Pular para o conteúdo
Publicidade

Namoro e sexo

Por Bíblia Online

Namoro e sexo são temas que a Bíblia trata com clareza e sem tabus. Deus criou o sexo como bênção dentro do casamento e nos chama à pureza fora dele.

Pureza sexual

A vontade de Deus é a santificação. Cada um saiba controlar seu próprio corpo em santidade e honra, não na paixão do desejo.

Inilah kehendak Allah bagi kamu: Hendaklah kamu mengamalkan hidup yang suci, dan menjauhkan diri daripada perbuatan yang cabul. Setiap orang lelaki antara kamu harus tahu bagaimana hidup bersama-sama isterinya dengan cara yang menyenangkan hati Allah dan manusia, serta tidak mengikut hawa nafsu, seperti yang dilakukan orang yang tidak mengenal Allah.

Seorang lain berkata, "Makanan untuk perut dan perut untuk makanan." Betul, tetapi Allah akan meniadakan kedua-duanya. Tubuh kita tidak boleh digunakan untuk melakukan perbuatan cabul, tetapi untuk mengabdikan diri kepada Tuhan, dan Tuhan akan memelihara tubuh kita.

Setiap orang yang mempunyai harapan ini kepada Kristus, menjaga dirinya supaya suci, sebagaimana Kristus pun suci.

Arrependimento e restauração

Bem-aventurado aquele cujo pecado é perdoado. Deus restaura os que se arrependem e cria neles um coração limpo e renovado.

Pengakuan dan Pengampunan

Mazmur Daud. Sajak.

Berbahagialah orang

yang dosa mereka telah diampunkan,

yang kesalahan mereka telah dimaafkan.

Berbahagialah orang

yang tidak dituduh oleh TUHAN kerana kejahatan mereka,

dan yang tidak suka menipu.

Ketika aku tidak mengakui dosaku,

aku letih kerana menangis sepanjang hari.

Siang malam Engkau menghukum aku, ya TUHAN;

tenagaku habis seperti embun diserap terik matahari.

Kemudian aku mengakui dosaku kepada-Mu;

aku tidak menyembunyikan perbuatanku yang salah.

Aku mengambil keputusan untuk mengakui dosaku kepada-Mu,

dan Engkau mengampunkan segala kesalahanku.

Oleh itu semua umat-Mu yang setia

haruslah berdoa kepada-Mu pada masa kesusahan;

apabila banjir kesusahan melanda,

mereka tidak ditimpanya.

setelah baginda ditegur oleh Nabi Natan kerana berzina dengan Batsyeba.

Kasihanilah aku, ya Allah, kerana kasih-Mu;

hapuskanlah dosa-dosaku, kerana belas kasihan-Mu sungguh besar.

Basuhlah aku daripada segala kejahatanku,

dan bersihkanlah aku daripada dosaku.

Aku jahat sejak aku dilahirkan;

aku berdosa sejak aku dalam kandungan.

Engkau menghendaki ketulusan hati;

penuhkanlah batinku dengan kebijaksanaan-Mu.

Sucikanlah aku, maka aku akan menjadi bersih;

basuhlah aku, lalu aku akan menjadi lebih putih daripada salji.

Biarlah aku mendengar suara kesukaan dan kegembiraan,

agar aku yang Engkau hancurkan dan remukkan,

akan menjadi gembira semula.

Palingkanlah wajah-Mu daripada dosaku,

dan hapuskanlah segala kejahatanku.

Ya Allah, ciptalah hati yang murni bagiku,

baharuilah batinku agar menjadi teguh.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.