Pular para o conteúdo
Publicidade

Não desista!

Por Bíblia Online

'Não desista!' é o grito do céu para a terra. Deus nos encoraja a perseverar na fé, na oração e na esperança, porque a vitória pertence aos que não se rendem.

Força na fraqueza

Os que esperam no Senhor renovam as forças. Deus não se cansa nem se fatiga — Ele dá poder aos fracos e vigor aos cansados.

Tidakkah kamu tahu? Belumkah kamu mendengar?

TUHAN ialah Allah yang kekal;

Dialah yang menciptakan seluruh bumi.

Dia tidak pernah letih atau lesu.

Tiada sesiapa pun dapat menyelami fikiran-Nya.

Dia menguatkan orang yang lemah,

dan memberikan kekuatan kepada orang yang tidak berdaya.

Orang muda pun menjadi letih dan lesu;

anak muda pun jatuh kerana keletihan.

Tetapi orang yang berharap kepada TUHAN

akan mendapat kekuatan baru.

Mereka seperti burung rajawali,

yang terbang tinggi dengan kekuatan sayapnya.

Mereka akan berlari dan tidak lelah;

mereka akan berjalan dan tidak menjadi lemah.

Allah Akan Memberkati Umat-Nya

Kamu yang tinggal di Yerusalem tidak akan menangis lagi. TUHAN berbelas kasihan. Manakala kamu berseru minta tolong kepada-Nya, Dia akan menjawab.

Allah Berjanji Menyelamatkan Umat-Nya

Hai Israel, demikianlah firman TUHAN

yang telah menciptakan kamu,

"Janganlah takut! Aku akan menyelamatkan kamu.

Aku telah memanggil kamu dengan nama kamu,

kamu milik-Ku.

Apabila kamu menyeberangi laut yang dalam, Aku akan menyertai kamu;

kamu tidak akan tenggelam dalam kesusahan.

Apabila kamu melalui api, kamu tidak akan terbakar;

kamu tidak akan dicelakakan oleh cubaan yang berat.

Akulah TUHAN, Allah kamu,

Allah Israel, Allah yang suci, yang telah menyelamatkan kamu.

Aku akan menyerahkan Mesir untuk menebus kamu;

Aku akan menyerahkan Etiopia dan Seba untuk membebaskan kamu.

Aku sudah mengalami hidup serba kekurangan dan juga lebih daripada kecukupan. Aku mengetahui rahsianya untuk menghadapi berbagai-bagai keadaan. Aku berpuas hati baik ketika kenyang ataupun lapar, baik ketika hidup mewah ataupun berkekurangan. Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan.

Hidup dengan Beriman

Itulah sebabnya kami tidak tawar hati. Meskipun tubuh kami ini menjadi reput, tetapi batin kami dibaharui setiap hari. Kesusahan yang kami alami ini hanya untuk sementara dan tidak seberapa banyak, tetapi akan mendatangkan kemuliaan yang luar biasa dan kekal. Kemuliaan itu jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kesusahan itu. Hal itu demikian kerana kami menumpukan perhatian kepada apa yang tidak kelihatan, dan bukan kepada apa yang kelihatan. Apa yang kelihatan hanya tahan sementara, tetapi apa yang tidak kelihatan itu kekal selama-lamanya.

Perseverança na fé

Não perca a confiança, pois ela tem grande recompensa. O justo viverá pela fé, e quem perseverar até o fim será salvo.

Oleh itu, janganlah putus harapan, kerana besar balasannya jika kamu tetap berharap.

Hendaklah kita berpegang teguh kepada harapan yang kita akui, kerana Allah dapat dipercayai dan Dia akan menepati janji-Nya. Hendaklah kita perhatikan satu sama lain, supaya kita dapat saling memberikan dorongan untuk mengasihi satu sama lain dan untuk melakukan hal yang baik. Janganlah kita hentikan kebiasaan berkumpul bersama-sama, seperti yang dilakukan oleh beberapa orang saudara. Sebaliknya lebih-lebih lagi kita harus menggalakkan satu sama lain, kerana kita tahu bahawa tidak lama lagi Tuhan akan datang.

Tanpa iman, tidak seorang pun dapat menyenangkan hati Allah. Orang yang datang kepada Allah mesti percaya bahawa Allah wujud, dan bahawa Allah menganugerahi orang yang mencari-Nya.

Firman Allah itu hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang bermata dua. Firman itu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh, sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum. Firman Allah menghakimi fikiran dan niat hati manusia.

Oleh itu, janganlah kita jemu melakukan perkara-perkara baik. Jika kita tidak berhenti-henti berbuat demikian, kelak kita akan menuai hasilnya.

Aku akan segera datang! Jagalah baik-baik apa yang kamu miliki, supaya tidak seorang pun merampas hadiah kemenangan kamu.

Itulah sebabnya umat Allah yang taat kepada perintah-Nya dan setia kepada Yesus mesti tabah hati.

Cubaan dan Godaan

Berbahagialah orang yang tabah semasa mengalami cubaan. Apabila mereka berjaya mengatasi cubaan itu, mereka akan menerima pahala berupa kehidupan yang sudah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang mengasihi-Nya.

Deus é refúgio

O Senhor é nosso refúgio e fortaleza. Ele ouve nossas orações, nos consola nas tribulações e transforma choro em dança.

Allah Menyertai Kita

Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir. Dengan lagu Alamot.

Kata-katanya halus merayu,

tetapi hatinya penuh kebencian;

kata-katanya lemah-lembut,

tetapi menikam hati seperti pedang yang tajam.

Dia memerintah dunia dengan adil,

dan menghakimi rakyat dengan saksama.

TUHAN adalah pernaungan bagi orang yang ditindas,

tempat perlindungan pada masa kesusahan.

Semoga orang yang menabur benih sambil menangis,

dapat menuai hasilnya sambil bergembira!

Orang yang menabur benih sambil mencucurkan air mata,

akan pulang membawa hasil tanaman sambil menyanyi dengan gembira.

Kasihilah TUHAN, hai semua umat-Nya yang setia.

TUHAN melindungi orang yang setia,

tetapi menghukum orang yang sombong.

Taurat TUHAN Memberikan Cahaya

Firman-Mu itu pelita yang memimpin aku,

dan cahaya yang menerangi jalanku.

Dia dekat dengan orang yang berseru kepada-Nya,

dan yang memohon kepada-Nya dengan tulus hati.

Dia membekalkan keperluan semua orang yang menghormati-Nya;

Dia mendengar seruan mereka dan menyelamatkan mereka.

Vitória em Cristo

Jesus venceu o mundo e nos dá vitória. Para Deus nada é impossível, e Ele faz infinitamente mais do que pedimos ou pensamos.

Aku mengatakan semua ini supaya kamu beroleh kesejahteraan kerana bersatu dengan Aku. Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia!"

Sejak itu banyak pengikut Yesus meninggalkan Dia dan tidak mahu mengikut Dia lagi. Oleh itu Yesus bertanya kepada dua belas orang pengikut-Nya, "Adakah kamu pun akan meninggalkan Aku?"

Simon Petrus berkata kepada-Nya, "Ya Tuhan, kepada siapakah kami akan pergi? Kata-kata Tuhan memberikan hidup sejati dan kekal. Sekarang kami percaya dan yakin bahawa Tuhan utusan suci daripada Allah."

Aku tidak akan meninggalkan kamu sendirian seperti yatim piatu; Aku akan kembali kepada kamu.

Minta, Cari, dan Ketuk

"Mintalah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan menerimanya. Carilah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan mendapatnya. Ketuklah pintu, maka Allah akan membukanya bagi kamu. Hal itu demikian kerana setiap orang yang meminta sesuatu daripada Allah akan menerimanya; setiap orang yang mencari sesuatu daripada Allah akan mendapatnya; dan Allah akan membuka pintu bagi setiap orang yang mengetuknya.

Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu. Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati; kamu akan mendapat kesejahteraan. Perintah yang Aku berikan kepada kamu mudah diturut, dan beban yang Aku berikan mudah dipikul."

Yesus memandang mereka lalu berkata, "Hal ini mustahil bagi manusia, tetapi Allah dapat melakukan segala perkara!"

Bagi Allah tiada perkara yang mustahil."

Esperança e transformação

O Senhor completa a boa obra que começou em nós. Ele faz novas todas as coisas e dá esperança para o futuro.

Aku yakin bahawa Allah, yang sudah memulakan pekerjaan yang baik pada diri kamu, akan meneruskannya sehingga selesai pada Hari Kristus Yesus datang kembali.

Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi manusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula.

Langit Baru dan Bumi Baru

Kemudian aku nampak langit baru dan bumi baru. Langit pertama dan bumi pertama tidak ada lagi, dan laut pun lenyap. Aku nampak kota suci itu, Yerusalem baru turun dari syurga daripada Allah. Kota itu sudah disiapkan seperti pengantin perempuan yang telah berhias untuk menemui suaminya. Aku mendengar suara lantang berseru dari takhta itu, "Sekarang Allah tinggal bersama-sama manusia! Dia akan hidup bersama-sama mereka dan mereka akan menjadi umat-Nya. Allah sendiri akan tinggal bersama-sama mereka dan menjadi Allah mereka. Dia akan menyapu air mata mereka. Kematian akan tiada lagi, demikian juga kesedihan, tangisan, dan kesakitan. Perkara-perkara lama sudah lenyap."

TUHAN itu baik;

Dia melindungi umat-Nya pada masa mereka susah,

Dia menjaga orang yang berlindung kepada-Nya.

Aku sendiri tahu akan rancangan-Ku untuk kamu. Rancangan itu bukan untuk mencelakakan kamu, tetapi untuk kemakmuran kamu dan untuk memberikan masa depan yang kamu harap-harapkan.

Tetapi kamu mesti tabah dan berani. Pekerjaan yang kamu lakukan akan diberikan ganjaran."

Permanecendo firme

Persevere na oração, firme-se na Palavra e fortaleça-se na graça de Cristo. A fé vem pelo ouvir, e o ouvir pela Palavra de Deus.

Jangan malas, tetapi bekerjalah dengan rajin. Abdikanlah diri kepada Tuhan dengan semangat daripada Roh Allah. Kerana kamu berharap kepada Tuhan, bersukacitalah. Bersabarlah semasa mengalami kesusahan dan berdoalah sentiasa.

Kerana kamu berharap kepada Tuhan, bersukacitalah. Bersabarlah semasa mengalami kesusahan dan berdoalah sentiasa.

Saudara-saudaraku! Jangan sekali-kali balas dendam; biarlah Allah yang membalas dendam. Di dalam Alkitab tertulis, "Aku akan membalas kejahatan mereka. Aku akan menghukum mereka, firman Tuhan."

Oleh itu orang dapat percaya kerana mendengar perkhabaran itu, dan orang dapat mendengar perkhabaran itu kerana ada orang yang memberitakan Kristus.

Kita tahu bahawa Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia dan yang sudah dipanggil-Nya sesuai dengan rancangan-Nya.

Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah.Dengan Alkitab, orang yang mengabdikan diri kepada Allah dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam pekerjaan yang baik.

Ikutilah ajaran benar yang telah aku ajarkan kepadamu. Hendaklah engkau tetap berpegang kepada iman dan kasih yang menjadi milik kita kerana bersatu dengan Kristus Yesus. Dengan kuasa Roh Allah yang hidup di dalam kita, jagalah Berita Baik yang telah dipercayakan kepadamu, seperti engkau menjaga harta yang berharga.

Allah Bapa kita mengasihi kita, dan kerana rahmat-Nya Dia menyebabkan kita sentiasa tabah mengharapkan yang baik. Semoga Dia dan Tuhan kita Yesus Kristus sendiri menggalakkan kamu dan menguatkan kamu untuk melakukan dan mengatakan yang baik.

Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah.

Kita berani menghadap Allah, kerana kita yakin bahawa Dia mengabulkan doa kita, jika kita memohon apa sahaja yang sesuai dengan kehendak-Nya. Kita tahu bahawa Dia mendengarkan kita bila-bila masa kita memohon kepada-Nya. Oleh itu kita pun tahu bahawa Dia memberi kita apa yang kita minta daripada-Nya.

Dia tahan menghadapi segala sesuatu; dia mempercayai orang lain, tidak hilang harapan, dan sentiasa bersabar.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.