Pular para o conteúdo
Publicidade

Família

Por Bíblia Online

A família é a primeira instituição criada por Deus. Ele a projetou para ser escola de amor, fé e formação de caráter. A Bíblia honra a família e nos ensina a cuidar dela.

Eu e minha casa

Eu e minha casa serviremos ao Senhor. A família que serve a Deus juntos permanece unida e fortalecida em todas as circunstâncias.

Jika kamu tidak mahu mengabdi kepada-Nya, tentukanlah sekarang kepada siapa kamu hendak mengabdi, kepada tuhan-tuhan lain yang disembah oleh nenek moyang kamu di Mesopotamia, atau kepada tuhan-tuhan orang Amori di negeri yang kamu tinggal sekarang. Tetapi bagi aku dan keluargaku, kami hendak mengabdi kepada TUHAN."

Jika kamu tidak mahu mengabdi kepada-Nya, tentukanlah sekarang kepada siapa kamu hendak mengabdi, kepada tuhan-tuhan lain yang disembah oleh nenek moyang kamu di Mesopotamia, atau kepada tuhan-tuhan orang Amori di negeri yang kamu tinggal sekarang. Tetapi bagi aku dan keluargaku, kami hendak mengabdi kepada TUHAN."

Paulus dan Silas menjawab, "Percayalah kepada Tuhan Yesus, lalu kamu akan diselamatkan - kamu dan keluargamu!"

Semoga TUHAN, Allah kita menyertai kita sebagaimana Dia menyertai nenek moyang kita. Semoga Dia tidak meninggalkan kita atau membuang kita.

Criar os filhos

Instrui a criança no caminho em que deve andar. O lar é a primeira escola de fé e obediência.

Ajarilah anak cara hidup yang betul, maka sampai tua pun dia akan hidup demikian.

Ajarilah anak cara hidup yang betul, maka sampai tua pun dia akan hidup demikian.

Hai anakku, perhatikanlah kata-kata bapa dan ibumu. Ajaran mereka akan menambah budi pekertimu seperti hiasan kepala dan kalung mempercantik rupamu.

Amaran tentang Zina

Hai anakku, lakukanlah perintah bapamu, dan jangan lupakan ajaran ibumu.

Jangan sekali-kali lupa akan hukum yang aku berikan kepada kamu hari ini. Ajarkanlah hukum itu kepada anak-anak kamu. Percakapkanlah hukum itu semasa kamu di rumah ataupun berpergian, semasa kamu berehat ataupun bekerja.

Jangan sekali-kali lupa akan hukum yang aku berikan kepada kamu hari ini. Ajarkanlah hukum itu kepada anak-anak kamu. Percakapkanlah hukum itu semasa kamu di rumah ataupun berpergian, semasa kamu berehat ataupun bekerja.

Hai bapa-bapa, janganlah perlakukan anak-anak kamu sedemikian rupa sehingga mereka menjadi marah. Sebaliknya, didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan.

Hai bapa-bapa, janganlah perlakukan anak-anak kamu sedemikian rupa sehingga mereka menjadi marah. Sebaliknya, didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan.

Anak-Anak dan Ibu Bapa

Hai anak-anak, sebagai pengikut Kristus, kamu harus taat kepada ibu bapa, kerana hal itulah yang seharusnya kamu lakukan. "Hormatilah ibu bapamu" adalah perintah pertama daripada Allah yang disertai janji: "supaya kamu hidup bahagia dan berumur panjang di bumi."

Honrar e amar

Honra teu pai e tua mãe. A família funciona com perdão, paciência e amor incondicional entre todos os seus membros.

Hormatilah bapa dan ibu kamu, supaya kamu panjang umur di tanah yang akan Aku berikan kepada kamu.

Hormatilah bapa dan ibu kamu, supaya kamu panjang umur di tanah yang akan Aku berikan kepada kamu.

hormatilah ibu bapamu; dan kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri."

Ajaran Yesus tentang Perceraian

Setelah Yesus mengatakan semua perkara itu, Dia meninggalkan Galilea lalu pergi ke daerah Yudea di seberang Sungai Yordan. Banyak orang mengikut Dia, dan Dia menyembuhkan orang sakit di situ.

Beberapa orang Farisi datang untuk memerangkap Yesus. Mereka bertanya, "Adakah Taurat kita membenarkan seorang lelaki menceraikan isterinya dengan sebarang alasan?"

Yesus menjawab, "Belum pernahkah kamu baca ayat Alkitab yang mengatakan bahawa pada mulanya Allah menjadikan orang lelaki dan perempuan? Kemudian Allah berfirman, ‘Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu kedua-duanya menjadi satu.’ Dengan demikian mereka bukan lagi dua orang, tetapi satu. Oleh itu mereka yang telah disatukan oleh Allah, tidak boleh dipisahkan oleh manusia."

Orang Farisi di situ bertanya kepada Yesus, "Jika demikian, mengapa Musa memberikan hukum yang membenarkan seseorang menceraikan isterinya asal menulis surat cerai?"

Yesus menjawab, "Musa membenarkan kamu menceraikan isteri kerana kamu terlalu sukar diajar. Tetapi sebenarnya bukanlah demikian pada mulanya. Ketahuilah, sesiapa menceraikan isterinya, kecuali kerana perzinaan, orang itu berzina jika dia berkahwin lagi dengan wanita lain."

Pengikut-pengikut Yesus berkata kepada-Nya, "Jika demikian halnya dengan kehidupan suami isteri, lebih baik tidak berkahwin."

Yesus menjawab, "Tidak semua orang dapat menerima ajaran ini, hanya mereka yang sudah dikurniai oleh Allah kemampuan untuk menerimanya. Banyak sebabnya mengapa orang tidak berkahwin: Ada yang dilahirkan demikian, ada yang dijadikan mandul, dan ada pula yang tidak berkahwin supaya dapat mengabdikan diri kepada Allah. Biarlah orang yang sanggup menerima ajaran ini, berbuat demikian."

Yesus Memberkati Kanak-Kanak

Beberapa orang membawa kanak-kanak kepada Yesus supaya Yesus meletakkan tangan-Nya pada kepala kanak-kanak itu dan mendoakan mereka. Tetapi pengikut-pengikut Yesus memarahi orang yang membawa semua kanak-kanak itu. Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Biarlah kanak-kanak itu datang kepada-Ku! Jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah yang menikmati Pemerintahan Allah."

Yesus meletakkan tangan-Nya pada kepala semua kanak-kanak itu. Kemudian Dia pergi.

Orang Muda yang Kaya

Pada suatu hari seorang lelaki datang kepada Yesus. Dia bertanya, "Guru, perbuatan baik apakah yang harus saya lakukan supaya beroleh hidup sejati dan kekal?"

Yesus menjawab, "Mengapakah kamu bertanya kepada-Ku tentang apa yang baik? Hanya Allah yang baik. Taatilah hukum Allah jika kamu hendak beroleh hidup sejati dan kekal."

"Hukum yang mana?" tanya orang itu.

Yesus menjawab, "Jangan membunuh; jangan berzina; jangan mencuri; jangan berikan kesaksian palsu; hormatilah ibu bapamu; dan kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri."

"Semua hukum ini sudah saya taati," jawab orang muda itu. "Adakah lagi yang harus saya lakukan?"

Yesus berkata kepadanya, "Jika kamu hendak menjadi sempurna, pergilah jual segala sesuatu yang kamu miliki, dan berikan wangnya kepada orang miskin, maka kamu akan beroleh harta di syurga. Kemudian marilah, ikutlah Aku."

Apabila orang muda itu mendengar hal ini, dia meninggalkan tempat itu dengan susah hati kerana dia sangat kaya.

Lalu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Ketahuilah, susah sekali bagi seorang kaya menikmati Pemerintahan Allah. Aku berkata kepada kamu: Lebih mudah bagi seekor unta memasuki lubang jarum daripada seorang kaya menikmati Pemerintahan Allah."

Apabila pengikut-pengikut Yesus mendengar kata-kata-Nya, mereka sangat hairan. Mereka berkata, "Jika demikian siapakah yang boleh diselamatkan?"

Yesus memandang mereka lalu berkata, "Hal ini mustahil bagi manusia, tetapi Allah dapat melakukan segala perkara!"

Lalu Petrus berkata, "Lihatlah, kami sudah meninggalkan segala-galanya lalu mengikut Guru. Apakah yang akan kami terima daripada Allah?"

Yesus berkata kepada mereka, "Percayalah bahawa pada masa Anak Manusia duduk di atas takhta-Nya yang mulia di Dunia Baru Allah, kamu dua belas orang pengikut-Ku juga akan duduk di atas takhta dan memerintah dua belas suku Israel! Setiap orang yang sudah meninggalkan rumah, atau saudara lelaki, atau saudara perempuan, atau ibu bapa, atau anak-anak, atau ladang kerana Aku, akan menerima seratus kali ganda apa yang sudah ditinggalkan, serta menerima hidup sejati dan kekal. Tetapi banyak orang yang sekarang ini terdahulu akan menjadi yang terakhir, dan yang sekarang ini terakhir akan menjadi yang terdahulu."

Sebaliknya, hendaklah kamu baik hati, saling berbelas kasihan, dan saling mengampuni sebagaimana Allah telah mengampuni kamu melalui Kristus.

Tetapi ayat itu juga berkaitan dengan kamu: Setiap suami harus mengasihi isterinya seperti dia mengasihi dirinya sendiri, dan setiap isteri harus menghormati suaminya.

Jika seseorang berkata, "Aku mengasihi Allah," tetapi dia membenci saudaranya, orang itu pendusta. Jika seseorang tidak mengasihi saudaranya yang dilihatnya, tidak mungkin dia dapat mengasihi Allah yang tidak dilihatnya.

Cuidar da família

Quem não cuida dos seus negou a fé. A família é responsabilidade sagrada — prover, proteger e abençoar é mandamento divino.

Jika seseorang tidak memelihara sanak saudaranya, apa lagi anggota keluarganya sendiri, dia menyangkal Kristus. Dia lebih jahat daripada orang yang tidak beriman.

Jika seseorang tidak memelihara sanak saudaranya, apa lagi anggota keluarganya sendiri, dia menyangkal Kristus. Dia lebih jahat daripada orang yang tidak beriman.

Tetapi jika seorang balu mempunyai anak cucu, mereka inilah yang harus terlebih dahulu menjalankan kewajipan agama terhadap kaum keluarga sendiri. Dengan cara itu mereka membalas budi ibu bapa, nenek, dan datuk. Perbuatan ini menyenangkan hati Allah.

Perpecahan di Kalangan Jemaah

Saudara-saudaraku! Dengan kekuasaan Tuhan kita Yesus Kristus, aku menggesa kamu semua supaya seia sekata sehingga tidak ada perpecahan di kalangan kamu. Hendaklah kamu bersatu, sehati dan sejiwa.

Anak-anak adalah anugerah TUHAN;

mereka adalah berkat-Nya.

Anak-anak lelaki yang diperoleh seorang bapa pada waktu mudanya,

adalah seperti anak panah di tangan seorang askar.

Berbahagialah orang yang mempunyai banyak anak panah yang sedemikian.

Dia tidak sekali-kali akan dikalahkan

ketika menghadapi musuh di tempat pengadilan.

Tetapi TUHAN tetap mengasihi orang yang menghormati Dia,

dan kebaikan-Nya berlangsung selama-lamanya,

bagi mereka yang setia kepada perjanjian-Nya,

dan mentaati perintah-Nya.

Tetapi TUHAN tetap mengasihi orang yang menghormati Dia,

dan kebaikan-Nya berlangsung selama-lamanya,

bagi mereka yang setia kepada perjanjian-Nya,

dan mentaati perintah-Nya.

Persaudaraan Umat Allah

Lagu ziarah oleh Daud.

Alangkah baiknya dan indahnya

apabila umat Allah hidup dengan rukun!

Unidade familiar

A coroa dos velhos são os filhos dos filhos. O casamento, os filhos e a comunhão familiar são bênçãos de Deus.

Orang tua bangga akan cucu seperti anak bangga akan ibu bapa.

Orang tua bangga akan cucu seperti anak bangga akan ibu bapa.

Sahabat sentiasa saling mengasihi, dan sanak keluarga saling menanggung kesusahan.

Ada sahabat yang tidak setia, ada pula yang lebih karib daripada saudara kandung.

Jangan lupa akan sahabatmu atau sahabat bapamu. Ketika kamu dalam kesusahan, jangan pergi ke rumah saudaramu; jiran yang dekat dapat lebih menolong kamu daripada saudara yang jauh.

- 13 -

Hai anakku, aku gembira jika kamu bijak.

Seorang bapa akan gembira kalau anaknya berbudi pekerti. Dia berbangga kerana anaknya bijak.

Kata-Kata Hikmat Raja Salomo

Inilah kata-kata hikmat Raja Salomo:

Anak yang bijaksana menjadi kebanggaan bapanya; anak yang bodoh menyedihkan ibunya.

Jangan bina rumah sebelum ladang kamu siap. Jangan dirikan rumah tangga sebelum kamu sanggup mencari nafkah.

Orang yang mencari keuntungan dengan cara haram, menghancurkan keluarga mereka. Orang yang tidak makan suap akan berumur panjang.

Orang yang mendatangkan kesusahan kepada keluarganya, tidak akan memiliki apa-apa.

Orang bodoh akan menjadi hamba orang bijak selama-lamanya.

Casamento e família

O homem deixará pai e mãe e se unirá à sua mulher. A família começa no casamento — aliança sagrada diante de Deus.

Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka menjadi satu.

Kemudian Dia memberkati mereka dan berfirman, "Hendaklah kamu mempunyai anak cucu yang banyak, supaya keturunan kamu menduduki seluruh muka bumi dan menguasainya. Hendaklah kamu menguasai semua ikan, burung, dan binatang liar.

Nikmatilah hidup dengan isteri yang kamu kasihi, selama hidupmu yang sia-sia, yang diberikan Allah kepadamu di dunia ini. Nikmatilah setiap hari meskipun sia-sia sahaja kerana hanya itu yang kamu dapat untuk jerih payahmu.

Tetapi pada mula-mulanya, pada waktu Allah menciptakan manusia, ada dikatakan bahawa ‘Allah menjadikan mereka lelaki dan perempuan. Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya lalu bersatu dengan isterinya,dan kedua-duanya menjadi satu.’ Dengan demikian mereka bukan lagi dua orang tetapi satu. Oleh itu mereka yang telah disatukan oleh Allah, tidak boleh dipisahkan oleh manusia!"

Walaupun kamu jahat, kamu tahu memberikan apa yang baik kepada anak-anak kamu, lebih-lebih lagi Bapa yang di syurga! Dia akan memberikan Roh-Nya kepada mereka yang meminta daripada Bapa!"

Oleh itu TUHAN menjawab,

"Dapatkah seorang ibu melupakan bayinya,

atau tidak mengasihi anak kandungnya?

Sekalipun ibu melupakan anak,

Aku tidak akan melupakan kamu.

Hai Yerusalem, Aku tidak akan melupakan kamu!

Aku telah menuliskan nama kamu pada tapak tangan-Ku.

Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Kita sekarang anak-anak Allah, tetapi keadaan kita kelak belum jelas. Tetapi kita tahu bahawa apabila Kristus datang, kita akan menjadi seperti Dia, kerana kita akan melihat Dia dalam keadaan-Nya yang sebenarnya. Setiap orang yang mempunyai harapan ini kepada Kristus, menjaga dirinya supaya suci, sebagaimana Kristus pun suci.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.