Mudança
A mudança é constante na vida, mas Deus é imutável. A Bíblia nos ensina a abraçar a transformação espiritual enquanto confiamos no Deus que é o mesmo ontem, hoje e sempre.
Deus é imutável
Jesus Cristo é o mesmo ontem, hoje e para sempre. Deus não muda — Ele é a rocha firme em meio às mudanças constantes da vida.
Yesus Kristus tetap sama, baik dahulu, sekarang, dan selama-lamanya.
Persembahan Persepuluhan
"Akulah TUHAN; Aku tidak berubah. Oleh itu kamu, keturunan Yakub, tidak dibinasakan sama sekali.
Setiap pemberian yang baik dan sempurna datangnya dari syurga dan diturunkan oleh Allah, Pencipta semua cahaya di langit. Dia Allah yang tidak berubah, dan Dia tidak menyebabkan kegelapan apa pun.
Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya."
Transformação em Cristo
Se alguém está em Cristo, é nova criação. Somos transformados de glória em glória à imagem do Senhor pelo poder do Espírito.
Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi manusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula.
Sekarang muka kita tidak berselubung dan kita memantulkan kemuliaan Tuhan. Kemuliaan itu berasal daripada Tuhan, dan Tuhan itu Roh yang mengubah kita semua. Kita semakin menjadi seperti Dia dan semakin memiliki kemuliaan-Nya.
Janganlah ikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir, sehingga kamu dapat mengetahui kehendak Allah - iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya, serta yang sempurna.
Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Kita sekarang anak-anak Allah, tetapi keadaan kita kelak belum jelas. Tetapi kita tahu bahawa apabila Kristus datang, kita akan menjadi seperti Dia, kerana kita akan melihat Dia dalam keadaan-Nya yang sebenarnya.
Dia akan mengubah tubuh kita yang lemah dan fana ini, menjadi seperti tubuh-Nya sendiri yang mulia itu. Dia dapat melakukan hal itu kerana Dia memiliki kuasa untuk menaklukkan segala sesuatu.
Ketahuilah rahsia ini: Tidak semua daripada kita akan mati. Tetapi ketika trompet dibunyikan untuk kali terakhir, dengan tiba-tiba dan dalam sekejap mata kita semua akan diubah. Hal itu berlaku, kerana ketika trompet dibunyikan, orang mati akan dibangkitkan dengan tubuh yang abadi, dan kita semua akan diubah.
Arrependimento como mudança
Arrependei-vos, pois, e convertei-vos. O arrependimento é a mudança mais radical — da morte para a vida, do pecado para a graça.
Lakukanlah perkara-perkara yang menunjukkan bahawa kamu sudah bertaubat daripada dosa.
Tidak! Tetapi ingatlah, kecuali kamu bertaubat daripada dosa, kamu semua akan binasa seperti mereka.
Oleh itu, bertaubatlah daripada dosa dan kembalilah kepada Allah, supaya Dia menghapus dosa saudara-saudara.
Tempos e ciclos
Para tudo há uma estação e um tempo para cada propósito debaixo do céu. Deus faz novas todas as coisas no tempo certo.
Segala Sesuatu Ada Waktunya
Segala sesuatu di dunia ini berlaku pada waktu yang ditentukan Allah.
Keturunan yang satu datang dan keturunan yang lain pergi, tetapi dunia ini tetap sama juga. Matahari terbit dan matahari terbenam, lalu tergesa-gesa kembali ke tempat terbitnya. Angin bertiup ke selatan dan ke utara, berpusing-pusing lalu kembali semula. Tiap-tiap sungai mengalir ke laut, namun laut tidak penuh. Airnya kembali ke hulu sungai, lalu mulai mengalir lagi.
Hal yang telah berlaku dahulu, akan berulang lagi. Apa yang telah dilakukan dahulu, akan dilakukan lagi. Tiada sesuatu yang baru di seluruh dunia ini. "Lihatlah," kata orang, "yang ini baru!" Tetapi semua itu telah berlaku lama sebelum kita dilahirkan.
Perhatikanlah perkara baru yang akan segera Kulakukan.
Lihatlah, Aku sudah pun memulakannya.
Aku akan membina jalan di padang gurun,
dan memberi kamu anak-anak sungai di padang pasir.
Mula-mula kamu harus mengerti bahawa pada akhir zaman akan muncul beberapa orang yang kehidupan mereka dikuasai oleh hawa nafsu. Mereka akan memperolok-olokkan kamu dengan berkata, "Bukankah Tuhan berjanji akan datang? Di manakah Dia? Ibu bapa kita sudah meninggal, tetapi segala-galanya masih sama sahaja seperti sejak kejadian alam!" Mereka sengaja tidak mahu mengakui bahawa dahulu Allah menciptakan langit dan bumi dengan firman-Nya. Bumi dijadikan daripada air dan dengan air. Dengan air juga, iaitu air bah, dunia zaman dahulu itu dibinasakan. Tetapi langit dan bumi sekarang ini, dipelihara oleh firman Allah itu juga, untuk dimusnahkan dengan api kelak. Langit dan bumi masih dipelihara sehingga hari orang derhaka dihukum dan dibinasakan.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.