Bem
Fazer o bem é mandamento de Deus e expressão prática do amor cristão. A Bíblia convida a praticar o bem a todos, com alegria, sem se cansar — porque colheremos no tempo próprio.
Jangan keluarkan kata-kata jahat,
dan jangan suka berdusta.
Percayalah kepada TUHAN dan buatlah perkara yang baik;
tinggallah di negeri ini dan kamu akan selamat.
Aku yakin bahawa aku akan mengalami kebaikan TUHAN
dalam hidupku di dunia ini.
Ya TUHAN, ingatlah akan kebaikan dan kasih-Mu,
yang telah Engkau tunjukkan sejak dahulu.
Ampunkan segala dosa dan kesalahan masa mudaku.
Ya TUHAN, demi kasih dan kebaikan-Mu ingatlah akan aku.
TUHAN adil dalam segala tindakan-Nya,
dan berbelas kasihan dalam semua perbuatan-Nya.
Jika kamu mendengar nasihatku, kamu akan tahu apa yang benar, adil, dan tidak berat sebelah. Kamu akan tahu apa yang harus kamu buat.
Ketamakan merupakan keaiban; lebih baik menjadi orang miskin daripada menjadi pembohong.
Sebaliknya, inilah hasilnya jika orang dipimpin oleh Roh Allah: Mereka saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia, rendah hati, dan dapat mengawal diri. Tidak ada hukum yang melarang perkara-perkara seperti itu.
Oleh itu, selama kita berpeluang, kita patut berbuat baik kepada semua orang, terutama sekali kepada saudara-saudara kita yang seiman.
Janganlah gunakan kata-kata kotor dalam percakapan kamu. Gunakanlah kata-kata yang membina dan memberikan pertolongan, supaya apa yang kamu katakan mendatangkan kebaikan kepada mereka yang mendengarnya.
Sebaliknya, hendaklah kamu baik hati, saling berbelas kasihan, dan saling mengampuni sebagaimana Allah telah mengampuni kamu melalui Kristus.
Kamu harus mengasihi orang lain dengan ikhlas. Kamu harus membenci apa yang jahat, tetapi berpegang kepada apa yang baik.
Janganlah biarkan diri kamu dikalahkan oleh kejahatan, tetapi kalahkanlah kejahatan dengan kebaikan.
Orang berkata, "Kita dibenarkan melakukan segala sesuatu." Betul, tetapi tidak semuanya berfaedah. "Kita dibenarkan melakukan segala sesuatu" - tetapi tidak semua perkara yang kita lakukan membina kehidupan kita.
Janganlah kamu tertipu! "Persahabatan yang buruk merosakkan akhlak baik."
Allah berkuasa memberkati kamu dengan berlimpah-limpah, sehingga kamu mempunyai apa yang kamu perlukan. Bahkan kamu akan mempunyai lebih daripada cukup untuk mengamalkan perbuatan baik.
Aku juga mahu kaum wanita menghias diri dengan sederhana dan mengenakan pakaian yang senonoh. Jangan dandani diri dengan potongan rambut yang bukan-bukan, atau perhiasan emas atau mutiara, atau pakaian yang mahal-mahal. Sebaliknya, wanita harus menghias diri dengan perbuatan baik yang sepatutnya dilakukan oleh wanita yang mengabdikan diri kepada Allah.
Dia sudah mengorbankan nyawa untuk membebaskan kita daripada segala kejahatan, menyucikan kita, dan menjadikan kita milik-Nya sahaja, serta menjadikan kita rajin berbuat baik.
Oleh itu, berusahalah sebaik-baiknya supaya kamu tetap percaya kepada Kristus, mengamalkan hidup yang baik, dan juga mengetahui kehendak Allah. Di samping itu kamu harus dapat mengawal diri, bertabah hati ketika menghadapi segala sesuatu, dan kamu juga mesti hidup salih. Hendaklah kamu menyayangi saudara seiman dan mengasihi semua orang.
Siapakah akan menyusahkan kamu jika kamu ingin sekali berbuat baik?
Israel Menolak Pimpinan Allah
TUHAN berfirman kepada umat-Nya, "Berdirilah di persimpangan jalan dan perhatikanlah baik-baik! Tanyakanlah jalan-jalan purba, dan yang manakah jalan terbaik. Kemudian ikutilah jalan itu, maka kamu akan hidup dengan tenteram."
Tetapi mereka berkata, "Tidak, kami tidak mahu mengikuti jalan itu!"
TUHAN itu baik;
Dia melindungi umat-Nya pada masa mereka susah,
Dia menjaga orang yang berlindung kepada-Nya.
Tidak seorang pun memasang pelita lalu menaruhnya di bawah pasu, tetapi dia akan meletakkannya di atas kaki pelita supaya memberikan cahaya kepada setiap orang di dalam rumah. Hendaklah cahaya kamu juga bersinar di hadapan orang, supaya mereka melihat perbuatan kamu yang baik, lalu memuji Bapa kamu yang di syurga."
Hendaklah kamu berbelas kasihan seperti Bapa kamu berbelas kasihan juga!"
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.