Pular para o conteúdo
Publicidade

Nova criatura

Por Bíblia Online

Em Cristo somos nova criação. O velho se foi, tudo se fez novo. A transformação não é reforma — é renascimento completo pelo poder do Espírito Santo.

Novas criaturas em Cristo

Se alguém está em Cristo, nova criação é. As coisas velhas passaram e eis que tudo se fez novo. A transformação é radical e total.

Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi manusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula.

Sama ada orang bersunat atau tidak, hal ini tidak menjadi soal. Yang penting adalah menjadi manusia baru.

Kita ciptaan Allah dan kerana kita hidup bersatu dengan Kristus Yesus, Allah telah menjadikan kita untuk mengamalkan perbuatan baik, yang sudah disediakan-Nya untuk kita lakukan.

Kemudian Dia yang duduk di atas takhta itu berkata, "Sekarang Aku menjadikan semuanya baru!" Dia juga berkata kepadaku, "Tuliskanlah ini, kerana kata-kata ini benar dan dapat dipercayai."

Despir o velho e vestir o novo

Somos chamados a despir o velho homem e vestir o novo, criado segundo Deus em justiça e santidade provenientes da verdade.

Oleh itu, buanglah cara hidup yang lama, yang menyebabkan kamu berkelakuan seperti dahulu. Cara hidup itu membinasakan kamu, kerana kamu dikuasai keinginan yang menyesatkan. Hati dan fikiran kamu haruslah dibaharui seluruhnya. Hendaklah kamu hidup seperti manusia baru, yang diciptakan menurut rupa Allah. Dengan demikian orang dapat melihat bahawa kamu mengamalkan hidup yang menyenangkan hati Allah dan yang suci.

Janganlah saling mendustai, kerana kamu sudah membuang hidup yang lama dengan semua sifatnya. Sekarang kamu menjadi manusia baru yang sentiasa dibaharui oleh Penciptanya iaitu Allah, supaya menjadi seperti Dia. Dengan demikian kamu dapat mengenal Allah dengan sempurna.

Dengan baptisan itu, kita dikubur dengan Kristus dan ikut mati bersama-sama Dia, supaya sebagaimana Kristus dibangkitkan daripada kematian oleh kuasa Bapa yang mulia, kita pun dapat mengamalkan hidup yang baru.

Jika kita sudah dipersatukan dengan Kristus kerana kita ikut mati dengan Dia, maka kita akan dipersatukan dengan Dia juga kerana kita ikut dihidupkan semula seperti Dia. Kita tahu bahawa tabiat kita yang lama sudah disalibkan bersama-sama Kristus, supaya kuasa tabiat kita yang berdosa itu dimusnahkan, dan kita tidak akan diperhamba oleh dosa lagi. Hal itu demikian, kerana apabila seseorang mati, dia dibebaskan daripada kuasa dosa.

Yang hidup sekarang ini bukanlah aku, tetapi Kristus yang hidup dalam diriku. Hidup yang aku hayati sekarang ini adalah hidup dengan iman kepada Anak Allah yang mengasihi aku dan yang telah mengorbankan diri-Nya untuk aku.

Coração e Espírito novos

Deus promete dar um coração novo e um espírito novo. Pelo novo nascimento somos feitos participantes da natureza divina.

Aku akan memberi mereka hati dan fikiran yang baru. Aku akan menggantikan hati mereka yang keras seperti batu, dengan hati yang taat. Barulah mereka akan mentaati hukum-Ku dan mematuhi semua perintah-Ku dengan setia. Mereka akan menjadi umat-Ku, dan Aku menjadi Allah mereka.

Yesus menjawab, "Percayalah, tidak seorang pun dapat menikmati Pemerintahan Allah kecuali dia dilahirkan semula."

Dengan cara ini Dia telah mengurniai kita berkat-berkat yang sangat baik dan berharga yang dijanjikan-Nya. Dengan berkat-berkat itu kamu terlepas daripada keinginan jahat yang membinasakan, yang terdapat di dunia ini, dan kamu menerima sifat Allah sendiri.

Tetapi TUHAN berfirman,

"Jangan ingat akan peristiwa lalu,

jangan kenang perkara yang sudah-sudah.

Perhatikanlah perkara baru yang akan segera Kulakukan.

Lihatlah, Aku sudah pun memulakannya.

Aku akan membina jalan di padang gurun,

dan memberi kamu anak-anak sungai di padang pasir.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.