Língua
A língua tem poder de vida e de morte. A Bíblia compara a língua ao leme de um navio e à faísca que incendeia uma floresta. Dominar a língua é prova de maturidade espiritual.
O poder da língua
A morte e a vida estão no poder da língua. Quem a domina é varão perfeito, capaz de controlar todo o corpo.
Kata-kata yang diucapkan mempunyai kuasa untuk menyelamatkan ataupun membinasakan. Orang harus merasakan kesan kata-kata mereka.
Kita semua sering membuat kesalahan. Jika seseorang tidak pernah membuat kesalahan dengan kata-katanya, dia orang yang sempurna. Dia dapat menguasai seluruh dirinya.
Kita memasang kekang pada mulut kuda supaya kuda menuruti kehendak kita. Dengan kekang kita dapat mengendalikan kuda. Demikian juga halnya dengan kapal, meskipun besar dan digerakkan oleh angin yang sangat kencang, namun kapal dikendalikan oleh kemudi yang sangat kecil. Kapal bergerak ke arah yang dikehendaki jurumudi. Demikian juga dengan lidah kita, meskipun kecil, tetapi dapat menyombongkan perkara-perkara yang besar.
Bayangkan betapa luasnya hutan yang dapat dibakar oleh api yang sangat kecil! Lidah seperti api. Pada diri kita, lidah seperti dunia yang dikuasai kejahatan, dan menyebarkan kejahatan ke seluruh diri kita. Lidah menghanguskan seluruh hidup kita dengan api yang berasal dari neraka.
Manusia dapat menjinakkan dan memang sudah menjinakkan semua makhluk lain - binatang buas, burung, binatang menjalar, dan ikan. Tetapi tidak seorang pun dapat menjinakkan lidah manusia. Lidah itu jahat dan tidak dapat dikuasai, serta penuh dengan racun yang mematikan.
Kita menggunakan lidah untuk mengucapkan syukur kepada Tuhan dan Bapa kita, tetapi juga untuk mengutuk sesama manusia, yang sudah diciptakan menurut rupa Allah. Ucapan syukur dan kata-kata kutukan keluar dari mulut yang sama. Saudara-saudaraku, perkara ini tidak seharusnya berlaku! Tidak ada mata air yang mengeluarkan air tawar dan air pahit dari sumber yang sama. Saudara-saudaraku, pokok ara tidak dapat menghasilkan buah zaitun, dan pokok anggur tidak dapat menghasilkan buah ara. Mata air yang masin, juga tidak dapat mengeluarkan air tawar.
Palavras sábias
A língua branda quebra até ossos. A palavra certa no tempo certo é como maçãs de ouro em salvas de prata.
Kesabaran yang disertai kata-kata lembut dapat meyakinkan para penguasa dan menghancurkan segala tentangan.
Kata-kata yang pedas melukai hati seperti tikaman pedang, tetapi ucapan yang bijak bagaikan ubat yang menyembuhkan.
Dusta tidak tahan lama, tetapi kebenaran kekal selama-lamanya.
Semakin banyak bercakap, semakin besar kemungkinan berdosa. Orang bijak berhati-hati dengan kata-kata mereka.
Orang bodoh pun mungkin dianggap bijak dan pandai jika mereka berdiam diri dan menutup mulut.
Disciplinar a fala
Quem guarda a boca e a língua guarda a sua alma de angústias. A religião sem controle da língua é vã.
Adakah sesiapa menganggap dirinya beribadat? Jika dia tidak mengendalikan lidahnya, maka ibadatnya sia-sia dan dia menipu dirinya sendiri.
Pengakuan Orang yang Menderita
Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. Untuk Yedutun.
Marilah, hai anak-anak semua dan dengarlah nasihatku,
aku akan mengajar kamu menghormati TUHAN.
Mahukah kamu menikmati hidup?
Mahukah kamu berumur panjang dan berbahagia?
Kata-kata orang yang baik itu bijak,
dan mereka sendiri pun adil.
Mereka menyimpan Taurat Allah dalam hati
dan tidak menyimpang daripadanya.
Maka aku akan memberitakan keadilan-Mu,
dan aku akan memuji Engkau sepanjang hari.
Bahkan sebelum aku bercakap,
Engkau sudah tahu apa yang akan kukatakan.
Ya TUHAN, selamatkanlah aku,
daripada pendusta dan penipu.
Semua manusia saling membohongi,
dan saling menipu dengan kata-kata manis.
Hentikanlah kata-kata manis itu, ya TUHAN,
dan bungkamkan mulut yang bercakap besar,
Aku akan bergegas mencari tempat berlindung
terhadap ribut dan angin kencang.
Toda língua confessará
Ao nome de Jesus todo joelho se dobrará e toda língua confessará que Jesus Cristo é Senhor, para glória de Deus Pai.
Itulah sebabnya Allah meninggikan Dia setinggi-tingginya,
dan mengurniai Dia kedudukan yang lebih tinggi daripada semua kedudukan yang lain.
Oleh itu, untuk menghormati Yesus, semua makhluk di syurga,
dan di bumi, dan di bawah bumi akan sujud menyembah Dia.
Mereka semua akan mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan;
dengan demikian Allah Bapa dimuliakan.
Kasih
Meskipun aku dapat bercakap dalam pelbagai bahasa manusia, bahkan dalam bahasa malaikat sekalipun, tetapi jika aku tidak mengasihi orang lain, maka kata-kataku hanya seperti bunyi bising yang tidak bermakna.
Ketahuilah bahawa pada Hari Kiamat setiap orang harus mempertanggungjawabkan tiap-tiap kata yang tidak seharusnya diucapkan. Kata-kata kamu akan digunakan untuk menentukan sama ada kamu bersalah atau tidak."
Kemudian TUHAN turun untuk melihat kota dan menara yang dibina oleh manusia. Dia berfirman, "Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan hal ini baru permulaan rancangan mereka. Tidak lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa sahaja yang dikehendaki mereka. Marilah Kita turun dan kacau bahasa mereka supaya mereka tidak memahami satu sama lain." Demikianlah TUHAN mencerai-beraikan mereka ke seluruh bumi. Maka mereka berhenti membina kota itu. Kota itu dinamakan Babel kerana di situlah TUHAN mengacau bahasa manusia, dan dari situlah TUHAN mencerai-beraikan manusia ke seluruh bumi.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.