Confiar no Senhor
Confiar no Senhor é a base de toda vida espiritual. A confiança em Deus nos livra do medo, nos dá paz e nos posiciona para receber as promessas divinas.
Confiar de todo coração
Confia no Senhor de todo o coração. Não te apoies em teu próprio entendimento — em todos os caminhos o reconheça.
Percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri. Ingatlah akan TUHAN dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.
Allah Pelindung Kita
Orang yang berlindung kepada Yang Maha Tinggi,
orang yang tinggal di bawah naungan Yang Maha Kuasa,
dapat berkata kepada-Nya,
"Engkaulah pembelaku dan pelindungku.
Engkaulah Allahku; aku percaya kepada-Mu."
Dia akan melindungi engkau daripada segala bahaya tersembunyi,
dan daripada segala penyakit yang membawa maut.
Dia akan menaungi engkau dengan sayap-Nya;
engkau akan selamat dalam pemeliharaan-Nya;
kesetiaan-Nya akan melindungi dan membela engkau.
TUHAN Melindungi Umat-Nya
Lagu ziarah.
Orang yang percaya kepada TUHAN adalah seperti Bukit Sion,
yang kukuh tidak bergoyang dan bertahan selama-lamanya.
Seperti gunung-gunung melindungi Yerusalem,
demikianlah TUHAN melindungi umat-Nya,
sekarang hingga selama-lamanya.
Dia tidak takut menerima berita buruk;
hatinya teguh kerana percaya kepada TUHAN.
Percayalah kepada TUHAN dan buatlah perkara yang baik;
tinggallah di negeri ini dan kamu akan selamat.
Carilah kebahagiaan yang datang daripada TUHAN,
dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.
Serahkanlah hidupmu kepada TUHAN,
berharaplah kepada-Nya dan Dia akan menolong engkau;
Dia akan menyebabkan kebaikanmu
bersinar seperti matahari pada waktu tengah hari.
TUHAN adalah pernaungan bagi orang yang ditindas,
tempat perlindungan pada masa kesusahan.
Segurança em Deus
Bem-aventurado o homem que confia no Senhor. Ele é como árvore plantada junto às águas — não temerá quando vier o calor.
Tetapi orang yang berharap kepada-Ku
akan Kuberkati selalu.
Dia bagaikan pokok yang tumbuh
di tepi sungai yang mengalir;
akarnya merambat sampai ke air.
Musim panas tidak ditakutinya,
kerana daun-daunnya selalu hijau;
walaupun negeri dilanda kemarau,
tidak ada kegelisahannya,
kerana buah selalu dihasilkannya.
Percayalah kepada TUHAN selama-lamanya;
Dia akan sentiasa melindungi kita.
Allah ialah Penyelamatku;
aku percaya kepada-Nya dan aku tidak takut.
TUHAN memberikan kuasa dan kekuatan kepadaku;
Dialah Penyelamatku.
TUHAN pelindung dan raja mulia kita,
Dia memberkati kita dengan kebaikan dan kehormatan.
Dia tidak menahan apa-apa yang baik
daripada mereka yang hidup tidak bercela.
Sekarang aku tahu bahawa TUHAN memberikan kemenangan
kepada raja pilihan-Nya;
dari syurga-Nya yang suci TUHAN mengabulkan permintaannya.
Oleh kuasa TUHAN, raja mendapat kemenangan yang besar.
Ada orang bergantung kepada kereta kuda mereka,
yang lain kepada kuda mereka,
tetapi kita yakin akan kuasa TUHAN, Allah kita.
Lebih baik berlindung kepada TUHAN,
daripada mengharapkan manusia.
Lebih baik berlindung kepada TUHAN,
daripada mengharapkan pemimpin.
Não confiar no homem
Não temas — em ti confiarei. Melhor é confiar no Senhor do que confiar no homem ou nos príncipes.
Pada hari aku berseru kepada-Mu,
mundurlah musuh-musuhku.
Aku tahu bahawa Allah memihak aku.
Aku memuji TUHAN Allah kerana janji-Nya.
Jangan biarkan musuhku berkata bahawa mereka telah mengalahkan aku.
Jangan biarkan mereka bergembira kerana kejatuhanku.
Aku mendengar bisikan musuhku;
perkara dahsyat terdapat di sekelilingku.
Mereka berkomplot menentang aku,
dan merancang hendak membunuh aku.
Dia mengajar aku menyanyi lagu yang baru,
lagu pujian untuk Allah kita.
Banyak orang yang melihat perkara ini akan menjadi takut
lalu percaya kepada TUHAN.
Yesus Jalan kepada Bapa
Yesus berkata kepada mereka, "Janganlah kamu risau. Percayalah kepada Allah dan percayalah kepada-Ku juga.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.