Compaixão
A compaixão é o coração de Deus em ação. Ele é compassivo e misericordioso, tardio em irar-se e grande em amor. Somos chamados a refletir essa compaixão no mundo.
Seperti seorang bapa mengasihani anak-anaknya,
begitulah TUHAN mengasihani orang yang menghormati-Nya.
Tetapi Engkau, ya Tuhan, Allah pengasih dan penyayang,
sentiasa sabar, baik, dan setia.
Izinkanlah aku melihat Engkau di Rumah-Mu,
serta melihat kuasa dan kemuliaan-Mu.
Kasih TUHAN abadi dan
rahmat-Nya tidak berkesudahan;
selalu baru setiap pagi,
sesungguhnya Dia setia!
Oleh itu TUHAN menjawab,
"Dapatkah seorang ibu melupakan bayinya,
atau tidak mengasihi anak kandungnya?
Sekalipun ibu melupakan anak,
Aku tidak akan melupakan kamu.
Hai Yerusalem, Aku tidak akan melupakan kamu!
Aku telah menuliskan nama kamu pada tapak tangan-Ku.
Namun TUHAN menanti-nantikan saatnya untuk menunjukkan belas kasihan-Nya kepada kamu. Dia mengasihani kamu kerana Dia Allah yang sentiasa berbuat adil. Berbahagialah mereka yang berharap kepada TUHAN.
Ya TUHAN, tiada yang seperti Engkau. Engkau mengampunkan dosa umat-Mu yang masih hidup. Engkau tidak murka selama-lamanya, tetapi Engkau suka menunjukkan kasih-Mu yang abadi kepada kami.
Aku akan menguatkan penduduk Yehuda;
Aku akan menyelamatkan penduduk Israel.
Aku akan mengasihani mereka
dan membawa mereka semua pulang.
Aku akan memperlakukan mereka
seolah-olah mereka tidak pernah Aku tolak.
Akulah TUHAN, Allah mereka;
Aku akan mengabulkan doa mereka.
"Pada masa dahulu, Aku memberikan perintah ini kepada umat-Ku, ‘Kamu mesti berlaku adil, baik hati, dan berbelas kasihan kepada sesama kamu. Jangan tindas balu, anak yatim piatu, orang asing yang menetap di tengah-tengah kamu, atau sesiapa sahaja yang dalam keadaan susah. Jangan rancangkan perkara yang jahat terhadap sesama kamu.’
Kamu umat Allah. Allah mengasihi kamu dan memilih kamu supaya menjadi milik-Nya sendiri. Oleh itu, kamu harus berbelas kasihan, baik hati, rendah hati, lemah lembut, dan bersabar.
Sebaliknya, hendaklah kamu baik hati, saling berbelas kasihan, dan saling mengampuni sebagaimana Allah telah mengampuni kamu melalui Kristus.
Menderita kerana Melakukan yang Benar
Inilah kesimpulannya: Hendaklah kamu semua seia sekata dan seperasaan. Hendaklah kamu saling mengasihi seperti orang yang bersaudara, dan hendaklah kamu saling berbelas kasihan dan bersikap rendah hati.
Jika seorang kaya melihat saudaranya yang miskin memerlukan pertolongan, tetapi tidak mahu menolong saudaranya itu, bagaimanakah dia dapat berkata bahawa dia mengasihi Allah?
Paulus Bersyukur kepada Allah
Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus. Dia Bapa yang berbelas kasihan dan Dia Allah yang sentiasa menolong kita. Dia menolong kami semasa kami mengalami kesusahan, supaya dengan pertolongan yang kami terima daripada Allah, kami pun dapat menolong semua orang yang mengalami kesusahan.
Imam Agung kita ini bukanlah imam yang tidak dapat bersimpati terhadap segala kelemahan kita. Sebaliknya, kita mempunyai Imam Agung yang pernah dicubai dalam segala hal seperti kita sendiri, tetapi Dia tidak berbuat dosa!
Bersukacitalah dengan mereka yang bersukacita, dan menangislah dengan mereka yang menangis.
Akhirnya, saudara-saudaraku, bersukacitalah! Berusahalah untuk menjadi sempurna; terimalah nasihatku. Hendaklah kamu sehati dan hidup rukun. Allah yang mengasihi kita dan mengurniai kita kedamaian akan menyertai kamu.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.