Amor próprio
O amor próprio saudável reconhece o valor que Deus nos deu. Fomos criados à imagem de Deus, maravilhosamente formados. Aceitar-se é honrar o Criador.
Aku memuji Engkau kerana Engkau menciptakan aku dengan baik dan luar biasa.
Segala perbuatan-Mu ajaib dan mengagumkan.
Aku benar-benar menyedarinya.
Ya Allah, betapa sukarnya fikiran-Mu bagiku,
dan betapa banyak jumlahnya.
Jika dihitung, bilangannya lebih banyak daripada butir pasir.
Ketika aku bangun, aku masih bersama-sama-Mu.
dinyanyikan oleh kanak-kanak dan bayi.
Engkau membina kubu untuk menentang musuh-Mu,
untuk membinasakan seteru dan lawan-Mu.
Apabila aku melihat langit yang telah Engkau ciptakan,
bulan dan bintang yang Engkau tempatkan,
apakah manusia itu sehingga Engkau ingat akan mereka?
Mereka insan belaka, namun Engkau peliharakan mereka.
Dia mengangkat orang miskin dari debu,
dan orang melarat dari abu.
Dia menempatkan mereka bersama dengan pemerintah,
bersama dengan pemimpin umat-Nya.
Tetapi TUHAN berfirman kepada Samuel, "Jangan perhatikan tinggi badannya atau kacak rupanya; bukan dia yang Aku kehendaki. Aku tidak menilai orang seperti cara manusia menilai orang. Manusia melihat rupa tetapi Aku melihat hati."
Tetapi kamu bangsa yang terpilih, imam-imam yang mengabdikan diri kepada Raja, bangsa yang suci, umat Allah sendiri. Allah memilih kamu untuk mengisytiharkan perbuatan-Nya yang luar biasa. Allah sudah memanggil kamu keluar daripada kegelapan supaya masuk ke dalam cahaya-Nya yang gemilang.
Bukankah lima ekor burung pipit dijual seharga dua sen? Meskipun demikian tidak seekor pun dilupakan oleh Allah. Sebenarnya rambut di kepala kamu pun telah dihitung semuanya. Oleh itu, janganlah takut kerana bagi Allah kamu lebih berharga daripada burung pipit!"
Kerana kurnia Allah yang sudah dianugerahkan-Nya kepadaku, aku menasihati kamu semua: Janganlah anggap diri kamu lebih daripada yang sepatutnya, tetapi nilailah diri masing-masing dengan rendah hati menurut kebolehan yang dikurniakan oleh Allah, kerana kamu percaya kepada Yesus.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.