Pular para o conteúdo
Publicidade

Despedida

Por Bíblia Online

As despedidas na Bíblia são momentos sagrados de bênção, oração e confiança em Deus. Mesmo na separação, os filhos de Deus se despedem com fé, carinho e esperança de reencontro.

Despedidas bíblicas

Paulo se despediu dos anciãos de Éfeso com oração e lágrimas. As despedidas entre irmãos são marcadas por afeto e fé.

Apabila Paulus selesai berkata-kata, dia berlutut dengan mereka semua lalu berdoa. Sambil menangis mereka memeluk Paulus dan mengucapkan selamat tinggal. Mereka amat sedih kerana Paulus berkata bahawa mereka tidak akan berjumpa dengan dia lagi. Kemudian mereka menghantar dia sampai ke kapal.

Paulus Pergi ke Makedonia dan Akhaya

Setelah keadaan di Efesus tenteram semula, Paulus mengumpulkan pengikut Yesus di situ lalu menggalakkan mereka. Kemudian dia mengucapkan selamat tinggal dan meneruskan perjalanan ke Makedonia.

Setelah Yudas dan Silas tinggal di situ beberapa lama, jemaah di Antiokhia menyuruh mereka kembali dengan sejahtera kepada orang yang mengutus mereka. [

Paulus Ingin Melawat Orang Tesalonika Sekali Lagi

Tetapi saudara-saudara seiman, sejak kami terpisah daripada kamu untuk sementara waktu - jauh di mata tetapi dekat di hati - kami sangat merindui kamu. Kami berusaha seboleh-bolehnya supaya dapat berjumpa lagi dengan kamu!

Allah tahu bahawa apa yang aku katakan ini benar. Aku mengasihi kamu dengan kasih yang berasal daripada Kristus Yesus.

Amizades profundas

Davi e Jônatas se despediram com lágrimas e pacto de amizade. Rute se apegou a Noemi com lealdade inabalável.

Setelah budak itu pergi, Daud keluar dari belakang timbunan batu itu, lalu bersujud tiga kali. Daud dan Yonatan menangis ketika mereka saling berciuman. Kesedihan Daud lebih besar daripada kesedihan Yonatan. Kemudian Yonatan berkata kepada Daud, "Semoga Allah menyertai engkau. TUHAN akan memastikan agar kita dan keturunan kita selalu memegang perjanjian kita berdua di hadapan-Nya." Setelah itu Daud pergi, lalu Yonatan pulang ke kota.

Setelah budak itu pergi, Daud keluar dari belakang timbunan batu itu, lalu bersujud tiga kali. Daud dan Yonatan menangis ketika mereka saling berciuman. Kesedihan Daud lebih besar daripada kesedihan Yonatan.

Naomi berkata kepada kedua-dua orang menantunya, "Pulanglah ke rumah ibu kamu. Semoga TUHAN berbuat baik terhadap kamu seperti kamu telah berbuat baik terhadap aku dan terhadap mereka yang telah meninggal. Semoga TUHAN berkenan memberikan jodoh kepada kamu supaya kamu berumahtangga lagi."

Setelah mengatakan demikian, Naomi mencium mereka sambil mengucapkan selamat tinggal. Tetapi Orpa dan Rut menangis tersedu-sedu. Mereka berkata kepada Naomi, "Tidak! Kami akan ikut mak balik ke bangsa mak."

Tetapi Naomi menjawab, "Lebih baik kamu pulang, anakku. Mengapa kamu hendak ikut aku? Aku tidak dapat melahirkan anak lagi untuk dikahwinkan dengan kamu!Pulanglah. Aku sudah terlalu tua untuk berkahwin lagi. Sekiranya aku masih ada harapan untuk berkahwin lagi pada malam ini juga dan mendapat anak lelaki, sanggupkah kamu menunggu sehingga mereka besar? Patutkah hal itu menghalangi kamu berkahwin dengan orang lain? Janganlah begitu, anakku. Aku sedih dengan apa yang terpaksa kamu alami kerana hukuman TUHAN terhadap aku."

Rut dan Orpa menangis lagi dengan tersedu-sedu. Kemudian Orpa mencium ibu mentuanya dan mengucapkan selamat tinggal, lalu pulang. Tetapi Rut tidak mahu meninggalkan ibu mentuanya.

Rut dan Orpa menangis lagi dengan tersedu-sedu. Kemudian Orpa mencium ibu mentuanya dan mengucapkan selamat tinggal, lalu pulang. Tetapi Rut tidak mahu meninggalkan ibu mentuanya.

Kemudian Musa mengucapkan selamat jalan kepada Yitro, lalu Yitro pulang ke negerinya.

Bênçãos de despedida

O Senhor te abençoe e te guarde. O Senhor faça resplandecer o seu rosto sobre ti e te dê a paz.

Semoga TUHAN memberkati dan memelihara kamu.

Semoga TUHAN baik hati dan murah hati terhadap kamu.

Semoga TUHAN berkenan kepada kamu dan memberi kamu kesejahteraan.

TUHAN akan melindungi kamu daripada segala bahaya;

Dia menjaga kamu supaya hidupmu selamat.

TUHAN akan melindungi kamu ketika kamu pergi dan balik,

dari sekarang hingga selama-lamanya.

Semoga Allah memberkati kamu semua.

Akhirnya, saudara-saudaraku, bersukacitalah! Berusahalah untuk menjadi sempurna; terimalah nasihatku. Hendaklah kamu sehati dan hidup rukun. Allah yang mengasihi kita dan mengurniai kita kedamaian akan menyertai kamu.

Akhirnya, saudara-saudaraku, bersukacitalah! Berusahalah untuk menjadi sempurna; terimalah nasihatku. Hendaklah kamu sehati dan hidup rukun. Allah yang mengasihi kita dan mengurniai kita kedamaian akan menyertai kamu.

Bersalamanlah dengan mesra sebagai saudara-saudara seiman.

Jemaah Allah di sini mengirim salam kepada kamu.

Tuhan Yesus Kristus memberkati kamu, Allah mengasihi kamu, dan Roh Allah menyertai kamu semua.

Perlengkapan Senjata daripada Allah

Akhirnya, binalah kekuatan kamu dengan menerima kekuatan daripada kuasa Tuhan, kerana kamu hidup bersatu dengan Dia.

Yosua memberkati mereka dan melepaskan mereka dengan kata-kata ini, "Kamu sekarang kaya dan kamu pulang dengan membawa banyak ternakan, perak, emas, gangsa, besi, dan pakaian. Bahagi-bahagikanlah barang jarahan yang kamu ambil daripada musuh, dengan sesama suku kamu." Selepas itu mereka pulang.

Musa telah memberikan tanah di sebelah timur Sungai Yordan kepada setengah daripada suku Manasye, dan Yosua telah memberikan tanah di sebelah barat Sungai Yordan kepada setengah lagi suku Manasye, bersama dengan suku-suku lain.

Seorang lain pula berkata, "Tuan, saya mahu mengikut tuan, tetapi benarkan saya balik dahulu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga saya."

Yesus berkata kepadanya, "Orang yang mula membajak, tetapi selalu menoleh ke belakang, tidak layak menikmati Pemerintahan Allah."

Kemudian Elisa meninggalkan lembu-lembunya, mengejar Elia dan berkata, "Benarkanlah saya berjumpa dengan ibu bapa saya dahulu untuk minta diri, lalu saya akan mengikut tuan."

Elia menjawab, "Pulanglah, saya tidak melarang kamu!"

Kemudian Elisa kembali untuk mengambil pasangan lembunya, dan menyembelihnya, lalu memasaknya. Dia menggunakan kayu bajak sebagai kayu api. Dia menghidangkan makanan itu kepada semua orang di situ dan mereka pun makan. Selepas itu Elisa mengikut Elia sebagai pembantunya.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.