Pular para o conteúdo
Publicidade

Obediência aos pais

Por Bíblia Online

A obediência aos pais é mandamento divino com promessa de vida longa. A Bíblia valoriza a honra filial e ensina os filhos a respeitar e obedecer aos pais com amor.

Honrar pai e mãe

O quinto mandamento ordena honrar pai e mãe. É o primeiro mandamento com promessa: para que vá bem e vivas muito na terra.

Hormatilah bapa dan ibu kamu, supaya kamu panjang umur di tanah yang akan Aku berikan kepada kamu.

Hormatilah bapa dan ibu kamu, sebagaimana Aku TUHAN, Allah kamu, perintahkan kamu, supaya kamu sejahtera dan panjang umur di tanah yang akan Aku beri kepada kamu.

Allah berfirman, ‘Hormatilah ibu bapamu,’ dan ‘Orang yang mencaci ibu bapa mesti dihukum mati.’

Anak-Anak dan Ibu Bapa

Hai anak-anak, sebagai pengikut Kristus, kamu harus taat kepada ibu bapa, kerana hal itulah yang seharusnya kamu lakukan. "Hormatilah ibu bapamu" adalah perintah pertama daripada Allah yang disertai janji: "supaya kamu hidup bahagia dan berumur panjang di bumi."

Hai bapa-bapa, janganlah perlakukan anak-anak kamu sedemikian rupa sehingga mereka menjadi marah. Sebaliknya, didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan.

Obedecer e respeitar

Filhos, obedecei a vossos pais no Senhor. A obediência filial é expressão de amor e temor a Deus.

Anak-anak, sebagai orang Kristian kamu wajib mentaati ibu bapa kamu, kerana hal itulah yang menyenangkan hati Allah.

Hai anakku, perhatikanlah kata-kata bapa dan ibumu. Ajaran mereka akan menambah budi pekertimu seperti hiasan kepala dan kalung mempercantik rupamu.

Amaran tentang Zina

Hai anakku, lakukanlah perintah bapamu, dan jangan lupakan ajaran ibumu. Ingatlah dan simpanlah kata-kata mereka dalam hatimu. Ajaran mereka akan memimpin kamu dalam perjalanan, melindungi kamu pada waktu malam, dan menasihati kamu pada waktu siang. Petunjuk mereka bagaikan lampu yang terang, dan teguran mereka menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.

Manfaat Memiliki Hikmat

Hai anak-anak, dengarlah ajaran bapa kamu. Dengarlah baik-baik, supaya kamu menjadi arif. Hal yang aku ajarkan kepada kamu baik, oleh itu ingatlah ajaranku. Ketika aku masih kanak-kanak, sebagai anak lelaki tunggal, bapaku sentiasa mengajar aku. Katanya, "Ingatlah ajaranku dan jangan lupakannya. Lakukanlah perintahku supaya kamu hidup bahagia. Hendaklah kamu bijak dan cerdas. Jangan lupakan ataupun abaikan nasihatku. Jangan tinggalkan hikmat, maka hikmat akan melindungi kamu; cintailah hikmat, maka hikmat akan menjaga kamu agar kamu selamat.

Anak yang bijak menerima tegur ajar bapa, tetapi orang yang sombong tidak mahu menerima tegur ajar.

Ajarilah anak cara hidup yang betul, maka sampai tua pun dia akan hidup demikian.

Disciplina e consequências

A vara e a repreensão dão sabedoria. A Bíblia adverte sobre as consequências sérias da rebeldia e desonra aos pais.

Tegur ajar dan disiplin baik untuk anak-anak. Anak yang dibiarkan menurut sesuka hatinya akan memalukan ibunya.

Hanya anak yang memalukan dan tercela akan menganiaya bapanya dan mengusir ibunya.

Seorang yang mencemuh bapanya, atau menghina ibunya yang sudah tua, patut dimakan burung hering, atau matanya dipatuk burung gagak hutan.

Sesiapa yang memukul bapanya atau ibunya mesti dihukum mati.

Peraturan tentang Anak yang Derhaka

"Andaikata ada seorang yang mempunyai anak yang keras kepala, suka memberontak, dan tidak mahu taat kepada ibu bapanya meskipun mereka menghukum dia. Ibu bapa anak itu harus membawa dia ke hadapan para pemimpin kota, tempat tinggal mereka, lalu minta supaya anak itu diadili. Ibu bapa itu harus berkata kepada para pemimpin, ‘Anak kami keras kepala, suka memberontak, dan tidak mahu taat kepada kami; dia juga pemboros dan pemabuk.’ Kemudian kaum lelaki di kota itu harus merejam anak itu sampai mati. Dengan demikian, kamu akan membasmi kejahatan itu. Setiap orang di Israel akan mendengar tentang peristiwa itu dan menjadi takut."

Sesiapa yang mengutuk ibu bapanya, hidupnya akan lenyap seperti pelita yang padam di tempat gelap.

Hendaklah penderitaan yang kamu tanggung dianggap sebagai hukuman daripada seorang bapa. Penderitaan kamu membuktikan bahawa Allah memperlakukan kamu sebagai anak-anak-Nya. Pernahkah seorang anak tidak dihukum oleh bapanya?

Tetapi jika seorang balu mempunyai anak cucu, mereka inilah yang harus terlebih dahulu menjalankan kewajipan agama terhadap kaum keluarga sendiri. Dengan cara itu mereka membalas budi ibu bapa, nenek, dan datuk. Perbuatan ini menyenangkan hati Allah.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.