Pular para o conteúdo
Publicidade

Liberdade

Por Bíblia Online

Cristo nos libertou para a liberdade. A Bíblia proclama a libertação do pecado, da condenação e de toda forma de escravidão espiritual. Na verdade de Cristo, somos verdadeiramente livres.

Liberdade em Cristo

Para a liberdade Cristo nos libertou. Se o Filho vos libertar, verdadeiramente sereis livres. Não volteis ao jugo da escravidão.

Pertahankanlah Kebebasan Kamu

Kita sekarang bebas, kerana Kristus telah membebaskan kita! Oleh itu pertahankanlah kebebasan kamu dan jangan biarkan diri kamu diperhamba lagi.

Pertahankanlah Kebebasan Kamu

Kita sekarang bebas, kerana Kristus telah membebaskan kita! Oleh itu pertahankanlah kebebasan kamu dan jangan biarkan diri kamu diperhamba lagi.

Oleh itu, jika Anak membebaskan kamu, kamu benar-benar bebas.

Oleh itu, jika Anak membebaskan kamu, kamu benar-benar bebas.

Orang Bebas dan Hamba

Kemudian Yesus berkata kepada orang Yahudi yang percaya kepada-Nya, "Jika kamu taat kepada ajaran-Ku, kamu benar-benar pengikut-Ku. Kamu akan mengenal Allah. Oleh itu kamu akan dibebaskan."

Livres da condenação

Não há condenação para os que estão em Cristo Jesus. A lei do Espírito nos libertou da lei do pecado e da morte.

Hidup Menurut Kehendak Roh Allah

Sekarang tidak ada lagi hukuman bagi mereka yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus. Hal itu demikian kerana hukum Roh Allah yang menyebabkan kita hidup bersatu dengan Kristus Yesus, sudah membebaskan aku daripada hukum dosa dan kematian.

Hidup Menurut Kehendak Roh Allah

Sekarang tidak ada lagi hukuman bagi mereka yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus. Hal itu demikian kerana hukum Roh Allah yang menyebabkan kita hidup bersatu dengan Kristus Yesus, sudah membebaskan aku daripada hukum dosa dan kematian. Perkara yang gagal dilakukan oleh Taurat kerana tabiat manusia lemah, sudah dilakukan oleh Allah. Allah mengalahkan kuasa dosa yang ada dalam tabiat manusia dengan mengutus Anak-Nya sendiri, yang datang dalam keadaan manusia yang cenderung berbuat dosa, untuk menghapuskan dosa. Allah berbuat demikian supaya kehendak-Nya yang dinyatakan di dalam Taurat dapat kita lakukan dengan sepenuhnya dalam hidup kita yang menurut kehendak Roh Allah, dan bukan menurut kehendak tabiat manusia.

Alam semesta sudah dibiarkan menjadi sia-sia, bukan kerana kehendak sendiri, tetapi kerana Allah menetapkannya demikian. Meskipun demikian ada juga harapan bahawa pada suatu hari alam semesta akan dibebaskan daripada kuasa yang menghancurkannya, lalu menikmati kebebasan dan kemuliaan dengan anak-anak Allah.

Tetapi sekarang kamu sudah dibebaskan daripada dosa, dan menjadi hamba Allah. Faedahnya berupa kehidupan yang diabdikan kepada Allah dan hal ini menghasilkan hidup sejati dan kekal.

Tetapi sekarang kamu sudah dibebaskan daripada dosa, dan menjadi hamba Allah. Faedahnya berupa kehidupan yang diabdikan kepada Allah dan hal ini menghasilkan hidup sejati dan kekal.

Hamba kepada Kehendak Allah

Apakah kesimpulannya sekarang? Bolehkah kita berdosa, kerana kita sekarang hidup di bawah rahmat Allah dan tidak di bawah kuasa Taurat? Tentu tidak!

Berbaik Semula dengan Allah

Tetapi sekarang Allah sudah menunjukkan jalan bagaimana manusia dapat berbaik semula dengan-Nya. Hal itu tidak ada kaitannya dengan hukum, walaupun Taurat dan Kitab Nabi-Nabi menyatakan hal itu. Allah memungkinkan orang berbaik semula dengan Dia, hanya melalui kepercayaan mereka kepada Yesus Kristus. Allah melakukan hal itu untuk semua orang yang percaya kepada Kristus, kerana tidak ada perbezaan antara orang Yahudi dengan orang bukan Yahudi: Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka. Tetapi oleh rahmat Allah yang dikurniakan dengan percuma, hubungan manusia dengan Allah menjadi baik semula, melalui Yesus Kristus yang membebaskan mereka.

O Espírito liberta

Onde está o Espírito do Senhor, aí há liberdade. Olhe onde temos liberdade de acessar o trono da graça com confiança.

Tuhan yang dimaksudkan di sini ialah Roh. Sesiapa mempunyai Roh Tuhan, orang itu bebas.

Tuhan yang dimaksudkan di sini ialah Roh. Sesiapa mempunyai Roh Tuhan, orang itu bebas.

Kerana kita percaya kepada Kristus dan hidup bersatu dengan Dia, kita berani datang ke hadirat Allah dengan penuh keyakinan.

"Roh Tuhan ada pada-Ku.

Dia telah melantik Aku supaya mengkhabarkan

Berita Baik kepada orang miskin.

Dia mengutus Aku supaya mengumumkan

pembebasan kepada orang tawanan,

kesembuhan bagi orang buta;

dan kemerdekaan bagi orang yang tertindas,

Berita Baik tentang Pembebasan

Kuasa TUHAN Raja ada padaku,

Dia telah memilih aku dan mengutus aku

untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin,

untuk memulihkan orang yang hancur hati,

untuk mengumumkan kemerdekaan kepada orang tawanan,

dan pembebasan kepada orang di dalam penjara.

Liberdade responsável

Fomos chamados à liberdade, mas não usemos a liberdade como pretexto para a carne. Tudo é lícito, mas nem tudo convém.

Saudara-saudaraku, kamu sudah dipanggil untuk menjadi orang bebas. Tetapi janganlah jadikan kebebasan itu alasan untuk membiarkan diri dikuasai oleh hawa nafsu. Sebaliknya, kamu harus saling mengasihi dan saling menolong,

Hiduplah sebagai orang bebas, tetapi jangan gunakan kebebasan kamu untuk menutupi kejahatan, melainkan hiduplah sebagai abdi Allah.

Hiduplah sebagai orang bebas, tetapi jangan gunakan kebebasan kamu untuk menutupi kejahatan, melainkan hiduplah sebagai abdi Allah.

Gunakanlah Tubuh Kamu untuk Memuliakan Allah

Mungkin seseorang berkata, "Aku dibenarkan melakukan segala sesuatu." Betul, tetapi tidak semuanya berfaedah bagi kita. Aku pun dapat berkata bahawa aku dibenarkan melakukan segala sesuatu, tetapi aku tidak akan membiarkan sesuatu pun memperhamba diriku.

Berita Baik itu hukum Allah yang sempurna dan dapat membebaskan manusia. Seseorang yang mendalami hukum itu dan melakukannya, akan diberkati Allah dalam segala perkara yang dilakukannya, kerana dia tidak hanya mendengar lalu melupakannya.

A liberdade que permanece

Conhecer a verdade é o caminho da liberdade duradoura. Cristo nos resgatou e nos fez livres para viver em plenitude.

Maka aku akan hidup dengan bebas,

kerana aku berusaha untuk mematuhi ajaran-Mu.

Maka aku akan hidup dengan bebas,

kerana aku berusaha untuk mematuhi ajaran-Mu.

TUHAN dekat kepada orang yang tawar hati;

Dia menyelamatkan mereka yang putus asa.

TUHAN mengasihi orang yang membenci kejahatan;

Dia melindungi hidup umat-Nya,

dan menyelamatkan mereka daripada kuasa orang jahat.

Tolonglah kami, ya Allah, penyelamat kami;

demi kehormatan-Mu sendiri,

selamatkanlah kami dan ampunkanlah dosa kami.

Allah yang tinggal di tempat kediaman-Nya yang suci,

memelihara anak yatim dan melindungi balu.

Oleh itu, saudara-saudara, ketahuilah bahawa melalui Yesus berita tentang pengampunan dosa sudah disampaikan kepada saudara semua. Setiap orang yang percaya kepada-Nya dibebaskan daripada segala dosa yang tidak dapat dihapus oleh Taurat Musa.

Dahulu kamu jauh daripada Allah, dan memusuhi Dia, kerana perbuatan dan fikiran kamu jahat.

Yesus Pokok Anggur yang Sejati

Yesus berkata lagi, "Aku pokok anggur yang sejati, dan Bapa-Ku peladang anggur. Setiap carang-Ku yang tidak berbuah dikerat oleh-Nya, dan setiap carang yang berbuah dipangkas oleh-Nya supaya bersih dan berbuah lebih lebat. Kamu sudah dibersihkan oleh ajaran yang Aku ajarkan kepada kamu. Tetaplah bersatu dengan Aku dan Aku pun akan tetap bersatu dengan kamu. Carang sendiri tidak dapat berbuah, kecuali tetap pada pokoknya. Demikian juga kamu; kamu hanya dapat berbuah, jika kamu tetap bersatu dengan Aku.

Akulah pokok anggur dan kamu carang-carangnya. Sesiapa yang tetap bersatu dengan Aku, dan Aku dengan dia, akan berbuah lebat; kerana tanpa Aku, kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Sesiapa yang tidak tetap bersatu dengan Aku, akan dikerat seperti carang lalu menjadi kering. Carang-carang seperti itu akan dikumpulkan lalu dibuang ke dalam api dan dibakar. Jika kamu tetap bersatu dengan Aku, dan ajaran-Ku kamu simpan di dalam hati, mintalah apa sahaja yang kamu kehendaki daripada Bapa, dan permintaan kamu itu akan dipenuhi. Kemuliaan Bapa-Ku dinyatakan apabila kamu berbuah lebat, dan dengan demikian kamu betul-betul pengikut-Ku.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.