Pular para o conteúdo
Publicidade

Não temas

Por Bíblia Online

'Não temas' é uma das frases mais repetidas na Bíblia. Deus a pronuncia nos momentos de maior temor, lembrando que sua presença e poder são maiores que qualquer ameaça.

Deus está contigo

Não temas, porque eu sou contigo. Deus repete essa promessa em cada crise, guerra e desafio que seus filhos enfrentam.

Jangan takut kerana Aku menyertai kamu.

Jangan cemas kerana Akulah Allah kamu.

Aku akan menguatkan dan menolong kamu;

Aku akan melindungi dan menyelamatkan kamu.

Akulah TUHAN, Allah kamu;

Aku menguatkan kamu dan berfirman,

‘Jangan takut, Aku akan menolong kamu.’ "

TUHAN berfirman,

"Walaupun kamu kecil dan lemah, hai Israel,

jangan takut, Aku akan menolong kamu.

Aku, Allah Israel, Allah yang suci,

Akulah yang menyelamatkan kamu.

Hai Yerusalem, naiklah ke atas gunung yang tinggi

dan isytiharkanlah berita baik!

Hai Sion, berserulah dengan suara yang lantang

dan umumkanlah berita baik!

Berserulah dan jangan takut.

Beritahulah kota-kota di Yehuda

bahawa Allah mereka akan datang!

Ingatlah perintah-Ku kepadamu supaya engkau yakin dan berani! Jangan takut ataupun tawar hati, kerana Aku, TUHAN, Allahmu, menyertai engkau ke mana sahaja engkau pergi."

Kamu harus yakin dan berani. Jangan takut akan bangsa-bangsa itu. TUHAN, Allah kamu akan menyertai kamu. Dia tidak sekali-kali akan mengecewakan kamu ataupun meninggalkan kamu."

Perjanjian Allah dengan Abram

Selepas itu, Abram mendapat penglihatan dan mendengar TUHAN berfirman kepadanya, "Jangan takut, Abram. Aku akan melindungi engkau daripada bahaya dan memberikan pahala yang besar kepadamu."

Coragem diante do perigo

Não tenhas medo — o Senhor teu Deus está no meio de ti, poderoso para salvar. Ele luta por nós e dá forças aos medrosos.

Akan tiba masanya orang berkata kepada Yerusalem,

"Hai Bukit Sion, jangan takut dan jangan putus asa.

TUHAN, Allah kamu menyertai kamu;

kamu menang kerana kuasa-Nya.

TUHAN gembira dan bersukacita kerana kamu;

Dia memberi kamu hidup baru

kerana Dia mengasihi kamu.

Kamu menyukakan hati-Nya,

maka Dia akan menyanyi dengan gembira,

"Janganlah takut," kata Elisa. "Yang di pihak kita lebih banyak daripada yang di pihak mereka." Kemudian Elisa berdoa, "Ya TUHAN, celikkanlah mata hambaku ini supaya dia dapat melihat!" TUHAN mengabulkan doanya. Hamba Elisa menengadah dan nampak bukit itu penuh dengan kuda dan kereta kuda berapi di sekeliling Elisa.

Hai ladang, jangan takut;

bersukacitalah dan bergembiralah,

kerana perkara besar yang dilakukan TUHAN untukmu.

Tetapi TUHAN menjawab, "Jangan berkata bahawa engkau masih terlalu muda. Pergilah kepada orang yang Kusuruh engkau pergi, dan beritahulah mereka segala sesuatu yang Kuperintahkan kepadamu. Jangan takut terhadap mereka kerana Aku akan menyertai engkau untuk melindungimu. Aku, TUHAN telah berfirman!"

Pada suatu malam dalam suatu penglihatan, Tuhan berfirman kepada Paulus, "Janganlah takut! Berkata-katalah terus dan jangan berhenti, kerana Aku menyertai engkau. Tidak seorang pun dapat mencederakan engkau, kerana banyak orang di kota ini umat-Ku."

Tetapi engkau, hai manusia fana, janganlah takut kepada mereka atau kepada apa-apa sahaja yang dikatakan mereka. Mereka akan mencabar dan menghina engkau. Engkau akan merasa seperti hidup di tengah-tengah kala jengking. Meskipun demikian, janganlah takut kepada pemberontak itu, atau kepada apa-apa sahaja yang dikatakan mereka. Sampaikanlah firman-Ku kepada mereka, sama ada mereka mendengar ataupun tidak. Ingatlah, mereka semuanya pemberontak.

Fé que vence o medo

O medo não vem de Deus. Jesus disse: não temas, crê somente! A fé dissipa o medo e nos conecta ao poder de Deus.

Yesus tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh mereka, tetapi Dia berkata kepada Yairus, "Jangan takut, percayalah kepada-Ku!"

Janganlah takut akan penderitaan yang tidak lama lagi akan kamu alami. Ketahuilah! Iblis akan menguji kamu. Dia akan memasukkan beberapa orang daripada kamu ke dalam penjara. Kamu akan mengalami penderitaan selama sepuluh hari. Hendaklah kamu setia kepada-Ku sampai mati, dan Aku akan mengurniai kamu hidup sejati dan kekal sebagai hadiah kemenangan.

Janganlah takut akan mereka yang membunuh badan, tetapi tidak berkuasa membinasakan roh. Tetapi takutlah akan Allah yang berkuasa membinasakan baik badan mahupun roh di dalam neraka.

Yusuf mempertimbangkan perkara itu. Kemudian dalam mimpi, malaikat Tuhan menampakkan diri kepadanya. Malaikat itu berkata, "Hai Yusuf, keturunan Daud! Janganlah takut memperisteri Maria. Dia mengandung kerana kuasa Roh Allah.

Malaikat itu berkata kepadanya, "Janganlah takut, Maria, kerana Allah berkenan kepada engkau.

Apabila Simon nampak apa yang telah berlaku, dia berlutut di hadapan Yesus sambil berkata, "Tinggalkanlah aku, ya Tuhan! Aku orang berdosa!"

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.