Pular para o conteúdo
Publicidade

Encorajamento

Por Bíblia Online

O encorajamento é uma das vocações mais lindas do cristão. A Bíblia transborda de palavras de ânimo: não temas, levanta-te, Eu sou contigo. Deus nos encoraja para encorajarmos outros.

Não temas

Deus diz repetidamente: não temas, Eu sou contigo. Ele fortalece, sustenta e caminha ao nosso lado em cada desafio.

Jangan takut kerana Aku menyertai kamu.

Jangan cemas kerana Akulah Allah kamu.

Aku akan menguatkan dan menolong kamu;

Aku akan melindungi dan menyelamatkan kamu.

Apabila kamu menyeberangi laut yang dalam, Aku akan menyertai kamu;

kamu tidak akan tenggelam dalam kesusahan.

Apabila kamu melalui api, kamu tidak akan terbakar;

kamu tidak akan dicelakakan oleh cubaan yang berat.

Aku akan menyerahkan bangsa-bangsa sebagai ganti nyawa kamu,

kerana kamu berharga bagi-Ku,

dan kerana Aku mengasihi serta mengendahkan kamu.

Janganlah takut, kerana Aku menyertai kamu.

Dari timur dan barat

Aku akan membawa anak cucu kamu pulang.

Jangan takut! Kamu tidak akan dipermalukan lagi.

Kamu tidak akan dihina lagi.

Kamu akan melupakan ketidaksetiaanmu pada waktu muda,

dan tidak ingat akan kesunyianmu sebagai janda.

Hukuman Allah bagi Pemberontak

TUHAN berfirman, "Aku bersedia mengabulkan doa umat-Ku, tetapi mereka tidak berdoa kepada-Ku. Aku bersedia ditemui oleh mereka, tetapi mereka tidak cuba mencari Aku. Bangsa ini tidak berdoa kepada-Ku, walaupun Aku sentiasa bersedia menjawab, ‘Inilah Aku. Aku mahu menolong kamu.’

Tetapi orang yang berharap kepada TUHAN

akan mendapat kekuatan baru.

Mereka seperti burung rajawali,

yang terbang tinggi dengan kekuatan sayapnya.

Mereka akan berlari dan tidak lelah;

mereka akan berjalan dan tidak menjadi lemah.

Kemudian aku mendengar Tuhan berfirman, "Siapakah yang akan Kuutus? Siapa akan menjadi utusan kita?"

Aku menjawab, "Inilah aku. Utuslah aku!"

Ingatlah perintah-Ku kepadamu supaya engkau yakin dan berani! Jangan takut ataupun tawar hati, kerana Aku, TUHAN, Allahmu, menyertai engkau ke mana sahaja engkau pergi."

Ingatlah perintah-Ku kepadamu supaya engkau yakin dan berani! Jangan takut ataupun tawar hati, kerana Aku, TUHAN, Allahmu, menyertai engkau ke mana sahaja engkau pergi."

Umat Israel menjawab, "Kami tidak sekali-kali akan meninggalkan TUHAN untuk mengabdi kepada tuhan-tuhan lain! TUHAN, Allah kita telah melepaskan nenek moyang kita dan kita sendiri daripada perhambaan di Mesir, dan kita telah menyaksikan mukjizat-mukjizat yang dilakukan-Nya. Dia telah melindungi kita dalam semua perjalanan kita melalui negeri-negeri asing.

Kamu harus yakin dan berani. Jangan takut akan bangsa-bangsa itu. TUHAN, Allah kamu akan menyertai kamu. Dia tidak sekali-kali akan mengecewakan kamu ataupun meninggalkan kamu."

TUHAN sendiri akan memimpin dan menyertai engkau. Dia tidak sekali-kali akan mengecewakan ataupun meninggalkan engkau. Oleh itu, jangan takut ataupun cemas."

Deus está conosco

Se Deus é por nós, quem será contra nós? Tudo posso naquele que me fortalece. Ele nos encoraja pela sua presença.

Kasih Allah melalui Yesus Kristus

Oleh itu, apakah yang boleh kita katakan sekarang tentang semua itu? Jika Allah berpihak kepada kita, siapakah dapat melawan kita?

Roh yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu tidak memperhamba kamu, sehingga kamu hidup dalam ketakutan. Sebaliknya Roh Allah menjadikan kamu anak-anak Allah, dan dengan kuasa Roh Allah kita memanggil Allah "Bapa, ya Bapaku!"

Sebaliknya setiap orang daripada kita harus menyenangkan hati saudaranya bagi kebaikannya, supaya imannya menjadi semakin teguh.

Semoga Allah yang menyebabkan kamu bersabar dan berteguh hati, membolehkan kamu hidup seia sekata menurut teladan Kristus Yesus.

Aku sangat ingin berjumpa dengan kamu, supaya aku dapat berkongsi berkat daripada Roh Allah dengan kamu, untuk menguatkan kamu. Maksudku adalah supaya kepercayaanku kepada Yesus boleh menguatkan kamu, dan kepercayaan kamu kepada Yesus boleh menguatkan aku.

Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan.

Aku yakin bahawa Allah, yang sudah memulakan pekerjaan yang baik pada diri kamu, akan meneruskannya sehingga selesai pada Hari Kristus Yesus datang kembali.

Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi manusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula.

Hidup dengan Beriman

Itulah sebabnya kami tidak tawar hati. Meskipun tubuh kami ini menjadi reput, tetapi batin kami dibaharui setiap hari.

Kesusahan yang kami alami ini hanya untuk sementara dan tidak seberapa banyak, tetapi akan mendatangkan kemuliaan yang luar biasa dan kekal. Kemuliaan itu jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kesusahan itu.

Tetapi kami yang memiliki harta rohaniah ini, seperti bekas yang dibuat daripada tanah. Dengan demikian nyatalah bahawa kekuasaan tertinggi dimiliki oleh Allah, bukan kami. Kami sering kali dianiaya, tetapi kami tidak menyerah kalah. Kadangkala kami kebingungan, tetapi tidak pernah putus harapan. Banyak orang memusuhi kami, tetapi Allah tidak pernah meninggalkan kami. Meskipun kami sering dianiaya, kami tidak binasa. Kami selalu menghadapi ancaman hukuman mati seperti yang dialami oleh Yesus, supaya kehidupan-Nya pun nyata pada tubuh kami. Sepanjang hidup kami, kami sentiasa diancam oleh kematian kerana Yesus, supaya kehidupan Yesus pun nyata pada tubuh kami yang fana.

Persahabatan dengan Allah melalui Kristus

Kami mengetahui apa ertinya takut akan Tuhan; itulah sebabnya kami berusaha meyakinkan orang lain. Allah mengenal kami dengan sepenuhnya, dan aku juga berharap kamu mengenal kami dengan baik. Kami tidak mahu membanggakan diri di hadapan kamu. Sebaliknya kami hanya mahu memberikan alasan yang baik, supaya kamu boleh bangga dengan kami. Dengan demikian kamu dapat menjawab orang yang mementingkan rupa orang dan bukan sifat mereka. Jika kami nampaknya gila, hal itu untuk kepentingan Allah. Jika kami nampaknya waras, hal itu untuk kepentingan kamu. Kami dikuasai oleh kasih Kristus; kami sedar bahawa satu orang, iaitu Yesus Kristus sudah mati untuk semua orang. Hal ini bererti bahawa semua orang juga sudah mati secara rohani. Kristus mati untuk semua orang, supaya orang yang hidup tidak lagi hidup untuk diri sendiri, melainkan untuk Dia yang sudah mati dan dibangkitkan untuk kebaikan mereka.

Oleh itu, kami tidak lagi menilai seseorang menurut penilaian manusia. Dahulu kami memang pernah menilai Kristus menurut penilaian manusia, tetapi sekarang tidak lagi. Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi manusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula. Semua itu dilakukan oleh Allah. Melalui Kristus, Allah sudah mengubah kita daripada musuh menjadi sahabat-Nya. Dia juga menugaskan kita supaya menjadikan orang lain sahabat-Nya juga. Inilah yang kami isytiharkan: Melalui Kristus, Allah menjadikan semua orang sahabat-Nya. Dengan rela hati Allah mengampunkan dosa mereka. Dia sudah menugaskan kami untuk memberitakan hal itu.

Demikianlah kami berkata-kata bagi pihak Kristus, seolah-olah Allah sendiri memohon kepada kamu melalui kami. Kami menggesa kamu bagi pihak Kristus, supaya kamu membolehkan Allah mengubah kamu daripada musuh menjadi sahabat-Nya. Kristus tidak berdosa, tetapi demi kebaikan kita, Allah meletakkan dosa kita pada Dia. Dengan demikian kita berbaik semula dengan Allah, apabila kita bersatu dengan Kristus.

Jika kamu sangat berminat memberi derma, Allah akan menerima pemberian kamu berdasarkan apa yang kamu miliki, bukan apa yang tidak kamu miliki.

Paulus Bersyukur kepada Allah

Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus. Dia Bapa yang berbelas kasihan dan Dia Allah yang sentiasa menolong kita. Dia menolong kami semasa kami mengalami kesusahan, supaya dengan pertolongan yang kami terima daripada Allah, kami pun dapat menolong semua orang yang mengalami kesusahan.

Ânimo nas lutas

No mundo tereis aflições, mas tende bom ânimo — Eu venci o mundo. O Senhor é refúgio seguro em toda tribulação.

Aku mengatakan semua ini supaya kamu beroleh kesejahteraan kerana bersatu dengan Aku. Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia!"

Aku mengatakan semua ini supaya kamu beroleh kesejahteraan kerana bersatu dengan Aku. Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia!"

Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu. Kesejahteraan yang Aku berikan kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia. Janganlah kamu risau dan janganlah takut.

Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu. Kesejahteraan yang Aku berikan kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia. Janganlah kamu risau dan janganlah takut.

Orang yang menikmati kasih Allah tidak mengenal perasaan takut, kerana kasih yang sempurna melenyapkan segala perasaan takut. Oleh itu, orang yang belum menikmati kasih Allah dengan sempurna, akan takut menghadapi hukuman pada Hari Kiamat.

Promessas de conforto

Vinde a mim os cansados e sobrecarregados. Lança sobre Ele tuas ansiedades, pois Ele cuida de ti.

Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu.

Janganlah takut akan mereka yang membunuh badan, tetapi tidak berkuasa membinasakan roh. Tetapi takutlah akan Allah yang berkuasa membinasakan baik badan mahupun roh di dalam neraka.

Kata-katanya halus merayu,

tetapi hatinya penuh kebencian;

kata-katanya lemah-lembut,

tetapi menikam hati seperti pedang yang tajam.

Walaupun aku melalui tempat yang gelap gelita,

aku tidak akan takut,

ya TUHAN,

kerana Engkau menyertai aku.

Engkau melindungi aku

dengan tongkat dan gada-Mu.

Walaupun aku melalui tempat yang gelap gelita,

aku tidak akan takut,

ya TUHAN,

kerana Engkau menyertai aku.

Engkau melindungi aku

dengan tongkat dan gada-Mu.

Doa Pujian

Mazmur Daud.

TUHAN adalah cahayaku dan penyelamatku;

aku tidak akan takut kepada sesiapa pun.

TUHAN melindungi aku daripada segala bahaya;

aku tidak akan gentar.

Berharaplah kepada TUHAN!

Percayalah kepada-Nya dan jangan putus asa.

Ya, berharaplah kepada TUHAN!

Kasihilah TUHAN, hai semua umat-Nya yang setia.

TUHAN melindungi orang yang setia,

tetapi menghukum orang yang sombong.

TUHAN berfirman,

"Aku akan menunjukkan jalan yang harus kauikuti.

Engkau akan Kubimbing dan Kunasihati.

Allah Menyertai Kita

Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir. Dengan lagu Alamot.

Allah perlindungan dan kekuatan kita;

Dia selalu bersedia menolong kita pada masa kesusahan.

Oleh itu, kita tidak akan takut, walaupun bumi gempa

dan gunung-gunung jatuh ke dasar laut;

Sepanjang hari lawanku menyerang aku;

banyak orang yang melawan aku.

Ketika aku takut, ya Allah Yang Maha Kuasa,

aku berharap kepada-Mu.

Ya TUHAN, Allah kami, berkatilah kami,

dan berilah kami kejayaan dalam segala usaha kami.

TUHAN Pelindung Kita

Lagu ziarah.

Aku memandang ke arah pergunungan;

dari manakah datangnya pertolonganku?

Pertolonganku datang daripada TUHAN,

yang menjadikan langit dan bumi.

Aku sentiasa sedar akan hadirat TUHAN;

Engkau ada di sampingku, tiada suatu pun dapat menggoncang aku.

Dia memerintah dunia dengan adil,

dan menghakimi rakyat dengan saksama.

TUHAN adalah pernaungan bagi orang yang ditindas,

tempat perlindungan pada masa kesusahan.

Serahkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Allah, kerana Dia mengambil berat tentang kamu.

Oleh itu hendaklah kamu bersukacita, meskipun sekarang mungkin kamu harus berdukacita untuk sementara waktu kerana mengalami berbagai-bagai cubaan.

Siapakah akan menyusahkan kamu jika kamu ingin sekali berbuat baik? Tetapi meskipun kamu harus menanggung penderitaan kerana melakukan perkara yang baik, kamu berbahagia! Janganlah takut akan sesiapa pun dan janganlah khuatir.

Encorajar uns aos outros

Encorajai-vos mutuamente e edificai-vos uns aos outros. Não desanimemos — a bondade do Senhor é nova a cada manhã.

Oleh itu, hendaklah kamu saling menggalakkan dan saling menguatkan, seperti yang kamu lakukan sekarang ini.

Oleh itu, hendaklah kamu saling menggalakkan dan saling menguatkan, seperti yang kamu lakukan sekarang ini.

Hendaklah kita perhatikan satu sama lain, supaya kita dapat saling memberikan dorongan untuk mengasihi satu sama lain dan untuk melakukan hal yang baik. Janganlah kita hentikan kebiasaan berkumpul bersama-sama, seperti yang dilakukan oleh beberapa orang saudara. Sebaliknya lebih-lebih lagi kita harus menggalakkan satu sama lain, kerana kita tahu bahawa tidak lama lagi Tuhan akan datang.

Janganlah hidup kamu dikuasai oleh cinta akan wang. Hendaklah kamu puas hati dengan apa yang kamu miliki. Allah sudah berfirman, "Aku tidak akan membiarkan kamu; Aku tidak akan meninggalkan kamu." Oleh itu, dengan penuh keyakinan kita berkata,

"Tuhan Penolongku,

aku tidak akan takut.

Apakah yang dapat dilakukan orang terhadap aku?"

Oleh itu, saudara-saudara yang aku kasihi, hendaklah kamu teguh dan kukuh. Hendaklah kamu rajin bekerja untuk Tuhan, kerana kamu tahu bahawa semua yang kamu lakukan untuk Tuhan, tidak sia-sia.

Kata Akhir

Hendaklah kamu waspada dan teguh dalam hidup kamu sebagai orang Kristian. Hendaklah kamu tabah hati dan sungguh-sungguh percaya kepada Tuhan.

Kata Akhir

Hendaklah kamu waspada dan teguh dalam hidup kamu sebagai orang Kristian. Hendaklah kamu tabah hati dan sungguh-sungguh percaya kepada Tuhan.

Roh yang diberikan oleh Allah kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Allah melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri.

Kemudian Raja Daud bertitah lagi kepada putera baginda, Salomo, "Engkau harus yakin dan berani. Mulakanlah pekerjaan itu dan jangan gentar terhadap apa-apa pun. TUHAN Allah yang beta sembah akan menolong engkau. Dia tidak akan meninggalkan engkau, tetapi Dia akan menyertai engkau sampai semua pekerjaan bagi rumah-Nya itu selesai.

TUHAN, Allah kamu menyertai kamu;

kamu menang kerana kuasa-Nya.

TUHAN gembira dan bersukacita kerana kamu;

Dia memberi kamu hidup baru

kerana Dia mengasihi kamu.

Kamu menyukakan hati-Nya,

maka Dia akan menyanyi dengan gembira,

Aku sendiri tahu akan rancangan-Ku untuk kamu. Rancangan itu bukan untuk mencelakakan kamu, tetapi untuk kemakmuran kamu dan untuk memberikan masa depan yang kamu harap-harapkan.

Setiap usaha menghasilkan keuntungan; bercakap kosong membuat orang jatuh miskin.

Yesus berkata kepada mereka, "Ikutlah Aku dan Aku akan mengajar kamu menjala orang supaya menjadi pengikut-Ku." Mereka segera meninggalkan jala lalu mengikut Yesus.

Deus chama pelo nome

Ao longo da Bíblia, Deus chamou seus servos pelo nome — Abraão, Moisés, Samuel, Paulo — encorajando cada um pessoalmente.

Pada waktu malam, dalam suatu penglihatan, Allah berfirman kepadanya, "Yakub, Yakub!"

"Ya, aku mendengar," jawabnya.

Malaikat Allah berkata kepadaku dalam mimpi itu, ‘Yakub!’ Aku pun menjawab, ‘Ya.’

tetapi dari langit malaikat TUHAN berseru kepadanya, "Abraham, Abraham!"

Abraham menjawab, "Ya, Tuhan."

Apabila TUHAN nampak Musa menghampiri-Nya, TUHAN memanggil dia dari tengah semak itu, "Musa, Musa!"

Musa menjawab, "Ya, aku di sini."

tetapi Eli memanggil dia, "Samuel, anakku!"

"Ya tuan," sahut Samuel.

Seorang pengikut Yesus bernama Ananias tinggal di Damsyik. Dalam penglihatan, dia melihat Tuhan berkata kepadanya, "Ananias!"

"Ya Tuhan," jawab Ananias.

Maria berkata, "Aku hamba Tuhan; biarlah berlaku kepadaku seperti yang engkau katakan." Lalu malaikat itu meninggalkan Maria.

Bukankah lima ekor burung pipit dijual seharga dua sen? Meskipun demikian tidak seekor pun dilupakan oleh Allah. Sebenarnya rambut di kepala kamu pun telah dihitung semuanya. Oleh itu, janganlah takut kerana bagi Allah kamu lebih berharga daripada burung pipit!"

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.