Pular para o conteúdo
Publicidade

Honestidade

Por Bíblia Online

A honestidade é virtude cristã fundamental. Deus é Deus de verdade e nos chama a viver com integridade, transparência e retidão em todos os nossos relacionamentos e negócios.

Integridade diante de Deus

O Senhor abomina a balança falsa, mas o peso justo é seu prazer. A integridade dos justos os guia pelos caminhos retos.

TUHAN membenci orang yang menipu dengan timbangan. Dia berkenan kepada orang yang menggunakan timbangan yang tepat.

Orang baik dipimpin oleh kejujuran. Orang yang tidak dapat dipercayai dibinasakan oleh kecurangan.

Orang baik dipimpin oleh kejujuran. Orang yang tidak dapat dipercayai dibinasakan oleh kecurangan.

Jika kamu mendengar nasihatku, kamu akan tahu apa yang benar, adil, dan tidak berat sebelah. Kamu akan tahu apa yang harus kamu buat.

Perbuatan yang baik dan adil lebih menyenangkan hati TUHAN daripada korban yang dipersembahkan.

Pandanglah ke hadapan dengan keyakinan yang sungguh-sungguh, dan jangan tundukkan kepalamu kerana malu.

Kami tidak menggunakan cara gelap yang memalukan; kami tidak berusaha untuk menipu orang ataupun memutarbalikkan firman Allah. Allah saksi kami bahawa kami mengisytiharkan ajaran benar daripada Berita Baik secara terang-terang. Dengan perbuatan itu, kami berharap semua orang akan menilai kami dengan baik dalam hati mereka.

Kami bertujuan melakukan apa yang benar bukan sahaja di sisi Tuhan, tetapi juga di hadapan manusia.

Praticar a honestidade

Falai a verdade, pagai o que deveis, não negueis ao próximo o bem. A honestidade prática é testemunho do evangelho.

Janganlah saling mendustai, kerana kamu sudah membuang hidup yang lama dengan semua sifatnya.

Bayarlah apa yang harus kamu bayar kepada pemerintah. Bayarlah cukai pendapatan, jika kamu harus membayarnya. Bayarlah cukai tanah, jika kamu harus membayarnya. Hormatilah mereka yang harus dihormati, dan hargailah mereka yang harus dihargai.

Itulah sebabnya pula kamu membayar cukai, kerana pemerintah berkhidmat kepada Allah apabila menjalankan tugas.

Jika seseorang berbuat jahat terhadap kamu, janganlah balas dia dengan kejahatan. Berusahalah untuk melakukan apa yang dianggap baik oleh semua orang.

Seboleh-bolehnya, buatlah kebajikan kepada orang yang memerlukannya.

Lebih baik berpendapatan kecil asalkan halal, daripada berpendapatan besar tetapi haram.

Kekayaan yang diperoleh dengan curang tidak membawa kebaikan, tetapi kejujuran menyelamatkan nyawa.

Confissão e transparência

Confessai as vossas ofensas uns aos outros. Quem confessa e deixa o pecado encontra misericórdia e restauração.

Sesiapa menyembunyikan dosanya tidak akan berjaya dalam hidupnya. Sesiapa mengakui dan meninggalkan dosanya, akan dikasihani Allah.

Oleh itu, hendaklah kamu saling mengakui kesalahan dan berdoa bagi satu sama lain, supaya kamu disembuhkan. Doa orang yang melakukan kehendak Allah mempunyai kuasa yang besar.

Saudara-saudaraku, hal ini penting sekali: janganlah bersumpah apabila membuat janji. Janganlah bersumpah demi langit atau bumi, ataupun apa sahaja. Katakanlah "Ya" apabila maksudmu ya, dan "Tidak" apabila maksudmu tidak. Dengan demikian kamu tidak akan dihukum oleh Allah.

Tetapi orang yang mempunyai kebijaksanaan yang datang dari syurga, pertama sekali murni, suka akan kedamaian, lemah lembut, dan ramah tamah. Mereka berbelas kasihan dan mengamalkan segala macam perbuatan baik. Mereka tidak berat sebelah ataupun munafik.

Jika kita berkata bahawa kita hidup bersatu dengan Dia, padahal kita hidup dalam kegelapan, maka kita berdusta baik dengan kata-kata mahupun dengan perbuatan.

Anak-anakku! Janganlah kita mengasihi hanya dengan kata-kata belaka. Kita harus saling mengasihi dengan kasih yang sejati, yang dibuktikan dengan perbuatan.

Coração puro

Bem-aventurados os puros de coração, porque verão a Deus. A honestidade começa no interior e se manifesta nas ações.

Berbahagialah orang yang murni hati,

mereka akan mengenal Allah!

Nantikanlah TUHAN dengan hati yang tenang,

tunggulah dengan sabar sampai Dia bertindak.

Jangan geram kerana orang yang hidup makmur,

atau kerana orang yang melakukan tipu muslihat.

Berbahagialah orang yang murah hati dan suka memberi pinjaman,

serta jujur dalam segala urusan.

Berusahalah sebaik-baiknya untuk mendapat pujian daripada Allah, seperti seorang pekerja yang tidak malu dengan pekerjaannya. Hendaklah engkau mengajar ajaran benar daripada Allah dengan betul.

Pelita di bawah Pasu

"Tiada seorang pun memasang pelita lalu menaruhnya di bawah pasu, ataupun meletakkannya di bawah katil. Dia akan meletakkan pelita itu di atas kaki pelita, supaya orang yang masuk ke dalam rumah dapat melihat cahayanya.

Orang jahat dijerat oleh kata-kata mereka sendiri, tetapi orang baik menyelamatkan diri daripada kesukaran.

Bercakap benar menegakkan keadilan, sedangkan membohong mengakibatkan ketidakadilan.

Orang jahat mengumpat; mereka menimbulkan pertengkaran dan menceraikan sahabat akrab.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.