Pular para o conteúdo
Publicidade

Pão

Por Bíblia Online

O pão é símbolo central na Bíblia: do maná no deserto ao pão da vida — Jesus. A Escritura usa o pão para ensinar sobre provisão divina, comunhão e dependência espiritual.

O maná do céu

Deus alimentou Israel no deserto com pão do céu. O maná era diário, fiel e suficiente — retrato da provisão constante de Deus.

TUHAN berfirman kepada Musa, "Aku telah mendengar sungutan orang Israel. Katakan kepada mereka, bahawa pada waktu petang mereka akan mendapat daging untuk dimakan, dan pada waktu pagi mereka akan mendapat roti sebanyak yang diingini mereka. Oleh itu mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN, Allah mereka."

Pada petang hari, banyak sekali burung puyuh datang ke perkhemahan mereka sehingga meliputi seluruh perkhemahan. Pada waktu pagi, terdapat pula lapisan embun di sekeliling perkhemahan. Setelah embun itu mengewap, sesuatu yang tipis seperti sisik dan halus seperti embun yang beku terdapat di atas padang gurun. Apabila orang Israel melihatnya, mereka tidak tahu apa benda itu. Mereka bertanya satu sama lain, "Apakah benda ini?"

Musa berkata kepada mereka, "Inilah makanan yang diberi oleh TUHAN kepada kamu untuk dimakan.

Umat Israel menamakan makanan itu manna. Rupanya seperti biji-biji kecil berwarna putih dan rasanya seperti biskut yang dibuat dengan madu.

Tetapi Allah berfirman kepada langit di atas,

dan memberikan perintah supaya pintunya dibuka.

Dia memberi mereka biji-bijian dari syurga,

dengan menurunkan manna untuk makanan mereka.

Demikianlah mereka makan makanan malaikat.

Allah memberi mereka makanan berlimpah-limpah.

Engkau menumbuhkan rumput untuk lembu,

dan tanaman untuk kegunaan orang,

supaya manusia dapat bercucuk tanam,

dan menghasilkan wain untuk menghiburkan hati,

minyak zaitun untuk menyerikan muka,

dan makanan untuk memberikan tenaga.

O pão da vida

Jesus declarou: 'Eu sou o pão da vida.' Quem vem a Ele nunca terá fome, e quem nele crê jamais terá sede. Ele é o sustento eterno.

Yesus berkata, "Apa yang Aku katakan ini benar: Apa yang diberikan oleh Musa kepada kamu bukan roti dari syurga; Bapa-Ku itulah yang memberi kamu roti sebenar dari syurga. Roti yang diberikan oleh Allah adalah Dia yang turun dari syurga dan yang memberikan hidup sejati kepada orang di dunia."

"Guru," kata mereka, "berilah kami roti itu selalu."

"Akulah roti yang memberikan hidup," kata Yesus kepada mereka. "Orang yang datang kepada-Ku tidak akan lapar dan orang yang percaya kepada-Ku tidak akan dahaga selama-lamanya.

Akulah roti yang memberikan hidup. Nenek moyang kamu makan manna di padang gurun, dan mereka mati juga. Tetapi tidak demikian halnya dengan roti yang turun dari syurga; orang yang makan roti itu tidak akan mati. Akulah roti yang memberikan hidup, roti yang turun dari syurga. Orang yang makan roti ini akan hidup selama-lamanya. Roti yang akan Aku berikan itu tubuh-Ku. Aku memberikannya supaya orang di dunia ini boleh hidup."

Dia membiarkan kamu kelaparan lalu memberi kamu manna, iaitu sejenis makanan yang belum pernah dimakan oleh kamu atau nenek moyang kamu. Dia berbuat demikian untuk mengajar kamu bahawa manusia tidak hidup dengan roti sahaja, melainkan dengan tiap-tiap firman TUHAN.

Yesus menjawab, "Di dalam Alkitab tertulis, ‘Manusia tidak dapat hidup dengan roti sahaja, tetapi juga dengan setiap kata yang difirmankan oleh Allah.’ "

Partilha e comunhão

O partir do pão une o corpo de Cristo. Na Ceia, na generosidade e na partilha, expressamos a comunhão com Deus e uns com os outros.

Kemudian Yesus mengambil roti. Setelah Dia mengucap syukur kepada Allah, Dia membahagi roti itu lalu memberikannya kepada mereka sambil berkata, "Inilah tubuh-Ku, yang diberikan untuk kamu. Berbuatlah demikian untuk mengenang Aku."

Oleh itu setiap kali kamu makan roti ini dan minum dari cawan ini, kamu memberitakan kematian Tuhan, sehingga Dia datang.

Semasa Perjamuan Tuhan, kita minum wain dengan mengucap syukur kepada Allah. Hal ini menunjukkan bahawa kita bersatu dengan Kristus dalam kematian-Nya. Semasa roti dibahagi-bahagikan untuk dimakan bersama-sama, hal ini menunjukkan bahawa kita bersatu dalam tubuh Kristus. Kita yang banyak ini satu tubuh, kerana hanya ada satu roti dan kita semua makan daripada roti yang satu itu juga.

Sepatutnya kamu berdoa begini,

‘Ya Bapa kami yang di syurga,

Engkaulah Allah yang Esa,

semoga Engkau disembah dan dihormati.

Engkaulah Raja kami.

Semoga Engkau memerintah di bumi,

dan seperti di syurga, kehendak-Mu ditaati.

Berilah kami makanan yang kami perlukan pada hari ini.

Orang yang murah hati dan membahagikan makanan kepada orang miskin akan diberkati TUHAN.

Tetapi Yesus menjawab, "Sebaiknya kamu beri mereka makanan."

Pengikut-pengikut-Nya bertanya, "Adakah Guru mahu kami pergi membeli roti seharga dua ratus keping wang perak supaya kami dapat memberikan makanan kepada mereka?"

Yesus berkata kepada mereka, "Pergilah lihat berapa banyak roti yang ada pada kamu."

Setelah mereka pergi melihat, mereka berkata, "Lima ketul roti dan dua ekor ikan."

Lalu Yesus memberitahu pengikut-pengikut-Nya supaya menyuruh semua orang di situ duduk berkelompok-kelompok di rumput yang hijau. Mereka pun duduk dengan teratur dalam kelompok. Ada yang seratus orang sekelompok dan ada pula yang lima puluh orang. Setelah itu Yesus mengambil lima ketul roti dan dua ekor ikan itu. Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur kepada Allah. Kemudian Dia membahagikan roti itu lalu menyerahkannya kepada pengikut-pengikut-Nya supaya diberikan kepada orang ramai itu. Dia juga membahagi-bahagikan dua ekor ikan itu kepada mereka semua. Tiap-tiap orang makan sehingga kenyang. Selepas itu pengikut-pengikut-Nya mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul.

Provisão divina

O justo não é desamparado e seus descendentes não mendigam pão. Deus provê com fidelidade o alimento de cada dia.

Kini aku sudah tua dan sudah hidup lama,

tetapi aku tidak pernah melihat orang baik ditinggalkan TUHAN,

ataupun anak mereka meminta-minta makanan.

Ragi Orang Farisi dan Saduki

Apabila pengikut-pengikut Yesus menyeberangi tasik, mereka lupa membawa roti. Yesus berkata kepada mereka, "Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan Saduki."

Mereka mula bercakap sesama sendiri, "Dia berkata demikian kerana kita tidak membawa roti."

Yesus mengetahui apa yang dipersoalkan mereka. Dia berkata, "Mengapa kamu mempersoalkan hal tidak membawa roti? Kamu kurang percaya kepada-Ku! Adakah kamu masih belum mengerti? Tidakkah kamu ingat bagaimana Aku membahagikan lima ketul roti untuk lima ribu orang? Berapa buah bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan? Bagaimanakah dengan tujuh ketul roti yang Aku bahagikan untuk empat ribu orang? Berapa buah bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan? Mengapakah kamu tidak faham bahawa Aku tidak berkata-kata tentang roti? Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan Saduki!"

Barulah pengikut-pengikut Yesus faham bahawa Yesus tidak menyuruh mereka berhati-hati dengan ragi yang digunakan untuk membuat roti, tetapi dengan ajaran orang Farisi dan Saduki.

Tindakan Orang Bijak

Tanamlah modal di luar negeri; pasti kamu mendapat keuntungan pada kemudian hari. Tanamlah modalmu dalam berbagai-bagai usaha niaga, bahkan dalam banyak usaha; oleh sebab orang perlu berwaspada sebelum bencana menimpa.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.