Beleza
A verdadeira beleza vem de dentro. A Bíblia ensina que o encanto é enganoso e a formosura é vã, mas a mulher que teme ao Senhor — essa sim merece louvor.
Kejelitaan menipu mata, kecantikan pun tidak kekal; tetapi seorang wanita yang menghormati TUHAN harus dipuji.
Janganlah kecantikan kamu bergantung kepada hiasan rambut, barang kemas, ataupun pakaian yang mahal-mahal. Sebaliknya, hendaklah kecantikan kamu terdiri daripada batin yang murni, budi pekerti yang lembut, dan tenang. Itulah kecantikan abadi yang sangat berharga di sisi Allah.
Tetapi TUHAN berfirman kepada Samuel, "Jangan perhatikan tinggi badannya atau kacak rupanya; bukan dia yang Aku kehendaki. Aku tidak menilai orang seperti cara manusia menilai orang. Manusia melihat rupa tetapi Aku melihat hati."
Aku juga mahu kaum wanita menghias diri dengan sederhana dan mengenakan pakaian yang senonoh. Jangan dandani diri dengan potongan rambut yang bukan-bukan, atau perhiasan emas atau mutiara, atau pakaian yang mahal-mahal. Sebaliknya, wanita harus menghias diri dengan perbuatan baik yang sepatutnya dilakukan oleh wanita yang mengabdikan diri kepada Allah.
Engkau menciptakan segala bahagian badanku;
Engkau membentuk aku di dalam rahim ibuku.
Aku memuji Engkau kerana Engkau menciptakan aku dengan baik dan luar biasa.
Segala perbuatan-Mu ajaib dan mengagumkan.
Aku benar-benar menyedarinya.
Alangkah cantiknya engkau,
hai sayangku,
tiada cacat padamu.
Demikianlah Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan.
Kita ciptaan Allah dan kerana kita hidup bersatu dengan Kristus Yesus, Allah telah menjadikan kita untuk mengamalkan perbuatan baik, yang sudah disediakan-Nya untuk kita lakukan.
Kemuliaan Yerusalem Pada Masa Hadapan
Bangkitlah, dan bersinarlah, hai Yerusalem,
kerana cahaya penyelamatanmu sudah datang;
TUHAN menyinari engkau dengan kemuliaan-Nya.
Rumput menjadi kering dan bunga pun layu,
tetapi firman Allah kita kekal selama-lamanya."
Hidup dengan Beriman
Itulah sebabnya kami tidak tawar hati. Meskipun tubuh kami ini menjadi reput, tetapi batin kami dibaharui setiap hari.
Oleh itu, jangan khuatir akan hidup kamu - apa yang akan kamu makan dan minum, atau apa yang akan kamu pakai. Bukankah hidup lebih penting daripada makanan, dan tubuh lebih bernilai daripada pakaian?
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.