Palavras de conforto
Deus é o Deus de todo conforto. Ele consola os que choram, restaura os quebrantados e promete que a dor presente dará lugar à alegria eterna.
O Deus de toda consolação
Bendito seja o Deus e Pai de nosso Senhor Jesus Cristo, Pai das misericórdias e Deus de toda consolação, que nos consola em todas as tribulações.
Paulus Bersyukur kepada Allah
Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus. Dia Bapa yang berbelas kasihan dan Dia Allah yang sentiasa menolong kita. Dia menolong kami semasa kami mengalami kesusahan, supaya dengan pertolongan yang kami terima daripada Allah, kami pun dapat menolong semua orang yang mengalami kesusahan.
Paulus Bersyukur kepada Allah
Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus. Dia Bapa yang berbelas kasihan dan Dia Allah yang sentiasa menolong kita. Dia menolong kami semasa kami mengalami kesusahan, supaya dengan pertolongan yang kami terima daripada Allah, kami pun dapat menolong semua orang yang mengalami kesusahan. Penderitaan yang dialami oleh Kristus, kami alami juga. Melalui Kristus juga, kami ditolong oleh Allah. Jika kami menderita, hal itu untuk pertolongan dan penyelamatan kamu. Jika kami ditolong oleh Allah, kamu juga mendapat pertolongan sehingga kamu tabah hati dan sabar dalam menghadapi kesusahan yang seperti kami alami. Oleh itu kami selalu yakin akan kamu. Kami tahu bahawa sebagaimana kamu mengalami penderitaan yang kami alami, kamu juga mendapat pertolongan seperti kami.
Penderitaan yang dialami oleh Kristus, kami alami juga. Melalui Kristus juga, kami ditolong oleh Allah.
Pujilah Dia,
hai hamba-hamba TUHAN!
Hormatilah Dia,
hai keturunan Yakub;
sembahlah Dia,
hai umat Israel!
Apabila orang salih berseru, TUHAN mendengar
dan menyelamatkan mereka daripada segala kesusahan.
Promessas de restauração
Deus sarará o quebrantado de coração e atará as suas feridas. Quem semeia em lágrimas, colherá com júbilo.
Dia menyembuhkan orang yang hancur hati,
dan membalut luka mereka.
Nyanyikanlah pujian kepada TUHAN,
hai umat-Nya yang setia!
Ingatlah perkara yang telah dilakukan Yang Maha Suci
dan bersyukurlah kepada-Nya!
Allah Menyertai Kita
Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir. Dengan lagu Alamot.
Kata-katanya halus merayu,
tetapi hatinya penuh kebencian;
kata-katanya lemah-lembut,
tetapi menikam hati seperti pedang yang tajam.
Hukumlah mereka, ya Allah kerana kejahatan mereka,
dengan kemurkaan-Mu, binasakanlah mereka!
Dia memerintah dunia dengan adil,
dan menghakimi rakyat dengan saksama.
Aku sangat mengasihi Engkau, ya TUHAN!
Engkaulah pembelaku.
Paz e descanso
Jesus disse: 'Vinde a mim, todos os cansados e sobrecarregados, e eu vos aliviarei.' A paz de Deus que excede todo entendimento guarda o coração.
Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu.
Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu. Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati; kamu akan mendapat kesejahteraan.
Berbahagialah orang yang bersedih hati,
Allah akan menghiburkan mereka!
Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu. Kesejahteraan yang Aku berikan kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia. Janganlah kamu risau dan janganlah takut.
Aku mengatakan semua ini supaya kamu beroleh kesejahteraan kerana bersatu dengan Aku. Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia!"
Demikianlah halnya dengan kamu: Sekarang kamu susah hati, tetapi Aku akan berjumpa lagi dengan kamu. Hati kamu akan dipenuhi kegembiraan yang tidak dapat diambil oleh sesiapa pun.
Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur.
Kesejahteraan daripada Allah yang tidak mungkin difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu, kerana kamu sudah bersatu dengan Kristus Yesus.
Esperança eterna
Deus enxugará toda lágrima. A dor presente é momentânea, mas a glória futura é eterna. O Senhor transforma luto em dança.
Aku mendengar suara lantang berseru dari takhta itu, "Sekarang Allah tinggal bersama-sama manusia! Dia akan hidup bersama-sama mereka dan mereka akan menjadi umat-Nya. Allah sendiri akan tinggal bersama-sama mereka dan menjadi Allah mereka. Dia akan menyapu air mata mereka. Kematian akan tiada lagi, demikian juga kesedihan, tangisan, dan kesakitan. Perkara-perkara lama sudah lenyap."
Kemudian Dia yang duduk di atas takhta itu berkata, "Sekarang Aku menjadikan semuanya baru!" Dia juga berkata kepadaku, "Tuliskanlah ini, kerana kata-kata ini benar dan dapat dipercayai."
Semoga Allah yang memberi kamu harapan, memenuhkan hati kamu dengan kegembiraan dan kedamaian kerana kamu percaya kepada-Nya, supaya dengan kuasa Roh Allah kamu semakin berharap kepada Allah.
Janganlah ikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir, sehingga kamu dapat mengetahui kehendak Allah - iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya, serta yang sempurna.
Jangan takut kerana Aku menyertai kamu.
Jangan cemas kerana Akulah Allah kamu.
Aku akan menguatkan dan menolong kamu;
Aku akan melindungi dan menyelamatkan kamu.
Berita Baik tentang Pembebasan
Kuasa TUHAN Raja ada padaku,
Dia telah memilih aku dan mengutus aku
untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin,
untuk memulihkan orang yang hancur hati,
untuk mengumumkan kemerdekaan kepada orang tawanan,
dan pembebasan kepada orang di dalam penjara.
Dia telah mengutus aku untuk mengisytiharkan
ketibaan masa
bagi TUHAN untuk menyelamatkan umat-Nya,
dan mengalahkan musuh-musuh mereka.
Dia telah mengutus aku untuk menghiburkan orang yang berduka,
untuk memberi orang yang berkabung di Sion,
kesukaan serta kegembiraan, dan bukan kedukaan,
lagu pujian, dan bukan kesedihan.
Mereka akan menjadi seperti pokok
yang ditanam oleh TUHAN sendiri.
Mereka akan melakukan hal yang benar,
dan Allah akan dipuji kerana perbuatan-Nya.
Aku akan menghibur kamu di Yerusalem, seperti ibu menghibur anaknya.
Nunca sozinhos
Deus nunca nos abandona. Ele está ao nosso lado em cada vale, segura nossa mão e promete que o choro não durará para sempre.
TUHAN sendiri akan memimpin dan menyertai engkau. Dia tidak sekali-kali akan mengecewakan ataupun meninggalkan engkau. Oleh itu, jangan takut ataupun cemas."
Janganlah hidup kamu dikuasai oleh cinta akan wang. Hendaklah kamu puas hati dengan apa yang kamu miliki. Allah sudah berfirman, "Aku tidak akan membiarkan kamu; Aku tidak akan meninggalkan kamu."
TUHAN itu baik;
Dia melindungi umat-Nya pada masa mereka susah,
Dia menjaga orang yang berlindung kepada-Nya.
TUHAN, Allah kamu menyertai kamu;
kamu menang kerana kuasa-Nya.
TUHAN gembira dan bersukacita kerana kamu;
Dia memberi kamu hidup baru
kerana Dia mengasihi kamu.
Kamu menyukakan hati-Nya,
maka Dia akan menyanyi dengan gembira,
Aku sendiri tahu akan rancangan-Ku untuk kamu. Rancangan itu bukan untuk mencelakakan kamu, tetapi untuk kemakmuran kamu dan untuk memberikan masa depan yang kamu harap-harapkan.
Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi manusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula.
Oleh itu, orang yang menanggung penderitaan kerana hal itu kehendak Allah, harus berbuat baik dan berserah kepada Pencipta mereka, yang sentiasa menepati janji-Nya.
Oleh itu, rendahkanlah diri kamu ke bawah tangan Allah yang berkuasa, supaya Dia meninggikan kamu pada masa yang ditetapkan-Nya. Serahkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Allah, kerana Dia mengambil berat tentang kamu.
Walaupun aku melalui tempat yang gelap gelita,
aku tidak akan takut,
ya TUHAN,
kerana Engkau menyertai aku.
Engkau melindungi aku
dengan tongkat dan gada-Mu.
Aku telah memohon satu perkara kepada TUHAN;
hanya satu sahaja yang aku minta;
untuk tinggal di dalam Rumah TUHAN sepanjang hidupku,
untuk menyaksikan segala kebaikan-Nya,
dan meminta bimbingan-Nya.
Pada masa kesusahan Dia akan melindungi aku;
Dia akan menjaga aku supaya selamat di dalam Rumah-Nya,
dan menempatkan aku di atas gunung batu.
Bahkan dalam kesengsaraan pun aku terhibur,
kerana janji-Mu memberi aku hidup.
Memang Allah yang meninggikan orang hina,
dan membahagiakan orang susah.
"Betul!" kata Yesus, "Percayalah kepada-Ku: Sesiapa yang meninggalkan rumah tangganya, atau saudara lelakinya atau saudara perempuannya, atau ibunya, atau bapanya, atau anak-anaknya, atau ladangnya kerana Aku dan kerana Berita Baik itu, akan menerima lebih banyak lagi pada zaman ini. Orang itu akan menerima seratus kali ganda rumah, saudara lelaki, saudara perempuan, ibu, anak-anak, ladang, dan juga penganiayaan. Pada zaman yang akan datang orang itu akan beroleh hidup sejati dan kekal.
Aku akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan memberi kamu Penolong lain, yang akan bersama-sama kamu selama-lamanya. Dia Roh Allah, yang menunjukkan apa yang benar tentang Allah. Dunia tidak dapat menerima Dia, kerana dunia tidak dapat melihat Dia ataupun mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia, kerana Dia tinggal dengan kamu dan bersatu dengan kamu.
Aku tidak akan meninggalkan kamu sendirian seperti yatim piatu; Aku akan kembali kepada kamu.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.