Pular para o conteúdo
Publicidade

Bom ânimo

Por Bíblia Online

Tende bom ânimo! Jesus repetiu estas palavras aos seus discípulos em meio às tempestades. No mundo tereis aflições, mas Ele já venceu o mundo — e nos dá coragem para enfrentar tudo.

Aku mengatakan semua ini supaya kamu beroleh kesejahteraan kerana bersatu dengan Aku. Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia!"

Ingatlah perintah-Ku kepadamu supaya engkau yakin dan berani! Jangan takut ataupun tawar hati, kerana Aku, TUHAN, Allahmu, menyertai engkau ke mana sahaja engkau pergi."

Setelah itu Yosua berkata kepada para panglimanya, "Jangan takut ataupun tawar hati. Kamu mesti yakin dan berani kerana inilah yang akan dilakukan TUHAN kepada semua musuh kamu."

Jangan takut kerana Aku menyertai kamu.

Jangan cemas kerana Akulah Allah kamu.

Aku akan menguatkan dan menolong kamu;

Aku akan melindungi dan menyelamatkan kamu.

Roh yang diberikan oleh Allah kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Allah melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri.

Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan.

Kasihilah TUHAN, hai semua umat-Nya yang setia.

TUHAN melindungi orang yang setia,

tetapi menghukum orang yang sombong.

Engkau menjawab apabila aku berseru kepada-Mu;

Engkau menguatkan aku sehingga aku berani.

Doa Pujian

Mazmur Daud.

TUHAN adalah cahayaku dan penyelamatku;

aku tidak akan takut kepada sesiapa pun.

TUHAN melindungi aku daripada segala bahaya;

aku tidak akan gentar.

Tetapi Yesus segera berkata kepada mereka, "Tabahkan hati kamu! Aku Yesus. Jangan takut!"

Mereka sangat ketakutan ketika melihat Yesus.

Tetapi Yesus segera berkata kepada mereka, "Tabahkan hati kamu! Aku Yesus. Jangan takut!"

Yesus berkata kepadanya, "Anak-Ku, kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh. Pergilah dengan sejahtera."

Oleh itu kami sentiasa tabah hati. Kami tahu bahawa selama kami tinggal di dalam tubuh ini, kami jauh dari tempat tinggal yang akan kami diami bersama-sama Tuhan.

Pada keesokannya, hari kedua puluh tiga bulan ketujuh, Raja Salomo menyuruh semua orang itu pulang. Mereka semua bersukacita kerana berkat-berkat yang telah diberikan TUHAN kepada umat-Nya Israel, kepada Raja Daud, dan Raja Salomo.

"Hendaklah kamu yakin dan tabah hati. Jangan takut kepada raja negeri Asyur ataupun tentera yang dipimpinnya. Kita mempunyai kuasa yang lebih besar di pihak kita daripada apa yang di pihak raja itu.

- 24 -

Orang yang putus asa pada saat genting, sesungguhnya orang lemah.

Oleh itu tabahkanlah hati saudara-saudara. Saya percaya kepada Allah, bahawa segala-galanya akan berlaku seperti yang dikatakan-Nya kepada saya.

Aku yakin bahawa Allah, yang sudah memulakan pekerjaan yang baik pada diri kamu, akan meneruskannya sehingga selesai pada Hari Kristus Yesus datang kembali.

Oleh itu hendaklah kamu bersukacita, meskipun sekarang mungkin kamu harus berdukacita untuk sementara waktu kerana mengalami berbagai-bagai cubaan.

Orang yang salih diselamatkan oleh TUHAN;

Dia melindungi mereka pada masa kesusahan.

Aku sangat ingin berjumpa dengan kamu, supaya aku dapat berkongsi berkat daripada Roh Allah dengan kamu, untuk menguatkan kamu. Maksudku adalah supaya kepercayaanku kepada Yesus boleh menguatkan kamu, dan kepercayaan kamu kepada Yesus boleh menguatkan aku.

Hidup dengan Beriman

Itulah sebabnya kami tidak tawar hati. Meskipun tubuh kami ini menjadi reput, tetapi batin kami dibaharui setiap hari.

Oleh itu, hendaklah kamu saling menggalakkan dan saling menguatkan, seperti yang kamu lakukan sekarang ini.

Itulah sebabnya, saudara-saudara seiman, dalam segala kesusahan dan penderitaan kami, kami terhibur oleh berita tentang kamu. Kepercayaan kamu kepada Kristus menggalakkan kami,

Umat Israel menjawab, "Kami tidak sekali-kali akan meninggalkan TUHAN untuk mengabdi kepada tuhan-tuhan lain! TUHAN, Allah kita telah melepaskan nenek moyang kita dan kita sendiri daripada perhambaan di Mesir, dan kita telah menyaksikan mukjizat-mukjizat yang dilakukan-Nya. Dia telah melindungi kita dalam semua perjalanan kita melalui negeri-negeri asing.

Aku sendiri tahu akan rancangan-Ku untuk kamu. Rancangan itu bukan untuk mencelakakan kamu, tetapi untuk kemakmuran kamu dan untuk memberikan masa depan yang kamu harap-harapkan.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.