Coração quebrantado
Deus está perto dos que têm o coração quebrantado. A Bíblia consola os aflitos: o sacrifício que Deus aceita é o espírito quebrantado e um coração contrito — jamais desprezará.
Apabila orang salih berseru, TUHAN mendengar
dan menyelamatkan mereka daripada segala kesusahan.
Tolonglah aku berkata-kata,
ya Tuhan,
lalu aku akan memberi Engkau pujian.
Dia menyembuhkan orang yang hancur hati,
dan membalut luka mereka.
Sekalipun jiwa ragaku menjadi lemah,
Engkaulah kekuatanku, ya Allah;
hanya Engkau yang aku perlukan selama-lamanya.
Akulah Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Suci, yang hidup selama-lamanya. Aku tinggal di tempat yang tinggi dan suci, tetapi Aku tinggal juga bersama-sama orang yang rendah hati dan yang bertaubat daripada dosa, supaya Aku dapat memulihkan keyakinan dan harapan mereka.
Aku sendiri yang menciptakan alam semesta. Aku suka kepada orang yang rendah hati dan bertaubat, yang takut dan taat kepada-Ku.
Berita Baik tentang Pembebasan
Kuasa TUHAN Raja ada padaku,
Dia telah memilih aku dan mengutus aku
untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin,
untuk memulihkan orang yang hancur hati,
untuk mengumumkan kemerdekaan kepada orang tawanan,
dan pembebasan kepada orang di dalam penjara.
Dia telah mengutus aku untuk mengisytiharkan
ketibaan masa
bagi TUHAN untuk menyelamatkan umat-Nya,
dan mengalahkan musuh-musuh mereka.
Dia telah mengutus aku untuk menghiburkan orang yang berduka,
untuk memberi orang yang berkabung di Sion,
kesukaan serta kegembiraan, dan bukan kedukaan,
lagu pujian, dan bukan kesedihan.
Mereka akan menjadi seperti pokok
yang ditanam oleh TUHAN sendiri.
Mereka akan melakukan hal yang benar,
dan Allah akan dipuji kerana perbuatan-Nya.
Kebahagiaan yang Sejati
"Berbahagialah orang yang sedar bahawa mereka memerlukan Allah,
merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah!
Berbahagialah orang yang bersedih hati,
Allah akan menghiburkan mereka!
Berbahagialah orang yang rendah hati,
mereka akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah!
kerana kesedihan seperti itu menghasilkan perubahan hati yang mendatangkan penyelamatan. Hal itu tidak perlu disesalkan. Sebaliknya, kesedihan yang sejalan dengan kehendak manusia mengakibatkan kematian. Lihatlah hasil daripada kesedihan kamu yang sejalan dengan kehendak Allah: Kamu betul-betul berusaha untuk membuktikan bahawa kamu tidak bersalah. Kamu marah kepada apa yang sudah berlaku dan kamu takut akan apa yang mungkin berlaku. Kamu rindu akan aku, kamu sangat ingin membela aku, dan rela menghukum yang bersalah. Dalam semua hal itu kamu sudah menunjukkan bahawa kamu tidak bersalah.
Tetapi Tuhan menjawab, "Aku mengasihi kamu dan hal itu sudah cukup bagimu, kerana kuasa-Ku nyata sekali pada masa kamu lemah." Oleh itu aku lebih suka membanggakan kelemahanku, supaya merasakan kuasa Kristus yang melindungi aku.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.