Consequências dos nossos atos
Toda ação tem consequências. A Bíblia ensina que colhemos o que semeamos — para o bem e para o mal. Deus pesará cada palavra e ato no dia do juízo.
Colher o que semear
Cada um prestará contas de si mesmo a Deus. O Senhor julgará as obras e os segredos dos homens com justiça perfeita.
Oleh itu, kita masing-masing harus mempertanggungjawabkan segala perbuatan kita kepada Allah.
Hal itu demikian, kerana Allah akan membalas setiap orang setimpal dengan perbuatannya. Allah akan memberikan hidup sejati dan kekal kepada mereka yang sentiasa berbuat baik, dan mengharapkan kemuliaan, penghormatan, dan hidup yang kekal. Tetapi mereka yang mementingkan diri sendiri dan menolak Allah supaya dapat melakukan kejahatan, akan ditimpa kemurkaan dan kemarahan Allah. Setiap orang yang berbuat jahat akan menanggung kesengsaraan dan penderitaan: mula-mula orang Yahudi, dan juga orang bukan Yahudi. Tetapi Allah akan memberikan kemuliaan, penghormatan, dan kesejahteraan kepada semua orang yang berbuat baik: mula-mula kepada orang Yahudi, dan juga kepada orang bukan Yahudi. Hal itu demikian, kerana Allah menghakimi semua orang dengan adil.
Anugerah Allah juga jauh lebih besar daripada dosa satu orang itu. Setelah satu orang itu berdosa, Allah memberikan keputusan "Bersalah". Tetapi setelah banyak orang berbuat dosa, Allah mengurniakan anugerah-Nya dengan menyatakan mereka, "Tidak bersalah!" Memang betul bahawa melalui satu orang itu, maut mula berkuasa kerana dosa satu orang itu. Tetapi lebih besar lagi hal yang dicapai oleh satu orang lain, iaitu Yesus Kristus. Melalui Dia, Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada banyak orang, dan dengan anugerah-Nya mereka dapat berbaik semula dengan Allah, serta akan hidup dan berkuasa melalui Kristus.
Hal Menghakimi Orang
"Jangan hakimi orang lain, supaya Allah tidak menghakimi kamu juga. Allah akan menghakimi kamu sebagaimana kamu menghakimi orang lain. Sukatan yang kamu gunakan untuk menghakimi orang lain akan digunakan oleh Allah untuk kamu.
Ketahuilah bahawa pada Hari Kiamat setiap orang harus mempertanggungjawabkan tiap-tiap kata yang tidak seharusnya diucapkan.
Firman Allah itu hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang bermata dua. Firman itu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh, sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum. Firman Allah menghakimi fikiran dan niat hati manusia. Tiada sesuatu pun dapat disembunyikan daripada Allah. Segala sesuatu di alam semesta terbuka dan terdedah di sisi Allah. Kita semua harus memberikan pertanggungjawapan tentang hidup kita kepada Allah.
Responsabilidade pessoal
Quem é sábio prevê o perigo e se esconde. A Palavra examina os pensamentos e intenções do coração.
Orang bijak mengelakkan bahaya apabila melihatnya, tetapi orang bodoh membiarkan diri ditimpa malapetaka dan menyesal kemudian.
Kamu sendiri yang akan beruntung jika kamu mempunyai hikmat. Tetapi jika kamu menolak hikmat, kamu sendiri juga yang akan rugi.
Fikirlah baik-baik sebelum menjanjikan korban kepada Allah supaya kamu tidak menyesal.
Hal-Hal yang Memerlukan Korban untuk Mengampunkan Dosa
Korban untuk mengampunkan dosa perlu dipersembahkan bagi hal-hal yang berikut:
Jika seseorang dengan rasminya diminta memberikan kesaksian di mahkamah, tetapi dia tidak memberikan keterangan tentang apa yang sudah dilihat atau didengarnya, maka dia harus menanggung akibatnya.
Jika sesiapa dengan tidak sengaja berdosa kerana melanggar salah satu perintah TUHAN, orang itu bersalah dan dia harus menanggung akibatnya.
Jangan berdendam terhadap sesiapa pun. Selesaikanlah perselisihan kamu dengan dia, supaya kamu tidak berdosa kerana orang itu.
Consequências inevitáveis
A terra deu seu fruto conforme as obras dos que nela habitam. Ninguém escapa do juízo — Deus pesa cada ação.
Tetapi bumi akan menjadi tandus kerana kejahatan penduduknya.
Sedangkan kamu berdua, hai Ohola dan Oholiba, akan Kuhukum kerana kamu cabul dan menyembah berhala. Barulah kamu tahu bahawa Akulah TUHAN Raja."
Setiap orang dan binatang yang membunuh manusia akan Kuhukum mati.
Mengapakah orang jahat menghina Allah,
dan berfikir mereka tidak akan dihukum Allah?
Tetapi Engkau nampak;
Engkau perhatikan kesusahan dan penderitaan orang,
dan sentiasa sedia untuk menolong mereka.
Orang yang tidak berdaya menyerahkan dirinya kepada-Mu,
kerana Engkau selalu menolong orang yang susah.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.