Pular para o conteúdo
Publicidade

Maria

Por Bíblia Online

Maria, mãe de Jesus, é honrada nas Escrituras como a mulher escolhida por Deus para trazer ao mundo o Salvador. Sua fé, humildade e obediência são exemplo para todos os cristãos.

A escolhida de Deus

O anjo Gabriel anunciou a Maria que ela seria mãe do Filho do Altíssimo. Ela respondeu com fé: 'Faça-se em mim segundo a tua palavra.'

Kelahiran Yesus Diumumkan

Setelah Elisabet mengandung enam bulan, Allah mengutus malaikat Gabriel ke Nasaret, sebuah kota di negeri Galilea. Gabriel membawa berita untuk seorang gadis bernama Maria. Dia telah bertunang dengan seorang lelaki bernama Yusuf, keturunan Raja Daud. Malaikat itu datang kepada Maria dan berkata, "Salam sejahtera, hai engkau yang sangat diberkati oleh Tuhan! Tuhan menyertai engkau!"

Malaikat itu berkata kepadanya, "Janganlah takut, Maria, kerana Allah berkenan kepada engkau. Engkau akan mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki. Hendaklah engkau menamakan Dia Yesus. Dia akan menjadi agung dan akan disebut Anak Allah Yang Maha Tinggi. Tuhan Allah akan menjadikan Dia raja seperti Daud, nenek moyang-Nya. Dia akan memerintah sebagai raja keturunan Yakub untuk selama-lamanya. Kerajaan-Nya tidak akan berakhir."

Kelahiran Yesus Kristus

Inilah kisah kelahiran Yesus Kristus. Ibu-Nya, Maria, bertunang dengan Yusuf. Tetapi sebelum mereka berkahwin, Maria sudah mengandung kerana kuasa Roh Allah.

O Magnificat

Maria cantou: 'Minha alma engrandece ao Senhor!' Seu cântico exalta a misericórdia, o poder e a fidelidade de Deus.

Ucapan Syukur Maria

Maria berkata,

"Hatiku menyanjung Tuhan;

jiwaku bersukacita kerana Allah, Penyelamatku,

Dia ingat akan daku, hamba-Nya yang hina!

Mulai sekarang semua orang akan mengatakan aku berbahagia,

kerana Allah Maha Kuasa sudah melakukan perkara yang besar untukku.

Sucilah nama-Nya.

Dia merahmati orang yang menghormati-Nya,

keturunan demi keturunan.

Dengan tangan-Nya yang berkuasa

Dia mencerai-beraikan mereka yang sombong,

dan mengacaukan rancangan mereka.

Dia menurunkan raja dari takhta

lalu meninggikan orang hina.

Dia memuaskan orang lapar dengan segala yang baik,

tetapi orang kaya diusir-Nya sehingga pergi dengan berhampa tangan.

Dia menepati janji-Nya kepada nenek moyang kita;

Dia datang untuk menyelamatkan Israel hamba-Nya.

Dia tidak lupa merahmati Abraham

dan keturunannya selama-lamanya!"

Yusuf berangkat dari Nasaret di Galilea, lalu pergi ke Betlehem di Yudea, tempat lahir Raja Daud. Yusuf pergi ke sana kerana dia keturunan Raja Daud. Dia mendaftarkan diri bersama-sama Maria, tunangannya yang sedang mengandung. Ketika mereka di Betlehem, tibalah masanya bagi Maria untuk bersalin. Dia melahirkan seorang anak lelaki, anaknya yang sulung. Anak itu dibedungnya lalu diletakkan di dalam palung, kerana mereka tidak mendapat tempat untuk menumpang.

Tetapi Maria menyimpan semua perkara itu di dalam hati dan merenungkannya.

Simeon memberkati mereka dan berkata kepada Maria, ibu anak itu, "Anak ini sudah dipilih oleh Allah untuk membinasakan dan menyelamatkan banyak orang Israel. Dia akan menjadi tanda daripada Allah, yang akan dilawan oleh banyak orang, dan dengan demikian terdedahlah rahsia fikiran mereka. Seperti pedang yang tajam, kesedihan akan menikam hatimu."

Ibu bapa-Nya pun hairan melihat Dia. Ibu-Nya berkata kepada Dia, "Nak, mengapa berbuat seperti ini terhadap ayah dan emak? Cemas hati ayah dan emak mencari-Mu!"

Yesus menjawab, "Mengapa mencari Aku? Tidakkah Aku harus di rumah Bapa-Ku?" Tetapi mereka tidak memahami jawapan Yesus.

Setelah itu Yesus pulang bersama-sama mereka ke Nasaret dan taat kepada mereka. Ibu-Nya menyimpan semua perkara ini di dalam hati.

Mãe fiel até o fim

Maria acompanhou Jesus desde o nascimento até a cruz. Ela estava entre os discípulos no Pentecostes, fiel em oração.

Apabila wain sudah habis, ibu Yesus berkata kepada Yesus, "Mereka kehabisan wain."

Yesus menjawab, "Puan, janganlah suruh Aku. Saat-Ku belum tiba."

Kemudian ibu Yesus berkata kepada pelayan-pelayan di situ, "Lakukan apa sahaja yang dikatakan-Nya kepada kamu."

Ibu Yesus, saudara perempuan ibunya, Maria isteri Klopas, dan Maria Magdalena berdiri dekat salib itu. Yesus nampak ibu-Nya dan pengikut yang dikasihi-Nya berdiri di situ. Oleh itu Yesus berkata kepada ibu-Nya, "Puan, dia anak puan."

Kemudian Yesus berkata kepada pengikut itu, "Dia ibumu." Sejak itu, ibu Yesus tinggal di rumah pengikut itu.

Ibu dan Saudara-Saudara Yesus

Kemudian ibu dan saudara-saudara Yesus datang dan menunggu di luar. Mereka menyuruh orang memanggil Yesus. Ketika itu orang ramai sedang duduk di sekeliling Yesus dan mereka berkata kepada-Nya, "Guru, lihatlah! Ibu dan saudara-saudara guru ada di luar. Mereka memanggil guru."

Yesus menjawab, "Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?" Dia memandang semua orang yang duduk di sekeliling-Nya lalu berkata, "Lihatlah, inilah ibu dan saudara-saudara-Ku! Sesiapa melakukan kehendak Allah, dialah saudara lelaki, saudara perempuan, dan ibu-Ku."

Bukankah dia anak tukang kayu? Bukankah Maria itu ibunya, dan Yakobus, Yusuf, Simon, serta Yudas itu saudaranya? Bukankah saudara-saudara perempuannya bersama-sama kita? Dari manakah dia memperoleh semuanya ini?"

Dengan sehati mereka sering berkumpul dan berdoa bersama-sama wanita-wanita, termasuk Maria ibu Yesus, dan saudara-saudara Yesus.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.