Pular para o conteúdo
Publicidade

Ensinar

Por Bíblia Online

Ensinar é mandamento e dom. A Bíblia exorta pais, líderes e mestres a transmitir a verdade divina com fidelidade, paciência e sabedoria para as próximas gerações.

Ensinar a Palavra

Toda Escritura é útil para ensinar. Quem ouve as palavras de Jesus e as pratica é como o homem sábio que construiu sobre a rocha.

Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah.Dengan Alkitab, orang yang mengabdikan diri kepada Allah dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam pekerjaan yang baik.

Pembina Rumah yang Pandai dan yang Bodoh

"Setiap orang yang mendengar kata-kata-Ku ini dan menurutnya, dia seperti seorang bijak yang membina rumah di atas batu.

Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu. Hendaklah kamu saling mengajar dan menasihati dengan segala kebijaksanaan. Nyanyikanlah mazmur, nyanyian pujian, dan lagu rohani. Bernyanyilah untuk Allah dengan perasaan syukur di dalam hati.

Segala yang tertulis di dalam Alkitab adalah untuk mengajar kita, supaya kita mempunyai harapan kerana ajaran daripada Alkitab menyebabkan kita bersabar dan berteguh hati.

Nilai Amsal

Amsal-amsal Raja Salomo raja Israel, iaitu putera Raja Daud.

Amsal yang berikut akan menolong kamu mengenal hikmat dan nasihat yang baik, serta memahami ungkapan yang dalam maknanya. Amsal ini mengajar kamu hidup dengan bijaksana, jujur, adil, dan tidak berat sebelah. Amsal ini dapat mengajar orang yang tidak berpengalaman supaya berfikiran tajam, dan mengajar orang muda menjadi pandai dan bijaksana. Amsal ini dapat menambah pengetahuan orang bijaksana dan dapat membimbing orang terpelajar. Dengan demikian mereka dapat memahami makna yang tersirat dalam amsal, kata-kata, dan soalan yang dikemukakan oleh orang bijaksana.

Nasihat kepada Orang Muda

Untuk memperoleh pengetahuan, pertamanya kamu mesti hormat dan takut kepada TUHAN. Orang bodoh tidak tahu menghargai hikmat dan tidak mahu belajar.

Instruir as gerações

Ensina a criança nos caminhos de Deus. A geração que não conhece o Senhor perde a herança espiritual da fé.

Kasihilah TUHAN, Allah kamu dengan segenap hati: Tunjukkanlah kasih itu dalam cara hidup dan perbuatan kamu.Jangan sekali-kali lupa akan hukum yang aku berikan kepada kamu hari ini. Ajarkanlah hukum itu kepada anak-anak kamu. Percakapkanlah hukum itu semasa kamu di rumah ataupun berpergian, semasa kamu berehat ataupun bekerja.

Hai anakku, perhatikanlah kata-kata bapa dan ibumu. Ajaran mereka akan menambah budi pekertimu seperti hiasan kepala dan kalung mempercantik rupamu.

Amaran tentang Zina

Hai anakku, lakukanlah perintah bapamu, dan jangan lupakan ajaran ibumu. Ingatlah dan simpanlah kata-kata mereka dalam hatimu. Ajaran mereka akan memimpin kamu dalam perjalanan, melindungi kamu pada waktu malam, dan menasihati kamu pada waktu siang. Petunjuk mereka bagaikan lampu yang terang, dan teguran mereka menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.

Hendaklah kamu bijak dan cerdas. Jangan lupakan ataupun abaikan nasihatku. Jangan tinggalkan hikmat, maka hikmat akan melindungi kamu; cintailah hikmat, maka hikmat akan menjaga kamu agar kamu selamat. Perkara yang paling mustahak yang harus kamu usahakan adalah mendapat hikmat. Apa pun yang kamu kejar, yang terutama adalah mendapat pengertian. Cintailah hikmat, maka kamu akan ditinggikannya. Peluklah hikmat, maka kamu akan dimuliakannya.

Hendaklah kamu sentiasa ingat akan ajaran yang telah kamu terima daripadaku. Jagalah ajaran itu baik-baik, kerana dengan ajaran itu hidupmu akan berhasil. Jangan ke tempat orang jahat pergi dan jangan contohi mereka.

Berhati-hatilah tentang apa yang kamu fikirkan, kerana pemikiranmu menentukan hidupmu. Jangan katakan apa yang tidak benar. Jangan ucapkan dusta dan kata-kata yang menyesatkan orang. Pandanglah ke hadapan dengan keyakinan yang sungguh-sungguh, dan jangan tundukkan kepalamu kerana malu. Buatlah rancanganmu dengan teliti supaya apa sahaja yang kamu lakukan akan berjaya. Jauhkanlah dirimu daripada kejahatan dan hiduplah dengan jujur. Jangan menyimpang sedikit pun dari jalan yang benar.

Ajaran orang bijak bagaikan sumber kehidupan; apabila ada ancaman, ajaran itu menyelamatkan nyawa.

Jika kamu hendak menjadi bijaksana, pertamanya kamu mesti hormat dan takut kepada TUHAN. Jika kamu kenal akan Yang Maha Suci, kamu akan memperoleh pengertian.

Allah dengan Umat-Nya

Sajak Asaf.

Dengarlah ajaranku, hai umatku,

dan perhatikanlah kata-kataku.

Aku akan menggunakan kata-kata hikmat,

dan menjelaskan rahsia zaman dahulu,

perkara yang telah kita dengar dan ketahui,

yang telah diberitahu oleh nenek moyang kita.

Kita tidak akan merahsiakannya daripada anak-anak kita,

kita akan memberitahu keturunan yang akan datang

tentang kuasa TUHAN dan tindakan-Nya yang hebat,

serta perbuatan ajaib yang telah dilakukan-Nya.

Kemudian semua orang Israel daripada generasi itu meninggal. Generasi yang baru tidak mengenal TUHAN kerana mereka tidak mengalami apa yang telah dilakukan oleh TUHAN untuk Israel.

Fidelidade no ensino

Quem ensina com fidelidade merece dupla honra. Cuidado com doutrinas falsas — permaneçam na doutrina de Cristo.

Pemimpin jemaah yang menjalankan tugas dengan baik sebagai pemimpin, layak menerima bayaran dua kali ganda, terutama sekali mereka yang rajin berkhutbah dan mengajar. Seperti yang tertulis di dalam Alkitab, "Janganlah berangus mulut lembu yang sedang mengirik biji-bijian," dan juga, "Orang yang bekerja layak menerima upah."

Jauhkanlah dirimu daripada percakapan yang sia-sia dan menghina Allah. Percakapan seperti itu hanya membuat orang semakin jauh daripada Allah. Ajaran mereka itu seperti luka yang mengudis dan tidak dapat sembuh. Dua orang daripada mereka ialah Himeneus dan Filitus.

Sesiapa yang tidak berpegang kepada ajaran Kristus tetapi melampaui ajaran itu, tidak mempunyai Allah. Sesiapa yang berpegang kepada ajaran itu, mempunyai Allah Bapa dan Anak.

Pada pertengahan masa perayaan itu, Yesus masuk ke dalam Rumah Tuhan, lalu mula mengajar. Para penguasa Yahudi hairan sekali lalu berkata, "Bagaimanakah orang ini dapat mengetahui sebanyak ini, padahal dia tidak pernah dilatih untuk menjadi guru Taurat?"

Yesus menjawab, "Yang Aku ajarkan ini bukan ajaran-Ku, melainkan ajaran Dia yang mengutus Aku. Orang yang mahu melakukan kehendak Allah akan tahu sama ada ajaran-Ku datangnya daripada Allah atau daripada Aku sendiri. Seorang yang mengajarkan ajarannya sendiri, mencari kehormatan bagi dirinya sendiri. Tetapi seorang yang menghendaki kehormatan untuk orang yang mengutusnya, orang itu jujur dan tidak ada kepalsuan padanya.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.