Pular para o conteúdo
Publicidade

Dificuldades

Por Bíblia Online

As dificuldades são parte da vida, mas Deus é refúgio certo em todo tempo de angústia. A Bíblia promete que nenhuma adversidade pode separar os filhos de Deus do seu amor.

Deus é refúgio

Deus é nosso refúgio e fortaleza, socorro bem presente nas angústias. Nada poderá nos separar do amor de Cristo.

Allah Menyertai Kita

Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir. Dengan lagu Alamot.

Allah perlindungan dan kekuatan kita;

Dia selalu bersedia menolong kita pada masa kesusahan.

Oleh itu, kita tidak akan takut, walaupun bumi gempa

dan gunung-gunung jatuh ke dasar laut;

dapat berkata kepada-Nya,

"Engkaulah pembelaku dan pelindungku.

Engkaulah Allahku; aku percaya kepada-Mu."

Penyelamatanku dan kehormatanku bergantung kepada Allah;

Dialah pelindungku yang kuat;

Dialah tempat perlindunganku.

Dia memerintah dunia dengan adil,

dan menghakimi rakyat dengan saksama.

TUHAN adalah pernaungan bagi orang yang ditindas,

tempat perlindungan pada masa kesusahan.

Ya TUHAN, Allah Yang Maha Kuasa, tiada yang berkuasa seperti Engkau;

Engkau setia dalam segala hal, ya TUHAN.

Tetapi TUHAN penguasa tertinggi di syurga,

lebih agung daripada gelora lautan,

dan lebih kuat daripada ombak samudera.

Dia meneduhkan angin ribut,

dan ombak pun menjadi tenang.

Apakah yang dapat menghalang Kristus mengasihi kita? Tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kesusahan, kesukaran, penganiayaan, kelaparan, kemiskinan, bahaya mahupun kematian. Seperti yang tertulis di dalam Alkitab,

"Sepanjang masa kami menghadapi bahaya maut kerana Engkau.

Kami diperlakukan seperti domba yang akan disembelih."

Tidak! Dalam semuanya kita mendapat kemenangan yang sempurna daripada Dia yang mengasihi kita! Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di angkasa, baik hal-hal yang berlaku sekarang mahupun pada masa yang akan datang; baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi - tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita!

Provisão nas dificuldades

O Senhor provê mesmo nos tempos mais difíceis. Ele sustentou Elias, protegeu Israel e cuida dos seus com fidelidade eterna.

Tepung di dalam mangkuk itu tidak habis-habis, dan minyak di dalam botol itu tidak berkurang menurut firman TUHAN melalui Elia.

Allah membentangkan awan untuk menaungi umat-Nya,

dan memberikan api sebagai penerang pada waktu malam.

Mereka meminta makanan, lalu Dia menghantar burung puyuh,

mereka dikenyangkan dengan roti dari langit.

Dia membelah bukit batu, lalu air memancar keluar,

dan mengalir seperti sungai di gurun.

Kini aku sudah tua dan sudah hidup lama,

tetapi aku tidak pernah melihat orang baik ditinggalkan TUHAN,

ataupun anak mereka meminta-minta makanan.

TUHAN memelihara mereka yang mentaati-Nya,

dan negeri ini menjadi pusaka mereka selama-lamanya.

Mereka tidak akan menderita pada masa kesusahan;

mereka akan berkecukupan pada masa kelaparan.

Aku akan mencurahkan air pada tanah yang gersang,

dan mengalirkan anak-anak sungai di tempat yang kering.

Aku akan mencurahkan Roh-Ku pada anak-anak kamu,

Aku akan memberkati keturunan kamu.

Orang miskin dan orang lemah lari kepada-Mu,

lalu mendapat perlindungan pada masa kesusahan.

Engkau melindungi mereka daripada angin ribut,

dan menaungi mereka daripada panas terik.

Orang zalim menyerang seperti ribut kencang pada musim sejuk,

Kemuliaan-Nya akan menaungi kota itu daripada kepanasan siang hari, dan menjadikan kota itu tempat yang terlindung daripada hujan dan ribut.

Apabila kamu menyeberangi laut yang dalam, Aku akan menyertai kamu;

kamu tidak akan tenggelam dalam kesusahan.

Apabila kamu melalui api, kamu tidak akan terbakar;

kamu tidak akan dicelakakan oleh cubaan yang berat.

Força nas provas

Em tudo somos atribulados, mas não esmagados. O Senhor é bom e é fortaleza no dia da angústia — Ele conhce os seus.

Kami sering kali dianiaya, tetapi kami tidak menyerah kalah. Kadangkala kami kebingungan, tetapi tidak pernah putus harapan. Banyak orang memusuhi kami, tetapi Allah tidak pernah meninggalkan kami. Meskipun kami sering dianiaya, kami tidak binasa.

TUHAN itu baik;

Dia melindungi umat-Nya pada masa mereka susah,

Dia menjaga orang yang berlindung kepada-Nya.

Allah mengisi awan dengan air,

namun awan tidak pecah walaupun berat airnya.

Dia menyembunyikan muka bulan purnama,

di sebalik awan yang dibentangkan-Nya.

Dia memisahkan cahaya daripada kegelapan

dengan bulatan yang dilukis di muka lautan.

Allah akan menyelamatkan engkau daripada dusta dan fitnah;

Dia akan menyelamatkan engkau apabila kebinasaan tiba.

Yesus menjawab, "Mengapakah kamu takut? Mengapa kamu kurang percaya kepada-Ku?" Lalu Yesus bangun dan menengking angin dan ombak itu. Dengan segera tasik itu menjadi tenang sekali.

Para pengikut Yesus hairan. Mereka berkata, "Angin dan ombak pun taat kepada perintah-Nya. Orang apakah Dia ini?"

Jika Allah menghiasi rumput di padang, yang ada hari ini lalu esoknya dibakar di dapur, tidakkah Allah akan memberi kamu pakaian? Tetapi kamu kurang percaya kepada Allah! Jangan khuatir tentang apa yang akan kamu makan, atau apa yang akan kamu minum, atau apa yang akan kamu pakai.

Wanita itu lari ke padang gurun, ke tempat yang telah disediakan oleh Allah baginya. Di situ dia akan dipelihara selama 1,260 hari.

Dengarlah! Aku sudah memberikan kuasa kepada kamu supaya dapat memijak ular dan kala jengking serta mengalahkan segala kekuatan musuh. Tiada apa-apa pun dapat mencederakan kamu.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.