Aniversário de criança
O aniversário de uma criança é momento de celebrar o presente precioso que Deus deu. Cada criança é formada e conhecida por Deus desde antes de nascer.
Engkau menciptakan segala bahagian badanku;
Engkau membentuk aku di dalam rahim ibuku.
Aku memuji Engkau kerana Engkau menciptakan aku dengan baik dan luar biasa.
Segala perbuatan-Mu ajaib dan mengagumkan.
Aku benar-benar menyedarinya.
Ketika tulang-tulangku dijadikan,
dan dirangkaikan dengan teliti di dalam rahim ibuku,
ketika aku tumbuh di sana secara rahsia,
Engkau tahu bahawa aku di sana.
Engkau melihat aku semasa aku dalam kandungan ibuku.
Jangka masa hidupku sudah ditetapkan
dan dicatat di dalam kitab-Mu,
bahkan sebelum satu hari pun bermula.
Ya Allah, betapa sukarnya fikiran-Mu bagiku,
dan betapa banyak jumlahnya.
Inilah hari kemenangan TUHAN;
marilah kita rayakannya dengan gembira.
Sedarkanlah kami betapa pendeknya usia kami,
supaya kami menjadi bijak bestari.
Aku bergantung kepada-Mu seumur hidupku;
sejak aku dilahirkan, Engkau melindungi aku.
Aku akan sentiasa memuji Engkau.
Aku telah memohon satu perkara kepada TUHAN;
hanya satu sahaja yang aku minta;
untuk tinggal di dalam Rumah TUHAN sepanjang hidupku,
untuk menyaksikan segala kebaikan-Nya,
dan meminta bimbingan-Nya.
Mereka berkata, "Kamu percaya kepada TUHAN,
tetapi mengapakah Dia tidak menyelamatkan kamu?
Jika TUHAN mengasihi kamu,
mengapakah Dia tidak menolong kamu?"
Engkaulah, ya TUHAN, yang mengeluarkan aku dari kandungan ibuku,
dan ketika aku masih bayi, Engkaulah yang memelihara aku.
Saya minta anak ini daripada TUHAN, dan Dia sudah mengabulkan permintaan saya.
Ketika aku masih kanak-kanak, sebagai anak lelaki tunggal, bapaku sentiasa mengajar aku. Katanya, "Ingatlah ajaranku dan jangan lupakannya. Lakukanlah perintahku supaya kamu hidup bahagia.
Semoga kamu sentiasa bersukacita kerana hidup bersatu dengan Tuhan. Sekali lagi aku berkata: bersukacitalah!
Demikianlah anak itu bertambah besar dan kuat. Dia sangat bijaksana dan Allah berkenan kepada-Nya.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.