O que é bom
O que é bom vem de Deus. A Bíblia celebra a bondade divina e nos convida a discernir, praticar e desfrutar tudo o que é bom — porque toda boa dádiva vem do Pai das luzes.
Allah memandang semua yang sudah dijadikan-Nya dan Dia sangat berpuas hati. Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang keenam.
Kerana TUHAN baik dan adil,
Dia menunjukkan jalan kepada orang yang sesat.
Tetapi bagiku, sungguh baik berada di samping Allah.
Aku mendapat perlindungan daripada TUHAN Raja,
dan aku akan memberitakan segala perbuatan-Nya.
Lagu Pujian
Mazmur. Lagu untuk hari Sabat.
Alangkah baiknya bersyukur kepada-Mu, ya TUHAN,
menyanyi untuk memuji Allah Yang Maha Tinggi,
mengisytiharkan kasih-Mu pada setiap pagi,
dan kesetiaan-Mu pada setiap malam,
TUHAN itu baik;
Dia tetap mengasihi umat-Nya
dan setia kepada mereka selama-lamanya.
Persaudaraan Umat Allah
Lagu ziarah oleh Daud.
Alangkah baiknya dan indahnya
apabila umat Allah hidup dengan rukun!
Hal yang aku ajarkan kepada kamu baik, oleh itu ingatlah ajaranku.
Kata-kata yang diucapkan tepat pada waktunya mendatangkan kegembiraan.
- 26 -
Hai anakku, makanlah madu kerana madu itu baik. Sebagaimana madu daripada sarang lebah itu manis dimakan, begitu juga hikmat baik bagi jiwamu. Jika kamu memperoleh hikmat, masa hadapanmu terjamin dan harapanmu tidak hilang.
Tiap-tiap orang yang hidup haruslah mempunyai hikmat; hal itu sama baiknya dengan menerima warisan,
Harapan bagi Israel
TUHAN baik terhadap setiap orang yang percaya kepada-Nya.
Oleh itu baiklah kita menantikan
Dia dengan sabar, sehingga Dia menyelamatkan kita.
Sekali-kali tidak! TUHAN telah memberitahu kita apa yang baik. Perkara yang dituntut oleh TUHAN daripada kita adalah supaya kita berlaku adil, selalu mengamalkan kasih, dan dengan rendah hati hidup bersatu dengan Allah kita.
Taurat berasal daripada Allah, dan setiap hukum berasal daripada Allah, maka setiap hukum adil dan baik.
Janganlah ikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir, sehingga kamu dapat mengetahui kehendak Allah - iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya, serta yang sempurna.
Janganlah sebabkan apa yang kamu anggap baik, dianggap jahat oleh orang lain.
Ibadat Jemaah
Pertama sekali aku menggesa supaya doa permohonan dan ucapan syukur disampaikan kepada Allah untuk semua orang, untuk raja-raja dan semua penguasa. Berdoalah kepada Allah supaya kita boleh hidup dengan aman dan tenteram. Kita harus menghormati Allah, dan berlaku sopan terhadap orang lain. Hal ini baik dan menyenangkan hati Allah, Penyelamat kita.
Segala sesuatu yang sudah diciptakan oleh Allah itu baik. Tiada satu pun yang harus ditolak. Terimalah segala-galanya dengan mengucap syukur kepada-Nya, kerana firman Allah dan doa yang diucapkan menjadikan makanan itu suci.
Setiap pemberian yang baik dan sempurna datangnya dari syurga dan diturunkan oleh Allah, Pencipta semua cahaya di langit. Dia Allah yang tidak berubah, dan Dia tidak menyebabkan kegelapan apa pun.
Garam itu baik, tetapi jika garam sudah menjadi tawar, garam itu tidak dapat menjadi masin lagi. Hendaklah kamu menjadi seperti garam serta hidup rukun."
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.