Pular para o conteúdo
Publicidade

Filhos

Por Bíblia Online

Os filhos são herança do Senhor — bênção e responsabilidade sagrada. A Bíblia orienta sobre a criação dos filhos com amor, disciplina e instrução nos caminhos de Deus.

Herança do Senhor

Os filhos são herança do Senhor e o fruto do ventre é seu galardão. Bem-aventurado o homem que enche deles a sua aljava.

Anak-anak adalah anugerah TUHAN;

mereka adalah berkat-Nya.

Anak-anak lelaki yang diperoleh seorang bapa pada waktu mudanya,

adalah seperti anak panah di tangan seorang askar.

Berbahagialah orang yang mempunyai banyak anak panah yang sedemikian.

Dia tidak sekali-kali akan dikalahkan

ketika menghadapi musuh di tempat pengadilan.

Berkat kerana Taat kepada TUHAN

Lagu ziarah.

Berbahagialah orang yang taat kepada TUHAN,

yang hidup menurut perintah-Nya.

Hasil jerih payahmu akan mencukupi keperluanmu;

engkau akan berbahagia dan makmur.

Isterimu akan menjadi seperti pokok anggur yang subur di dalam rumahmu,

dan anak-anakmu umpama pokok zaitun yang muda di sekeliling mejamu.

Orang yang taat kepada TUHAN

pasti akan diberkati sedemikian.

Berkat kerana Taat kepada TUHAN

Lagu ziarah.

Berbahagialah orang yang taat kepada TUHAN,

yang hidup menurut perintah-Nya.

Hasil jerih payahmu akan mencukupi keperluanmu;

engkau akan berbahagia dan makmur.

Isterimu akan menjadi seperti pokok anggur yang subur di dalam rumahmu,

dan anak-anakmu umpama pokok zaitun yang muda di sekeliling mejamu.

Semoga anak-anak lelaki kita yang masih muda

menjadi seperti tumbuh-tumbuhan yang membesar.

Semoga anak-anak perempuan kita menjadi seperti tiang cantik

yang menyangga sudut-sudut istana.

Anak-anak orang yang baik akan berkuasa di negeri ini;

keturunannya akan diberkati.

Kemudian Dia memberkati mereka dan berfirman, "Hendaklah kamu mempunyai anak cucu yang banyak, supaya keturunan kamu menduduki seluruh muka bumi dan menguasainya. Hendaklah kamu menguasai semua ikan, burung, dan binatang liar.

Diberkatilah kamu sehingga anak kamu banyak, hasil tanaman kamu berlimpah-limpah, dan lembu serta domba kamu banyak.

Tiada bangsa mana pun di dunia ini yang akan diberkati dengan berlimpah-limpah seperti kamu. Tiada seorang pun di kalangan kamu akan mandul, dan semua ternakan kamu akan membiak.

Instruir e disciplinar

Instrui a criança no caminho em que deve andar, e quando envelhecer não se desviará dele. Disciplina é amor em ação.

Ajarilah anak cara hidup yang betul, maka sampai tua pun dia akan hidup demikian.

Kanak-kanak biasa membuat perkara yang bukan-bukan, tetapi rotan dapat mengajar mereka mengubah kelakuan.

Orang yang tidak memukul anaknya, tidak mengasihi anak itu. Orang yang mengasihi anaknya akan mendisiplinkan anak itu.

Tegur ajar dan disiplin baik untuk anak-anak. Anak yang dibiarkan menurut sesuka hatinya akan memalukan ibunya.

- 12 -

Jangan ragu-ragu mendisiplinkan anak. Mereka tidak akan mati walaupun kena rotan.

Manfaat Memiliki Hikmat

Hai anak-anak, dengarlah ajaran bapa kamu. Dengarlah baik-baik, supaya kamu menjadi arif.

Kata-Kata Hikmat Raja Salomo

Inilah kata-kata hikmat Raja Salomo:

Anak yang bijaksana menjadi kebanggaan bapanya; anak yang bodoh menyedihkan ibunya.

Jangan sekali-kali lupa akan hukum yang aku berikan kepada kamu hari ini. Ajarkanlah hukum itu kepada anak-anak kamu. Percakapkanlah hukum itu semasa kamu di rumah ataupun berpergian, semasa kamu berehat ataupun bekerja.

O amor de Deus por crianças

Deixai vir a mim as crianças. Jesus acolheu, abençoou e honrou as crianças como modelo de fé e humildade.

Ketika Yesus nampak hal ini, Dia marah lalu berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Biarlah kanak-kanak itu datang kepada-Ku! Jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah yang menikmati Pemerintahan Allah.

Walaupun kamu jahat, kamu tahu memberikan apa yang baik kepada anak-anak kamu. Lebih-lebih lagi Bapa kamu yang di syurga; Dia akan memberikan apa yang baik kepada mereka yang meminta daripada Dia!

Yesus bertambah besar dan bijaksana, dan Dia menyenangkan hati Allah mahupun manusia.

Seperti seorang bapa mengasihani anak-anaknya,

begitulah TUHAN mengasihani orang yang menghormati-Nya.

Anak-Anak Allah

Ketahuilah bahawa Allah Bapa sangat mengasihi kita! Dia amat mengasihi kita, sehingga kita diakui sebagai anak-anak Allah dan memang kita anak-anak Allah. Itulah sebabnya dunia ini tidak mengenal kita, kerana dunia ini tidak mengenal Allah.

Bênção e promessa

O Senhor te abençoe e te guarde. Os filhos dos justos serão abençoados e suas gerações caminharão na retidão.

Semoga TUHAN memberkati dan memelihara kamu.

Semoga TUHAN baik hati dan murah hati terhadap kamu.

Semoga TUHAN berkenan kepada kamu dan memberi kamu kesejahteraan.

Semoga TUHAN mengurniai engkau embun dari langit dan menjadikan ladang-ladangmu subur. Semoga Dia mengurniai engkau gandum dan wain yang berlimpah-limpah. Semoga bangsa-bangsa menjadi hambamu dan suku-suku takluk kepadamu. Semoga engkau menguasai semua saudara maramu, dan semoga keturunan ibumu sujud di hadapanmu. Terkutuklah semua orang yang mengutuk engkau, dan diberkatilah semua orang yang memberkati engkau."

Aku akan mencurahkan air pada tanah yang gersang,

dan mengalirkan anak-anak sungai di tempat yang kering.

Aku akan mencurahkan Roh-Ku pada anak-anak kamu,

Aku akan memberkati keturunan kamu.

Mereka akan tumbuh subur seperti rumput di tempat yang berair,

seperti pokok gandarusa di tepi sungai yang mengalir.

Aku sendiri akan mengajar pendudukmu,

dan memberi mereka kemakmuran dan kedamaian.

"Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, dan sebelum engkau dilahirkan, aku sudah memilih dan melantik engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa."

Mereka akan menjadi umat-Ku, dan Aku menjadi Allah mereka. Aku akan memberi mereka satu tujuan hidup: untuk menghormati Aku sepanjang masa bagi kebaikan mereka sendiri dan keturunan mereka.

Engkau menciptakan segala bahagian badanku;

Engkau membentuk aku di dalam rahim ibuku.

Aku memuji Engkau kerana Engkau menciptakan aku dengan baik dan luar biasa.

Segala perbuatan-Mu ajaib dan mengagumkan.

Aku benar-benar menyedarinya.

Ketika tulang-tulangku dijadikan,

dan dirangkaikan dengan teliti di dalam rahim ibuku,

ketika aku tumbuh di sana secara rahsia,

Engkau tahu bahawa aku di sana.

Engkau melihat aku semasa aku dalam kandungan ibuku.

Jangka masa hidupku sudah ditetapkan

dan dicatat di dalam kitab-Mu,

bahkan sebelum satu hari pun bermula.

Engkaulah, ya TUHAN, yang mengeluarkan aku dari kandungan ibuku,

dan ketika aku masih bayi, Engkaulah yang memelihara aku.

Kini aku sudah tua dan sudah hidup lama,

tetapi aku tidak pernah melihat orang baik ditinggalkan TUHAN,

ataupun anak mereka meminta-minta makanan.

Mereka sentiasa memberi dan meminjamkan dengan murah hati,

dan anak-anak mereka menjadi berkat bagi mereka.

Kita tidak akan merahsiakannya daripada anak-anak kita,

kita akan memberitahu keturunan yang akan datang

tentang kuasa TUHAN dan tindakan-Nya yang hebat,

serta perbuatan ajaib yang telah dilakukan-Nya.

Orang tua bangga akan cucu seperti anak bangga akan ibu bapa.

Berbahagialah anak-anak yang mempunyai bapa yang jujur dan adil.

Criação e obediência

Pais, criai vossos filhos na disciplina e instrução do Senhor. Filhos, obedecei a vossos pais — isto é justo e agradável a Deus.

Anak-Anak dan Ibu Bapa

Hai anak-anak, sebagai pengikut Kristus, kamu harus taat kepada ibu bapa, kerana hal itulah yang seharusnya kamu lakukan. "Hormatilah ibu bapamu" adalah perintah pertama daripada Allah yang disertai janji: "supaya kamu hidup bahagia dan berumur panjang di bumi."

Hai bapa-bapa, janganlah perlakukan anak-anak kamu sedemikian rupa sehingga mereka menjadi marah. Sebaliknya, didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan.

Anak-anak, sebagai orang Kristian kamu wajib mentaati ibu bapa kamu, kerana hal itulah yang menyenangkan hati Allah.

Hai ibu bapa, janganlah sakiti hati anak-anak supaya mereka tidak menjadi tawar hati.

Hormatilah bapa dan ibu kamu, supaya kamu panjang umur di tanah yang akan Aku berikan kepada kamu.

Hendaklah penderitaan yang kamu tanggung dianggap sebagai hukuman daripada seorang bapa. Penderitaan kamu membuktikan bahawa Allah memperlakukan kamu sebagai anak-anak-Nya. Pernahkah seorang anak tidak dihukum oleh bapanya? Jika kamu tidak dihukum seperti semua anak-Nya yang lain, hal ini bererti kamu bukan anak sah, tetapi anak haram.

Tetapi jika seorang balu mempunyai anak cucu, mereka inilah yang harus terlebih dahulu menjalankan kewajipan agama terhadap kaum keluarga sendiri. Dengan cara itu mereka membalas budi ibu bapa, nenek, dan datuk. Perbuatan ini menyenangkan hati Allah.

Apabila seorang perempuan hendak melahirkan anak, hatinya susah kerana masa penderitaannya sudah tiba. Tetapi ketika anak itu lahir, dia lupa akan penderitaannya. Dia bersukacita, kerana seorang anak sudah dilahirkan ke dunia.

Kemudian TUHAN berfirman kepada kita semua, ‘Anak-anak kamu yang masih terlalu muda untuk membezakan yang benar daripada yang salah, akan pergi ke tanah itu, iaitu anak-anak yang kamu katakan akan ditangkap oleh musuh. Aku akan memberikan tanah itu kepada mereka, dan mereka akan mendudukinya.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.