Pular para o conteúdo
Publicidade

Conversão

Por Bíblia Online

A conversão é o ato de se voltar para Deus — arrependendo-se do pecado e abraçando a graça. É o início de uma vida nova, transformada pelo amor de Cristo.

Arrependei-vos

Arrependei-vos e convertei-vos para que os vossos pecados sejam apagados. A conversão começa com a mudança de mente e coração.

Oleh itu, bertaubatlah daripada dosa dan kembalilah kepada Allah, supaya Dia menghapus dosa saudara-saudara.

Petrus menjawab, "Hendaklah setiap orang di kalangan saudara bertaubat daripada dosa, lalu dibaptis demi nama Yesus Kristus, supaya dosa saudara-saudara diampunkan lalu saudara semua akan menerima pemberian Allah, iaitu Roh Allah.

Allah tidak mahu mengingat masa kita tidak mengenal Dia dahulu, tetapi sekarang Dia menyuruh semua orang di seluruh dunia bertaubat daripada cara hidup yang jahat.

Sejak itu Yesus mula mengisytiharkan perkhabaran-Nya, "Bertaubatlah daripada dosa kamu, kerana tidak lama lagi Allah akan memerintah!"

Lakukanlah perkara-perkara yang menunjukkan bahawa kamu sudah bertaubat daripada dosa.

Dia berkata, "Masanya sudah tiba; tidak lama lagi Allah akan memerintah. Bertaubatlah daripada dosa kamu dan percayalah kepada Berita Baik ini!"

O amor de Deus converte

Céu se alegra por um pecador que se arrepende. Deus não deseja a morte do ímpio, mas que se converta e viva.

Ketahuilah bahawa demikian juga di syurga ada kegembiraan yang lebih besar kerana seorang berdosa bertaubat, daripada kegembiraan kerana sembilan puluh sembilan orang berhormat yang berpendapat mereka tidak perlu bertaubat."

Percayalah, malaikat Allah juga bersukacita apabila seorang berdosa bertaubat."

Aku datang bukan untuk memanggil orang yang menganggap diri mereka baik, tetapi orang yang berdosa supaya mereka bertaubat daripada dosa."

Aku tidak mahu sesiapa pun mati," Demikianlah firman TUHAN Raja. "Bertaubatlah daripada dosa kamu dan hiduplah."

Jika seorang jahat berhenti berbuat dosa, dan mula mentaati hukum-Ku, serta melakukan apa yang benar dan baik, dia tidak akan mati. Dia pasti akan hidup.

Tanggungjawab Perseorangan

TUHAN berfirman kepadaku, "Peribahasa apakah yang disebut-sebut orang di negeri Israel?

‘Ibu bapa makan anggur masam,

tetapi anak yang ngilu gigi.’ "

"Demi Aku, Allah yang hidup," firman TUHAN Raja, "peribahasa itu tidak akan diucapkan di Israel lagi. Nyawa setiap orang milik-Ku, baik nyawa bapa mahupun nyawa anak. Sesiapa yang berdosa, dialah yang akan mati.

Andaikata ada seorang yang benar-benar baik, adil, dan jujur. Dia tidak menyembah berhala orang Israel, ataupun makan korban yang telah dipersembahkan di tempat-tempat pemujaan. Dia tidak menggoda isteri orang lain, ataupun bersetubuh dengan wanita yang sedang haid. Dia tidak menipu ataupun merompak orang. Dia mengembalikan barang yang diterimanya sebagai jaminan untuk pinjaman. Dia memberikan makanan kepada orang yang lapar dan pakaian kepada orang yang tidak mempunyai pakaian. Dia tidak minta faedah apabila meminjamkan wang. Dia tidak mahu melakukan kejahatan dan dia memberikan keputusan yang adil dalam setiap pertengkaran. Dia mematuhi perintah-Ku dan mentaati hukum-Ku. Orang seperti itu baik dan akan hidup." Demikianlah firman TUHAN Raja.

"Andaikata orang itu mempunyai seorang anak lelaki yang merompak, membunuh, dan melakukan banyak perbuatan jahat yang tidak pernah dilakukan oleh bapanya. Anak itu makan korban yang telah dipersembahkan di tempat-tempat pemujaan dan menggoda isteri orang lain. Dia menipu orang miskin, merompak, dan tidak mengembalikan barang yang diterimanya sebagai jaminan untuk pinjaman. Dia pergi ke kuil-kuil dan menyembah berhala yang menjijikkan, serta minta faedah apabila meminjamkan wang. Adakah orang itu akan hidup? Tentu tidak! Dia telah melakukan semua perkara yang menjijikkan itu, dan oleh itu dia akan mati. Dia bertanggungjawab terhadap kematiannya sendiri.

Sekarang andaikata orang yang melakukan banyak kejahatan ini mempunyai seorang anak lelaki, dan anak itu melihat segala dosa bapanya tetapi tidak mengikut contohnya. Dia tidak menyembah berhala orang Israel, ataupun makan korban yang dipersembahkan di tempat-tempat pemujaan. Dia tidak menggoda isteri orang lain, atau menindas orang atau merompak sesiapa. Dia mengembalikan barang yang diterimanya sebagai jaminan untuk pinjaman. Dia memberikan makanan kepada orang yang lapar dan pakaian kepada orang yang tidak mempunyai pakaian. Dia tidak mahu melakukan kejahatan dan tidak minta faedah apabila meminjamkan wang. Dia mematuhi perintah-Ku dan mentaati hukum-Ku. Orang itu tidak akan mati kerana dosa bapanya, tetapi dia pasti akan hidup. Sebaliknya, bapanya yang menipu, merompak dan selalu melakukan kejahatan terhadap semua orang, akan mati kerana dosa yang telah dilakukannya sendiri.

Mungkin kamu bertanya mengapa anak itu tidak menanggung akibat daripada dosa bapanya. Jawapannya adalah anak itu berbuat yang adil dan baik. Dia mentaati hukum-Ku dan melakukannya dengan setia. Oleh itu dia pasti akan hidup. Orang yang berdosa akan mati. Seorang anak tidak usah menanggung akibat daripada dosa bapanya. Demikian juga seorang bapa tidak usah menanggung akibat daripada dosa anaknya. Seorang yang baik akan menerima ganjaran kerana kebaikannya, dan seorang yang jahat akan menanggung akibat daripada kejahatannya.

Jika seorang jahat berhenti berbuat dosa, dan mula mentaati hukum-Ku, serta melakukan apa yang benar dan baik, dia tidak akan mati. Dia pasti akan hidup. Semua dosanya akan diampunkan, dan dia akan hidup kerana dia melakukan yang benar. Adakah kamu menyangka bahawa Aku suka melihat orang jahat mati?" firman TUHAN Raja. "Tidak! Aku mahu dia bertaubat dan hidup.

Tetapi jika seorang baik berhenti berbuat baik, dan mula berbuat jahat dengan melakukan perkara-perkara menjijikkan yang dilakukan oleh orang jahat, adakah dia akan terus hidup? Tidak! Semua perkara baik yang pernah dilakukannya itu tidak akan diingat. Dia akan mati kerana dia tidak setia kepada-Ku dan kerana dia telah berdosa.

Tetapi kamu berkata, ‘Perbuatan Tuhan tidak adil.’ Dengarlah, hai orang Israel. Adakah kamu menyangka bahawa Aku tidak adil? Kamulah yang tidak adil. Apabila seorang baik berhenti berbuat baik, malahan mula berbuat jahat dan orang itu mati, dia mati kerana perbuatannya yang jahat itu. Apabila seorang jahat berhenti berbuat dosa, dan mula berbuat yang adil dan baik, orang itu menyelamatkan hidupnya. Dia insaf akan kesalahannya lalu berhenti berbuat dosa. Oleh itu dia tidak akan mati tetapi akan hidup. Lalu kamu hai orang Israel berkata, ‘Perbuatan Tuhan tidak adil.’ Kamu berfikir bahawa Aku tidak adil, padahal kamulah yang tidak adil.

Sekarang Aku, TUHAN Raja memberitahu kamu, hai umat Israel, bahawa Aku akan mengadili setiap orang menurut perbuatannya. Bertaubatlah daripada kejahatan yang sedang kamu lakukan, dan jangan biarkan dosa kamu membinasakan kamu. Tinggalkanlah segala kejahatan yang telah kamu lakukan, dan biarlah fikiran dan hati kamu menjadi baru. Mengapakah kamu, umat Israel mahu mati? Aku tidak mahu sesiapa pun mati," Demikianlah firman TUHAN Raja. "Bertaubatlah daripada dosa kamu dan hiduplah."

Tuhan tidak berlambat untuk melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya, meskipun beberapa orang berfikir demikian. Sebaliknya, Dia sabar terhadap kamu, kerana Dia tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa.

Transformação

Voltai-vos para mim e sereis salvos! Rasgai o coração e não as vestes. A verdadeira conversão transforma o interior.

Biarlah orang jahat meninggalkan cara hidup mereka,

dan mengubah jalan fikiran mereka.

Biarlah mereka kembali kepada TUHAN, Allah kita,

kerana Dia berbelas kasihan dan sentiasa sedia mengampuni.

Aku telah menghapus segala dosa kamu seperti awan dibawa angin.

Kembalilah kepada-Ku, kerana Akulah yang menyelamatkan kamu."

Panggilan untuk Bertaubat

TUHAN berfirman, "Tetapi sekarang

bertaubatlah dengan sungguh-sungguh dan kembalilah kepada-Ku

dengan berpuasa, menangis, dan meratap.

Biarlah hati kamu yang hancur itu menyatakan penyesalan,

jangan hanya mengoyakkan pakaian."

Kembalilah kepada TUHAN Allah kamu.

Dia penyayang dan penuh rahmat;

Dia sabar dan menepati janji-Nya;

Dia sentiasa sedia mengampuni

dan tidak suka menghukum.

tetapi jika mereka berdoa kepada-Ku lalu bertaubat dan berhenti melakukan perbuatan jahat, maka dari syurga Aku akan mendengarkan mereka, dan mengampunkan dosa mereka, serta menjadikan negeri mereka makmur semula.

Persiapan untuk Perayaan Paska

Penduduk belum dapat merayakan Paska pada masa yang telah ditentukan, iaitu pada bulan pertama, kerana mereka tidak mempunyai cukup imam yang telah menyucikan diri; lagipun belum banyak orang yang berkumpul di Yerusalem. Oleh itu Raja Hizkia, para pegawai baginda, dan penduduk Yerusalem bersetuju merayakan Paska pada bulan kedua. Raja mengirim berita kepada segenap penduduk Israel dan Yehuda, bahkan kepada suku Efraim dan Manasye, untuk menjemput mereka datang ke Rumah TUHAN di Yerusalem supaya merayakan Paska untuk menghormati TUHAN, Allah Israel. Raja dan rakyat bersetuju dengan cadangan itu. Mereka menjemput semua orang Israel, dari Dan di utara sampai ke Bersyeba di selatan, supaya berkumpul di Yerusalem untuk merayakan Paska menurut ketetapan di dalam Taurat. Mereka hendak merayakan Paska secara besar-besaran. Utusan-utusan dihantar oleh raja dan pegawai-pegawainya ke seluruh Yehuda dan Israel dengan jemputan yang berbunyi demikian,

"Hai penduduk Israel, kamu telah terselamat daripada penjajahan orang Asyur. Sekarang kembalilah kepada TUHAN, Allah Abraham, Ishak, dan Yakub, maka TUHAN pun akan kembali kepada kamu. Jangan berlaku seperti nenek moyang kamu dan sesama suku kamu orang Israel yang tidak setia kepada TUHAN, Allah mereka. Sebagaimana telah kamu ketahui, Dia menghukum mereka dengan berat. Jangan berdegil seperti mereka. Taatlah kepada TUHAN. Datanglah ke Rumah TUHAN di Yerusalem, yang telah dikhaskan oleh TUHAN, Allah kamu untuk selama-lamanya. Beribadatlah kepada-Nya supaya Dia tidak murka lagi terhadap kamu. Jika kamu kembali kepada TUHAN, orang yang telah menawan sanak keluarga kamu akan mengasihani mereka, lalu membenarkan mereka pulang. TUHAN, Allah kamu itu baik dan berbelas kasihan; jika kamu kembali kepada-Nya, Dia akan menyambut kamu."

Para utusan itu pergi ke tiap-tiap kota di wilayah Efraim dan Manasye, dan di utara sampai ke wilayah suku Zebulon. Orang mentertawakan dan mempermalukan mereka, tetapi ada juga orang daripada suku Asyer, Manasye, dan Zebulon yang mahu datang ke Yerusalem. Di Yehuda, Allah pun bertindak dan menyatukan hati rakyat supaya sungguh-sungguh taat kepada kehendak-Nya, sehingga mereka rela menurut perintah raja dan pegawai-pegawainya.

Perayaan Paska

Pada bulan kedua, banyak orang berkumpul di Yerusalem untuk merayakan Perayaan Roti Tidak Beragi. Mereka membongkar semua mazbah di Yerusalem yang telah digunakan untuk mempersembahkan korban dan membakar kemenyan kepada dewa-dewa lalu membuang semuanya ke dalam Lembah Kidron. Pada keempat belas hari bulan itu, mereka menyembelih anak-anak domba bagi korban Perayaan Paska. Para imam dan orang Lewi yang belum menyucikan diri sangat malu sehingga mereka pun menyucikan diri supaya dapat mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN di Rumah TUHAN. Mereka mengambil tempat masing-masing di Rumah TUHAN menurut peraturan di dalam Taurat Musa, hamba Allah. Orang Lewi memberikan darah binatang kepada para imam untuk dipercikkan di atas mazbah. Oleh sebab banyak orang yang belum menyucikan diri, mereka tidak dapat menyembelih anak domba Paska. Oleh itu orang Lewi melakukannya bagi mereka dan mempersembahkan anak domba yang disembelih itu kepada TUHAN. Selain itu, banyak juga orang daripada suku Efraim, Manasye, Isakhar, dan Zebulon yang belum menyucikan diri. Oleh sebab itu mereka merayakan Paska dengan tidak memenuhi syarat. Kemudian Raja Hizkia berdoa bagi mereka, "Ya TUHAN, Allah nenek moyang kami, demi kebaikan-Mu ampunilah mereka yang menyembah Engkau dengan segenap hati, walaupun mereka belum menyucikan diri." TUHAN mengabulkan doa Raja Hizkia dan mengampuni semua orang itu dan tidak menghukum mereka. Selama tujuh hari orang yang telah berkumpul di Yerusalem merayakan Perayaan Roti Tidak Beragi dengan bersukacita. Setiap hari orang Lewi dan imam-imam memuji TUHAN dengan segenap kekuatan mereka.Raja Hizkia memuji orang Lewi atas kemahiran mereka memimpin ibadat kepada TUHAN.

Perayaan Kedua

Selepas tujuh hari mereka menikmati makanan perayaan serta mempersembahkan korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN, Allah nenek moyang mereka, mereka semua membuat keputusan untuk meneruskan perayaan itu tujuh hari lagi. Mereka merayakan perayaan itu dengan sukacita. Raja Hizkia menyumbang 1,000 ekor lembu jantan dan 7,000 ekor domba untuk disembelih dan dimakan oleh rakyat. Para pegawai pun menyumbang 1,000 ekor lembu jantan dan 10,000 ekor domba. Pada masa itu banyak sekali imam menyucikan diri. Semua orang bersukacita, baik penduduk Yehuda, para imam, orang Lewi, mahupun orang yang datang dari utara, dan bangsa asing yang menetap di Israel dan Yehuda. Seluruh kota Yerusalem bersukacita, kerana sejak pemerintahan Raja Salomo putera Raja Daud, belum pernah perkara seperti ini berlaku. Para imam dan orang Lewi memohon berkat TUHAN bagi rakyat. Dari tempat kediaman-Nya di syurga, TUHAN mendengar serta menyambut doa mereka.

TUHAN Memanggil Umat-Nya Kembali kepada-Nya

Pada bulan kelapan dalam tahun kedua pemerintahan Raja Darius di Persia, TUHAN menyampaikan perkhabaran ini kepada Nabi Zakharia anak Berekhya dan cucu Ido. TUHAN Yang Maha Kuasa memberikan perintah kepada Zakharia untuk menyampaikan perkhabaran ini kepada umat-Nya, "Aku, TUHAN sangat murka kepada nenek moyang kamu. Tetapi sekarang Aku berfirman kepada kamu: Kembalilah kepada-Ku, maka Aku juga akan kembali kepada kamu. Jangan berlaku seperti nenek moyang kamu. Dahulu kala, para nabi menyampaikan perkhabaran-Ku kepada mereka agar berhenti berbuat jahat dan berhenti berbuat dosa. Tetapi mereka tidak mahu mendengarkan Aku dan tidak mahu mentaati Aku. Di manakah nenek moyang kamu dan nabi-nabi itu sekarang? Mereka telah meninggal. Dengan perantaraan para nabi, hamba-Ku, Aku menyampaikan perintah dan amaran-Ku kepada nenek moyang kamu. Tetapi mereka tidak mempedulikannya sehingga harus menanggung akibatnya. Kemudian mereka bertaubat dan mengakui bahawa Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, telah menghukum mereka setimpal dengan kesalahan mereka dan sesuai dengan ketentuan-Ku."

Penglihatan tentang Beberapa Ekor Kuda

Pada hari kedua puluh empat bulan Syebat, iaitu bulan sebelas dalam tahun kedua pemerintahan Raja Darius, TUHAN menyampaikan perkhabaran-Nya kepadaku. Dalam suatu penglihatan pada waktu malam, aku nampak malaikat TUHAN menunggang seekor kuda merah. Dia berhenti di sebuah lembah di antara pokok kemunting. Di belakangnya ada lagi beberapa ekor kuda - ada yang merah, ada yang bertelau-telau, dan ada yang putih. Aku bertanya kepadanya, "Tuan, apakah maknanya semua kuda ini?"

Dia menjawab, "Aku akan menunjukkan maknanya kepadamu. TUHAN mengirim semua kuda ini untuk menyiasat bumi."

Semua kuda itu memberikan laporan kepada malaikat, "Kami telah menjelajahi seluruh muka bumi dan mendapati bahawa seluruh bumi tenang dan tenteram."

Kemudian malaikat itu berkata, "Ya TUHAN Yang Maha Kuasa, Engkau murka kepada Yerusalem dan kota-kota di Yehuda selama tujuh puluh tahun. Sampai bilakah Engkau akan tetap murka dan tidak mengampuni mereka?"

TUHAN menjawab malaikat itu dengan firman yang menghiburkan hati, lalu malaikat itu menyuruh aku mengisytiharkan firman TUHAN Yang Maha Kuasa, "Aku sangat mengasihi kota Yerusalem dan mengambil berat terhadap kota-Ku yang suci itu. Tetapi Aku sangat murka kepada bangsa-bangsa yang berasa aman dan tenteram. Ketika Aku menahan kemurkaan-Ku terhadap umat-Ku, bangsa-bangsa itu menambah penderitaan umat-Ku. Oleh itu Aku kembali ke Yerusalem untuk mengasihani kota itu. Rumah-Ku akan dibina semula dan kota itu akan diperbaiki."

Malaikat itu menyuruh aku mengisytiharkan perkhabaran ini juga, "TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman bahawa kota-kota-Nya akan makmur semula dan bahawa sekali lagi Dia akan menolong Yerusalem dan mengakuinya sebagai milik-Nya sendiri."

Penglihatan tentang Tanduk

Dalam penglihatan yang lain, aku nampak empat buah tanduk lembu. Aku bertanya kepada malaikat yang telah bertutur kepadaku, "Apakah makna tanduk-tanduk itu?"

Dia menjawab, "Tanduk-tanduk itu melambangkan kuasa kerajaan dunia yang mencerai-beraikan penduduk Yehuda, Israel, dan Yerusalem."

Kemudian TUHAN menunjukkan empat orang tukang besi yang membawa tukul. Aku bertanya, "Apakah maksud kedatangan mereka?"

Dia menjawab, "Mereka datang untuk menakutkan dan menggulingkan bangsa-bangsa yang telah memusnahkan Yehuda serta mencerai-beraikan penduduknya."

Aku menegur dan menghukum orang yang Aku kasihi. Oleh itu kamu harus bersungguh-sungguh, dan juga bertaubat daripada dosa.

Hidup yang Lama dan Hidup yang Baru

Oleh itu, matikanlah keinginan duniawi yang menguasai diri kamu, seperti perbuatan cabul, perkara yang tidak senonoh, hawa nafsu, keinginan yang jahat, dan ketamakan (kerana ketamakan itu serupa dengan penyembahan berhala).

Janganlah serahkan sebarang anggota tubuh kamu kepada kuasa dosa untuk digunakan bagi tujuan yang jahat. Sebaliknya, serahkanlah diri kamu kepada Allah sebagai orang yang dahulunya mati, tetapi sekarang telah dihidupkan oleh Allah. Serahkanlah segenap diri kamu kepada Allah supaya Allah boleh menggunakan kamu untuk melakukan kehendak-Nya.

Saling Memikul Beban

Saudara-saudaraku, jika seseorang didapati melakukan sesuatu yang salah, hendaklah kamu yang hidup menurut pimpinan Roh Allah, membimbing orang itu kembali kepada jalan benar. Tetapi kamu harus melakukannya dengan lemah lembut. Berwaspadalah, supaya kamu sendiri tidak tergoda untuk berbuat hal yang sama.

Oleh itu, buanglah segala kebiasaan buruk dan kelakuan yang jahat. Berserahlah kepada Allah dan terimalah firman yang ditanam-Nya di dalam hati kamu, kerana firman itu dapat menyelamatkan kamu.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.