Oleh itu, pastikanlah supaya tiada orang di kalangan kamu yang memungkiri janji kepada isterinya.

Berbagai-bagai Peraturan

"Seorang lelaki yang baru sahaja berkahwin tidak boleh disuruh menjadi askar ataupun melakukan tugas wajib lain. Dia mesti diberikan kelepasan selama satu tahun supaya dia dapat mengurus rumah tangganya dan menyenangkan hati isterinya.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.