Pular para o conteúdo
Publicidade

Louvor e adoração

Por Bíblia Online

O louvor e a adoração são o propósito supremo da vida cristã. A Bíblia está repleta de exortações a louvar o Senhor — com cânticos, instrumentos, danças e com todo o nosso ser.

Louvai ao Senhor!

Todo ser que respira louve ao Senhor! O louvor é o sacrifício agradável que oferecemos continuamente a Deus.

Pujilah TUHAN, hai semua makhluk yang hidup!

Pujilah TUHAN!

Pujilah TUHAN!

Pujilah TUHAN!

Pujilah Allah di Rumah-Nya!

Pujilah kekuatan-Nya di angkasa-Nya!

Pujilah Dia kerana perbuatan-Nya yang perkasa!

Pujilah keagungan-Nya!

Pujilah Dia dengan trompet!

Pujilah Dia dengan gambus dan kecapi!

Pujilah Dia dengan tamburin dan tarian!

Pujilah Dia dengan kecapi dan seruling!

Pujilah Dia dengan simbal kecil yang berdenting!

Pujilah Dia dengan simbal besar yang berdentang!

Pujilah TUHAN, hai semua makhluk yang hidup!

Pujilah TUHAN!

Pujilah Dia dengan tamburin dan tarian!

Pujilah Dia dengan kecapi dan seruling!

Pujilah nama-Nya dengan tarian;

pujilah Dia dengan memainkan kecapi dan tamburin.

Lagu Pujian

Pujilah TUHAN!

Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN;

pujilah Dia dalam perhimpunan umat-Nya yang setia!

Pujilah nama-Nya dengan tarian;

pujilah Dia dengan memainkan kecapi dan tamburin.

TUHAN berkenan kepada umat-Nya;

Dia memberikan kemenangan kepada orang yang bergantung kepada-Nya.

Hendaklah umat Allah bersukacita kerana mereka menang,

dan bernyanyi dengan gembira sepanjang malam.

Alam Semesta, Pujilah Allah

Pujilah TUHAN!

Pujilah TUHAN, hai seisi syurga,

hai kamu yang tinggal di tempat tinggi.

Pujilah Dia, hai semua malaikat-Nya,

pujilah Dia, hai seluruh tentera syurga.

Pujilah Dia, hai matahari dan bulan;

pujilah Dia, hai bintang-bintang yang gemerlapan.

Pujilah Dia, hai langit yang tertinggi,

pujilah Dia, hai air yang di atas langit.

Biarlah semuanya memuji nama TUHAN;

semuanya tercipta oleh perintah-Nya.

Dengan perintah-Nya, Dia menentukan tempat semuanya untuk selama-lamanya,

dan semua itu harus selalu mentaati ketetapan-Nya.

Pujilah TUHAN, hai seisi bumi,

hai makhluk raksasa laut dan seluruh samudera raya,

hai kilat dan hujan batu,

salji dan awan,

serta angin ribut yang taat kepada perintah-Nya.

Pujilah Dia, hai bukit dan gunung,

pokok buah dan hutan,

semua binatang yang jinak dan yang liar,

yang besar mahupun yang kecil, dan juga burung.

Pujilah Dia, hai raja-raja dan semua bangsa,

para pemerintah dan penguasa,

semua pemudi dan pemuda,

orang tua dan orang muda.

Hendaklah mereka semua memuji nama TUHAN!

Dia lebih agung daripada semua yang lain;

Dia lebih berkuasa daripada semua yang di bumi dan di syurga.

Oleh itu, marilah kita sentiasa persembahkan puji-pujian sebagai korban kepada Allah melalui Yesus. Kata-kata pujian itu persembahan kita, apabila kita mengaku Dia sebagai Tuhan kita.

Oleh itu, marilah kita sentiasa persembahkan puji-pujian sebagai korban kepada Allah melalui Yesus. Kata-kata pujian itu persembahan kita, apabila kita mengaku Dia sebagai Tuhan kita.

Louvor como estilo de vida

Bendirei ao Senhor em todo tempo; o seu louvor estará sempre nos meus lábios. O louvor não depende de circunstâncias.

Pujian bagi Kebaikan TUHAN

Mazmur Daud, ketika dia berpura-pura tidak waras fikiran di hadapan Abimelekh. Kemudian Daud pergi setelah diusir oleh Abimelekh.

Pujian bagi Kebaikan TUHAN

Mazmur Daud, ketika dia berpura-pura tidak waras fikiran di hadapan Abimelekh. Kemudian Daud pergi setelah diusir oleh Abimelekh.

Pujian bagi Kebaikan TUHAN

Mazmur Daud, ketika dia berpura-pura tidak waras fikiran di hadapan Abimelekh. Kemudian Daud pergi setelah diusir oleh Abimelekh.

Aku akan sentiasa bersyukur kepada TUHAN;

aku tidak akan berhenti memuji Dia.

Aku akan memuji Dia kerana segala perbuatan-Nya;

semoga semua orang yang tertindas mendengar dan bergembira.

Aku akan sentiasa berharap kepada-Mu,

dan semakin memuji-Mu.

Aku bergantung kepada-Mu seumur hidupku;

sejak aku dilahirkan, Engkau melindungi aku.

Aku akan sentiasa memuji Engkau.

Sepanjang hari aku memuji-Mu

dan mengisytiharkan kemuliaan-Mu.

Sepanjang hari aku memuji-Mu

dan mengisytiharkan kemuliaan-Mu.

Aku akan bersorak ketika memainkan kecapi;

aku akan menyanyi dengan segenap jiwaku,

kerana Engkau telah menyelamatkan aku.

Dari timur ke barat,

nama TUHAN harus dipuji.

Hendaklah kamu bersyukur dalam segala keadaan, kerana hal inilah yang dikehendaki oleh Allah daripada kamu sebagai orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus.

Adoração em espírito e verdade

Os verdadeiros adoradores adorarão ao Pai em espírito e em verdade. Deus busca os que o adoram com coração sincero.

Masanya akan tiba, malahan sudah tiba, apabila dengan kuasa Roh Allah orang akan menyembah Bapa sebagai Allah yang benar seperti yang dikehendaki oleh Bapa.

Allah itu Roh, dan hanya dengan kuasa Roh Allah orang dapat menyembah Bapa sebagai Allah yang benar."

Lagu Pujian

Marilah kita memuji TUHAN,

dan bernyanyi dengan gembira kepada Allah, pelindung dan penyelamat kita!

Marilah kita menghadap Dia dengan kesyukuran,

dan dengan gembira menyanyikan lagu pujian.

TUHAN itu Allah yang berkuasa,

raja perkasa yang menguasai semua dewa.

Dia memerintah seluruh bumi,

gua yang terdalam dan juga gunung yang tertinggi.

Dia menguasai laut yang dicipta-Nya,

dan juga darat yang dibentuk-Nya.

Marilah kita bersujud dan menyembah Dia;

marilah kita berlutut di hadapan TUHAN, pencipta kita!

Lagu Pujian

Mazmur kesyukuran.

Bernyanyilah untuk TUHAN, hai penduduk dunia!

Sembahlah TUHAN dengan sukacita;

datanglah ke hadirat-Nya dengan lagu-lagu gembira!

Sembahlah TUHAN dengan sukacita;

datanglah ke hadirat-Nya dengan lagu-lagu gembira!

Masuklah melalui pintu gerbang-Nya dengan ucapan syukur,

pergilah ke halaman Rumah-Nya dengan pujian.

Bersyukurlah kepada-Nya dan pujilah Dia.

Allah, Raja yang Agung

Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN!

Bernyanyilah untuk TUHAN, hai seluruh dunia!

Bernyanyilah untuk TUHAN, dan pujilah Dia!

Setiap hari isytiharkanlah berita baik bahawa Dia telah menyelamatkan kita.

Isytiharkanlah keagungan-Nya kepada bangsa-bangsa,

dan perbuatan-Nya yang mengagumkan kepada segenap manusia.

TUHAN itu agung dan mesti dipuji setinggi-tingginya,

Dia mesti dihormati lebih daripada semua dewa.

Dewa-dewa bangsa lain hanya patung berhala,

tetapi TUHAN pencipta angkasa raya.

Kemuliaan dan keagungan mengelilingi Dia,

tempat kediaman-Nya dipenuhi kuasa dan semarak-Nya.

Hai semua orang di bumi, pujilah TUHAN!

Pujilah keagungan dan keperkasaan-Nya!

Pujilah nama TUHAN yang mulia;

bawalah persembahan dan masuklah ke dalam kediaman-Nya.

Bersujudlah di hadapan TUHAN apabila Dia muncul;

gementarlah di hadapan-Nya, hai seluruh bumi!

A grandeza de Deus

Grande é o Senhor e mui digno de louvor! Sua grandeza é insondável. Os céus declaram sua glória e toda a criação o adora.

TUHAN agung dan harus dipuji setinggi-tingginya,

kebesaran-Nya tidak dapat kita fahami.

Pada siang hari aku berseru kepada-Mu, ya Allah,

tetapi Engkau tidak menyahut;

aku berseru pada waktu malam,

namun tidak juga mendapat ketenteraman.

Aku tidak berdaya,

lepaskanlah aku

dari tanduk kerbau dan dari mulut singa.

Aku akan memberitahu rakyatku tentang perbuatan-Mu;

dalam perhimpunan mereka aku akan memuji-Mu.

Pujilah Dia,

hai hamba-hamba TUHAN!

Hormatilah Dia,

hai keturunan Yakub;

sembahlah Dia,

hai umat Israel!

Pujian untuk Allah Yang Maha Kuasa

Pujilah TUHAN!

Memang baik kita menyanyikan lagu pujian untuk Allah kita;

memang elok dan patut kita memuji Dia.

Pujilah TUHAN kerana Dia baik;

pujilah nama-Nya kerana Dia murah hati.

Allah Penguasa Tertinggi

TUHAN itu raja! Hai bumi, bersukacitalah!

Hai pulau-pulau di laut, bergembiralah!

Bersukacitalah,

hai kamu semua yang tulus,

kerana apa yang telah dilakukan TUHAN.

Ingatlah akan perbuatan Allah yang suci,

dan bersyukurlah kepada-Nya.

Akulah TUHAN, itulah nama-Ku.

Aku tidak akan memberikan kemuliaan-Ku kepada sesiapa,

atau pujian-Ku kepada mana-mana berhala.

Cânticos e instrumentos

Cantai ao Senhor um cântico novo! Louvai com salmos, hinos e cânticos espirituais, fazendo melodia no coração ao Senhor.

Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu. Hendaklah kamu saling mengajar dan menasihati dengan segala kebijaksanaan. Nyanyikanlah mazmur, nyanyian pujian, dan lagu rohani. Bernyanyilah untuk Allah dengan perasaan syukur di dalam hati.

Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu. Hendaklah kamu saling mengajar dan menasihati dengan segala kebijaksanaan. Nyanyikanlah mazmur, nyanyian pujian, dan lagu rohani. Bernyanyilah untuk Allah dengan perasaan syukur di dalam hati.

Gunakanlah kata-kata daripada mazmur, nyanyian puji-pujian, dan lagu rohani dalam percakapan kamu. Nyanyikanlah puji-pujian dan mazmur kepada Tuhan dengan hati yang gembira. Hendaklah kamu sentiasa bersyukur kepada Allah Bapa bagi segala sesuatu, demi nama Yesus Kristus Tuhan kita.

Lagu Pujian

Hai orang salih, bersoraklah dengan gembira

kerana segala yang dilakukan TUHAN;

pujilah Dia, hai semua orang yang taat kepada-Nya!

Bersyukurlah kepada TUHAN dengan kecapi,

bernyanyilah dengan iringan alat muzik bertali.

Nyanyikanlah lagu yang baru untuk TUHAN,

mainkanlah kecapi dengan mahir,

dan nyanyilah dengan suara yang kuat!

sedangkan Raja Daud dan segenap umat Israel menari-nari dengan penuh semangat untuk menghormati Allah. Mereka menyanyi sambil memainkan alat-alat muzik - kecapi, gambus, tamburin, simbal, dan trompet.

Nyanyikanlah lagu pujian kepada TUHAN,

ceritakanlah segala perbuatan-Nya yang menakjubkan.

Dia menarik aku dari lubang yang berbahaya,

dari paya yang berlumpur.

Dia meletakkan aku di atas batu

sehingga langkahku kukuh.

Lagu Pujian

Mazmur. Lagu untuk hari Sabat.

Janji Seorang Raja kepada Allah

Mazmur Daud.

Aku menyanyi tentang kesetiaan dan keadilan,

aku menyanyikan lagu ini untuk-Mu, ya TUHAN.

Janji Seorang Raja kepada Allah

Mazmur Daud.

Aku menyanyi tentang kesetiaan dan keadilan,

aku menyanyikan lagu ini untuk-Mu, ya TUHAN.

Louvor nas lutas

Paulo e Silas louvaram na prisão e houve terremoto. O louvor é arma espiritual que transforma circunstâncias e derrota o inimigo.

Kira-kira tengah malam Paulus dan Silas berdoa dan menyanyikan puji-pujian kepada Allah. Orang tahanan yang lain mendengar mereka.

Kira-kira tengah malam Paulus dan Silas berdoa dan menyanyikan puji-pujian kepada Allah. Orang tahanan yang lain mendengar mereka.

Setelah berunding dengan rakyat, raja memerintah beberapa orang penyanyi supaya memakai pakaian yang biasanya dipakai pada upacara-upacara agama. Para penyanyi itu mesti berjalan di hadapan tentera sambil menyanyi, "Pujilah TUHAN! Kasih-Nya kekal abadi!"

Apabila mereka mula menyanyi, TUHAN menimbulkan kekacauan di tengah-tengah musuh yang hendak menyerang mereka.

Kemudian Ayub berdiri dan mengoyakkan pakaiannya kerana kesedihan. Dia mencukur rambutnya dan bersujud. Dia berkata, "Aku dilahirkan tanpa apa-apa, dan aku akan mati tanpa apa-apa juga. TUHAN yang memberikan dan sekarang TUHAN pula yang mengambil semula. Terpujilah nama-Nya!"

Engkau menghalang aku turun ke alam maut,

dan menyelamatkan aku dari dunia orang mati.

Nyanyikanlah pujian kepada TUHAN,

hai umat-Nya yang setia!

Ingatlah perkara yang telah dilakukan Yang Maha Suci

dan bersyukurlah kepada-Nya!

Dengarlah aku, ya TUHAN, dan kasihanilah aku.

TUHAN tolonglah aku!"

Engkau telah mengubah kedukaanku menjadi tarian gembira;

Engkau telah mengambil kesedihanku dan meliputi aku dengan kegembiraan.

Aku sangat sedih kerana hinaan mereka.

Mereka terus bertanya, "Di manakah Allahmu?"

Pulanglah dan adakanlah jamuan makan. Bahagikanlah makanan dan wain kamu kepada mereka yang kekurangan. Hari ini hari yang khas bagi Tuhan kita. Oleh itu janganlah berdukacita. Kesukaan yang diberikan oleh TUHAN kepada kamu akan menguatkan kamu."

Gratidão e louvor

Em tudo dai graças. O louvor nasce da gratidão por quem Deus é e pelo que Ele faz. Cada bênção é motivo de adoração.

Kasih Allah

Mazmur Daud.

Pujilah TUHAN, hai jiwaku!

Pujilah nama-Nya yang suci, hai segenap batinku!

Kasih Allah

Mazmur Daud.

Pujilah TUHAN, hai jiwaku!

Pujilah nama-Nya yang suci, hai segenap batinku!

Pujilah TUHAN, hai jiwaku,

dan jangan lupa akan kebaikan-Nya.

Kasih Allah

Mazmur Daud.

Pujilah TUHAN, hai jiwaku!

Pujilah nama-Nya yang suci, hai segenap batinku!

Pujilah TUHAN, hai jiwaku,

dan jangan lupa akan kebaikan-Nya.

Dia mengampunkan segala dosaku,

dan menyembuhkan segala penyakitku;

Dia menyelamatkan aku daripada kematian

dan memberkati aku dengan kasih dan rahmat;

Pujilah TUHAN, hai jiwaku,

dan jangan lupa akan kebaikan-Nya.

Mereka mesti bersyukur kepada TUHAN untuk kasih-Nya yang kekal,

untuk perbuatan menakjubkan yang dilakukan-Nya bagi mereka.

Dia memuaskan orang yang dahaga,

dan mengenyangkan orang lapar dengan segala yang baik.

Allah dan Umat-Nya

Bersyukurlah kepada TUHAN, isytiharkanlah keagungan-Nya;

ceritakanlah perbuatan-Nya kepada bangsa-bangsa.

Masanya akan tiba apabila kamu bernyanyi,

"Bersyukurlah kepada TUHAN, dan sembahlah Dia!

Khabarkanlah perbuatan-Nya kepada bangsa-bangsa.

Beritahulah mereka kebesaran-Nya.

Lagu Pujian

TUHAN, Engkaulah Allahku;

aku akan menyanjung Engkau dan memuji nama-Mu.

Engkau telah melakukan hal-hal yang mengagumkan;

Engkau telah merancangkannya sejak dahulu,

dan melaksanakannya dengan setia.

Aku memuji dan menghormati Engkau, ya Allah nenek moyangku.

Engkau telah memberi aku kebijaksanaan dan kekuatan;

Engkau telah mengabulkan doaku,

dan memberi kami jawapan bagi raja."

A majestade do Rei

Ao nome de Jesus todo joelho se dobrará. A adoração culminará na eternidade, onde os redimidos louvarão ao Cordeiro para sempre.

Mereka menyanyi dengan suara yang lantang,

"Anak Domba yang sudah dibunuh itu layak menerima

kekuasaan, kekayaan,

kebijaksanaan, kekuatan,

penghormatan, kemuliaan, dan pujian."

Lalu aku mendengar semua makhluk di syurga, di bumi, di bawah bumi, dan semua makhluk di dalam laut - pendeknya semua makhluk di alam semesta ini - menyanyi,

"Kepada Dia yang duduk di atas takhta, dan kepada Anak Domba itu,

kami persembahkan pujian dan penghormatan,

kemuliaan dan kekuasaan selama-lamanya!"

Malaikat itu berseru, "Hormatilah Allah dan pujilah kebesaran-Nya! Tibalah masanya Allah menghakimi manusia. Sembahlah Dia yang menjadikan langit, bumi, laut, dan semua mata air!"

Perjamuan Kahwin Anak Domba

Lalu terdengar dari takhta itu suara yang berkata, "Pujilah Allah, hai semua hamba-Nya dan semua orang yang takut akan Dia - baik orang besar mahupun orang biasa!"

Perjamuan Kahwin Anak Domba

Lalu terdengar dari takhta itu suara yang berkata, "Pujilah Allah, hai semua hamba-Nya dan semua orang yang takut akan Dia - baik orang besar mahupun orang biasa!"

Di dalam Alkitab tertulis,

"Sesungguhnya," firman Tuhan,

"tiap-tiap orang akan sujud di hadapan-Ku,

dan tiap-tiap orang akan mengaku bahawa Aku Allah."

Akhirnya, saudara-saudaraku, hendaklah kamu menumpukan fikiran hanya kepada perkara-perkara yang baik dan yang patut dipuji, iaitu perkara yang benar, yang mulia, yang adil, yang murni, yang elok dan yang terhormat.

Vida de louvor

O louvor transforma, fortalece a fé e nos conecta com o céu. Quem louva a Deus em toda circunstância experimenta sua presença real.

Berbaktilah kepada TUHAN dengan hormat;

Demikianlah mereka terhukum oleh kejahatan sendiri,

dan tercedera oleh keganasan mereka sendiri.

Doa Kesyukuran kerana Allah Adil

Untuk pemimpin koir. Menurut lagu Mut-Laben. Mazmur Daud.

Doa Kesyukuran kerana Allah Adil

Untuk pemimpin koir. Menurut lagu Mut-Laben. Mazmur Daud.

Aku akan memuji Engkau dengan segenap hatiku, TUHAN,

dan menceritakan segala keajaiban yang telah Engkau lakukan.

Pujilah TUHAN;

Dia telah mendengar permohonanku.

TUHAN melindungi dan membela aku;

aku percaya kepada-Nya.

Dia menolong aku dan menggirangkan hatiku;

aku memuji Dia dengan lagu kesyukuran.

Orang yang mempersembahkan ucapan syukur sebagai korban untuk menghormati Aku,

dan orang yang taat kepada-Ku akan Kuselamatkan."

Ketika aku takut, ya Allah Yang Maha Kuasa,

aku berharap kepada-Mu.

Tetapi aku akan menyanyi tentang kekuatan-Mu;

setiap pagi aku akan bernyanyi dengan nyaring tentang kasih-Mu.

Engkau telah menjadi pernaungan bagiku,

perlindungan pada masa kesusahanku.

Izinkanlah aku melihat Engkau di Rumah-Mu,

serta melihat kuasa dan kemuliaan-Mu.

Kasih-Mu lebih berharga daripada hidup,

oleh itu aku memuji Engkau.

Pujian dan Kesyukuran

Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. Lagu.

Kami patut memuji Engkau di Sion, ya Allah,

dan memenuhi janji kami kepada-Mu,

kerana Engkau mengabulkan doa.

Semua orang akan datang kepada-Mu

Aku berseru minta tolong kepada-Nya;

aku menyanyi dan memuji Dia.

Aku memuji Allah, kerana Dia tidak menolak doaku,

dan tidak berhenti mengasihi aku.

Allah mengusir mereka seperti angin meniup asap;

orang jahat binasa di hadirat Allah seperti lilin mencair di dalam api.

Tetapi umat Allah bergirang dan bersukacita di hadirat-Nya;

mereka bersorak-sorak dengan gembira.

Nyanyilah kepada Allah, pujilah nama-Nya;

sediakanlah jalan bagi Dia yang mengendarai awan.

Namanya TUHAN - bergiranglah di hadirat-Nya!

Tetapi umat Allah bergirang dan bersukacita di hadirat-Nya;

mereka bersorak-sorak dengan gembira.

Dia naik ke tempat yang tinggi,

membawa banyak orang tawanan bersama-sama-Nya,

dan menerima ufti daripada pemberontak.

TUHAN Allah akan tinggal di sana.

Kerajaan-Mu berasaskan hukum dan keadilan;

kasih dan kesetiaan terdapat pada segala perbuatan-Mu.

Allah yang Esa

Bukan kami, ya TUHAN, bukan kami,

tetapi Engkau sahaja yang harus dimuliakan dan dipuji,

kerana Engkau setia dan tetap mengasihi kami.

Pujian bagi TUHAN

Pujilah TUHAN, hai semua bangsa!

Pujilah Dia, hai segenap manusia!

Kasih-Nya kepada kita sungguh besar,

kesetiaan-Nya kekal selama-lamanya!

Pujilah TUHAN!

Ketika aku mempelajari ketetapan-Mu yang adil,

aku akan memuji Engkau dengan hati yang murni.

Engkau menciptakan segala bahagian badanku;

Engkau membentuk aku di dalam rahim ibuku.

Aku memuji Engkau kerana Engkau menciptakan aku dengan baik dan luar biasa.

Segala perbuatan-Mu ajaib dan mengagumkan.

Aku benar-benar menyedarinya.

Raja Bersyukur kepada TUHAN

Mazmur Daud.

Pujilah TUHAN, pelindungku!

Dia melatih aku untuk bertempur,

dan mempersiapkan aku untuk berperang.

Pujian bagi Allah Penyelamat Kita

Pujilah TUHAN!

Pujilah TUHAN, hai jiwaku!

Aku akan memuji Dia seumur hidupku;

aku akan menyanyi untuk Allahku sepanjang hayatku.

Kemenangan kerana Kristus

Tetapi syukur kepada Allah! Kerana kami hidup bersatu dengan Kristus, kami sentiasa dipimpin oleh Allah untuk menyertai perarakan kemenangan Kristus. Allah menggunakan kami agar berita tentang Kristus tersebar seperti bau yang harum semerbak ke merata tempat.

Allah telah membuat keputusan untuk menjadikan kita anak-anak-Nya melalui Yesus Kristus. Itulah keinginan dan kehendak Allah. Marilah kita memuji Allah bagi rahmat-Nya yang mulia, yang dikurniakan-Nya kepada kita melalui Anak yang dikasihi-Nya!

Aku berdoa kepada Allah supaya daripada berkat-Nya yang berlimpah-limpah di syurga, Dia menguatkan batin kamu dengan Roh-Nya.

Tetapi kamu bangsa yang terpilih, imam-imam yang mengabdikan diri kepada Raja, bangsa yang suci, umat Allah sendiri. Allah memilih kamu untuk mengisytiharkan perbuatan-Nya yang luar biasa. Allah sudah memanggil kamu keluar daripada kegelapan supaya masuk ke dalam cahaya-Nya yang gemilang.

Tetapi kamu bangsa yang terpilih, imam-imam yang mengabdikan diri kepada Raja, bangsa yang suci, umat Allah sendiri. Allah memilih kamu untuk mengisytiharkan perbuatan-Nya yang luar biasa. Allah sudah memanggil kamu keluar daripada kegelapan supaya masuk ke dalam cahaya-Nya yang gemilang. Dahulu kamu bukan umat Allah, tetapi sekarang kamu umat Allah. Dahulu kamu tidak mengenal rahmat Allah, tetapi sekarang kamu sudah menerima rahmat-Nya.

Aku berseru kepada TUHAN yang patut dipuji,

dan Dia menyelamatkan aku daripada musuhku.

Oleh itu aku memuji Engkau di kalangan bangsa-bangsa;

aku menyanyikan lagu pujian untuk-Mu.

Pujilah Dia kerana Dia Allah kamu, dan dengan mata sendiri, kamu sudah menyaksikan perkara-perkara besar dan mengagumkan yang dilakukan-Nya untuk kamu.

‘Dengarlah, hai orang Israel! Hari ini kamu akan berperang. Jangan takut akan musuh, jangan hilang semangat, dan jangan cemas.

Ucapan syukur dan kata-kata kutukan keluar dari mulut yang sama. Saudara-saudaraku, perkara ini tidak seharusnya berlaku!

Oleh itu ketahuilah, engkau Petrus, batu yang kuat. Dengan beralaskan batu inilah, Aku akan membina jemaah-Ku. Bahkan maut pun tidak dapat memusnahkannya!

Engkau juga harus turut menderita sebagai askar Kristus Yesus yang setia.

Seorang askar yang sedang bertugas ingin menyenangkan hati komandannya. Dia tidak membabitkan diri dengan urusan orang awam.

Berjuanglah sungguh-sungguh untuk hidup sebagai orang Kristian yang setia, supaya engkau merebut hadiah hidup sejati dan kekal, kerana untuk hidup itulah Allah memanggil engkau apabila engkau mengaku percaya kepada Kristus di hadapan banyak orang.

Anak-anakku, aku menulis kepada kamu kerana kamu kenal akan Allah Bapa. Aku menulis kepada kamu, bapa-bapa, kerana kamu kenal akan Dia yang telah ada sejak permulaan. Aku menulis kepada kamu, orang muda, kerana kamu teguh hati. Kamu menyimpan firman Allah di dalam hati, dan kamu sudah mengalahkan Iblis.

Guru-Guru Palsu

Saudara-saudara yang aku kasihi! Aku telah berusaha sebaik-baiknya untuk menulis surat kepada kamu tentang penyelamatan yang kita alami bersama. Tetapi hatiku tergerak untuk menggalakkan kamu melalui surat ini, supaya kamu terus berjuang untuk iman yang telah diberikan oleh Allah sekali sahaja kepada umat-Nya untuk selama-lamanya.

Tiap-tiap hari mereka berkumpul di Rumah Tuhan, dan mereka makan bersama di rumah mereka dengan sukacita dan rendah hati. Mereka memuji Allah dan mereka dihormati oleh semua orang. Tiap-tiap hari Tuhan menambah bilangan mereka dengan orang yang diselamatkan oleh Allah.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.