Pular para o conteúdo
Publicidade

Estudar a Bíblia

Por Bíblia Online

Estudar a Bíblia é mergulhar na mente de Deus. A Palavra é lâmpada para os pés, espada do Espírito e alimento para a alma. O cristão que estuda cresce em sabedoria e maturidade.

A importância do estudo

Os bereanos eram mais nobres porque examinavam as Escrituras diariamente. Estudar a Bíblia é mandamento e privilégio.

Fikiran orang di situ lebih terbuka daripada fikiran orang di Tesalonika. Mereka suka sekali mendengar perkhabaran tentang Yesus, dan tiap-tiap hari mereka mengkaji Alkitab untuk mengetahui sama ada ajaran Paulus itu benar.

Berusahalah sebaik-baiknya untuk mendapat pujian daripada Allah, seperti seorang pekerja yang tidak malu dengan pekerjaannya. Hendaklah engkau mengajar ajaran benar daripada Allah dengan betul.

dan sejak kecil lagi engkau telah mengenal Alkitab. Alkitab itu boleh memberi engkau kebijaksanaan untuk mendapat penyelamatan melalui iman kepada Kristus Yesus. Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah.Dengan Alkitab, orang yang mengabdikan diri kepada Allah dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam pekerjaan yang baik.

Sementara itu sehingga aku datang kelak, gunakanlah masamu dengan membaca Alkitab kepada jemaah, dan berkhutbah serta mengajar.

Kamu menyelidiki Alkitab kerana menyangka bahawa dengan cara itu kamu akan beroleh hidup sejati dan kekal. Sebenarnya Alkitab memberikan kesaksian tentang Aku.

Meditar e guardar

Não se aparte a lei do Senhor da tua boca. Medita nela de dia e de noite para que cumpras tudo o que nela está escrito.

Pastikanlah supaya Kitab Taurat sentiasa dibacakan kepada umat-Ku semasa kamu beribadat. Kajilah kitab itu siang dan malam; pastikanlah supaya engkau mentaati segala yang tertulis di dalamnya. Dengan demikian engkau akan makmur dan berjaya.

Taurat TUHAN Memberikan Cahaya

Firman-Mu itu pelita yang memimpin aku,

dan cahaya yang menerangi jalanku.

Cinta kepada Taurat TUHAN

Aku sangat mencintai Taurat-Mu!

Aku merenungkannya sepanjang hari.

Perintah-Mu selalu bersama-sama aku,

dan menjadikan aku lebih bijak daripada semua musuhku.

Pengertianku melebihi pengertian semua guruku,

kerana aku merenungkan peraturan-Mu.

Mentaati Taurat TUHAN

Bagaimanakah seorang pemuda dapat hidup suci?

Dia dapat hidup suci dengan mentaati perintah-Mu.

Dengan sepenuh hati aku berusaha untuk mentaati Engkau;

jangan biarkan aku menyimpang daripada perintah-Mu.

Aku menyimpan hukum-Mu dalam hatiku,

supaya aku tidak berdosa terhadap-Mu.

Aku memuji Engkau, ya TUHAN;

ajarlah aku kehendak-Mu.

Aku akan menceritakan

segala hukum yang telah Engkau berikan.

Aku gemar menurut perintah-Mu,

lebih daripada memiliki segala kekayaan.

Aku akan mengkaji peraturan-Mu,

dan menumpukan perhatian kepada ajaran-Mu.

Aku gemar akan hukum-Mu;

aku tidak akan melupakan perintah-Mu.

Ketika aku mempelajari ketetapan-Mu yang adil,

aku akan memuji Engkau dengan hati yang murni.

Estudo diligente

Esdras preparou o coração para buscar e ensinar a lei. O estudo exige disciplina, constância e coração aberto.

Mereka meninggalkan negeri Babilonia pada hari pertama bulan pertama, dan dengan pertolongan Allah, mereka tiba di Yerusalem pada hari pertama bulan kelima. Ezra telah mengabdikan hidupnya untuk mengkaji Taurat TUHAN, melakukannya serta mengajarkan segala ketetapan dan hukumnya kepada bangsa Israel.

Kasihilah TUHAN, Allah kamu dengan segenap hati: Tunjukkanlah kasih itu dalam cara hidup dan perbuatan kamu.Jangan sekali-kali lupa akan hukum yang aku berikan kepada kamu hari ini. Ajarkanlah hukum itu kepada anak-anak kamu. Percakapkanlah hukum itu semasa kamu di rumah ataupun berpergian, semasa kamu berehat ataupun bekerja. Ikatkan hukum itu pada lengan kamu dan ikatkannya pada dahi kamu sebagai peringatan. Tuliskanlah hukum itu pada tiang pintu rumah dan pada pintu pagar kamu."

Apabila baginda ditabalkan menjadi raja, baginda mesti diberikan sebuah kitab hukum Allah yang disalin daripada kitab asli yang disimpan oleh imam-imam suku Lewi. Kitab itu mesti selalu ada dekat raja, dan baginda mesti membaca kitab itu seumur hidupnya, supaya baginda belajar menghormati TUHAN dan dengan setia mentaati segala perintah di dalam kitab itu. Jika raja berbuat demikian, baginda tidak akan menganggap dirinya lebih baik daripada orang sebangsanya, dan baginda tidak akan melanggar perintah TUHAN dengan cara apa pun. Maka raja akan memerintah Israel untuk masa yang lama, dan keturunannya akan memerintah Israel sampai turun-temurun."

Nilai Amsal

Amsal-amsal Raja Salomo raja Israel, iaitu putera Raja Daud.

Amsal yang berikut akan menolong kamu mengenal hikmat dan nasihat yang baik, serta memahami ungkapan yang dalam maknanya. Amsal ini mengajar kamu hidup dengan bijaksana, jujur, adil, dan tidak berat sebelah. Amsal ini dapat mengajar orang yang tidak berpengalaman supaya berfikiran tajam, dan mengajar orang muda menjadi pandai dan bijaksana. Amsal ini dapat menambah pengetahuan orang bijaksana dan dapat membimbing orang terpelajar. Dengan demikian mereka dapat memahami makna yang tersirat dalam amsal, kata-kata, dan soalan yang dikemukakan oleh orang bijaksana.

Nasihat kepada Orang Muda

Hai anakku, jangan lupa akan ajaranku. Ingatlah selalu akan perintahku, supaya panjang umurmu dan makmur hidupmu.

Hendaklah kamu sentiasa ingat akan ajaran yang telah kamu terima daripadaku. Jagalah ajaran itu baik-baik, kerana dengan ajaran itu hidupmu akan berhasil.

Petunjuk mereka bagaikan lampu yang terang, dan teguran mereka menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.

Proteção e crescimento

Quem ignora a Palavra perece. Toda Escritura é útil — crescei na graça e no conhecimento do nosso Senhor.

Umat-Ku binasa kerana mereka tidak mahu mengakui Aku. Kamu, imam-imam, tidak mempedulikan Aku dan telah menolak ajaran-Ku. Oleh itu Aku pun akan menolak kamu dan tidak mengakui anak-anak kamu sebagai imam-Ku.

Hendaklah kamu menjawab, "Dengarkan ajaran TUHAN! Orang yang tidak berkata-kata sesuai dengan ajaran itu, tidak mempunyai harapan."

Yesus menjawab, "Pendapat kamu salah sekali! Tahukah kamu apa sebabnya? Kamu tidak memahami Alkitab ataupun kuasa Allah.

Segala yang tertulis di dalam Alkitab adalah untuk mengajar kita, supaya kita mempunyai harapan kerana ajaran daripada Alkitab menyebabkan kita bersabar dan berteguh hati.

Tetapi kamu, saudara-saudara yang aku kasihi, telah mengetahui hal ini. Oleh itu, berwaspadalah supaya kamu tidak disesatkan oleh kesilapan orang jahat, lalu jatuh dari tempat berpijak yang kukuh. Hendaklah kamu semakin menghayati kasih Yesus Kristus, Tuhan dan Penyelamat kita, dan hendaklah kamu juga semakin mengenal Dia. Marilah kita memuji dan memuliakan Kristus, sekarang dan selama-lamanya! Amin.

Penyelamatan inilah yang dikaji dan diselidiki oleh para nabi, dan mereka bernubuat tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu. Roh Kristus ada pada diri para nabi, dan Roh itu bernubuat tentang penderitaan yang harus ditanggung oleh Kristus, dan tentang kemuliaan-Nya yang akan menyusul. Para nabi berusaha mengetahui masa dan bagaimana hal itu akan berlaku.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.