Pular para o conteúdo
Publicidade

Esperar no Senhor

Por Bíblia Online

Esperar no Senhor é ato de fé e confiança. A Bíblia promete que os que esperam em Deus renovam as forças, recebem direção e experimentam a fidelidade divina no tempo certo.

Renovar as forças

Os que esperam no Senhor renovam as forças. Sobem como águias, correm e não se cansam, caminham e não se fatigam.

Tetapi orang yang berharap kepada TUHAN

akan mendapat kekuatan baru.

Mereka seperti burung rajawali,

yang terbang tinggi dengan kekuatan sayapnya.

Mereka akan berlari dan tidak lelah;

mereka akan berjalan dan tidak menjadi lemah.

Namun TUHAN menanti-nantikan saatnya untuk menunjukkan belas kasihan-Nya kepada kamu. Dia mengasihani kamu kerana Dia Allah yang sentiasa berbuat adil. Berbahagialah mereka yang berharap kepada TUHAN.

Berharaplah kepada TUHAN!

Percayalah kepada-Nya dan jangan putus asa.

Ya, berharaplah kepada TUHAN!

Aku yakin bahawa aku akan mengalami kebaikan TUHAN

dalam hidupku di dunia ini.

Berharaplah kepada TUHAN!

Percayalah kepada-Nya dan jangan putus asa.

Ya, berharaplah kepada TUHAN!

Doa Pujian

Mazmur Daud.

TUHAN adalah cahayaku dan penyelamatku;

aku tidak akan takut kepada sesiapa pun.

TUHAN melindungi aku daripada segala bahaya;

aku tidak akan gentar.

Apabila orang jahat menyerang aku dan cuba membunuh aku,

mereka akan tersandung lalu jatuh.

Walaupun semua tentera mengepung aku,

aku tidak akan takut;

walaupun musuhku menyerang aku,

aku akan tetap percaya kepada Allah.

Aku telah memohon satu perkara kepada TUHAN;

hanya satu sahaja yang aku minta;

untuk tinggal di dalam Rumah TUHAN sepanjang hidupku,

untuk menyaksikan segala kebaikan-Nya,

dan meminta bimbingan-Nya.

Pada masa kesusahan Dia akan melindungi aku;

Dia akan menjaga aku supaya selamat di dalam Rumah-Nya,

dan menempatkan aku di atas gunung batu.

Maka aku akan mengalahkan semua musuh di sekelilingku.

Dengan sorakan gembira aku akan mempersembahkan korban di dalam Rumah-Nya;

aku akan menyanyi dan memuji TUHAN.

Dengarlah aku, ya TUHAN, apabila aku berseru kepada-Mu.

Kasihanilah aku dan jawablah aku!

Hatiku berkata, "Marilah menyembah Dia."

Aku segera datang, ya TUHAN;

janganlah sembunyikan diri-Mu daripadaku.

Janganlah marah dan tolak hamba-Mu.

Engkaulah yang telah menjadi penolongku.

Janganlah tinggalkan atau buang aku,

ya Allah, penyelamatku!

Sekalipun ibu dan bapaku meninggalkan aku,

tetapi TUHAN akan memelihara aku.

Ajarilah aku kehendak-Mu, ya TUHAN,

dan pimpinlah aku pada jalan yang selamat,

kerana musuhku amat banyak.

Janganlah serahkan aku kepada musuhku,

yang menyerang aku dengan fitnah dan ancaman.

Aku yakin bahawa aku akan mengalami kebaikan TUHAN

dalam hidupku di dunia ini.

Berharaplah kepada TUHAN!

Percayalah kepada-Nya dan jangan putus asa.

Ya, berharaplah kepada TUHAN!

Espera paciente

Esperei com paciência no Senhor e Ele se inclinou para mim. Confie nele e descanse — Ele agirá no tempo certo.

Doa Kesyukuran

Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.

Aku menanti pertolongan TUHAN dengan sabar,

lalu Dia memperhatikan aku dan mendengar seruanku.

Dia menarik aku dari lubang yang berbahaya,

dari paya yang berlumpur.

Dia meletakkan aku di atas batu

sehingga langkahku kukuh.

Dia mengajar aku menyanyi lagu yang baru,

lagu pujian untuk Allah kita.

Banyak orang yang melihat perkara ini akan menjadi takut

lalu percaya kepada TUHAN.

Berbahagialah orang yang percaya kepada TUHAN,

orang yang tidak menyembah berhala

atau mengikut mereka yang menyembah dewa.

Engkau telah melakukan banyak perkara untuk kami,

ya TUHAN, Allahku, Engkau tidak ada bandingnya!

Engkau telah membuat banyak rancangan yang baik untuk kami,

tidak mungkin aku dapat menceritakan segalanya.

Engkau tidak mahu korban dan persembahan;

Engkau tidak minta korban untuk menyenangkan hati-Mu, dan korban untuk menghapuskan dosa.

Tetapi Engkau telah memberi aku telinga

yang dapat mendengar firman-Mu.

Oleh itu aku menyahut, "Inilah aku;

arahan-Mu untukku tercatat di dalam kitab Taurat.

Aku suka melakukan kehendak-Mu, ya Allahku!

Aku menyimpan segala ajaran-Mu dalam hatiku."

Dalam perhimpunan umat-Mu aku menceritakan berita baik

bahawa Engkau telah menyelamatkan kami.

Dengan tidak hentinya, aku menceritakannya.

Ya TUHAN, Engkau mengetahui semuanya.

Aku tidak menyimpan berita penyelamatan itu dalam hati;

aku selalu menceritakan pertolongan dan kesetiaan-Mu.

Dalam perhimpunan umat-Mu, aku tidak pernah berdiam diri

tentang kesetiaan dan kasih-Mu.

Ya TUHAN, janganlah berhenti mengasihani aku;

peliharalah aku dengan kasih dan kesetiaan-Mu.

Doa Minta Tolong

Aku dikelilingi banyak kesusahan,

jumlahnya tidak terkira.

Dosa-dosaku telah mengejar aku,

sehingga aku tidak dapat melihat.

Jumlahnya melebihi rambut di kepalaku,

dan aku kehilangan semangat.

Ya TUHAN, selamatkanlah aku!

Ya TUHAN, cepatlah tolong aku!

Kita berharap kepada TUHAN;

Dialah penolong dan pelindung kita.

Kita bersukacita kerana Dia;

kita percaya kepada nama-Nya yang suci.

Semoga kasih-Mu menyertai kami, ya TUHAN,

kerana kami berharap kepada-Mu.

Aku menanti-nantikan pertolongan TUHAN,

dan berharap kepada firman-Nya.

Aku menantikan Tuhan,

lebih daripada penjaga malam menantikan subuh,

lebih daripada penjaga malam menantikan fajar.

Kamu hanya ingin menjatuhkan dia dari tempat kehormatannya;

kamu suka berdusta.

Dengan mulut, kamu memberkati,

tetapi kamu mengutuk dalam hati.

Berharaplah kepada TUHAN dan taatilah perintah-Nya;

Dia akan memberi kamu negeri ini untuk menghormatimu,

dan kamu akan melihat orang jahat dihalau.

Confiança e perseverança

Confie no Senhor de todo o coração. Sede pacientes na tribulação — o Senhor é fiel e cumprirá todas as suas promessas.

Percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri. Ingatlah akan TUHAN dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.

Kita juga membanggakan penderitaan kita, kerana kita tahu bahawa penderitaan menghasilkan ketekunan. Ketekunan menyebabkan kita diperkenankan oleh Allah. Oleh itu kita mempunyai harapan.

Semoga kamu dikuatkan oleh Allah dengan kuasa-Nya yang mulia, sehingga dapat menanggung derita dengan sabar. Dengan sukacita bersyukurlah kepada Bapa, yang telah menjadikan kamu layak menerima apa yang disediakan oleh Allah untuk umat-Nya dalam pemerintahan yang penuh dengan cahaya daripada Allah.

Kesabaran dan Doa

Oleh itu, saudara-saudaraku, bersabarlah sehingga Tuhan datang. Lihatlah betapa sabarnya seorang peladang menunggu tanahnya mengeluarkan hasil yang berharga. Dengan sabar dia menunggu hujan musim luruh dan hujan musim bunga. Kamu juga mesti bersabar. Teguhkanlah hati kamu, kerana hari kedatangan Tuhan sudah dekat.

Kami menyebut mereka berbahagia kerana mereka tabah menanggung penderitaan. Kamu telah mendengar kisah tentang kesabaran Ayub, dan kamu tahu bagaimana Tuhan memberkati dia pada akhirnya. Hal itu berlaku kerana Tuhan berbelas kasihan dan baik hati.

Kerana kamu mentaati ajaran benar daripada Allah, kamu menjadi suci dan kamu mengasihi sesama saudara seiman dengan ikhlas. Oleh itu, hendaklah kamu saling mengasihi dengan sepenuh hati.Melalui firman Allah yang hidup dan kekal, kamu sudah dilahirkan kembali, bukan oleh manusia, tetapi oleh Bapa yang kekal. Di dalam Alkitab tertulis,

"Umat manusia bagaikan rumput,

dan segala kemuliaan mereka seperti bunga rumput.

Rumput layu, bunga pun gugur;

tetapi firman Tuhan kekal selama-lamanya."

Firman itu Berita Baik yang diisytiharkan kepada kamu.

Tuhan tidak berlambat untuk melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya, meskipun beberapa orang berfikir demikian. Sebaliknya, Dia sabar terhadap kamu, kerana Dia tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa.

Perumpamaan tentang Sepuluh Orang Gadis

"Pada masa itu Pemerintahan Allah seperti perumpamaan berikut. Sepuluh orang gadis keluar membawa pelita untuk menyambut pengantin lelaki. Lima orang daripada mereka kurang bijak, tetapi lima orang yang lain bijak. Lima orang gadis yang kurang bijak membawa pelita, tetapi tidak membawa minyak tambahan. Lima orang gadis yang bijak membawa pelita dan juga bekas yang penuh dengan minyak. Pengantin lelaki itu lambat datang, maka mengantuklah semua gadis itu lalu tertidur.

Pada tengah malam, terdengar suara orang berseru, ‘Pengantin lelaki datang! Mari, sambutlah dia!’ Sepuluh orang gadis itu bangun lalu memasang pelita. Lima orang gadis yang kurang bijak berkata kepada yang bijak, ‘Berilah kami sedikit minyak, kerana pelita kami hampir padam.’ ‘Tidak boleh!’ kata gadis-gadis yang bijak itu. ‘Minyak tidak cukup untuk kita semua. Pergilah ke kedai dan belilah minyak.’ Oleh itu lima orang gadis yang kurang bijak itu pergi membeli minyak. Sementara mereka pergi, pengantin lelaki tiba. Kelima-lima orang gadis yang sudah siap itu masuk bersama-sama pengantin lelaki ke balai perjamuan, dan pintu pun ditutup.

Kemudian gadis-gadis yang lain itu tiba. ‘Tuan, tuan,’ seru mereka, ‘bukalah pintu untuk kami.’ Tetapi pengantin lelaki itu menjawab, ‘Aku tidak kenal kamu!’ "

Yesus mengakhiri perumpamaan-Nya dengan mengatakan, "Oleh itu, berjaga-jagalah kerana kamu tidak tahu hari ataupun waktunya."

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.