Incentivo
A Bíblia é fonte inesgotável de incentivo. Em cada página, Deus nos encoraja a não temer, a perseverar e a confiar que Ele está conosco e é maior que qualquer adversidade.
Deus é por nós
Se Deus é por nós, quem será contra nós? O Senhor fortalece, sustenta e guia seus filhos em cada batalha e desafio.
Kasih Allah melalui Yesus Kristus
Oleh itu, apakah yang boleh kita katakan sekarang tentang semua itu? Jika Allah berpihak kepada kita, siapakah dapat melawan kita?
Jangan takut kerana Aku menyertai kamu.
Jangan cemas kerana Akulah Allah kamu.
Aku akan menguatkan dan menolong kamu;
Aku akan melindungi dan menyelamatkan kamu.
Tetapi orang yang berharap kepada TUHAN
akan mendapat kekuatan baru.
Mereka seperti burung rajawali,
yang terbang tinggi dengan kekuatan sayapnya.
Mereka akan berlari dan tidak lelah;
mereka akan berjalan dan tidak menjadi lemah.
Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan.
Kamu harus yakin dan berani. Jangan takut akan bangsa-bangsa itu. TUHAN, Allah kamu akan menyertai kamu. Dia tidak sekali-kali akan mengecewakan kamu ataupun meninggalkan kamu."
Roh yang diberikan oleh Allah kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Allah melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri.
Esperança e perseverança
A tribulação produz perseverança, a perseverança produz caráter, e o caráter produz esperança que não decepciona.
Kita juga membanggakan penderitaan kita, kerana kita tahu bahawa penderitaan menghasilkan ketekunan. Ketekunan menyebabkan kita diperkenankan oleh Allah. Oleh itu kita mempunyai harapan. Harapan itu tidak akan mengecewakan kita, kerana Allah sudah mencurahkan kasih-Nya ke dalam hati kita. Allah melakukan hal itu dengan perantaraan Roh-Nya, yang sudah dikurniakan-Nya kepada kita.
Oleh itu, janganlah putus harapan, kerana besar balasannya jika kamu tetap berharap.
Janganlah takut akan penderitaan yang tidak lama lagi akan kamu alami. Ketahuilah! Iblis akan menguji kamu. Dia akan memasukkan beberapa orang daripada kamu ke dalam penjara. Kamu akan mengalami penderitaan selama sepuluh hari. Hendaklah kamu setia kepada-Ku sampai mati, dan Aku akan mengurniai kamu hidup sejati dan kekal sebagai hadiah kemenangan.
Aku mengatakan semua ini supaya kamu beroleh kesejahteraan kerana bersatu dengan Aku. Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia!"
Hidup dengan Beriman
Itulah sebabnya kami tidak tawar hati. Meskipun tubuh kami ini menjadi reput, tetapi batin kami dibaharui setiap hari. Kesusahan yang kami alami ini hanya untuk sementara dan tidak seberapa banyak, tetapi akan mendatangkan kemuliaan yang luar biasa dan kekal. Kemuliaan itu jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kesusahan itu. Hal itu demikian kerana kami menumpukan perhatian kepada apa yang tidak kelihatan, dan bukan kepada apa yang kelihatan. Apa yang kelihatan hanya tahan sementara, tetapi apa yang tidak kelihatan itu kekal selama-lamanya.
"Apa katamu? Jika guru dapat?" jawab Yesus. "Orang yang percaya kepada Allah dapat melakukan segala sesuatu!"
Deus cuida de nós
Entrega o teu caminho ao Senhor. Lança sobre Ele as tuas ansiedades, porque Ele tem cuidado de nós diariamente.
Serahkanlah hidupmu kepada TUHAN,
berharaplah kepada-Nya dan Dia akan menolong engkau;
TUHAN memimpin orang ke jalan yang harus ditempuhnya
dan melindungi orang yang diperkenankan-Nya.
Jika orang itu jatuh, dia tidak akan cedera,
kerana TUHAN memegang tangannya.
Kata-katanya halus merayu,
tetapi hatinya penuh kebencian;
kata-katanya lemah-lembut,
tetapi menikam hati seperti pedang yang tajam.
Doa Minta Tolong
Lagu ziarah.
Dalam kesusahanku, aku berseru kepada TUHAN,
dan Dia mengabulkan doaku.
Aku berbaring, lalu tidur,
dan sepanjang malam TUHAN melindungi aku.
Futuro e promessas
Eu sei os planos que tenho para vocês — planos de paz e não de mal, para dar-lhes futuro e esperança.
Aku sendiri tahu akan rancangan-Ku untuk kamu. Rancangan itu bukan untuk mencelakakan kamu, tetapi untuk kemakmuran kamu dan untuk memberikan masa depan yang kamu harap-harapkan.
TUHAN, Allah kamu menyertai kamu;
kamu menang kerana kuasa-Nya.
TUHAN gembira dan bersukacita kerana kamu;
Dia memberi kamu hidup baru
kerana Dia mengasihi kamu.
Kamu menyukakan hati-Nya,
maka Dia akan menyanyi dengan gembira,
Yesus memandang mereka lalu berkata, "Hal ini mustahil bagi manusia, tetapi Allah dapat melakukan segala perkara!"
Tetapi seperti yang tertulis di dalam Alkitab,
"Apa yang belum pernah dilihat atau didengar,
atau terlintas dalam fikiran manusia,
itulah yang disediakan oleh Allah untuk orang yang mengasihi Dia."
tetapi Sama tetap bertahan dan bertempur di ladang itu. Dia membunuh dan mengalahkan orang Filistin sehingga dia berjaya mempertahankan ladang itu. Demikianlah TUHAN memperoleh kemenangan yang besar pada hari itu.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.