Jovens
Deus tem planos maravilhosos para os jovens. A Bíblia os convida a consagrar a juventude ao Senhor, crescer em sabedoria e ser exemplo para todos em fé, palavra, conduta e amor.
Ninguém despreze a tua mocidade
Paulo exortou Timóteo: sê exemplo dos fiéis na palavra, no procedimento, no amor, no espírito, na fé e na pureza.
Jangan biarkan sesiapa pun menghina engkau kerana engkau muda. Sebaliknya, hendaklah engkau menjadi teladan bagi semua orang yang percaya kepada Kristus dengan percakapanmu, kelakuanmu, kasihmu untuk orang lain, imanmu kepada Kristus dan cara hidupmu yang suci.
Begitu juga, gesalah orang muda supaya mengawal diri.
Anak-Anak dan Ibu Bapa
Hai anak-anak, sebagai pengikut Kristus, kamu harus taat kepada ibu bapa, kerana hal itulah yang seharusnya kamu lakukan. "Hormatilah ibu bapamu" adalah perintah pertama daripada Allah yang disertai janji: "supaya kamu hidup bahagia dan berumur panjang di bumi."
Anak-Anak dan Ibu Bapa
Hai anak-anak, sebagai pengikut Kristus, kamu harus taat kepada ibu bapa, kerana hal itulah yang seharusnya kamu lakukan. "Hormatilah ibu bapamu" adalah perintah pertama daripada Allah yang disertai janji: "supaya kamu hidup bahagia dan berumur panjang di bumi."
Lembrar do Criador na juventude
Lembra-te do teu Criador nos dias da tua mocidade. A sabedoria ganha cedo produz frutos duradouros na vida inteira.
Oleh itu ingatlah Pencipta kamu semasa kamu masih muda, sebelum masa sengsara tiba dan kamu berkata, "Aku tidak menikmati hidup."
Oleh itu ingatlah Pencipta kamu semasa kamu masih muda, sebelum masa sengsara tiba dan kamu berkata, "Aku tidak menikmati hidup." Pada masa itu mata kamu tidak lagi terang sehingga cahaya matahari, bulan dan bintang menjadi pudar. Kesusahan bagaikan awan mendung akan membayangi kamu. Lengan yang telah melindungi kamu akan gementar; kaki kamu yang kuat akan menjadi lemah. Gigi kamu terlalu sedikit untuk mengunyah makanan dan mata kamu terlalu rabun untuk melihat dengan jelas.
Nasihat bagi Orang Muda
Hai orang muda, nikmatilah masa muda kamu. Bergembiralah ketika kamu masih muda. Lakukanlah kehendak kamu, dan ikutilah keinginan hati kamu. Tetapi ingatlah bahawa Allah akan mengadili segala perbuatan kamu.
Jangan biarkan apa-apa mengkhuatirkan kamu, ataupun menyakitkan kamu. Kamu tidak selamanya muda.
Seorang miskin mungkin menjadi raja; seorang banduan mungkin naik takhta. Tetapi jika pada usia lanjut, raja itu terlalu bodoh sehingga tidak mahu menerima nasihat, maka nasibnya lebih buruk daripada seorang pemuda yang miskin tetapi cerdas.
Força e promessa
Os jovens renovam suas forças quando esperam no Senhor. Deus levanta jovens com visões e sonhos para transformar o mundo.
Orang muda pun menjadi letih dan lesu;
anak muda pun jatuh kerana keletihan.
Tetapi orang yang berharap kepada TUHAN
akan mendapat kekuatan baru.
Mereka seperti burung rajawali,
yang terbang tinggi dengan kekuatan sayapnya.
Mereka akan berlari dan tidak lelah;
mereka akan berjalan dan tidak menjadi lemah.
Hari TUHAN
"Kemudian Aku akan mencurahkan Roh-Ku kepada semua orang:
anak lelaki dan anak perempuan kamu
akan mengisytiharkan perkhabaran-Ku;
orang tua kamu akan bermimpi,
dan orang muda kamu akan nampak penglihatan.
Pada masa itu Aku akan mencurahkan roh-Ku
bahkan kepada hamba-hamba,
baik lelaki mahupun perempuan.
Allah memberi empat orang pemuda itu pengetahuan dan kepakaran dalam kesusasteraan dan falsafah. Tambahan pula, Dia memberi Daniel kebolehan untuk mentafsirkan penglihatan dan mimpi.
Pada akhir tiga tahun masa latihan yang ditentukan oleh raja itu, Aspenas menghadapkan semua pemuda itu kepada Raja Nebukadnezar. Raja menemuramah mereka dan mendapati Daniel, Hananya, Misael, dan Azarya melebihi pemuda-pemuda lain dalam segala bidang. Oleh itu mereka dilantik untuk berkhidmat di istana raja.
Orang muda dikagumi kerana kekuatan, dan orang tua dihormati kerana uban.
Perbuatan seorang anak dapat menunjukkan kelakuannya; kamu akan tahu sama ada dia baik atau jahat.
Guardar o caminho
Como purificará o jovem seu caminho? Guardando-o segundo a tua Palavra. A Escritura na juventude guarda do pecado a vida inteira.
Mentaati Taurat TUHAN
Bagaimanakah seorang pemuda dapat hidup suci?
Dia dapat hidup suci dengan mentaati perintah-Mu.
Aku menyimpan hukum-Mu dalam hatiku,
supaya aku tidak berdosa terhadap-Mu.
Ya TUHAN Raja, aku berharap kepada-Mu;
aku percaya kepada-Mu sejak masa mudaku.
semua pemudi dan pemuda,
orang tua dan orang muda.
Hendaklah mereka semua memuji nama TUHAN!
Dia lebih agung daripada semua yang lain;
Dia lebih berkuasa daripada semua yang di bumi dan di syurga.
Nilai Amsal
Amsal-amsal Raja Salomo raja Israel, iaitu putera Raja Daud.
Amsal yang berikut akan menolong kamu mengenal hikmat dan nasihat yang baik, serta memahami ungkapan yang dalam maknanya. Amsal ini mengajar kamu hidup dengan bijaksana, jujur, adil, dan tidak berat sebelah. Amsal ini dapat mengajar orang yang tidak berpengalaman supaya berfikiran tajam, dan mengajar orang muda menjadi pandai dan bijaksana.
- 15 -
Dengarlah, hai anakku! Jadilah bijaksana dan ikutlah cara hidup yang betul. Jangan bergaul dengan pemabuk atau orang gelojoh, kerana mereka akan jatuh miskin. Jika kamu hanya makan dan tidur, tidak lama lagi kamu akan berpakaian compang-camping.
- 16 -
Dengarkanlah nasihat bapamu, kerana tanpa dia, kamu tidak ada. Ketika ibumu tua, tunjukkanlah penghargaanmu kepadanya.
Coragem e vocação
Deus chamou jovens como Jeremias e Josué para grandes missões. A juventude não é desculpa — é oportunidade de servir poderosamente.
Aku menjawab, "Ya TUHAN Raja, aku tidak pandai bercakap kerana aku masih terlalu muda."
Tetapi TUHAN menjawab, "Jangan berkata bahawa engkau masih terlalu muda. Pergilah kepada orang yang Kusuruh engkau pergi, dan beritahulah mereka segala sesuatu yang Kuperintahkan kepadamu. Jangan takut terhadap mereka kerana Aku akan menyertai engkau untuk melindungimu. Aku, TUHAN telah berfirman!"
Aku sendiri tahu akan rancangan-Ku untuk kamu. Rancangan itu bukan untuk mencelakakan kamu, tetapi untuk kemakmuran kamu dan untuk memberikan masa depan yang kamu harap-harapkan.Barulah kamu akan berseru kepada-Ku. Kamu akan datang untuk berdoa kepada-Ku, dan Aku akan menjawab doa kamu. Kamu akan mencari Aku dan kamu akan menemui Aku, kerana kamu mencari Aku dengan sepenuh hati. Sesungguhnya, kamu akan menemui Aku. Aku akan mengembalikan kamu ke tanah kamu. Aku akan mengumpulkan kamu dari setiap negeri dan dari setiap tempat Aku mencerai-beraikan kamu. Aku akan membawa kamu pulang ke negeri asal kamu. Aku, TUHAN, telah berfirman.’
Hendaklah engkau yakin dan berani, dan pastikanlah supaya engkau mentaati seluruh Taurat yang diberikan oleh hamba-Ku, Musa kepadamu. Jangan lalaikan mana-mana bahagian Taurat itu, supaya engkau berjaya ke mana pun engkau pergi. Pastikanlah supaya Kitab Taurat sentiasa dibacakan kepada umat-Ku semasa kamu beribadat. Kajilah kitab itu siang dan malam; pastikanlah supaya engkau mentaati segala yang tertulis di dalamnya. Dengan demikian engkau akan makmur dan berjaya. Ingatlah perintah-Ku kepadamu supaya engkau yakin dan berani! Jangan takut ataupun tawar hati, kerana Aku, TUHAN, Allahmu, menyertai engkau ke mana sahaja engkau pergi."
Demikian juga kamu, orang muda, hendaklah kamu taat kepada orang yang lebih tua. Hendaklah kamu semua merendahkan diri dan saling melayani, kerana di dalam Alkitab tertulis, "Allah menentang orang yang sombong, tetapi Dia merahmati orang yang rendah hati." Oleh itu, rendahkanlah diri kamu ke bawah tangan Allah yang berkuasa, supaya Dia meninggikan kamu pada masa yang ditetapkan-Nya.
Anak-anakku, aku menulis kepada kamu kerana kamu kenal akan Allah Bapa. Aku menulis kepada kamu, bapa-bapa, kerana kamu kenal akan Dia yang telah ada sejak permulaan. Aku menulis kepada kamu, orang muda, kerana kamu teguh hati. Kamu menyimpan firman Allah di dalam hati, dan kamu sudah mengalahkan Iblis.
Kita harus berkelakuan baik seperti orang yang hidup dalam terang dan bukan dalam kegelapan. Janganlah ikut pesta liar atau mabuk. Janganlah berkelakuan lucah atau tidak senonoh. Janganlah berkelahi ataupun iri hati.
Baiklah kita belajar tabah hati
ketika masih muda.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.