Pular para o conteúdo
Publicidade

Bom dia

Por Bíblia Online

Cada manhã é presente de Deus. As misericórdias do Senhor se renovam cada dia. A Bíblia convida a começar o dia com louvor, oração e gratidão ao Criador.

Manhã com Deus

De manhã te apresentarei a minha oração. Pela manhã ouvirás a minha voz — eu te busco ao despertar.

Ya Allahku, Rajaku,

dengarlah rintihanku dan tolonglah aku.

Aku berdoa kepada-Mu, ya TUHAN;

Adakah mukjizat-Mu kelihatan di tempat yang gelap itu,

ataupun kebaikan-Mu kelihatan di negeri yang sudah dilupakan orang?

Ya Allah, aku sungguh yakin kepada-Mu;

aku hendak menyanyi dan memuji Engkau!

Mereka berkeliaran mencari makanan,

dan menggeram jika tidak kenyang.

Mereka berkeliaran mencari makanan,

dan menggeram jika tidak kenyang.

Tetapi aku akan menyanyi tentang kekuatan-Mu;

setiap pagi aku akan bernyanyi dengan nyaring tentang kasih-Mu.

Engkau telah menjadi pernaungan bagiku,

perlindungan pada masa kesusahanku.

Setiap pagi ingatkanlah aku tentang kasih-Mu,

kerana aku berharap kepada-Mu.

Aku berdoa kepada-Mu;

tunjukkanlah aku jalan yang harus aku tempuh.

Aku akan melihat Engkau kerana aku tidak bersalah;

dan apabila aku terjaga, hadirat-Mu membuat hatiku gembira.

Misericórdias renovadas

As misericórdias do Senhor se renovam cada manhã. Este é o dia que o Senhor fez — alegremo-nos e nos regozijemos nele.

Kasih TUHAN abadi dan

rahmat-Nya tidak berkesudahan;

selalu baru setiap pagi,

sesungguhnya Dia setia!

TUHAN sahaja yang aku punyai,

oleh itu aku berharap kepada-Nya.

Kasih TUHAN abadi dan

rahmat-Nya tidak berkesudahan;

selalu baru setiap pagi,

sesungguhnya Dia setia!

Inilah hari kemenangan TUHAN;

marilah kita rayakannya dengan gembira.

Engkau menghalang aku turun ke alam maut,

dan menyelamatkan aku dari dunia orang mati.

Nyanyikanlah pujian kepada TUHAN,

hai umat-Nya yang setia!

Ingatlah perkara yang telah dilakukan Yang Maha Suci

dan bersyukurlah kepada-Nya!

Nyanyikanlah pujian kepada TUHAN,

hai umat-Nya yang setia!

Ingatlah perkara yang telah dilakukan Yang Maha Suci

dan bersyukurlah kepada-Nya!

Engkau meredakan deruan lautan dan gemuruh ombak;

Engkau menenangkan kegemparan bangsa-bangsa.

Puaskanlah kami dengan kasih-Mu pada setiap pagi,

supaya kami dapat menyanyi dan bergembira seumur hidup kami.

Louvor matinal

Saciai-nos de manhã com a tua benignidade. Todo dia te louvarei e celebrarei o teu nome para sempre.

Lagu Pujian

Lagu pujian oleh Daud.

Aku akan mengagungkan Engkau, ya Allahku dan Rajaku;

aku bersyukur kepada-Mu selama-lamanya.

Setiap hari aku akan bersyukur kepada-Mu;

aku akan memuji Engkau selama-lamanya.

Lagu Pujian

Mazmur. Lagu untuk hari Sabat.

Alangkah baiknya bersyukur kepada-Mu, ya TUHAN,

menyanyi untuk memuji Allah Yang Maha Tinggi,

Allah, Raja yang Agung

Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN!

Bernyanyilah untuk TUHAN, hai seluruh dunia!

Bernyanyilah untuk TUHAN, dan pujilah Dia!

Setiap hari isytiharkanlah berita baik bahawa Dia telah menyelamatkan kita.

Isytiharkanlah keagungan-Nya kepada bangsa-bangsa,

dan perbuatan-Nya yang mengagumkan kepada segenap manusia.

Cinta kepada Taurat TUHAN

Aku sangat mencintai Taurat-Mu!

Aku merenungkannya sepanjang hari.

Di tempat pembuangan ini hatiku hancur,

oleh itu aku ingat kepada TUHAN.

Jiwaku hanyut dalam arus kesedihan;

aku dilanda banjir kekacauan,

seperti deru air terjun Sungai Yordan

dari Gunung Hermon dan Gunung Mizar.

Ya TUHAN, kasihanilah kami. Kami berharap kepada-Mu. Lindungilah kami tiap-tiap hari, dan selamatkanlah kami pada masa kesusahan.

Ketaatan Hamba TUHAN

TUHAN Raja telah mengajar aku tentang apa yang harus kukatakan,

supaya aku dapat menguatkan orang yang letih lesu.

Tiap-tiap pagi Dia membangkitkan keinginanku

untuk mendengar ajaran-Nya bagiku.

Graça para o novo dia

O Senhor te abençoe e te guarde. Cada novo dia é oportunidade de viver sob a graça do Deus que nos ama.

Semoga TUHAN memberkati dan memelihara kamu.

Semoga TUHAN baik hati dan murah hati terhadap kamu.

Semoga TUHAN berkenan kepada kamu dan memberi kamu kesejahteraan.

Taburlah benih pada waktu pagi dan waktu petang juga, kerana kamu tidak tahu sama ada semuanya akan tumbuh, ataupun yang mana satu akan tumbuh dengan lebih subur.

Dia bangun pagi-pagi buta untuk menyediakan makanan bagi keluarganya, dan untuk memberikan arahan kepada semua hamba perempuannya.

Orang yang suka tidur akan jatuh miskin. Orang yang rajin bekerja mendapat banyak makanan.

Allah berpuas hati melihat hal itu. Kemudian Dia mengasingkan cahaya daripada kegelapan. Dia menamakan cahaya itu "Siang" dan kegelapan itu "Malam". Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang pertama.

Oleh itu kami lebih yakin lagi akan perkhabaran yang diisytiharkan oleh nabi-nabi. Sebaiknya kamu perhatikan perkhabaran itu, kerana perkhabaran itu seperti pelita yang bersinar di tempat gelap sehingga fajar menyingsing, dan cahaya bintang fajar bersinar di dalam hati kamu.

Yesus mati untuk kita supaya kita boleh hidup bersama-sama Dia pada waktu Dia datang kelak, baik kita masih hidup ataupun telah mati pada waktu itu.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.