Guardar o coração
Guardar o coração é o mandamento mais urgente de Provérbios. Sobre tudo o que se deve guardar, guarda o teu coração, porque dele procedem as fontes da vida.
Sobre tudo, guarda o coração
O coração é a nascente de tudo — pensamentos, desejos, decisões. Guardá-lo é proteger toda a vida espiritual e emocional.
Berhati-hatilah tentang apa yang kamu fikirkan, kerana pemikiranmu menentukan hidupmu.
- 17 -
Hai anakku, perhatikanlah baik-baik dan contohilah hidupku.
Nasihat kepada Orang Muda
Hai anakku, jangan lupa akan ajaranku. Ingatlah selalu akan perintahku, supaya panjang umurmu dan makmur hidupmu.
Orang baik mengeluarkan perkara-perkara baik kerana hati mereka berlimpah-limpah dengan kebaikan. Tetapi orang jahat mengeluarkan perkara-perkara jahat, kerana hati mereka penuh kejahatan. Orang mengucapkan perkara yang terkandung di dalam hati."
Coração puro e renovado
Cria em mim um coração puro, ó Deus. Os puros de coração verão a Deus — e o Espírito renova nosso interior.
Biarlah aku mendengar suara kesukaan dan kegembiraan,
agar aku yang Engkau hancurkan dan remukkan,
akan menjadi gembira semula.
Berbahagialah orang yang murni hati,
mereka akan mengenal Allah!
Selidikilah aku, ya Allah, dan selamilah hatiku;
ujilah aku dan ketahuilah fikiranku.
Periksalah hatiku sama ada terdapat kejahatan dalam diriku,
dan pimpinlah aku ke jalan yang abadi.
Periksalah aku, ya TUHAN, dan ujilah aku,
selidiklah keinginanku dan fikiranku.
Kasih-Mu membimbing aku;
kesetiaan-Mu sentiasa memimpin aku.
Engkau mengenal hatiku.
Apabila Engkau datang kepadaku pada waktu malam,
dan memeriksa aku dengan teliti,
tidak akan Kaudapati niat yang jahat pada diriku.
Aku tidak mengatakan yang jahat, seperti orang lain;
aku mentaati perintah-Mu dan tidak melakukan keganasan.
Aku selalu hidup menurut petunjuk-Mu
dan tidak pernah menyeleweng.
Musuhku memasang jaring untuk menangkap aku,
aku diliputi perasaan putus asa.
Mereka menggali lubang di jalanku,
tetapi mereka sendiri terjatuh ke dalamnya.
Guardar com a Palavra
Não vos conformeis com este mundo. A Palavra de Deus guardada no coração nos protege do pecado e nos direciona.
Janganlah ikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir, sehingga kamu dapat mengetahui kehendak Allah - iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya, serta yang sempurna.
Pastikanlah supaya Kitab Taurat sentiasa dibacakan kepada umat-Ku semasa kamu beribadat. Kajilah kitab itu siang dan malam; pastikanlah supaya engkau mentaati segala yang tertulis di dalamnya. Dengan demikian engkau akan makmur dan berjaya.
Dengan sepenuh hati aku berusaha untuk mentaati Engkau;
jangan biarkan aku menyimpang daripada perintah-Mu.
Aku menyimpan hukum-Mu dalam hatiku,
supaya aku tidak berdosa terhadap-Mu.
Kasihilah TUHAN, Allah kamu dengan segenap hati: Tunjukkanlah kasih itu dalam cara hidup dan perbuatan kamu.Jangan sekali-kali lupa akan hukum yang aku berikan kepada kamu hari ini.
dia berkata, "Kamu mesti patuh kepada semua perintah yang aku berikan kepada kamu hari ini. Beritahukanlah semuanya kepada anak-anak kamu, supaya mereka taat dengan setia kepada segala ajaran Allah.
Vigilância e paz
A paz de Deus guarda nossos corações em Cristo Jesus. Chegai-vos a Deus, purificai os corações — e Ele estará convosco.
Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur. Kesejahteraan daripada Allah yang tidak mungkin difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu, kerana kamu sudah bersatu dengan Kristus Yesus.
Hampirilah Allah, dan Allah pun akan menghampiri kamu. Basuhlah tangan kamu, hai kamu yang berdosa! Sucikanlah hati kamu, hai kamu yang munafik!
Kamu juga mesti bersabar. Teguhkanlah hati kamu, kerana hari kedatangan Tuhan sudah dekat.
Kamu sudah dihidupkan semula bersama-sama Kristus. Oleh itu kamu harus mengingini perkara-perkara yang di syurga, di tempat Kristus duduk di atas takhta di sebelah kanan Allah.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.