Pular para o conteúdo
Publicidade

Milagres de Jesus

Por Bíblia Online

Os Evangelhos registram dezenas de milagres realizados por Jesus — curas, ressurreições, domínio sobre a natureza e libertações. Cada milagre revelava sua divindade e compaixão.

Curas de cegos e surdos

Jesus devolveu a visão aos cegos e a audição aos surdos, manifestando seu poder sobre toda enfermidade e deficiência.

Yesus Menyembuhkan Dua Orang Buta

Yesus meninggalkan tempat itu. Ketika Dia sedang berjalan, dua orang buta mula mengikut Dia. Mereka berseru, "Hai Anak Daud, kasihanilah kami."

Apabila Yesus masuk ke dalam rumah, kedua-dua orang buta itu menghampiri Dia. Yesus bertanya kepada mereka, "Percayakah kamu bahawa Aku boleh menyembuhkan kamu?"

"Ya, Tuan!" jawab mereka.

Lalu Yesus menjamah mata mereka sambil berkata, "Kerana kamu percaya, berlakulah apa yang kamu harapkan!" Lalu mereka dapat melihat. Yesus berpesan kepada mereka dengan tegas, "Jangan beritahukan hal ini kepada sesiapa pun."

Tetapi mereka pergi dan menyebarkan berita tentang Yesus ke seluruh daerah itu.

Yesus Menyembuhkan Dua Orang Buta

Ketika Yesus dan pengikut-pengikut-Nya meninggalkan Yerikho, banyak orang mengikut mereka. Dua orang buta yang duduk di pinggir jalan mendengar bahawa Yesus sedang lalu di situ. Mereka mula berseru, "Ya Anak Daud, kasihanilah kami!"

Orang ramai memarahi mereka dan menyuruh mereka diam. Tetapi lebih kuat lagi mereka berseru, "Ya Anak Daud, kasihanilah kami!"

Yesus berhenti dan memanggil mereka. Dia bertanya, "Apakah yang kamu mahu Aku lakukan untuk kamu?"

Mereka menjawab, "Tuan, kami ingin melihat!"

Yesus mengasihani mereka. Dia menyentuh mata mereka, dan dengan segera mereka dapat melihat. Lalu mereka mengikut Yesus.

Yesus Menyembuhkan Seorang Buta di Betsaida

Mereka tiba di Betsaida. Di situ beberapa orang membawa seorang buta kepada Yesus, dan mereka memohon supaya Yesus menyentuh dia agar dia sembuh. Yesus memegang tangan orang buta itu lalu memimpinnya keluar dari pekan itu. Setelah Yesus meludahi mata orang itu, Dia meletakkan tangan-Nya pada mata orang itu, lalu bertanya kepadanya, "Dapatkah kamu lihat sesuatu?"

Orang itu memandang ke hadapan lalu berkata, "Ya. Saya nampak orang, tetapi mereka seperti pokok yang berjalan."

Sekali lagi Yesus meletakkan tangan-Nya pada mata orang itu. Kali ini orang itu memandang dengan seboleh-bolehnya. Matanya sembuh, dan dia melihat segala-galanya dengan jelas sekali. Lalu Yesus menyuruh dia pulang, dan berkata kepadanya, "Jangan masuk lagi ke pekan itu."

Yesus Menyembuhkan Seorang Tuli yang ada Kecacatan Pertuturan

Kemudian Yesus meninggalkan daerah sekitar Tirus dan meneruskan perjalanan ke Tasik Galilea melalui Sidon. Dia melalui daerah Sepuluh Kota. Di situ beberapa orang membawa seorang tuli yang ada kecacatan pertuturan, kepada-Nya. Mereka memohon supaya Yesus meletakkan tangan-Nya pada orang itu. Yesus membawa dia ke tepi, jauh dari orang ramai, lalu memasukkan jari-Nya ke dalam kedua-dua belah telinga orang itu. Setelah itu Yesus meludah dan menjamah lidah orang itu. Kemudian Yesus menengadah ke langit dan menarik nafas panjang. Lalu Dia berkata kepada orang itu, "Effata," yang bererti, "Terbukalah!"

Seketika itu juga telinga orang itu terbuka, lidahnya pulih, lalu dia mula bercakap dengan mudah. Selepas itu Yesus melarang mereka menceritakan hal itu kepada sesiapa pun. Tetapi semakin Yesus melarang, semakin mereka menceritakannya. Semua orang yang mendengar hal itu sangat hairan. Mereka berkata, "Sungguh baik perbuatannya! Dia pun dapat membuat orang tuli mendengar dan orang bisu bercakap!"

Yesus Menyembuhkan Bartimeus yang Buta

Mereka tiba di Yerikho. Ketika Yesus meninggalkan kota itu dengan pengikut-pengikut-Nya dan orang ramai, ada seorang buta yang duduk minta sedekah di pinggir jalan. Namanya Bartimeus anak Timeus. Apabila orang buta itu mendengar bahawa yang sedang lalu di situ adalah Yesus orang Nasaret, dia mula berseru, "Yesus, Anak Daud! Kasihanilah hamba!"

Orang ramai memarahi dia dan menyuruh dia diam. Tetapi lebih keras lagi dia berseru, "Anak Daud, kasihanilah saya!"

Yesus berhenti lalu berkata, "Panggillah dia."

Mereka memanggil orang buta itu. "Jangan kecil hati!" kata mereka. "Bangunlah, Yesus memanggil kamu."

Orang buta itu pun melempar jubahnya, lalu melompat dan pergi kepada Yesus.

Yesus bertanya kepadanya, "Apakah yang kamu mahu Aku lakukan untukmu?"

Orang buta itu menjawab, "Guru, saya ingin melihat."

"Pergilah," kata Yesus, "kamu sembuh kerana kamu percaya kepada-Ku."

Pada saat itu juga orang itu dapat melihat, lalu dia mengikut Yesus di jalan.

Yesus Menyembuhkan Seorang Buta

Yesus hampir tiba di Yerikho. Di situ ada seorang buta yang sedang duduk di pinggir jalan meminta sedekah. Apabila orang buta itu mendengar orang ramai lalu di situ, dia bertanya, "Apa sedang berlaku?"

Mereka memberitahu dia, "Yesus, orang Nasaret itu, lalu."

Segera dia berseru, "Yesus, Anak Daud! Kasihanilah saya!"

Semua orang yang di hadapan memarahi dia dan menyuruh dia diam. Tetapi dia berseru lebih kuat lagi, "Anak Daud, kasihanilah saya!"

Yesus berhenti dan menyuruh orang membawa orang buta itu kepada-Nya. Apabila dia tiba, Yesus bertanya kepadanya, "Apakah yang kamu mahu Aku lakukan untukmu?"

Orang buta itu menjawab, "Tuan, saya ingin melihat semula."

Yesus berkata kepadanya, "Jika demikian, lihatlah! Kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh."

Seketika itu juga dia dapat melihat, lalu dia mengikut Yesus, sambil memuliakan Allah. Apabila orang ramai nampak hal itu, mereka memuji Allah.

Yesus Mencelikkan Mata Seorang Buta

Semasa Yesus berjalan, Dia melihat seorang yang buta sejak lahir. Pengikut-pengikut Yesus bertanya kepada-Nya, "Guru, siapakah yang berdosa sehingga orang ini dilahirkan buta? Diakah atau ibu bapanya?"

Yesus menjawab, "Orang ini buta bukan kerana dosanya sendiri ataupun dosa ibu bapanya, tetapi supaya kuasa Allah boleh dinyatakan dalam hidupnya. Selama hari masih terang, kita harus melakukan tugas yang diberikan oleh Dia yang mengutus Aku. Malam akan tiba dan tidak seorang pun dapat melakukan apa-apa. Selama Aku di dunia ini, Akulah cahaya bagi dunia."

Setelah Yesus berkata demikian, Dia meludah ke tanah dan meliat tanah dengan ludah-Nya. Kemudian Dia menyapukan tanah itu pada mata orang itu. Lalu Yesus berkata kepadanya, "Pergilah basuh mukamu di Kolam Siloam." (Dalam bahasa Ibrani kata "Siloam" bererti "Diutus".) Oleh itu, orang itu pergi membasuh muka dan ketika dia kembali, dia dapat melihat.

Curas de paralíticos e enfermos

Paralíticos caminharam, leprosos ficaram limpos e todo tipo de doença foi curada pelo toque e pela palavra de Jesus.

Lalu seorang berpenyakit kulit yang mengerikan datang dan berlutut di hadapan-Nya. Dia berkata, "Tuan, jika Tuan sudi, Tuan dapat menyembuhkan saya."

Yesus menghulurkan tangan-Nya lalu menjamah dia dan berkata, "Aku mahu. Sembuhlah!" Seketika itu juga penyakitnya tiada lagi. Lalu Yesus berkata kepadanya, "Dengarlah, jangan beritahu sesiapa pun hal ini, tetapi pergilah kepada imam dan mintalah dia mengesahkan kesembuhanmu. Kemudian persembahkanlah korban seperti yang diperintahkan oleh Musa, sebagai bukti kepada semua orang bahawa kamu betul-betul sudah sembuh."

Di sana beberapa orang membawa seorang lumpuh yang terbaring di atas tikar kepada Yesus. Ketika Yesus melihat betapa besarnya iman mereka, Dia berkata kepada orang lumpuh itu, "Teguhkanlah hatimu, anak-Ku! Dosamu sudah diampunkan."

Beberapa orang guru Taurat di situ berkata dalam hati, "Orang ini mengkufuri Allah!"

Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka, lalu Dia berkata, "Mengapa kamu memikirkan perkara sejahat itu? Manakah yang lebih mudah: mengatakan, ‘Dosamu sudah diampunkan’ atau ‘Bangunlah dan berjalan’? Aku akan membuktikan kepada kamu bahawa di atas bumi ini Anak Manusia berkuasa mengampunkan dosa." Lalu Yesus berkata kepada orang yang lumpuh itu, "Bangunlah, angkat tikarmu dan pulanglah!"

Orang lumpuh itu pun bangun lalu pulang ke rumah.

Di situ ada seorang yang tangannya lumpuh sebelah. Tetapi ada juga beberapa orang yang hendak mencari-cari kesalahan Yesus supaya dapat menuduh Dia. Mereka bertanya kepada Yesus, "Adakah menyembuhkan orang pada hari Sabat melanggar Taurat kita?"

Yesus menjawab, "Apakah yang akan kamu lakukan seandainya seorang antara kamu mempunyai seekor domba, lalu pada hari Sabat domba itu jatuh ke dalam lubang yang dalam? Tentunya kamu akan berusaha untuk mengeluarkannya dari lubang itu. Manusia lebih berharga daripada domba! Oleh itu, Taurat kita membenarkan kita menolong seseorang pada hari Sabat." Kemudian Yesus berkata kepada orang yang tangannya lumpuh sebelah, "Hulurkanlah tanganmu."

Orang itu pun menghulurkan tangannya, dan sembuhlah tangan itu sehingga seperti tangannya yang sebelah.

Ibu mentua Simon sedang terbaring di tempat tidur kerana demam. Apabila Yesus tiba di situ, Dia diberitahukan hal itu. Yesus menghampiri ibu mentua Simon, memegang tangannya lalu menolong dia bangun. Demamnya hilang dan dia pun mula melayani mereka.

Yesus Menyembuhkan Seorang Berpenyakit Kulit

Seorang berpenyakit kulit yang mengerikan datang kepada Yesus. Orang itu berlutut dan memohon pertolongan-Nya. "Tuan, jika tuan sudi," katanya, "tuan dapat menyembuhkan saya."

Yesus mengasihaninya. Dia pun menghulurkan tangan-Nya, lalu menjamah orang itu sambil berkata, "Aku mahu, sembuhlah!" Seketika itu juga penyakitnya tiada lagi dan orang itu sembuh.

Sementara Yesus berkata-kata, datanglah empat orang yang mengusung seorang lumpuh. Tetapi kerana terlalu banyak orang, mereka tidak dapat membawa dia kepada Yesus. Oleh itu mereka membuka bumbung rumah yang terletak tepat di atas tempat Yesus. Kemudian mereka menurunkan orang lumpuh yang terbaring di atas tikar. Yesus melihat bahawa mereka sangat beriman. Oleh itu Dia berkata kepada orang lumpuh itu, "Anak-Ku, dosamu sudah diampunkan."

Beberapa orang guru Taurat yang duduk di situ berkata dalam hati, "Alangkah beraninya dia mengkufuri Allah! Tidak seorang pun boleh mengampunkan dosa kecuali Allah!"

Pada ketika itu juga Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka, lalu Dia berkata kepada mereka, "Mengapa kamu berfikir demikian? Manakah yang lebih mudah: mengatakan, ‘Dosamu sudah diampunkan’ atau ‘Bangunlah, angkat tikarmu, dan berjalan’? Tetapi kepada kamu Aku akan membuktikan bahawa di atas bumi ini Anak Manusia berkuasa mengampunkan dosa." Lalu Yesus berkata kepada orang lumpuh itu, "Bangunlah, angkat tikarmu, dan pulanglah!"

Di hadapan mereka semua, orang lumpuh itu bangkit, mengangkat tikarnya, dan segera keluar. Semua orang di situ tercengang-cengang lalu memuji Allah. Mereka berkata, "Belum pernah kami lihat perkara seperti ini!"

Orang yang Tangannya Lumpuh Sebelah

Kemudian Yesus kembali ke rumah ibadat. Di situ ada seorang yang tangannya lumpuh sebelah. Di situ pun ada beberapa orang yang hendak mencari kesalahan Yesus, supaya mereka dapat mengajukan tuduhan terhadap Dia. Oleh itu mereka mengawasi Dia dengan rapi sama ada Dia akan menyembuhkan orang itu pada hari Sabat. Yesus berkata kepada orang yang tangannya lumpuh sebelah itu, "Marilah ke depan." Lalu Dia bertanya kepada orang di situ, "Menurut Taurat, apakah yang boleh kita lakukan pada hari Sabat? Berbuat baik atau berbuat jahat? Menyelamatkan orang atau membinasakan mereka?"

Mereka diam sahaja. Yesus marah ketika memandang semua orang di situ, dan Dia juga sedih, kerana mereka terlalu keras kepala. Lalu Yesus berkata kepada orang itu, "Hulurkanlah tanganmu." Orang itu menghulurkan tangannya lalu tangannya pun sembuh.

Yesus Menyembuhkan Seorang Berpenyakit Kulit yang Mengerikan

Pada suatu hari, Yesus berada di sebuah kota. Di situ ada seorang lelaki berpenyakit kulit yang mengerikan. Ketika dia nampak Yesus, dia bersujud di hadapan Yesus dan memohon, "Tuan, jika tuan mahu, tuan boleh menyembuhkan saya!"

Yesus menghulurkan tangan-Nya lalu menjamah dia. "Aku mahu," kata-Nya, "sembuhlah!" Seketika itu juga penyakitnya tiada lagi.

Pada waktu itu, beberapa orang datang membawa seorang lumpuh yang berbaring di atas tikar. Mereka cuba membawa dia ke dalam rumah supaya dapat meletakkannya di hadapan Yesus. Tetapi kerana orang di situ terlalu banyak, mereka tidak dapat membawa dia masuk. Oleh itu mereka membawa dia ke atas bumbung rumah. Kemudian mereka membuka bumbung rumah itu dan menurunkan dia dengan tikarnya di hadapan Yesus di tengah-tengah orang ramai itu. Apabila Yesus melihat betapa besarnya iman mereka, Dia berkata kepada orang itu, "Hai kawan, dosamu sudah diampunkan."

Semua guru Taurat dan orang Farisi di situ mula bercakap sesama sendiri, "Siapakah orang ini? Dia mengkufuri Allah! Tidak seorang pun dapat mengampunkan dosa, kecuali Allah!"

Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka, lalu Dia berkata, "Mengapa kamu berfikir demikian? Manakah yang lebih mudah, mengatakan, ‘Dosamu sudah diampunkan’ atau ‘Bangunlah dan berjalan’? Tetapi kepada kamu Aku akan membuktikan bahawa di atas bumi ini Anak Manusia berkuasa untuk mengampunkan dosa." Lalu Yesus berkata kepada orang lumpuh itu, "Aku berkata kepadamu, bangunlah, angkatlah tikarmu, dan pulanglah!"

Dengan segera orang itu bangun di hadapan mereka semua, lalu mengangkat tikarnya dan pulang sambil memuji Allah.

Orang yang Tangannya Lumpuh Sebelah

Pada hari Sabat yang lain, Yesus pergi mengajar di rumah ibadat. Di situ ada seorang yang tangannya lumpuh sebelah. Beberapa orang guru Taurat dan orang Farisi sedang mencari kesalahan Yesus supaya mereka dapat mengajukan tuduhan terhadap Dia. Oleh itu mereka mengawasi Dia baik-baik sama ada Dia akan menyembuhkan orang pada hari Sabat. Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka. Dia berkata kepada orang yang tangannya lumpuh sebelah, "Berdirilah dan marilah ke depan." Orang itu bangun lalu berdiri di situ. Lalu Yesus berkata kepada mereka, "Aku hendak bertanya: Menurut Taurat apakah yang boleh kita lakukan pada hari Sabat? Berbuat baik atau berbuat jahat? Menyelamatkan orang atau membinasakannya?" Yesus memandang mereka semua, lalu berkata kepada orang itu, "Hulurkanlah tanganmu." Orang itu menghulurkan tangannya, lalu tangannya pun sembuh.

Yesus Menyembuhkan Seorang Hamba Ketua Askar Roma

Setelah Yesus mengatakan segala perkara itu kepada orang ramai, Dia pergi ke Kapernaum. Di situ ada seorang ketua askar Roma yang mempunyai seorang hamba yang sangat dikasihinya. Hamba itu sakit dan hampir meninggal. Ketika ketua askar itu mendengar tentang Yesus, dia menyuruh beberapa orang pemimpin masyarakat Yahudi pergi kepada Yesus untuk meminta Dia datang dan menyembuhkan hambanya. Mereka pergi kepada Yesus lalu memohon dengan sungguh-sungguh, "Orang ini layak tuan tolong. Dia mengasihi bangsa kita, dan bahkan membina rumah ibadat untuk kami."

Yesus pergi bersama-sama mereka. Ketika Dia hampir tiba di rumah itu, ketua askar itu mengutus sahabat-sahabatnya supaya berkata kepada Yesus, "Tuan, janganlah bersusah-susah ke rumah saya. Saya tidak layak menyambut tuan ke rumah saya. Saya sendiri pun tidak layak menghadap tuan. Perintahkanlah sahaja, tentu hamba saya akan sembuh. Saya pun di bawah perintah perwira atasan, dan di bawah saya juga ada askar-askar lain. Apabila saya menyuruh seorang askar, ‘Pergi!’ dia pun pergi; dan apabila saya menyuruh seorang askar lain, ‘Ke mari!’ dia pun datang. Apabila saya menyuruh hamba saya, ‘Buatlah ini!’ dia pun melakukannya."

Yesus hairan mendengar hal itu. Dia berpaling lalu berkata kepada orang ramai yang sedang mengikuti-Nya, "Belum pernah Aku jumpai orang yang beriman sebesar ini, bahkan di kalangan orang Israel pun tidak!"

Ketika orang yang disuruh itu kembali ke rumah ketua askar, mereka mendapati hamba itu sudah sembuh.

Di situ ada seorang wanita yang sakit, kerana dirasuk roh jahat selama lapan belas tahun. Dia bongkok dan tidak dapat berdiri tegak. Ketika Yesus melihat dia, Yesus memanggil dia dan berkata kepadanya, "Mulai sekarang kamu sembuh!" Yesus meletakkan tangan-Nya pada wanita itu dan pada saat itu juga wanita itu berdiri tegak lalu memuji Allah.

Yesus Menyembuhkan Seorang yang Sakit

Pada suatu hari Sabat, Yesus pergi makan di rumah seorang Farisi yang terkenal. Orang di situ memerhati Yesus. Lalu seorang lelaki yang bengkak kaki dan lengannya datang kepada Yesus. Yesus bertanya kepada semua guru Taurat dan orang Farisi di situ, "Adakah Taurat membenarkan kita menyembuhkan orang sakit pada hari Sabat?"

Mereka tidak mahu berkata apa-apa. Lalu Yesus memanggil orang itu dan menyembuhkan dia, kemudian menyuruh dia pergi.

Yesus Menyembuhkan Sepuluh Orang Berpenyakit Kulit yang Mengerikan

Dalam perjalanan ke Yerusalem, Yesus melalui sempadan Samaria dan Galilea. Apabila Dia memasuki sebuah pekan, sepuluh orang berpenyakit kulit yang mengerikan datang menjumpai Dia. Mereka berdiri dari jauh dan berseru, "Yesus! Tuan! Kasihanilah kami!"

Yesus melihat mereka lalu berkata, "Pergilah dan mintalah imam mengesahkan kesembuhan kamu."

Dalam perjalanan ke sana mereka sembuh.Ketika seorang daripada mereka sedar bahawa dia sudah sembuh, dia berpatah balik sambil memuji Allah dengan suara yang kuat. Dia sujud di hadapan Yesus dan mengucapkan terima kasih kepada-Nya. Orang itu orang Samaria. Yesus berkata, "Bukankah sepuluh orang yang disembuhkan? Di manakah yang sembilan orang lagi? Mengapakah orang bangsa asing ini sahaja yang kembali untuk bersyukur kepada Allah?" Lalu Yesus berkata kepada orang itu, "Bangunlah dan pergilah; kamu sembuh kerana kamu percaya kepada-Ku."

Penyembuhan di Kolam Betesda

Selepas itu ada satu perayaan Yahudi dan Yesus pergi ke Yerusalem. Di Yerusalem dekat Pintu Domba ada sebuah kolam yang dalam bahasa Ibrani dinamakan Betesda. Kolam ini dikelilingi lima buah serambi. Banyak orang sakit berbaring di serambi-serambi itu - yang buta, yang tempang, dan yang lumpuh. [Mereka semua menunggu air di kolam itu berkocak, kerana ada kalanya malaikat Tuhan turun ke dalam kolam itu dan mengocakkan airnya, lalu orang sakit yang pertama masuk ke dalam kolam itu semasa air berkocak akan sembuh daripada penyakit apa pun yang dihidapnya.]Di situ terdapat seorang lelaki yang sudah sakit selama tiga puluh lapan tahun. Yesus nampak dia terbaring di situ, dan Dia tahu bahawa orang itu sudah lama sekali sakit. Oleh itu Yesus bertanya kepadanya, "Mahukah kamu sembuh?"

Orang sakit itu menjawab, "Tuan, tiada sesiapa pun di sini yang dapat memasukkan saya ke dalam kolam apabila air berkocak. Sementara saya mencuba masuk ke dalam kolam, orang lain telah mendahului saya."

Yesus berkata kepadanya, "Bangunlah, angkatlah tikarmu, dan berjalanlah." Pada saat itu juga orang itu sembuh. Dia mengangkat tikarnya lalu berjalan.

Hal ini berlaku pada hari Sabat.

Kemudian Yesus kembali ke Kana di Galilea, tempat Dia pernah mengubah air menjadi wain. Di situ ada seorang pegawai kerajaan; anak lelakinya sedang sakit di Kapernaum. Apabila dia mendengar bahawa Yesus telah datang ke Galilea dari Yudea, dia pergi menjumpai Yesus. Dia meminta Yesus pergi ke Kapernaum dan menyembuhkan anaknya yang hampir meninggal. Tetapi Yesus berkata kepadanya, "Jika kamu semua tidak melihat mukjizat dan perkara yang luar biasa, kamu tidak percaya."

Pegawai itu menjawab, "Tuan, marilah pergi dengan saya sekarang, sebelum anak saya meninggal."

Lalu Yesus berkata, "Pergilah, anakmu akan sembuh."

Orang itu percaya kepada kata-kata Yesus lalu pergi. Dalam perjalanannya ke rumah, hamba-hamba orang itu menjumpai dia, dan berkata bahawa anak lelakinya sudah sembuh.

Lalu pegawai itu bertanya pukul berapa anaknya mula sembuh. Mereka menjawab, "Kelmarin pada pukul satu petang demamnya hilang." Bapa anak itu teringat bahawa pada masa itu Yesus berkata kepadanya, "Anakmu akan sembuh." Lalu dia dan keluarganya percaya kepada Yesus.

Inilah mukjizat kedua yang dilakukan oleh Yesus di Galilea setelah Dia datang dari Yudea.

A mulher com fluxo de sangue

Uma mulher que sofria há doze anos tocou a orla do manto de Jesus e foi curada instantaneamente pela sua fé.

Kemudian seorang wanita yang selama dua belas tahun menghidap penyakit pendarahan teruk yang berkaitan dengan haidnya, menghampiri Yesus dari belakang lalu menyentuh hujung jubah-Nya. Wanita itu berkata dalam hati, "Asal sahaja aku menyentuh jubah-Nya, tentu aku akan sembuh."

Yesus berpaling dan nampak dia. Yesus berkata kepadanya, "Teguhkanlah hatimu, anak-Ku! Kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh!" Pada ketika itu juga wanita itu sembuh.

Di situ ada seorang wanita yang menderita penyakit pendarahan teruk yang berkaitan dengan haidnya selama dua belas tahun. Dia sudah menghabiskan segala hartanya untuk membayar rawatan doktor, tetapi dia tidak sembuh, malahan semakin parah keadaannya. Wanita itu telah mendengar banyak hal tentang Yesus. Oleh itu dia datang ke tengah-tengah orang ramai dan mendekati Yesus dari belakang. "Jika aku dapat menyentuh jubah-Nya," kata wanita itu dalam hati, "tentu aku akan sembuh."

Dia menyentuh jubah Yesus dan seketika itu juga pendarahannya berhenti. Wanita itu berasa dirinya sudah sembuh.

Di situ ada seorang wanita yang menderita penyakit pendarahan selama dua belas tahun. Dia telah menghabiskan segala miliknya untuk rawatan doktor, tetapi tiada seorang pun dapat menyembuhkan dia. Wanita itu mendekati Yesus dari belakang, lalu menyentuh hujung jubah-Nya, dan dengan segera pendarahannya berhenti. Yesus bertanya, "Siapa menyentuh Aku?"

Tiada orang yang mahu mengaku. Petrus berkata, "Guru, orang di sini banyak sekali; mereka berasak-asakan!"

Tetapi Yesus berkata, "Ada orang yang menyentuh Aku. Aku tahu kerana kuasa telah keluar daripada-Ku." Wanita itu sedar bahawa perbuatannya sudah diketahui oleh Yesus. Dia datang dengan gementar lalu sujud pada kaki Yesus. Di hadapan semua orang, dia memberitahu Yesus mengapa dia menyentuh Yesus dan bagaimana penyakitnya sembuh dengan serta-merta. Yesus berkata kepadanya, "Anak-Ku, kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh. Pergilah dengan sejahtera."

Ressurreições

Jesus ressuscitou mortos — a filha de Jairo, o filho da viúva de Naim e Lázaro. Ele é Senhor sobre a morte.

Anak Perempuan Ketua Rumah Ibadat dan Wanita yang Menyentuh Jubah Yesus

Sementara Yesus berkata-kata dengan para pengikut Yohanes Pembaptis, seorang ketua rumah ibadat datang berlutut di hadapan-Nya dan berkata, "Anak perempuan saya baru sahaja meninggal. Tetapi datanglah dan letakkan tangan padanya supaya dia hidup semula."

Yesus bangkit lalu pergi bersama dengan dia. Pengikut-pengikut Yesus pun ikut serta.

Apabila Yesus tiba di rumah ketua itu, Dia melihat para pemain muzik perkabungan dan semua orang di situ kecoh. Dia berkata, "Keluarlah kamu semua! Anak ini tidak mati; dia hanya tidur."

Mereka mula mentertawakan Yesus. Tetapi sebaik sahaja mereka keluar, Yesus masuk ke dalam bilik anak perempuan itu lalu memegang tangannya. Anak itu pun bangkit.

Yairus, ketua rumah ibadat tempatan, datang juga dan ketika dia melihat Yesus, dia sujud di hadapan Yesus. Dia memohon dengan sungguh-sungguh, "Guru, anak perempuan saya sakit tenat. Tolonglah datang dan letakkanlah tangan guru padanya, supaya dia sembuh dan tidak mati!"

Yesus pun pergi bersama-sama Yairus. Orang yang mengikut Yesus amat banyak sehingga Dia diasak dari semua sisi.

Apabila mereka tiba di rumah Yairus, Yesus melihat keadaan yang kecoh serta mendengar tangisan dan ratapan yang kuat. Lalu Yesus masuk dan berkata kepada mereka, "Mengapa sangat kecoh dan mengapa menangis? Anak itu tidak mati; dia hanya tidur!"

Mereka mula mentertawakan Yesus. Oleh itu Yesus menyuruh mereka semua keluar. Dia mengajak ibu bapa anak itu serta ketiga-tiga orang pengikut-Nya masuk ke dalam bilik tempat anak itu berbaring. Yesus memegang tangan anak itu lalu berkata kepadanya, "Talitha kum," yang bererti, "Anak perempuan, Aku berkata kepadamu: Bangun!"

Anak perempuan itu segera bangun lalu berjalan. (Umurnya dua belas tahun.) Ketika peristiwa itu berlaku, mereka semua sangat kagum.

Yesus berkata, "Dengan apakah dapat Aku bandingkan orang zaman ini? Seperti apakah mereka? Mereka seperti anak-anak yang duduk di pasar. Kumpulan yang satu berseru kepada yang lain, ‘Kami memainkan lagu perkahwinan untuk kamu, tetapi kamu tidak mahu menari! Kami meratap, tetapi kamu tidak mahu menangis!’ Yohanes Pembaptis datang, dia berpuasa dan tidak minum wain; lalu kamu berkata, ‘Dia dirasuk syaitan!’ Anak Manusia datang, Dia makan dan minum, lalu kamu berkata, ‘Lihatlah orang ini! Dia rakus, pemabuk, sahabat pemungut cukai, dan kawan orang yang dihina masyarakat!’ Walaupun demikian, kebijaksanaan Allah dibuktikan benar oleh perbuatan semua orang yang menerima kebijaksanaan itu."

Yesus di Rumah Simon

Seorang Farisi bernama Simon menjemput Yesus makan di rumahnya. Yesus pergi ke rumahnya lalu mulai makan. Di kota itu ada pula seorang wanita yang hidup dalam dosa. Dia mendengar bahawa Yesus sedang makan di rumah orang Farisi itu, lalu dia pergi ke situ sambil membawa sebotol minyak wangi.

Lalu datanglah seorang bernama Yairus. Dia ketua rumah ibadat tempatan. Dia sujud di hadapan Yesus dan memohon supaya Yesus datang ke rumahnya, kerana anak perempuannya yang tunggal, yang berumur dua belas tahun, hampir meninggal.

Sedang Yesus berjalan ke rumah Yairus, orang mengasak Dia dari semua sisi.

Sedang Yesus berkata demikian, seorang pesuruh datang dari rumah Yairus. Dia berkata kepada Yairus, "Anak perempuan tuan sudah meninggal. Janganlah susahkan guru lagi."

Yesus mendengar kata-kata itu. Dia berkata kepada Yairus. "Jangan takut. Percayalah sahaja dan anakmu akan sembuh."

Apabila Yesus tiba di rumah itu, Dia tidak membenarkan sesiapa pun masuk dengan Dia kecuali Petrus, Yohanes, Yakobus, dan ibu bapa anak itu. Semua orang sedang menangisi dan meratapi kematian anak itu. Yesus berkata, "Janganlah menangis. Anak ini tidak meninggal, dia hanya tidur!"

Semua orang mentertawakan Yesus, kerana mereka tahu bahawa anak itu sudah meninggal. Tetapi Yesus memegang tangan anak itu, lalu berkata, "Bangunlah, nak!" Nyawa anak itu kembali dan seketika itu juga dia bangun. Lalu Yesus menyuruh mereka memberikan makanan kepada anak itu. Ibu bapa anak itu sangat hairan, tetapi Yesus melarang mereka memberitahu sesiapa pun apa yang sudah berlaku.

Kematian Lazarus

Seorang lelaki bernama Lazarus sakit. Dia tinggal di Betania bersama-sama dua orang saudaranya yang bernama Maria dan Marta. ( Marialah yang menuangi kaki Tuhan dengan minyak wangi, lalu menyapunya dengan rambutnya. Lazarus yang sakit itu saudaranya.) Kedua-dua orang saudara ini mengirim khabar kepada Yesus, "Tuhan, sahabat yang Tuhan kasihi itu sakit."

Apabila Yesus mendengar khabar itu, Dia berkata, "Penyakit ini tidak akan menyebabkan kematian Lazarus; hal ini berlaku untuk memuliakan Allah. Melalui hal ini Anak Allah akan dimuliakan."

Yesus mengasihi Marta, Maria, dan Lazarus. Tetapi ketika Yesus menerima khabar bahawa Lazarus sakit, Dia sengaja tinggal di tempat itu dua hari lagi. Kemudian Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Marilah kita balik ke Yudea."

Pengikut-pengikut-Nya menjawab, "Guru, baru sahaja orang Yahudi di situ hendak merejam Guru, dan sekarang Guru mahu balik lagi ke sana?"

Yesus berkata, "Bukankah siang hari lamanya dua belas jam? Sesiapa yang berjalan pada siang hari, tidak akan tersandung, kerana dia melihat cahaya bagi dunia ini. Tetapi jika orang itu berjalan pada malam hari, dia tersandung kerana tiada cahaya padanya." Setelah berkata demikian, Yesus melanjutkan pula, "Sahabat kita Lazarus sudah tidur, tetapi Aku akan pergi membangunkan dia."

Pengikut-pengikut Yesus berkata, "Guru, jika Lazarus tidur, dia akan sembuh."

Sebenarnya inilah yang dimaksudkan Yesus: Lazarus sudah meninggal. Tetapi mereka menyangka bahawa Yesus berkata Lazarus benar-benar tidur. Oleh itu Yesus berkata kepada mereka dengan terus terang, "Lazarus sudah meninggal.

Domínio sobre a natureza

Jesus acalmou a tempestade, andou sobre as águas e multiplicou pães. A natureza obedece à voz do seu Criador.

Yesus Meneduhkan Ribut

Yesus menaiki sebuah perahu dan pengikut-pengikut-Nya pergi bersama-sama Dia. Tiba-tiba ribut membadai dan melanda tasik itu sehingga ombak memenuhi perahu. Tetapi Yesus sedang tidur. Oleh itu pengikut-pengikut-Nya pergi kepada-Nya lalu membangunkan Dia. Mereka berkata, "Ya Tuhan, selamatkanlah kami! Kita hampir mati!"

Yesus menjawab, "Mengapakah kamu takut? Mengapa kamu kurang percaya kepada-Ku?" Lalu Yesus bangun dan menengking angin dan ombak itu. Dengan segera tasik itu menjadi tenang sekali.

Para pengikut Yesus hairan. Mereka berkata, "Angin dan ombak pun taat kepada perintah-Nya. Orang apakah Dia ini?"

Pada petang harinya, pengikut-pengikut Yesus datang dan berkata kepada-Nya, "Hari sudah hampir malam dan tempat ini terpencil. Suruhlah semua orang ini pergi, supaya dapat membeli makanan di pekan."

Tetapi Yesus menjawab, "Mereka tidak usah pergi; kamu sendiri beri mereka makanan."

Pengikut-pengikut-Nya berkata, "Kami hanya mempunyai lima ketul roti dan dua ekor ikan!"

Yesus berkata, "Bawalah makanan itu kepada-Ku." Kemudian Dia menyuruh orang ramai duduk di atas rumput. Lalu Yesus mengambil lima ketul roti dan dua ekor ikan itu. Kemudian Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur kepada Allah. Setelah itu Dia membahagikan roti itu dan menyerahkannya kepada pengikut-pengikut-Nya supaya diberikan kepada orang ramai itu. Tiap-tiap orang makan sehingga kenyang. Selepas itu pengikut-pengikut-Nya mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul. Jumlah orang lelaki yang makan kira-kira lima ribu orang, belum terhitung wanita dan kanak-kanak.

Antara pukul tiga dan enam pagi, Yesus berjalan di atas air dan menghampiri mereka.

Yesus Memberi Makan kepada Empat Ribu Orang

Yesus memanggil pengikut-pengikut-Nya lalu berkata, "Aku kasihan kepada orang ramai ini. Sudah tiga hari mereka bersama-sama Aku dan sekarang mereka kehabisan makanan. Aku tidak mahu menyuruh mereka pulang dengan perut kosong, kerana mungkin mereka akan pengsan di tengah jalan."

Pengikut-pengikut Yesus bertanya kepada-Nya, "Di manakah kami dapat memperoleh makanan yang cukup di tempat terpencil ini untuk orang ramai ini?"

Yesus bertanya kepada mereka, "Berapa banyak roti yang ada pada kamu?"

"Tujuh ketul," jawab mereka, "dan beberapa ekor ikan kecil."

Yesus menyuruh orang ramai duduk di atas tanah. Kemudian Dia mengambil tujuh ketul roti dan ikan itu. Dia mengucap syukur kepada Allah, lalu membahagikan makanan itu dan menyerahkannya kepada pengikut-pengikut-Nya untuk diberikan kepada orang ramai. Semua orang makan sehingga kenyang. Kemudian pengikut-pengikut Yesus mengumpulkan lebihan roti dan ikan sebanyak tujuh buah bakul. Jumlah orang lelaki yang makan ada empat ribu orang, belum terhitung wanita dan kanak-kanak.

Pembayaran Cukai Rumah Tuhan

Apabila Yesus dan pengikut-pengikut-Nya tiba di Kapernaum, para pemungut cukai Rumah Tuhan datang kepada Petrus dan bertanya, "Adakah guru kamu membayar cukai Rumah Tuhan?"

Petrus menjawab, "Tentu sahaja!"

Apabila Petrus masuk ke dalam rumah, dan sebelum dia berkata apa-apa, Yesus berkata kepadanya, "Simon, apa pendapatmu? Siapakah yang membayar cukai kepada raja-raja dunia ini? Rakyat atau orang asing?"

"Orang asing," jawab Petrus.

"Jika demikian," kata Yesus, "rakyat tidak perlu membayar. Tetapi janganlah kita singgung perasaan sesiapa pun. Pergilah ke tasik dan pancinglah ikan. Di dalam mulut ikan pertama yang engkau tangkap, engkau akan mendapati sekeping duit syiling yang cukup untuk membayar cukai Rumah Tuhan bagi kita berdua. Ambillah duit itu dan bayarlah cukai kita."

Yesus Mengutuk Pokok Ara

Keesokan paginya, dalam perjalanan kembali ke kota, Yesus lapar. Dia melihat sebatang pokok ara di pinggir jalan. Dia menghampiri pokok itu, tetapi tidak mendapati satu buah ara pun. Dia mendapati daun sahaja. Yesus berkata kepada pokok itu, "Hai pokok, engkau tidak akan berbuah lagi!" Dengan segera pokok ara itu layu.

Apabila pengikut-pengikut Yesus nampak kejadian itu, mereka hairan. Mereka bertanya, "Bagaimanakah pokok ara itu layu dengan serta-merta?"

"Ketahuilah," jawab Yesus, "jika kamu percaya kepada Allah dan tidak ragu-ragu, kamu akan dapat melakukan apa yang telah Aku lakukan terhadap pokok ara ini. Bukan itu sahaja, bahkan kamu akan dapat berkata kepada bukit ini, ‘Terangkatlah dan terbuanglah ke dalam laut!’ Hal itu pun akan berlaku. Apabila kamu berdoa dan percaya bahawa Allah akan melakukan apa yang kamu minta, maka Dia akan melakukannya."

Lalu angin kencang bertiup dan ombak melanda perahu sehingga hampir penuh dengan air. Tetapi Yesus sedang tidur di bahagian belakang perahu itu, dengan kepala-Nya beralaskan bantal. Pengikut-pengikut-Nya membangunkan Dia dan berkata, "Guru, tidakkah Guru peduli? Kita hampir tenggelam!"

Yesus bangun lalu menengking angin, dan berkata kepada ombak, "Diam! Tenanglah!" Angin pun reda dan tasik menjadi tenang sekali. Lalu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Mengapakah kamu takut? Mengapa kamu masih belum percaya kepada-Ku?"

Mereka menjadi sangat takut sehingga mula bercakap sesama sendiri, "Siapakah orang ini? Angin dan ombak pun taat kepadanya!"

Apabila hari sudah petang, pengikut-pengikut Yesus datang dan berkata kepada-Nya, "Hari sudah hampir malam dan tempat ini terpencil. Suruhlah semua orang ini pergi. Biarlah mereka pergi ke pekan dan kampung di sekitar sini untuk membeli makanan."

Tetapi Yesus menjawab, "Sebaiknya kamu beri mereka makanan."

Pengikut-pengikut-Nya bertanya, "Adakah Guru mahu kami pergi membeli roti seharga dua ratus keping wang perak supaya kami dapat memberikan makanan kepada mereka?"

Yesus berkata kepada mereka, "Pergilah lihat berapa banyak roti yang ada pada kamu."

Setelah mereka pergi melihat, mereka berkata, "Lima ketul roti dan dua ekor ikan."

Lalu Yesus memberitahu pengikut-pengikut-Nya supaya menyuruh semua orang di situ duduk berkelompok-kelompok di rumput yang hijau. Mereka pun duduk dengan teratur dalam kelompok. Ada yang seratus orang sekelompok dan ada pula yang lima puluh orang. Setelah itu Yesus mengambil lima ketul roti dan dua ekor ikan itu. Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur kepada Allah. Kemudian Dia membahagikan roti itu lalu menyerahkannya kepada pengikut-pengikut-Nya supaya diberikan kepada orang ramai itu. Dia juga membahagi-bahagikan dua ekor ikan itu kepada mereka semua. Tiap-tiap orang makan sehingga kenyang. Selepas itu pengikut-pengikut-Nya mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul. Jumlah orang lelaki yang makan roti itu kira-kira lima ribu orang.

Yesus nampak pengikut-pengikut-Nya bersusah payah mendayung perahu kerana angin bertiup dari arah yang berlawanan. Oleh itu, kira-kira antara pukul tiga dan enam pagi, Dia berjalan di atas air dan menghampiri mereka. Yesus hendak mendahului mereka,tetapi mereka nampak Dia berjalan di atas air. "Hantu!" teriak mereka. Mereka sangat ketakutan ketika melihat Yesus.

Tetapi Yesus segera berkata kepada mereka, "Tabahkan hati kamu! Aku Yesus. Jangan takut!" Lalu Dia menaiki perahu mereka dan angin pun teduh. Pengikut-pengikut-Nya sangat hairan,

Yesus Memberikan Makanan kepada Empat Ribu Orang

Tidak lama kemudian, ada lagi orang ramai datang berkumpul. Apabila mereka kehabisan makanan, Yesus memanggil pengikut-pengikut-Nya dan berkata, "Aku kasihan kepada orang ramai ini. Sudah tiga hari mereka bersama-sama Aku, dan sekarang mereka kehabisan makanan. Jika Aku menyuruh mereka pulang dengan perut kosong, mereka akan pengsan di tengah jalan, kerana ada antara mereka yang datang dari jauh."

Pengikut-pengikut Yesus bertanya kepada-Nya, "Di tempat terpencil ini, di manakah orang boleh mendapat cukup makanan untuk semua orang ini?"

Yesus bertanya kepada mereka, "Berapa banyak roti yang ada pada kamu?"

"Tujuh ketul," jawab mereka.

Yesus menyuruh orang ramai duduk di atas tanah. Lalu Dia mengambil tujuh ketul roti itu dan mengucap syukur kepada Allah. Kemudian Dia membahagikan roti itu, lalu menyerahkannya kepada para pengikut-Nya untuk diberikan kepada orang ramai. Pengikut-Nya pun berbuat demikian. Mereka juga mempunyai beberapa ekor ikan kecil. Yesus mengucap syukur kepada Allah bagi ikan itu, lalu menyuruh pengikut-Nya membahagi-bahagikan ikan itu juga. Semua orang makan sehingga kenyang - ada kira-kira empat ribu orang di situ. Selepas itu pengikut-pengikut Yesus mengumpulkan lebihan roti dan ikan sebanyak tujuh buah bakul. Kemudian Yesus menyuruh orang ramai pulang.

Yesus Mengutuk Pokok Ara

Esoknya, ketika mereka balik dari Betania, Yesus lapar. Dari jauh Dia nampak sebatang pokok ara yang lebat daunnya. Yesus mendekati pokok itu untuk melihat sama ada pokok itu berbuah. Tetapi apabila Dia tiba di pokok itu, Dia mendapati daun-daun sahaja, kerana pada masa itu belum musim buah ara. Yesus berkata kepada pokok ara itu, "Tiada sesiapa pun akan makan buah ara daripadamu lagi!"

Pengikut-pengikut-Nya mendengar kata-kata Yesus itu.

Pelajaran daripada Pokok Ara

Pada keesokan paginya, ketika mereka melewati pokok ara itu, mereka melihat pokok itu sudah mati sehingga ke akar-akarnya. Petrus teringat akan apa yang telah berlaku. Dia berkata kepada Yesus, "Guru, lihatlah, pokok ara yang Guru kutuki sudah mati!"

Yesus menjawab, "Percayalah kepada Allah. Maka kamu dapat berkata kepada bukit ini, ‘Terangkatlah dan terbuanglah ke dalam laut!’ Jika kamu tidak ragu-ragu, tetapi percaya bahawa apa yang kamu katakan itu akan berlaku, perkara itu pun akan dilakukan untuk kamu. Oleh itu ingatlah: Apabila kamu berdoa dan minta sesuatu, percayalah bahawa kamu telah menerimanya, kerana apa sahaja yang kamu minta akan diberikan kepada kamu. Apabila kamu berdiri untuk berdoa, ampunkanlah kesalahan sesiapa pun, supaya Bapa kamu yang di syurga juga akan mengampunkan dosa kamu. [

Yesus Memanggil Pengikut-Nya yang Mula-Mula

Pada suatu waktu, sedang Yesus berdiri di pantai Tasik Genesaret, orang ramai berasak-asak hendak mendengar berita daripada Allah. Yesus nampak dua buah perahu di pantai itu, tetapi nelayan sudah meninggalkan perahu dan sedang mencuci jala. Yesus menaiki salah sebuah perahu itu, iaitu perahu Simon. Lalu Dia menyuruh Simon menolak perahu itu sedikit jauh dari pantai. Yesus duduk di perahu itu, lalu mengajar orang ramai.

Setelah selesai mengajar, Dia berkata kepada Simon, "Dayunglah perahu ke tempat yang dalam lalu tebarkanlah jala untuk menangkap ikan."

"Guru," jawab Simon, "sepanjang malam kami berjerih tetapi tidak menangkap apa-apa pun! Tetapi kerana guru yang menyuruh, baiklah, saya akan menebarkan jala." Mereka menebarkan jala, lalu mendapat sedemikian banyak ikan sehingga jala itu hampir koyak. Oleh itu mereka minta pertolongan rakan-rakan di perahu lain. Mereka memenuhi kedua-dua buah perahu itu dengan ikan sehingga perahu hampir tenggelam. Apabila Simon nampak apa yang telah berlaku, dia berlutut di hadapan Yesus sambil berkata, "Tinggalkanlah aku, ya Tuhan! Aku orang berdosa!"

Simon dan semua orang yang bersama-sama dia kagum melihat banyaknya ikan yang dijala oleh mereka. Demikian juga halnya dengan rakan Simon yang lain, iaitu Yakobus dan Yohanes, anak-anak Zebedeus. Yesus berkata kepada Simon, "Jangan takut! Mulai sekarang kamu akan menjala orang supaya menjadi pengikut-Ku."

Mereka menarik perahu-perahu itu ke pantai dan meninggalkan segala-galanya, lalu mengikut Yesus.

Yesus Meneduhkan Angin Ribut

Pada suatu hari Yesus dengan pengikut-pengikut-Nya menaiki sebuah perahu. Dia berkata kepada mereka, "Marilah kita menyeberang tasik." Mereka pun bertolak. Sedang mereka belayar, Yesus tidur. Tiba-tiba angin kencang melanda tasik itu. Air mula masuk ke dalam perahu sehingga membahayakan mereka semua. Pengikut-pengikut Yesus pergi kepada Yesus lalu membangunkan Dia. Mereka berkata, "Guru, Guru, kita hampir tenggelam!"

Yesus bangun lalu menengking angin dan ombak yang bergelora. Angin dan ombak pun teduh dan tasik menjadi tenang sekali. Lalu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Mengapa kamu tidak percaya kepada-Ku?"

Tetapi mereka hairan dan takut serta bercakap sesama sendiri, "Siapakah orang ini, sehingga angin dan ombak taat kepada perintahnya?"

Yesus Meneduhkan Angin Ribut

Pada suatu hari Yesus dengan pengikut-pengikut-Nya menaiki sebuah perahu. Dia berkata kepada mereka, "Marilah kita menyeberang tasik." Mereka pun bertolak. Sedang mereka belayar, Yesus tidur. Tiba-tiba angin kencang melanda tasik itu. Air mula masuk ke dalam perahu sehingga membahayakan mereka semua. Pengikut-pengikut Yesus pergi kepada Yesus lalu membangunkan Dia. Mereka berkata, "Guru, Guru, kita hampir tenggelam!"

Yesus bangun lalu menengking angin dan ombak yang bergelora. Angin dan ombak pun teduh dan tasik menjadi tenang sekali. Lalu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Mengapa kamu tidak percaya kepada-Ku?"

Tetapi mereka hairan dan takut serta bercakap sesama sendiri, "Siapakah orang ini, sehingga angin dan ombak taat kepada perintahnya?"

Yesus Menyembuhkan Orang yang Dirasuk Roh Jahat

Mereka terus belayar ke daerah Gerasa di seberang Tasik Galilea.

Apabila hari mula senja, dua belas orang pengikut itu datang kepada Yesus dan berkata, "Suruhlah semua orang ini pulang, supaya mereka dapat pergi ke pekan dan kampung di sekitar tempat ini untuk mendapatkan makanan dan mencari tempat bermalam. Tempat ini terpencil."

Tetapi Yesus berkata kepada mereka, "Sebaiknya kamu beri mereka makanan."

Mereka menjawab, "Kami hanya mempunyai lima ketul roti dan dua ekor ikan. Adakah Guru mahu kami pergi membeli makanan untuk orang sebanyak ini?" (Ada kira-kira lima ribu orang lelaki di situ.)

Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Suruhlah mereka duduk dalam kelompok, kira-kira lima puluh orang sekelompok."

Pengikut-pengikut Yesus melakukan suruhan Yesus lalu semua orang pun duduk. Yesus mengambil lima ketul roti dan dua ekor ikan itu. Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur kepada Allah. Kemudian Dia membahagikan roti dan ikan itu, lalu menyerahkannya kepada para pengikut-Nya supaya diberikan kepada orang ramai itu. Semua orang makan sampai kenyang. Setelah itu pengikut-pengikut Yesus mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul.

Majlis Perkahwinan di Kana

Dua hari kemudian, ada majlis perkahwinan di kota Kana di negeri Galilea. Ibu Yesus di sana. Yesus dan pengikut-pengikut-Nya juga dijemput ke majlis tersebut. Apabila wain sudah habis, ibu Yesus berkata kepada Yesus, "Mereka kehabisan wain."

Yesus menjawab, "Puan, janganlah suruh Aku. Saat-Ku belum tiba."

Kemudian ibu Yesus berkata kepada pelayan-pelayan di situ, "Lakukan apa sahaja yang dikatakan-Nya kepada kamu."

Orang Yahudi mempunyai adat pembasuhan. Di situ ada enam buah tempayan untuk keperluan itu dan setiap tempayan isinya kira-kira seratus liter air. Yesus berkata kepada pelayan-pelayan itu, "Isilah tempayan-tempayan ini dengan air." Mereka mengisi semua tempayan itu sehingga penuh. Lalu Yesus berkata kepada mereka, "Sekarang ambillah sedikit air itu dan hidangkannya kepada ketua majlis." Mereka membawa air itu kepada ketua majlis. Ketua majlis itu mengecap air yang sudah berubah menjadi wain. Dia tidak tahu dari mana datangnya wain itu. (Hanya pelayan-pelayan yang menuang air itu yang mengetahuinya.) Oleh itu ketua majlis memanggil pengantin lelaki, lalu berkata kepadanya, "Biasanya orang menghidangkan wain terbaik terlebih dahulu, lalu apabila para tetamu sudah puas minum barulah wain biasa dihidangkan. Tetapi kamu menyimpan wain terbaik sehingga sekarang!"

Itulah mukjizat pertama yang dilakukan oleh Yesus di Kana di negeri Galilea. Dia menyatakan kemuliaan-Nya dan pengikut-pengikut-Nya percaya kepada-Nya.

Yesus mengetahui apa yang akan dilakukan-Nya, tetapi Dia berkata demikian kerana Dia hendak menguji Filipus.)

Filipus menjawab, "Roti seharga dua ratus keping wang perak pun tidak cukup untuk semua orang ini, meskipun setiap orang mendapat sedikit sahaja."

Pengikut-Nya yang lain, iaitu Andreas, saudara Simon Petrus berkata, "Seorang anak lelaki di sini mempunyai lima ketul roti barli dan dua ekor ikan. Tetapi apa gunanya untuk orang sebanyak ini?"

Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Suruhlah mereka duduk." (Di situ terdapat banyak rumput.) Orang ramai pun duduk; semuanya berjumlah kira-kira lima ribu orang lelaki. Yesus mengambil roti itu, lalu Dia mengucap syukur kepada Allah. Kemudian Dia membahagi-bahagikan roti itu kepada orang ramai yang duduk di situ. Selepas itu Dia membahagi-bahagikan ikan itu, lalu semua orang makan sepuas-puasnya. Setelah semua orang makan sampai kenyang, Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Kumpulkanlah lebihan makanan, jangan sampai ada yang terbuang." Mereka mengumpulkan dua belas buah bakul lebihan makanan daripada lima ketul roti barli yang dimakan oleh orang ramai.

Pengikut-pengikut-Nya sudah berkayuh kira-kira lima atau enam kilometer, ketika mereka nampak Yesus menghampiri perahu dengan berjalan di atas air. Mereka sangat takut. Tetapi Yesus berkata kepada mereka, "Janganlah takut, Aku Yesus!" Lalu dengan senang hati mereka menyambut Dia naik ke perahu dan pada ketika itu juga sampailah perahu itu di tempat yang ditujui.

Yesus Menampakkan Diri kepada Tujuh Orang Pengikut-Nya

Setelah itu Yesus menampakkan diri sekali lagi kepada pengikut-pengikut-Nya di Tasik Tiberias. Beginilah peristiwa itu berlaku: Simon Petrus, Tomas (yang disebut Si Kembar), Natanael (yang berasal dari Kana di Galilea), anak-anak Zebedeus, dan dua orang pengikut Yesus yang lain, sedang berkumpul. Simon Petrus berkata kepada mereka, "Aku hendak pergi menjala ikan."

Mereka berkata kepadanya "Kami ikut." Oleh itu mereka menaiki perahu lalu bertolak. Tetapi sepanjang malam itu mereka tidak mendapat seekor ikan pun. Apabila matahari terbit, Yesus berdiri di pantai, tetapi mereka tidak tahu bahawa Dia Yesus. Kemudian Yesus bertanya kepada mereka, "Hai kawan-kawan, adakah kamu mendapat ikan?"

"Tidak! Seekor pun tidak," jawab mereka.

Yesus berkata kepada mereka, "Labuhkanlah jala ke sebelah kanan perahu, lalu kamu akan mendapat ikan." Mereka melabuhkan jala, tetapi mereka tidak terdaya menariknya kembali kerana terlalu banyak ikan yang tertangkap.

Pengikut yang dikasihi oleh Yesus berkata kepada Petrus, "Dia Tuhan!" Apabila Simon Petrus mendengar bahawa Dia itu Tuhan, Petrus memakai bajunya (yang ditanggalkannya semasa bekerja) lalu terjun ke dalam air. Pengikut-pengikut lain mendarat dengan perahu itu, sambil menarik jala yang penuh dengan ikan. Mereka tidak berapa jauh dari darat, kira-kira seratus meter sahaja. Apabila mereka tiba di pantai, mereka melihat ikan dibakar di atas bara api dan roti pun ada di situ. Kemudian Yesus berkata kepada mereka, "Bawalah beberapa ekor ikan yang baru kamu tangkap ke mari."

Simon Petrus pergi ke perahu lalu menyeret jala ke darat. Jala itu sarat dengan ikan yang besar-besar; semuanya berjumlah 153 ekor. Meskipun ikan sebanyak itu tertangkap, jala itu tidak koyak.

Libertações

Jesus expulsou demônios com autoridade. Os espíritos impuros não resistiam à sua palavra e saíam imediatamente.

Yesus Menyembuhkan Seorang Hamba Ketua Askar Roma

Apabila Yesus masuk ke Kapernaum, seorang ketua askar Roma menjumpai Dia lalu memohon kepada-Nya, "Tuan, orang suruhan saya sakit di rumah, dia terbaring di katil dan tidak dapat bergerak. Dia sangat menderita."

Yesus berkata kepadanya, "Baiklah, Aku akan pergi menyembuhkan dia."

Tetapi ketua askar itu menjawab, "Tuan tidak usah datang ke rumah. Saya tidak layak menyambut Tuan ke rumah saya. Perintahkanlah sahaja, tentu hamba saya akan sembuh. Saya pun di bawah perintah perwira atasan, dan di bawah saya juga ada askar-askar lain. Apabila saya menyuruh seorang askar, ‘Pergi!’ dia pun pergi; apabila saya menyuruh askar lain, ‘Ke mari!’ dia pun datang. Apabila saya menyuruh hamba saya, ‘Buatlah ini!’ dia pun melakukannya."

Yesus hairan mendengar hal itu, lalu Dia berkata kepada orang ramai yang mengikut Dia, "Ketahuilah, belum pernah Aku menjumpai sesiapa pun antara umat Israel yang mempunyai iman sebesar ini. Ketahuilah! Banyak orang akan datang dari timur dan dari barat, lalu menikmati perjamuan di Dunia Baru Allah bersama-sama Abraham, Ishak, dan Yakub. Tetapi orang yang seharusnya menikmati Pemerintahan Allah akan dibuang ke kegelapan di luar; di sana mereka akan menangis dan menderita." Lalu Yesus berkata kepada ketua askar itu, "Pulanglah! Apa yang kamu percayai itu akan berlaku."

Hamba ketua askar itu pun sembuh pada saat itu juga.

Yesus Menyembuhkan Dua Orang yang Dirasuk Roh Jahat

Apabila Yesus tiba di seberang tasik di daerah Gadara, Dia didatangi oleh dua orang yang dirasuk roh jahat. Mereka keluar dari gua kubur dan mereka sangat ganas, sehingga tiada sesiapa pun berani lalu di situ. Apabila mereka melihat Yesus, mereka berseru, "Apakah yang akan Engkau lakukan terhadap kami, hai Anak Allah? Adakah Engkau hendak menghukum kami sebelum waktunya?"

Tidak jauh dari situ, ada kawanan babi yang sedang makan. Roh-roh jahat itu memohon kepada Yesus, "Jika Engkau hendak memerintah kami keluar, suruhlah kami masuk ke dalam kawanan babi itu."

"Pergilah," kata Yesus. Dengan segera roh-roh jahat itu meninggalkan kedua-dua orang itu lalu masuk ke dalam kawanan babi itu. Semua babi itu lari ke pinggir jurang, terjun ke dalam tasik lalu tenggelam.

Penjaga-penjaga babi itu lari ke bandar lalu menceritakan segala perkara itu dan apa yang telah berlaku kepada kedua-dua orang yang dirasuk roh jahat. Semua orang di bandar itu pergi menjumpai Yesus. Apabila mereka melihat Yesus, mereka memohon supaya Dia meninggalkan kawasan mereka.

Yesus Menyembuhkan Seorang Bisu

Apabila kedua-dua orang itu pergi, beberapa orang membawa seorang bisu kepada Yesus. Orang itu bisu kerana dirasuk roh jahat. Sebaik sahaja roh jahat itu diusir oleh Yesus, orang itu mula bercakap. Semua orang hairan melihat hal itu. Mereka berkata, "Belum pernah kami saksikan peristiwa serupa ini di Israel!"

Yesus dan Beelzebul

Kemudian seorang yang buta dan bisu kerana dirasuk roh jahat dibawa kepada Yesus. Yesus menyembuhkannya sehingga orang itu dapat bercakap dan melihat.

Iman Seorang Wanita

Yesus meninggalkan tempat itu lalu pergi ke kawasan dekat bandar Tirus dan Sidon. Seorang wanita Kanaan yang tinggal di kawasan itu datang kepada Yesus dan berseru, "Anak Daud, kasihanilah saya! Anak perempuan saya dirasuk roh jahat dan keadaannya amat teruk."

Yesus tidak menjawab sepatah kata pun. Pengikut-pengikut-Nya datang dan memohon kepada-Nya, "Suruhlah wanita ini pergi. Dia mengikut kita dan membuat bising sahaja!"

Yesus berkata kepada wanita itu, "Aku diutus hanya kepada orang Israel yang seperti domba yang sesat."

Mendengar kata-kata itu, wanita itu menghampiri Yesus dan sujud di hadapan-Nya. Dia berkata, "Tuan, tolonglah saya."

Tetapi Yesus menjawab, "Tidaklah patut mengambil makanan anak-anak lalu melemparkannya kepada anjing."

"Betul, tuan," jawab wanita itu, "tetapi anjing pun makan sisa yang jatuh dari meja tuannya."

Oleh itu Yesus berkata kepadanya, "Kamu seorang wanita yang sungguh percaya kepada-Ku! Apa yang kamu kehendaki akan berlaku!" Pada saat itu juga anak wanita itu sembuh.

Yesus Menyembuhkan Seorang Anak yang Dirasuk Roh Jahat

Apabila Yesus dan ketiga-tiga orang pengikut-Nya kembali kepada orang ramai, seorang lelaki datang dan berlutut di hadapan Yesus. Dia berkata, "Tuan, kasihanilah anak lelaki saya! Dia menderita penyakit gila babi. Serangan sawannya begitu teruk sehingga kerap kali dia jatuh ke dalam air atau api. Saya membawa dia kepada pengikut-pengikut tuan, tetapi mereka tidak dapat menyembuhkannya."

Yesus menjawab, "Hai kamu orang yang tidak percaya dan yang sesat! Berapa lamakah Aku harus tinggal bersama-sama kamu? Berapa lamakah Aku harus bersabar terhadap kamu? Bawa anak itu ke mari!" Yesus menengking roh jahat itu, dan roh jahat itu pun keluar daripada anak itu. Pada saat itu juga anak itu sembuh.

Pada waktu itu seorang yang dirasuk roh jahat masuk ke dalam rumah ibadat dan berseru, "Engkau mahu buat apa dengan kami, hai Yesus, orang Nasaret? Adakah Engkau mahu membinasakan kami? Aku tahu siapa Engkau: Engkau utusan yang suci daripada Allah!"

Yesus menengking roh itu, "Diam! Keluarlah daripada orang ini!"

Roh jahat itu menggoncangkan badan orang itu kuat-kuat, lalu keluar dari orang itu sambil berteriak.

Yesus Menyembuhkan Orang yang Dirasuk Roh Jahat

Kemudian Yesus dan pengikut-pengikut-Nya tiba di seberang Tasik Galilea, di daerah Gerasa. Sebaik sahaja Yesus turun dari perahu, Dia didatangi oleh seorang lelaki yang keluar dari gua kubur. Orang itu dirasuk roh jahat dan tinggal di kawasan perkuburan. Tiada seorang pun dapat mengikat dia lagi, walaupun dengan rantai. Banyak kali kaki dan tangannya dirantai, tetapi dia sentiasa memutuskan rantai itu dan mematahkan belenggu besi pada kakinya. Dia begitu kuat sehingga tiada seorang pun dapat menahaninya. Siang malam dia berkeliaran di kuburan dan di bukit, sambil berteriak-teriak dan melukai tubuhnya dengan batu.

Dia masih jauh tatkala dia nampak Yesus. Segera dia lari mendekati Yesus lalu sujud di hadapan-Nya. Dengan suara keras dia berseru, "Hai Yesus, Anak Allah Yang Maha Tinggi! Apakah yang akan Engkau lakukan terhadap aku? Demi Allah, aku memohon, janganlah seksa aku!" ( Dia berkata demikian kerana Yesus berkata kepadanya, "Roh jahat, keluarlah daripada orang ini!")

Lalu Yesus bertanya kepadanya, "Siapa namamu?"

Orang itu menjawab, " ‘Legiun’ - kerana kami ini banyak sekali." Dia memohon dengan sangat supaya Yesus tidak menyuruh roh-roh jahat itu keluar dari kawasan itu.

Dekat tempat itu ada kawanan babi yang sedang mencari makan di lereng bukit. Roh-roh jahat itu memohon kepada Yesus, "Suruhlah kami masuk ke dalam babi-babi itu." Yesus bersetuju. Kemudian roh-roh jahat itu keluar daripada orang itu lalu masuk ke dalam babi-babi itu. Kesemua babi itu - lebih kurang dua ribu ekor - terjun dari pinggir jurang ke dalam tasik lalu tenggelam.

Penjaga-penjaga kawanan babi itu lari dan menyebarkan berita itu di bandar dan di kampung. Lalu penduduk keluar hendak melihat apa yang sudah berlaku.

Tetapi kamu memberikan ajaran berikut: Jika seseorang berkata kepada ibu bapanya, ‘Apa yang seharusnya saya gunakan untuk menolong ayah dan emak, sudah saya jadikan Korban. Semuanya sudah saya persembahkan kepada Allah.’ Maka orang itu tidak payah menolong ibu bapanya. Dengan jalan ini ajaran yang kamu sampaikan kepada orang lain, meniadakan firman Allah. Banyak lagi perkara seperti ini yang kamu lakukan."

Hal-Hal yang Menajiskan Orang

Lalu sekali lagi Yesus memanggil orang ramai itu dan berkata kepada mereka, "Dengarlah supaya kamu mengerti! Tiada sesuatu pun dari luar yang masuk ke dalam seseorang, dapat menajiskan dia. Sebaliknya, apa yang keluar daripada seseorang menajiskan dia. [

Iman Seorang Wanita

Kemudian Yesus meninggalkan tempat itu lalu pergi ke kawasan dekat kota Tirus. Dia masuk ke dalam sebuah rumah. Dia tidak mahu orang tahu bahawa Dia di situ, tetapi Dia tidak dapat menyembunyikan diri. Seorang ibu, yang anak perempuannya dirasuk roh jahat mendengar perihal Yesus. Dia segera datang kepada-Nya lalu sujud di hadapan-Nya. Wanita itu bukan orang Yahudi dan dia dilahirkan di daerah Fenisia di Siria. Dia memohon supaya Yesus mengusir roh jahat yang merasuk anaknya. Tetapi Yesus menjawab, "Anak-anak harus diberikan makanan terlebih dahulu, kerana tidak patut kita mengambil makanan mereka lalu melemparkannya kepada anjing."

"Tuan," jawab wanita itu, "anjing di bawah meja pun makan sisa yang dijatuhkan oleh anak-anak!"

Yesus berkata kepadanya, "Kerana jawapanmu itu, pulanglah; roh jahat sudah keluar daripada anak perempuanmu!"

Ketika ibu itu tiba di rumah, dia mendapati anaknya terbaring di katil, dan roh jahat benar-benar sudah keluar daripada anak itu.

Seorang daripada orang ramai itu menjawab, "Guru, saya membawa anak saya kepada pengikut-pengikut guru. Dia bisu kerana dirasuk roh jahat. Apabila roh jahat menyerang dia, tubuhnya dibanting-banting ke tanah dan mulutnya berbuih. Giginya berkertak dan badannya menjadi kaku. Saya meminta pengikut-pengikut guru mengusir roh jahat itu, tetapi mereka tidak dapat melakukannya."

Yesus berkata kepada mereka, "Hai kamu orang yang tidak percaya! Berapa lamakah harus Aku tinggal bersama-sama kamu? Berapa lamakah harus Aku bersabar terhadap kamu? Bawa anak itu ke mari!" Mereka pun membawa dia kepada Yesus.

Sebaik sahaja roh jahat itu melihat Yesus, roh jahat itu membuat anak itu kena sawan sehingga anak itu jatuh terguling-guling ke tanah. Mulutnya berbuih. Yesus bertanya kepada bapa anak itu, "Sudah berapa lamakah dia begini?"

Bapanya menjawab, "Sejak dia masih kanak-kanak lagi! Sering kali roh jahat itu cuba membunuhnya dengan membuang dia ke dalam api atau air. Kasihanilah kami dan tolonglah kami, sekiranya guru dapat menolong!"

"Apa katamu? Jika guru dapat?" jawab Yesus. "Orang yang percaya kepada Allah dapat melakukan segala sesuatu!"

Bapa itu segera berseru, "Saya percaya, tetapi iman saya kurang. Tolonglah saya supaya lebih percaya lagi!"

Yesus melihat bahawa orang ramai mula datang berkerumun. Oleh itu Dia memerintah roh jahat itu dengan berkata, "Roh tuli dan bisu, Aku memerintah kamu keluar daripada anak ini dan jangan sekali-kali masuk lagi!"

Roh jahat itu berteriak dan membuat anak itu berkejang-kejang, lalu keluar daripada anak itu. Anak itu kelihatan seperti mayat sehingga semua orang berkata, "Dia sudah mati!" Tetapi Yesus memegang tangannya dan menolong dia bangun. Anak itu pun berdiri.

Yesus Menyembuhkan Banyak Orang

Yesus meninggalkan rumah ibadat itu, lalu pergi ke rumah Simon. Ibu mentua Simon sakit; dia demam. Orang di situ memberitahukan hal itu kepada Yesus. Yesus mendekati katil ibu itu, lalu mengusir demamnya. Demam ibu mentua Simon hilang, lalu dia segera bangun untuk melayani mereka.

Sedang Yesus naik ke darat, Dia didatangi seorang lelaki dari bandar. Orang itu dirasuk roh jahat. Sudah lama orang itu tidak berpakaian dan tidak mahu tinggal di rumah. Dia tinggal di gua kubur. Apabila dia melihat Yesus, dia berteriak serta sujud di hadapan Yesus, dan berseru, "Hai Yesus, Anak Allah Yang Maha Tinggi! Apakah yang akan Engkau lakukan terhadap aku? Aku mohon, janganlah seksa aku!" Orang itu berkata demikian kerana Yesus telah memerintah roh jahat itu keluar daripadanya. Banyak kali roh jahat itu menguasai orang itu. Walaupun dia dijaga dengan ketat dan kaki tangannya dirantai, dia dapat memutuskan rantai itu, lalu roh jahat membawa dia ke padang gurun.

Yesus bertanya kepadanya, "Siapa namamu?"

Dia menjawab, " ‘Legiun’ " - kerana banyak roh jahat sudah masuk ke dalam dirinya. Roh-roh jahat itu memohon supaya Yesus tidak menghalau roh-roh itu ke Jurang Maut.

Dekat tempat itu ada kawanan babi sedang mencari makan di lereng bukit. Roh-roh jahat itu memohon supaya Yesus membenarkan roh-roh itu masuk ke dalam kawanan babi itu. Yesus bersetuju. Begitulah roh-roh jahat itu keluar daripada orang itu lalu masuk ke dalam kawanan babi. Kemudian kawanan babi itu lari ke tepi jurang dan terjun ke dalam tasik lalu tenggelam.

Penjaga-penjaga babi itu nampak apa yang sudah berlaku. Mereka lari dari situ lalu menyebarkan berita itu di bandar dan di kampung-kampung sekitarnya. Lalu orang ramai keluar hendak melihat apa yang sudah berlaku. Mereka datang kepada Yesus dan mendapati orang yang telah dibebaskan daripada roh jahat duduk dekat kaki Yesus. Orang itu sudah berpakaian dan waras fikirannya. Mereka semua ketakutan.

Ketahuilah, ada beberapa orang di sini yang tidak akan meninggal, sebelum melihat Allah memerintah."

Yesus Dipermuliakan

Kira-kira seminggu setelah Yesus mengatakan perkara-perkara itu, Dia membawa Petrus, Yohanes, dan Yakobus ke sebuah bukit untuk berdoa. Sedang Yesus berdoa, wajah-Nya berubah dan pakaian-Nya menjadi putih berkilauan. Tiba-tiba dua orang bercakap dengan Dia; mereka Musa dan Elia. Mereka kelihatan bersinar-sinar dengan cahaya dari syurga. Mereka berkata-kata dengan Yesus tentang bagaimana Yesus akan segera memenuhi rancangan Allah dengan kematian-Nya di Yerusalem.

Pada waktu itu Petrus dan kawan-kawannya tidur nyenyak. Tetapi mereka terjaga dan nampak kemuliaan Yesus serta dua orang yang berdiri dengan-Nya. Ketika dua orang itu hendak meninggalkan Yesus, Petrus berkata kepada-Nya, "Guru, sungguh baik kami di sini. Kami akan mendirikan tiga buah khemah: satu untuk Guru, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Elia." (Sebenarnya Petrus tidak mengetahui apa yang dikatakannya.)

Seorang lelaki dari tengah-tengah orang ramai itu berseru, "Guru, tolonglah lihat anak saya - anak tunggal saya! Apabila roh jahat merasuknya, dia tiba-tiba berteriak dan menderita penyakit gila babi sehingga mulutnya berbuih. Roh jahat itu terus-menerus menyakiti dia dan tidak mahu melepaskannya! Saya telah meminta pengikut-pengikut Guru mengusir roh jahat itu, tetapi mereka tidak dapat melakukannya."

Yesus menjawab, "Hai kamu yang sesat dan tidak percaya! Berapa lamakah harus Aku tinggal bersama-sama kamu dan bersabar terhadap kamu?" Lalu Yesus berkata kepada orang itu, "Bawalah anakmu ke mari."

Ketika anak itu menghampiri Yesus, roh jahat membanting anak itu ke tanah lalu tubuhnya berkejang-kejang. Yesus mengusir roh jahat itu dan menyembuhkan anak itu, lalu menyerahkannya kembali kepada bapanya. Semua orang hairan melihat kuasa Allah yang begitu besar!

Yesus Berkata-kata Lagi tentang Kematian-Nya

Sementara mereka masih terhairan-hairan tentang segala perkara yang dilakukan-Nya, Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya,

Yesus dan Beelzebul

Pada suatu hari Yesus mengusir roh jahat daripada seorang bisu. Setelah roh jahat itu keluar, orang itu mula bercakap. Orang ramai hairan,

Seorang antara mereka memukul hamba Imam Agung serta mengerat telinga kanannya.

Yesus berkata, "Sudahlah!" Lalu Dia menjamah telinga orang itu dan menyembuhkannya.

Setelah utusan-utusan Yohanes pergi, Yesus mula bercakap tentang Yohanes kepada orang ramai. Dia berkata, "Apabila kamu pergi kepada Yohanes di padang gurun, apakah yang mahu kamu lihat? Sehelai rumput yang ditiup anginkah? Kamu keluar mahu melihat apa? Seorang yang berpakaian indahkah? Orang yang berpakaian demikian dan yang hidup mewah tinggal di istana! Katakanlah, kamu keluar mahu melihat apa? Seorang nabikah? Betul, bahkan lebih daripada seorang nabi. Yohanes itulah yang dikatakan dalam ayat Alkitab, ‘Allah berfirman: Inilah utusan-Ku. Aku akan mengutus dia terlebih dahulu daripada-Mu supaya menyediakan jalan bagi-Mu.’ " Yesus berkata pula, "Hendaklah kamu tahu bahawa di dunia ini tidak ada orang yang lebih besar daripada Yohanes Pembaptis. Tetapi orang terkecil antara mereka yang menikmati Pemerintahan Allah, lebih besar daripada Yohanes."

Orang ramai termasuk para pemungut cukai mendengar Yesus mengatakan hal itu. Merekalah yang mentaati perintah Allah dan mahu dibaptis oleh Yohanes. Tetapi orang Farisi dan guru Taurat tidak mahu menerima apa yang dikehendaki oleh Allah bagi diri mereka, dan tidak mahu dibaptis oleh Yohanes.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.