Paz
A paz é um dos frutos do Espírito e uma promessa central de Jesus: 'Deixo-vos a paz, a minha paz vos dou.' A Bíblia nos chama a buscar, cultivar e viver na paz de Deus.
A paz de Cristo
Jesus é o Príncipe da Paz. Antes de partir, prometeu aos discípulos uma paz que o mundo não pode dar nem tirar — paz sobrenatural em meio às tribulações.
Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu. Kesejahteraan yang Aku berikan kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia. Janganlah kamu risau dan janganlah takut.
Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu. Kesejahteraan yang Aku berikan kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia. Janganlah kamu risau dan janganlah takut.
Aku mengatakan semua ini supaya kamu beroleh kesejahteraan kerana bersatu dengan Aku. Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia!"
Aku mengatakan semua ini supaya kamu beroleh kesejahteraan kerana bersatu dengan Aku. Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia!"
Kekuasaan-Nya akan terus bertambah;
pemerintahan-Nya akan sentiasa aman.
Dia akan memerintah sebagai ganti Raja Daud,
pemerintahan-Nya akan berdasarkan hukum dan keadilan
dari sekarang hingga akhir zaman.
TUHAN Yang Maha Kuasa pasti melakukan segala perkara ini.
Yesus Menampakkan Diri kepada Pengikut-Nya
Sedang mereka bercerita tentang perkara itu, tiba-tiba Yesus berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata, "Sejahteralah kamu!"
Paz com Deus
Justificados pela fé, temos paz com Deus por meio de Cristo. Ele é a nossa paz, que derrubou a barreira e nos reconciliou.
Berbaik Semula dengan Allah
Sekarang kita sudah berbaik semula dengan Allah kerana kita percaya kepada-Nya. Oleh itu kita hidup dalam kedamaian dengan Allah melalui Yesus Kristus, Tuhan kita.
Hal itu demikian kerana Kristus sendiri telah membawa kedamaian untuk kita dengan menjadikan orang Yahudi dan orang bukan Yahudi satu umat. Dengan kematian-Nya di kayu salib Kristus telah merobohkan tembok permusuhan yang memisahkan mereka. Kristus memansuhkan semua perintah dan peraturan dalam Taurat, supaya daripada dua kaum itu, Dia boleh menjadikan mereka satu umat yang baru, yang hidup bersatu dengan Dia. Dengan cara itu Kristus mendatangkan kedamaian.
Melalui Anak juga, Allah mengambil keputusan untuk membawa segala sesuatu, baik yang di bumi mahupun yang di syurga, kembali kepada-Nya. Allah melakukan hal itu melalui kematian Anak-Nya di kayu salib.
Oleh itu aku menulis surat ini kepada kamu semua di Roma yang dikasihi oleh Allah, dan yang sudah dipanggil oleh-Nya untuk menjadi umat-Nya.
Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan.
Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan.
Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan.
A paz que excede o entendimento
A paz de Deus, que excede todo entendimento, guarda nosso coração e mente. Ela vem da confiança no Senhor e da entrega total a Ele.
Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur. Kesejahteraan daripada Allah yang tidak mungkin difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu, kerana kamu sudah bersatu dengan Kristus Yesus.
Lakukanlah apa yang telah kamu pelajari dan terima daripadaku, baik kata-kata mahupun perbuatanku. Allah yang mengurniai kita kesejahteraan akan menyertai kamu.
Lakukanlah apa yang telah kamu pelajari dan terima daripadaku, baik kata-kata mahupun perbuatanku. Allah yang mengurniai kita kesejahteraan akan menyertai kamu.
Engkau, TUHAN, memberikan kedamaian dan kesejahteraan
kepada orang yang teguh hati,
kerana mereka percaya kepada-Mu.
Engkau, TUHAN, memberikan kedamaian dan kesejahteraan
kepada orang yang teguh hati,
kerana mereka percaya kepada-Mu.
Hendaklah kedamaian yang diberikan oleh Kristus menolong kamu membuat keputusan tentang apa yang harus dilakukan, kerana Allah telah memanggil kamu supaya menjadi anggota satu tubuh, sehingga kamu dapat mengalami kedamaian itu. Bersyukurlah!
Hendaklah kedamaian yang diberikan oleh Kristus menolong kamu membuat keputusan tentang apa yang harus dilakukan, kerana Allah telah memanggil kamu supaya menjadi anggota satu tubuh, sehingga kamu dapat mengalami kedamaian itu. Bersyukurlah!
Promotores da paz
Bem-aventurados os pacificadores, porque serão chamados filhos de Deus. A Escritura nos chama a buscar e promover a paz em todos os relacionamentos.
Berbahagialah orang yang membawa kedamaian antara manusia,
Allah akan menyebut mereka anak-anak-Nya!
Berbahagialah orang yang membawa kedamaian antara manusia,
Allah akan menyebut mereka anak-anak-Nya!
Dengan sedaya upaya, berusahalah untuk hidup damai dengan semua orang.
Itulah sebabnya kita harus sentiasa bertujuan untuk melakukan hal-hal yang membawa kerukunan, dan yang saling menguatkan iman.
Hal itu demikian kerana Pemerintahan Allah bukanlah soal makanan atau minuman, tetapi kerelaan melakukan kehendak Allah, ketenangan hati, dan kegembiraan, yang semuanya dikurniakan oleh Roh Allah.
Berusahalah untuk hidup rukun dengan semua orang. Berusahalah untuk hidup suci, khas bagi Tuhan, kerana tidak seorang pun akan melihat Tuhan jika tidak hidup seperti itu.
Berusahalah untuk hidup rukun dengan semua orang. Berusahalah untuk hidup suci, khas bagi Tuhan, kerana tidak seorang pun akan melihat Tuhan jika tidak hidup seperti itu.
Di dalam Alkitab tertulis,
"Sesiapa yang hendak menikmati hidup
dan yang ingin mengalami masa yang baik,
tidak boleh memfitnah orang
dan tidak boleh berdusta.
Dia tidak boleh melakukan kejahatan lagi, tetapi berbuat baik;
dia harus berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mendapat perdamaian.
Dia tidak boleh melakukan kejahatan lagi, tetapi berbuat baik;
dia harus berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mendapat perdamaian.
Jangan keluarkan kata-kata jahat,
dan jangan suka berdusta.
Jangan keluarkan kata-kata jahat,
dan jangan suka berdusta.
O fruto da paz
A sabedoria que vem do alto é pacífica. O fruto da justiça se semeia em paz por aqueles que cultivam a paz com mansidão.
Kebaikan adalah hasil daripada benih kedamaian yang ditanam oleh orang yang suka akan kedamaian.
Kebaikan adalah hasil daripada benih kedamaian yang ditanam oleh orang yang suka akan kedamaian.
Tetapi orang yang mempunyai kebijaksanaan yang datang dari syurga, pertama sekali murni, suka akan kedamaian, lemah lembut, dan ramah tamah. Mereka berbelas kasihan dan mengamalkan segala macam perbuatan baik. Mereka tidak berat sebelah ataupun munafik.
Sebaliknya, inilah hasilnya jika orang dipimpin oleh Roh Allah: Mereka saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia,
Negeri itu akan menjadi aman dan tenteram selama-lamanya kerana tiap-tiap orang melakukan apa yang benar.
Pada masa kita dihukum, hukuman itu membuat kita susah hati, bukannya senang hati. Tetapi kemudian, orang yang dihukum untuk menunjukkan kesalahan mereka, akan hidup menurut kehendak Allah dan mengalami kesejahteraan.
Paz interior e descanso
Aquietai-vos e sabei que Eu sou Deus. A paz do Senhor acalma tempestades, silencia medos e sustenta a alma em todo tempo.
Dia menghentikan perang di seluruh dunia;
Dia mematahkan busur, memusnahkan lembing,
dan membakar perisai.
Engkau membuat hatiku lebih girang
daripada orang yang kelimpahan makanan dan minuman.
TUHAN menguatkan umat-Nya,
dan memberkati mereka dengan kesejahteraan.
Orang yang rendah hati akan mewarisi negeri ini,
dan menikmati kemakmuran yang berlimpah-limpah.
Perhatikanlah orang yang baik dan orang yang salih;
orang yang suka akan perdamaian mempunyai keturunan;
Orang yang mencintai Taurat-Mu mendapat kesejahteraan;
mereka tidak akan ditimpa malapetaka.
Orang yang mencintai Taurat-Mu mendapat kesejahteraan;
mereka tidak akan ditimpa malapetaka.
Apabila aku bercakap tentang kedamaian,
mereka menghendaki peperangan.
Yesus bangun lalu menengking angin, dan berkata kepada ombak, "Diam! Tenanglah!" Angin pun reda dan tasik menjadi tenang sekali.
Yesus berkata kepada wanita itu, "Hai anak-Ku, kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh. Pergilah dengan sejahtera. Kamu sihat sekarang!"
Garam itu baik, tetapi jika garam sudah menjadi tawar, garam itu tidak dapat menjadi masin lagi. Hendaklah kamu menjadi seperti garam serta hidup rukun."
Anunciadores da paz
Como são formosos os pés dos que anunciam boas novas de paz! O evangelho é a mensagem de paz para todos os povos.
Bagaimanakah perkhabaran itu dapat diisytiharkan jika tidak ada orang yang diutus untuk mengisytiharkannya? Di dalam Alkitab tertulis begini, "Alangkah baiknya ketibaan orang yang membawa Berita Baik daripada Allah!"
Betapa baiknya melihat kedatangan utusan,
dia datang melintasi pergunungan,
dan membawa berita baik, berita kedamaian!
Dia mengisytiharkan penyelamatan, dan berkata kepada Sion,
"Allahmu memerintah!"
"Termulialah Allah di langit yang tertinggi!
Dan di atas bumi, sejahteralah manusia
yang menyenangkan hati-Nya!"
"Diberkatilah Dia yang datang dengan kuasa Tuhan! Sejahtera di syurga dan kemuliaan bagi Allah!"
Lihatlah, seorang utusan datang melalui gunung-gunung untuk menyampaikan berita baik. Dia datang untuk mengisytiharkan kemenangan! Hai penduduk Yehuda, rayakanlah perayaan-perayaan kamu dan tunaikanlah nazar yang kamu janjikan kepada Allah. Orang jahat tidak sekali-kali akan menyerang negeri kamu lagi. Mereka sudah dibinasakan sama sekali.
Hendaklah kesediaan untuk mengisytiharkan Berita Baik yang membawa kesejahteraan menjadi seperti kasutmu.
O Deus da paz
Que o Deus da paz esteja com todos vocês. Ele nos santifica por completo e nos guarda irrepreensíveis para a vinda do Senhor.
Semoga Allah, sumber kedamaian kita, menyertai kamu semua. Amin.
Kata Terakhir
Semoga Tuhan, sumber kesejahteraan kita, sentiasa mengurniai kamu kesejahteraan dalam segala hal. Tuhan menyertai kamu semua.
Doa Penutup
Allah sudah membangkitkan Tuhan kita Yesus daripada kematian. Oleh sebab kematian-Nya itu, Dia sekarang menjadi Gembala Agung kita, domba-domba-Nya. Kematian-Nya juga mengesahkan perjanjian kekal yang dibuat oleh Allah dengan kita.
Allah ialah Allah yang suka akan ketertiban, bukan kekacauan.
Seperti yang berlaku di semua perjumpaan jemaah Allah,
Semoga TUHAN memberkati dan memelihara kamu.
Semoga TUHAN baik hati dan murah hati terhadap kamu.
Semoga TUHAN berkenan kepada kamu dan memberi kamu kesejahteraan.
Aku sendiri tahu akan rancangan-Ku untuk kamu. Rancangan itu bukan untuk mencelakakan kamu, tetapi untuk kemakmuran kamu dan untuk memberikan masa depan yang kamu harap-harapkan.
Tetapi kelak Aku akan memulihkan keadaan kota ini dan menyembuhkan penduduknya. Aku akan melimpahkan kedamaian dan keamanan kepada mereka.
Aku sendiri akan mengajar pendudukmu,
dan memberi mereka kemakmuran dan kedamaian.
Kamu akan meninggalkan Babel dengan sukacita,
kamu akan dipimpin keluar dari kota itu dengan kedamaian.
Gunung dan bukit akan bernyanyi dengan gembira,
semua pokok di padang akan bertepuk tangan.
Orang berdosa tidak akan selamat."
Paz, santidade e unidade
A paz exige esforço: guardar a unidade do Espírito, evitar contendas e buscar a santidade. Sem paz e santidade, ninguém verá o Senhor.
Berusahalah sebaik-baiknya untuk hidup damai, supaya kesatuan yang diberikan oleh Roh Allah tetap terpelihara.
Berusahalah sebaik-baiknya untuk hidup damai, supaya kesatuan yang diberikan oleh Roh Allah tetap terpelihara.
Jauhkanlah diri daripada nafsu orang muda. Berusahalah untuk hidup menurut kehendak Allah, setia kepada-Nya, mengasihi saudara seiman, dan hidup damai dengan mereka. Lakukanlah semua perkara itu bersama-sama mereka yang meminta pertolongan Tuhan dengan hati yang tulus.
Hendaklah kamu saling bersabar dan saling mengampuni apabila ada yang menaruh dendam terhadap orang lain. Kamu harus saling mengampuni sebagaimana Tuhan sudah mengampuni kamu.
Apabila kamu menyenangkan hati TUHAN, musuh-musuh dapat kamu jadikan kawan.
Lebih baik orang bersabar daripada berkuasa. Lebih baik orang tahu menahan diri daripada menguasai seluruh kota.
Hanya orang bodoh suka bertengkar; sikap yang terpuji adalah menjauhi pertengkaran.
Bagi mereka yang hidup dengan pendirian itu, dan juga bagi semua umat Allah, aku berdoa agar Allah mengurniai mereka kesejahteraan dan rahmat-Nya.
Semoga Allah memberikan berkat, kesejahteraan, dan rahmat dengan berlimpah-limpah kepada kamu.
Paz e fé
O Deus da esperança nos encha de paz e alegria no crer. Quem mantém o pensamento firme no Senhor experimenta paz perfeita.
Semoga Allah yang memberi kamu harapan, memenuhkan hati kamu dengan kegembiraan dan kedamaian kerana kamu percaya kepada-Nya, supaya dengan kuasa Roh Allah kamu semakin berharap kepada Allah.
Jika fikiran kamu dikuasai oleh tabiat manusia, hal itu mengakibatkan kematian. Tetapi jika fikiran kamu dikuasai oleh Roh Allah, Allah akan mengurniai kamu hidup dan kedamaian.
Jika fikiran kamu dikuasai oleh tabiat manusia, hal itu mengakibatkan kematian. Tetapi jika fikiran kamu dikuasai oleh Roh Allah, Allah akan mengurniai kamu hidup dan kedamaian.
mereka menyebabkan kebinasaan dan kehancuran di mana-mana.
Mereka tidak mengikut jalan kedamaian,
dan mereka pun tidak menghormati Allah."
Tetapi Yesus berkata kepada wanita itu, "Oleh sebab kamu percaya kepada-Ku, kamu diselamatkan. Pergilah dengan sejahtera!"
Apabila kamu masuk ke dalam sebuah rumah, lebih dahulu katakanlah, ‘Semoga sejahteralah rumah ini.’
Jika dia tahu bahawa dia tidak kuat, dia akan mengirim utusan untuk minta berdamai, semasa musuhnya masih jauh."
Jika orang di rumah itu menyambut kamu, biarlah salam sejahtera kamu itu tinggal dengan mereka. Tetapi jika tidak, tariklah balik salam kamu itu.
Bukan Kedamaian, tetapi Pertentangan
"Jangan menyangka bahawa Aku membawa kedamaian ke dunia ini. Aku tidak membawa kedamaian, tetapi pertentangan.
Akhirnya, saudara-saudaraku, bersukacitalah! Berusahalah untuk menjadi sempurna; terimalah nasihatku. Hendaklah kamu sehati dan hidup rukun. Allah yang mengasihi kita dan mengurniai kita kedamaian akan menyertai kamu.
Allah kita pengasih dan penyayang.
Bagi menyelamatkan kita Dia akan datang
bagaikan fajar terang yang menyinari semua orang
yang hidup dalam kegelapan dan di bawah bayang maut.
Dia akan memimpin kita
ke jalan yang menuju kedamaian."
Engkau sendiri akan lanjut usia; engkau akan meninggal dengan tenang, lalu dikebumikan.
Dia menentukan waktu untuk mengasihi dan
waktu untuk membenci,
waktu untuk berperang dan
waktu untuk berdamai.
dan tiada seorang pun selamat. Segala perbuatan kamu tidak adil. Kamu mengikut jalan yang sesat, dan orang yang mengikut jalan itu tidak selamat.
Oleh kerana kelicikannya, dia akan berjaya dalam segala penipuannya. Dia akan berbangga dengan dirinya, dan membinasakan banyak orang tanpa memberikan amaran. Malahan dia akan berani mencabar Raja Yang Maha Besar. Tetapi dia akan dibinasakan tanpa kuasa manusia.
Dia akan menyerang sebuah wilayah yang kaya dan subur tanpa memberikan amaran dan melakukan perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan oleh nenek moyangnya. Kemudian kepada pengikut-pengikutnya, dia akan membahagi-bahagikan barang rampasan dan kekayaan yang diperolehnya dalam peperangan. Dia akan membuat rancangan untuk menyerang kota-kota yang berkubu, tetapi waktunya segera akan habis.
Kamu akan putus asa. Kamu mencari keamanan, tetapi sia-sia sahaja.
iaitu nabi-nabi yang bernubuat bahawa Yerusalem akan selamat, padahal tidak!" Demikianlah firman TUHAN Raja.
Dalam perjanjian itu Aku berjanji memberi mereka hidup yang aman dan sejahtera. Aku menepati perjanjian itu supaya mereka menghormati Aku. Pada masa itu memang mereka menghormati Aku dan takut akan Aku.
Tetapi jika seorang yang bukan Kristian ingin meninggalkan isteri atau suaminya yang Kristian, biarlah dia berbuat demikian. Dalam hal yang demikian, suami atau isteri yang Kristian itu bebas membuat pilihan, tetapi Allah mahu kamu hidup damai.
Seekor kuda merah keluar. Penunggangnya diberikan kuasa untuk mendatangkan peperangan di bumi, sehingga manusia saling membunuh. Dia diberikan sebilah pedang yang besar.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.