Crianças
As crianças ocupam lugar especial no coração de Deus. A Bíblia instrui a educá-las, protegê-las e ensiná-las nos caminhos do Senhor desde cedo — formando gerações que temem a Deus.
Herança do Senhor
Os filhos são herança do Senhor. Eles são presentes de Deus — cada criança é um milagre e uma responsabilidade sagrada.
Anak-anak adalah anugerah TUHAN;
mereka adalah berkat-Nya.
Semoga anak-anak lelaki kita yang masih muda
menjadi seperti tumbuh-tumbuhan yang membesar.
Semoga anak-anak perempuan kita menjadi seperti tiang cantik
yang menyangga sudut-sudut istana.
Engkau menciptakan segala bahagian badanku;
Engkau membentuk aku di dalam rahim ibuku.
Aku memuji Engkau kerana Engkau menciptakan aku dengan baik dan luar biasa.
Segala perbuatan-Mu ajaib dan mengagumkan.
Aku benar-benar menyedarinya.
Mentaati Taurat TUHAN
Bagaimanakah seorang pemuda dapat hidup suci?
Dia dapat hidup suci dengan mentaati perintah-Mu.
Mentaati Taurat TUHAN
Bagaimanakah seorang pemuda dapat hidup suci?
Dia dapat hidup suci dengan mentaati perintah-Mu.
Singa juga lapar kerana kekurangan makanan,
tetapi orang yang mentaati TUHAN tidak kekurangan apa-apa yang baik.
Instruir as crianças
Instrui a criança no caminho em que deve andar. A educação cristã é mandamento repetido através de toda a Escritura.
Ajarilah anak cara hidup yang betul, maka sampai tua pun dia akan hidup demikian.
Ajarilah anak cara hidup yang betul, maka sampai tua pun dia akan hidup demikian.
Ajarilah anak cara hidup yang betul, maka sampai tua pun dia akan hidup demikian.
Kanak-kanak biasa membuat perkara yang bukan-bukan, tetapi rotan dapat mengajar mereka mengubah kelakuan.
Kanak-kanak biasa membuat perkara yang bukan-bukan, tetapi rotan dapat mengajar mereka mengubah kelakuan.
Orang yang tidak memukul anaknya, tidak mengasihi anak itu. Orang yang mengasihi anaknya akan mendisiplinkan anak itu.
Anak yang bijak menerima tegur ajar bapa, tetapi orang yang sombong tidak mahu menerima tegur ajar.
Nasihat kepada Orang Muda
Hai anakku, jangan lupa akan ajaranku. Ingatlah selalu akan perintahku, supaya panjang umurmu dan makmur hidupmu.
Nasihat kepada Orang Muda
Hai anakku, jangan lupa akan ajaranku. Ingatlah selalu akan perintahku,
TUHAN menegur ajar orang yang dikasihi-Nya seperti seorang bapa menegur ajar anak yang disayanginya.
bapaku sentiasa mengajar aku. Katanya, "Ingatlah ajaranku dan jangan lupakannya. Lakukanlah perintahku supaya kamu hidup bahagia. Hendaklah kamu bijak dan cerdas. Jangan lupakan ataupun abaikan nasihatku.
Disciplinar com amor
A vara e a repreensão dão sabedoria. A disciplina produz o fruto pacífico da justiça nos que são exercitados por ela.
Tegur ajar dan disiplin baik untuk anak-anak. Anak yang dibiarkan menurut sesuka hatinya akan memalukan ibunya.
- 12 -
Jangan ragu-ragu mendisiplinkan anak. Mereka tidak akan mati walaupun kena rotan.
- 16 -
Dengarkanlah nasihat bapamu, kerana tanpa dia, kamu tidak ada. Ketika ibumu tua, tunjukkanlah penghargaanmu kepadanya.
Ajaran yang benar, hikmat, pendidikan, dan pengertian - semua itu patut dibeli tetapi terlalu berharga untuk dijual.
Hanya anak yang memalukan dan tercela akan menganiaya bapanya dan mengusir ibunya.
Lebih baik menjadi orang miskin tetapi jujur, daripada menjadi orang bodoh yang suka membohong.
Berbahagialah anak-anak yang mempunyai bapa yang jujur dan adil.
Perbuatan seorang anak dapat menunjukkan kelakuannya; kamu akan tahu sama ada dia baik atau jahat.
Anak yang bodoh menyedihkan hati bapanya dan mengesalkan hati ibunya.
Orang tua bangga akan cucu seperti anak bangga akan ibu bapa.
Orang tua bangga akan cucu seperti anak bangga akan ibu bapa.
Orang yang bodoh mengabaikan ajaran bapa; tetapi orang yang bijak menerima tegur ajar.
Anak yang bijak menyukakan hati bapanya; anak yang bodoh menghina ibunya.
Orang muda yang mentaati hukum adalah bijak. Orang yang bersahabat dengan pemboros memalukan bapanya.
Hai anakku, perhatikanlah kata-kata bapa dan ibumu. Ajaran mereka akan menambah budi pekertimu seperti hiasan kepala dan kalung mempercantik rupamu.
Sekarang, dengarlah nasihatku, hai anak-anak.
Ikutlah petunjukku supaya kamu bahagia.
Terimalah ajaranku dan jadilah bijaksana;
jangan abaikannya.
Obediência e promessa
Filhos, obedecei a vossos pais no Senhor. Honra a teu pai e tua mãe para que viva muito tempo sobre a terra.
Anak-Anak dan Ibu Bapa
Hai anak-anak, sebagai pengikut Kristus, kamu harus taat kepada ibu bapa, kerana hal itulah yang seharusnya kamu lakukan. "Hormatilah ibu bapamu" adalah perintah pertama daripada Allah yang disertai janji: "supaya kamu hidup bahagia dan berumur panjang di bumi."
Hai bapa-bapa, janganlah perlakukan anak-anak kamu sedemikian rupa sehingga mereka menjadi marah. Sebaliknya, didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan.
Hai bapa-bapa, janganlah perlakukan anak-anak kamu sedemikian rupa sehingga mereka menjadi marah. Sebaliknya, didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan.
Hidup dalam Cahaya
Kerana kamu anak-anak Allah yang dikasihi-Nya, kamu mesti berusaha mengikut teladan-Nya.
Anak-anak, sebagai orang Kristian kamu wajib mentaati ibu bapa kamu, kerana hal itulah yang menyenangkan hati Allah.
Hai ibu bapa, janganlah sakiti hati anak-anak supaya mereka tidak menjadi tawar hati.
Jangan sekali-kali lupa akan hukum yang aku berikan kepada kamu hari ini. Ajarkanlah hukum itu kepada anak-anak kamu. Percakapkanlah hukum itu semasa kamu di rumah ataupun berpergian, semasa kamu berehat ataupun bekerja.
Ajarkanlah hukum itu kepada anak-anak kamu. Percakapkanlah hukum itu semasa kamu di rumah ataupun berpergian, semasa kamu berehat ataupun bekerja.
Patuhilah semua hukum-Nya yang sudah aku berikan kepada kamu hari ini, maka kamu dan keturunan kamu akan sejahtera. Kamu akan tetap tinggal di tanah yang diberikan oleh TUHAN, Allah kamu kepada kamu untuk menjadi milik kamu selama-lamanya."
Segala perkara yang sudah aku perintahkan kepada kamu harus ditaati dengan setia. Oleh itu kamu dan keturunan kamu akan sejahtera selama-lamanya, kerana kamu melakukan apa yang benar dan berkenan kepada TUHAN, Allah kamu."
dia berkata, "Kamu mesti patuh kepada semua perintah yang aku berikan kepada kamu hari ini. Beritahukanlah semuanya kepada anak-anak kamu, supaya mereka taat dengan setia kepada segala ajaran Allah. Ajaran ini bukanlah kata-kata kosong, tetapi ajaran ini adalah nyawa kamu. Taatilah semuanya supaya kamu panjang umur di tanah di seberang Sungai Yordan, tanah yang segera akan kamu duduki."
Crianças e o reino
Deixai vir a mim as crianças. Jesus honrou as crianças como modelo de fé e humildade para todo o seu povo.
Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Biarlah kanak-kanak itu datang kepada-Ku! Jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah yang menikmati Pemerintahan Allah."
Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Biarlah kanak-kanak itu datang kepada-Ku! Jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah yang menikmati Pemerintahan Allah."
Siapa yang Terbesar?
Pada waktu itu pengikut-pengikut Yesus datang kepada Yesus dan bertanya, "Siapakah yang dianggap terbesar antara orang yang menikmati Pemerintahan Allah?"
Yesus memanggil seorang kanak-kanak dan menyuruhnya berdiri di hadapan mereka semua. Lalu Yesus berkata, "Ketahuilah! Kecuali kamu mengubah sikap dan menjadi seperti kanak-kanak, kamu tidak dapat menikmati Pemerintahan Allah. Orang yang dianggap terbesar antara mereka yang menikmati Pemerintahan Allah adalah orang yang merendahkan diri dan menjadi seperti kanak-kanak.
Lalu Yesus berkata, "Ketahuilah! Kecuali kamu mengubah sikap dan menjadi seperti kanak-kanak, kamu tidak dapat menikmati Pemerintahan Allah. Orang yang dianggap terbesar antara mereka yang menikmati Pemerintahan Allah adalah orang yang merendahkan diri dan menjadi seperti kanak-kanak. Sesiapa yang menyambut kanak-kanak seperti ini kerana Aku, menyambut Aku."
Perumpamaan tentang Domba yang Sesat
"Awas! Jangan hina salah seorang pengikut-Ku yang kecil ini. Ketahuilah, malaikat-malaikat mereka sentiasa di hadirat Bapa-Ku di syurga.
Marilah kepada-Ku
Pada masa itu Yesus berkata, "Ya Bapa, Tuhan langit dan bumi! Aku bersyukur kepada-Mu kerana apa yang Engkau rahsiakan daripada orang yang bijak pandai, Engkau tunjukkan kepada orang yang tidak terpelajar.
Berbahagialah orang yang membawa kedamaian antara manusia,
Allah akan menyebut mereka anak-anak-Nya!
Yesus Memberkati Kanak-Kanak
Beberapa orang membawa kanak-kanak kepada Yesus supaya Yesus meletakkan tangan-Nya pada kanak-kanak itu dan memberkati mereka. Tetapi pengikut-pengikut-Nya memarahi mereka. Ketika Yesus nampak hal ini, Dia marah lalu berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Biarlah kanak-kanak itu datang kepada-Ku! Jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah yang menikmati Pemerintahan Allah.
Setelah itu Dia memanggil seorang kanak-kanak, lalu menyuruhnya berdiri di hadapan mereka semua. Yesus memeluk kanak-kanak itu sambil berkata kepada mereka, "Sesiapa yang menyambut kanak-kanak seperti ini kerana Aku, menyambut Aku. Sesiapa yang menyambut Aku, menyambut bukan Aku sahaja, tetapi juga Allah yang mengutus Aku."
Yesus bertambah besar dan bijaksana, dan Dia menyenangkan hati Allah mahupun manusia.
Yesus dan Petrus
Setelah mereka makan, Yesus bertanya kepada Simon Petrus, "Simon anak Yohanes, adakah kamu lebih mengasihi Aku daripada semua orang ini mengasihi Aku?"
Petrus menjawab, "Ya Tuhan, Tuhan tahu bahawa aku mengasihi Tuhan."
Yesus berkata kepadanya, "Peliharalah anak-anak domba-Ku."
Identidade e crescimento
Somos filhos de Deus pelo Espírito de adoção. Crescer em Cristo é amadurecer em fé, obediência e amor ao próximo.
Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah.
Orang yang dipimpin oleh Roh Allah ialah anak-anak Allah.
Roh yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu tidak memperhamba kamu, sehingga kamu hidup dalam ketakutan. Sebaliknya Roh Allah menjadikan kamu anak-anak Allah, dan dengan kuasa Roh Allah kita memanggil Allah "Bapa, ya Bapaku!"
Roh Allah bersama dengan roh kita menyatakan bahawa kita anak-anak Allah.
Dengan penuh kerinduan, alam semesta menanti-nantikan masanya Allah menunjukkan anak-anak-Nya.
Kerana kamu percaya kepada Kristus Yesus, maka kamu menjadi anak-anak Allah dan bersatu dengan Kristus Yesus. Kamu semua telah dibaptis dan disatukan dengan Kristus. Oleh itu, sekarang kamu sudah menerima sifat-sifat Kristus sendiri.
Anak-Anak Allah
Ketahuilah bahawa Allah Bapa sangat mengasihi kita! Dia amat mengasihi kita, sehingga kita diakui sebagai anak-anak Allah dan memang kita anak-anak Allah. Itulah sebabnya dunia ini tidak mengenal kita, kerana dunia ini tidak mengenal Allah.
Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Kita sekarang anak-anak Allah, tetapi keadaan kita kelak belum jelas. Tetapi kita tahu bahawa apabila Kristus datang, kita akan menjadi seperti Dia, kerana kita akan melihat Dia dalam keadaan-Nya yang sebenarnya. Setiap orang yang mempunyai harapan ini kepada Kristus, menjaga dirinya supaya suci, sebagaimana Kristus pun suci.
Anak-anakku, aku menulis kepada kamu, kerana dosa kamu sudah diampunkan demi Kristus.
Anak-anakku, jauhkanlah diri kamu daripada berhala!
Dia mesti tahu mengurus rumah tangganya dengan baik dan mendidik anak-anaknya agar menurut perintahnya serta menghormati dia.
Jika seseorang tidak memelihara sanak saudaranya, apa lagi anggota keluarganya sendiri, dia menyangkal Kristus. Dia lebih jahat daripada orang yang tidak beriman.
Janganlah lupa akan nasihat Allah, yang diberikan kepada kamu sebagai anak-anak-Nya:
"Hai anak-Ku, perhatikan baik-baik apabila Tuhan menunjukkan kesalahanmu,
dan janganlah kecil hati apabila Dia menghukum kamu.
Tuhan menunjukkan kesalahan setiap orang yang dikasihi-Nya,
dan menghukum setiap orang yang diakui-Nya sebagai anak."
Hendaklah penderitaan yang kamu tanggung dianggap sebagai hukuman daripada seorang bapa. Penderitaan kamu membuktikan bahawa Allah memperlakukan kamu sebagai anak-anak-Nya. Pernahkah seorang anak tidak dihukum oleh bapanya? Jika kamu tidak dihukum seperti semua anak-Nya yang lain, hal ini bererti kamu bukan anak sah, tetapi anak haram. Di dunia ini kita mempunyai bapa. Mereka menghukum kita, dan kita menghormati mereka. Oleh itu, kita harus menerima hukuman yang dikenakan oleh Bapa kita yang di syurga, supaya kita hidup.
Pada masa kita dihukum, hukuman itu membuat kita susah hati, bukannya senang hati. Tetapi kemudian, orang yang dihukum untuk menunjukkan kesalahan mereka, akan hidup menurut kehendak Allah dan mengalami kesejahteraan.
Paulus dan Silas menjawab, "Percayalah kepada Tuhan Yesus, lalu kamu akan diselamatkan - kamu dan keluargamu!"
Jauhkanlah diri daripada nafsu orang muda. Berusahalah untuk hidup menurut kehendak Allah, setia kepada-Nya, mengasihi saudara seiman, dan hidup damai dengan mereka. Lakukanlah semua perkara itu bersama-sama mereka yang meminta pertolongan Tuhan dengan hati yang tulus.
Ajaran yang engkau dengar ketika aku mengisytiharkannya di hadapan banyak saksi, hendaklah engkau percayakan kepada orang yang boleh dipercayai dan yang dapat mengajar orang lain.
Transmitir a fé
Contaremos à geração vindoura os louvores do Senhor. O legado de fé é o maior presente que damos aos nossos filhos.
Aku sendiri akan mengajar pendudukmu,
dan memberi mereka kemakmuran dan kedamaian.
Aku sendiri akan mengajar pendudukmu,
dan memberi mereka kemakmuran dan kedamaian.
Hanya orang hidup yang memuji Engkau,
seperti sekarang aku memuji Engkau.
Bapa menceritakan kesetiaan-Mu kepada anak mereka.
Oleh itu TUHAN menjawab,
"Dapatkah seorang ibu melupakan bayinya,
atau tidak mengasihi anak kandungnya?
Sekalipun ibu melupakan anak,
Aku tidak akan melupakan kamu.
Hai Yerusalem, Aku tidak akan melupakan kamu!
Aku telah menuliskan nama kamu pada tapak tangan-Ku.
Apabila aku nampak bahawa rakyat gelisah, aku berkata kepada mereka, para pemimpin dan pegawai mereka, "Jangan takut akan musuh. Ingatlah betapa besar dan hebatnya Tuhan kita, dan berjuanglah untuk saudara-saudara kamu, anak isteri kamu, dan rumah-rumah kamu."
TUHAN Menampakkan Diri kepada Samuel
Sementara itu, Samuel yang masih kanak-kanak, sedang mengabdi kepada TUHAN di bawah pengawasan Eli. Pada masa itu jarang sekali ada firman dan penglihatan daripada TUHAN.
Tidak ada yang lebih menggembirakan aku daripada mendengar bahawa anak-anakku hidup menurut ajaran Allah.
Tidak ada yang lebih menggembirakan aku daripada mendengar bahawa anak-anakku hidup menurut ajaran Allah.
Kita tidak akan merahsiakannya daripada anak-anak kita,
kita akan memberitahu keturunan yang akan datang
tentang kuasa TUHAN dan tindakan-Nya yang hebat,
serta perbuatan ajaib yang telah dilakukan-Nya.
Dia memberikan hukum kepada umat-Nya, Israel,
dan perintah kepada keturunan Yakub.
Dia memberikan amanah kepada nenek moyang kita
supaya mengajarkan hukum-Nya kepada anak-anak mereka,
supaya keturunan selanjutnya dapat mempelajarinya,
dan kemudian memberitahunya kepada anak-anak mereka.
Dengan demikian mereka juga akan berharap kepada Allah,
dan tidak melupakan perbuatan-Nya,
tetapi selalu taat kepada perintah-Nya.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.