Pular para o conteúdo
Publicidade

Livro da vida

Por Bíblia Online

O Livro da Vida é o registro celestial dos nomes daqueles que pertencem a Deus. Estar escrito no Livro da Vida é a garantia da salvação eterna e da entrada na Nova Jerusalém.

Registrados no céu

Alegrai-vos por terem vossos nomes escritos nos céus. O Livro da Vida pertence ao Cordeiro de Deus desde a fundação do mundo.

Tetapi janganlah bersukacita kerana roh-roh jahat taat kepada kamu, sebaliknya bersukacitalah kerana nama kamu tercatat di syurga."

Rakanku yang setia, aku ingin kamu menolong kedua-dua orang wanita itu. Mereka sudah bekerja keras bersama-sama aku untuk mengkhabarkan Berita Baik, sama seperti Klemen dan semua orang lain yang bekerja bersama dengan aku. Nama mereka tertulis di dalam kitab Allah yang mengandungi nama orang yang memiliki hidup sejati.

Semua orang yang hidup di bumi akan menyembah binatang itu, kecuali orang yang nama mereka terdaftar di dalam Kitab Orang Hidup. Nama-nama itu ditulis sebelum dunia ini diciptakan, dan kitab itu dimiliki oleh Anak Domba yang sudah disembelih.

Binatang itu dahulu pernah hidup, tetapi sekarang tidak hidup lagi. Tidak lama lagi binatang itu akan keluar dari jurang maut dan akan menuju kepada kebinasaan. Penduduk bumi yang nama mereka tidak terdaftar di dalam Kitab Orang Hidup sebelum dunia diciptakan, akan hairan apabila mereka melihat binatang itu. Binatang itu dahulu pernah hidup; sekarang binatang itu tidak hidup lagi, tetapi akan muncul semula.

O juízo final

No dia do julgamento, os livros serão abertos. Quem não for encontrado no Livro da Vida será lançado no lago de fogo.

Hukuman Terakhir

Kemudian aku nampak sebuah takhta besar berwarna putih dan Dia yang duduk di atasnya. Langit dan bumi lari dari hadirat-Nya, sehingga tidak kelihatan lagi. Aku nampak orang yang sudah mati, baik orang besar mahupun orang biasa, semuanya berdiri di hadapan takhta itu. Lalu kitab-kitab pun dibuka dan sebuah kitab lain juga dibuka iaitu Kitab Orang Hidup. Orang yang sudah mati dihakimi menurut perbuatan mereka seperti yang tertulis di dalam kitab-kitab itu. Lalu laut menyerahkan orang mati yang ada di dalamnya. Maut dan alam maut pun menyerahkan orang mati yang di situ. Semua orang mati diadili menurut perbuatan masing-masing. Kemudian maut dan alam maut dibuang ke dalam lautan api. (Lautan api ini kematian tahap kedua.) Sesiapa yang namanya tidak tertulis di dalam Kitab Orang Hidup dibuang ke dalam lautan api.

Tetapi segala sesuatu yang najis tidak akan masuk ke kota itu, demikian juga orang yang melakukan perkara-perkara memalukan, dan orang yang berdusta. Hanya orang yang nama mereka tertulis di dalam Kitab Orang Hidup, yang dimiliki oleh Anak Domba akan masuk ke kota itu.

Akhir Zaman

Malaikat yang memakai pakaian linen itu berkata, "Pada masa itu, malaikat besar, iaitu Mikhael pelindung bangsamu akan muncul. Ketika itu akan ada kesusahan yang paling berat sejak bangsa-bangsa wujud. Pada masa itu, semua orang daripada bangsamu yang namanya tertulis di dalam kitab Allah akan diselamatkan. Banyak orang yang sudah mati akan hidup semula: ada yang akan menikmati kehidupan kekal, ada pula yang akan menderita hinaan kekal.

Mereka yang menang akan dikenakan pakaian putih seperti itu dan Aku tidak akan menghapuskan nama mereka dari Kitab Orang Hidup. Di hadapan Bapa-Ku dan malaikat-malaikat-Nya Aku akan mengaku bahawa mereka milik-Ku.

O registro divino

Deus registra cada vida, cada lágrima e cada momento. Nada passa despercebido diante daquele que tudo vê e tudo guarda.

Engkau melihat aku semasa aku dalam kandungan ibuku.

Jangka masa hidupku sudah ditetapkan

dan dicatat di dalam kitab-Mu,

bahkan sebelum satu hari pun bermula.

Hukumlah mereka, ya Allah kerana kejahatan mereka,

dengan kemurkaan-Mu, binasakanlah mereka!

Biarlah perkhemahan mereka terlantar;

biarlah semua penghuninya binasa.

Mereka menganiaya orang yang telah Engkau hukum;

mereka menambahkan penderitaan orang yang Engkau lukakan.

Catatlah semua dosa mereka;

jangan ampuni mereka.

Kemudian orang yang takut akan TUHAN bercakap sesama sendiri. TUHAN mendengar dan memperhatikan kata-kata mereka itu. Di hadapan TUHAN, nama setiap orang yang menghormati-Nya dan takut akan Dia, ditulis di dalam sebuah kitab.

Ampunkanlah dosa mereka; jika tidak, hapuskanlah namaku dari kitab yang Engkau tuliskan dengan nama-nama umat-Mu."

TUHAN menjawab, "Hanya orang yang telah berdosa terhadap Aku akan Kuhapuskan namanya dari kitab-Ku itu.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.